11 Aktiviti BEST dekat Tempat Menarik di Genting Highlands

11 Aktiviti BEST dekat Tempat Menarik di Genting Highlands. Sebut sahaja nama Genting Highlands, pastinya semua ingin merasai keseronokkan bergembira di taman tema ini bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Dengan adanya pembaharuan drastik di Genting Highlands, pasti membuatkan percutian korang lebih menyeronokkan.

Dengar-dengar, taman tema Genting Skyworld pun dah buka tu. Makin banyaklah aktiviti yang korang boleh lakukan dekat sana. Jom ikuti perkongsian ringkas kami tentang 11 benda yang BEST yang korang boleh lakukan di Tempat Menarik di Genting Highlands. Letsgo!

11. Shopping di Genting Highlands Premium Outlets

Tempat Menarik di Genting Highlands. Umum mengetahui Genting Highland tak berapa popular dengan shopping mall. Orang kesana hanya tertumpu ke taman tema yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan. Tetapi, tahukah anda bahawa Genting Highlands mempunyai shopping mallnya yang tersendiri yang dinamakan Genting Highlands Premium Outlets.

Genting Premium Outlets menawarkan anda butik jenama-jenama terkenal seperti Michael Kors, Coach, Hugo Boss, Kate Spade dan banyak lagi dengan diskaun yang sangat memukau mata. TGenting Premium Outlets ni terletak bersebelahan dengan Stesen Kereta Kabel Awana Skyway, sangat mudah untuk ke Genting Premium Outlets. Kalau anda letih dan lapar lepas berjalan-jalan, ada pelbagai jenis tempat makan, sama ada gerai dengan ruang yang luas atau restoran dan kafe.

10. Kuil Chin Swee Caves

Tempat Menarik di Genting Highlands. Kuil ini terletak di hutan yang berbatu dan disekelilingnya diliputi oleh alam semula jadi. Kuil ini merupakan salah satu tarikan pelancong di Genting Highlands. Anda boleh singgah sebentar di Stesen Chin Swee untuk bergambar jika menaiki kereta kabel.

Untuk makluman, kuil ini mempunyai beberapa ruang sembahyang dan Pagoda tinggi yang mempunyai 9 tingkat. Anda boleh menaiki Pagoda sampai tingkat paling atas untuk menikmati pemandangan di sekitar kuil ini. Jadi bolehlah anda menikmati keindahan alam semula jadi di sekitar kuil ni sebelum anda ke puncak Genting Highlands.

09. Taman Tema Outdoor Genting Skyworld

Tempat Menarik di Genting Highlands. Genting Skyworlds merupakan taman tema yang mempunyai 9 dunia yang bertema unik dan menempatkan sebanyak 26 jenis aktiviti yang sesuai dilakukan oleh semua peringkat umur. Restoran, butik pakaian, dan hiburan secara langsung juga sentiasa ada untuk pastikan keseronokkan anda berkekalan sepanjang anda berada disini.

08. Bersiar-siar di SkyAvenue

Tempat Menarik di Genting Highlands. Dahulunya, tempat ini merupakan First World Indoor Theme Park. Namun, tempat ini telah diubahsuai menjadi SkyAvenue yang merupakan kompleks membeli-belah. Terdapat banyak restoran, tarikan yang best, servis yang mantap dan banyak lagi. Anda akan dapat melihat SkyAvenue sejurus sahaja anda mendarat dari kereta kabel Stesen SkyAvenue.

SkyAvenue di Genting Highlands ni pasti akan memberikan suasana shopping yang unik dan berlainan untuk anda semua. Konfem tak bosan jika anda berjalan-jalan di sekitar sini di mana terdapat pelbagai benda yang boleh dilakukan, disamping kepelbagaian restoran yang ada.

07. Starbucks Paling Unik di Malaysia

Tempat Menarik di Genting Highlands. Untuk menghangat badan anda dek kesejukkan di genting, apa kata singgah di Starbuks untuk merasai kopi yang hangat. Terdapat banyak Starbucks di Genting Highlands tetapi kami syorkan untuk singgah di Starbucks oaling unik dekat sini yang terletak di dalam Kuil Gua Chin Swee. Keunikkan restoran ni terletak pada lokasinya yang dikelilingi dengan suasana Kuil yang dikelilingi oleh gunung-ganang yang berkabus.

06. Nimati Makanan di SkyAvenue

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Tempat Menarik di Genting Highlands. Korang buntu nak makan kat mana dekat Genting ni? Itu dulu, namun kini tidak lagi! Kini terdapat lebih banyak pilihan makanan untuk anda serta keluarga mahupun rakan-rakan nikmati dengan sepuasnya.

Antara restoran ataupun cafe yang best yang terdapat disini ialah Five Guys (restoran beger yang terkenal dari Amerika Syarikat), Cafes Richard (kedai kopi dari Perancis), restoran pizza yang popular di Brooklyn iaitu Motorio dan banyak lagi.

05. Cabaran Baharu di Arked PlayTime

Tempat Menarik di Genting Highlands. Untuk mereka yang gemar akan permainan arked ataupun arcade’s game, anda pasti akan menyukai tempat ini. Terletak di kawasan Adventureland, anda boleh dapati pelbagai permainan arked disediakan. Jangan risau, anda pasti takkan menjumpai sebarang papan tanda ‘rosak’ pada permainan yang ada dekat sini. Tak sama macam permainan arked di tempat lain, servis penjagaan dekat sini sangat high class!

04. The Ripley’s Believe It Or Not! Adventureland

Tempat Menarik di Genting Highlands. Tempat ini terletak pada bahagian tingkat atas SkyAvenue. Anda boleh lihat gerbang masuk yang ada gajah besar disebelahnya sejurus anda jejakkan kaki ke aras ni. Tempat ni menawarkan anda Believe It or Not! Odditorium, Zombie Outbreak, dan Jurassic Research Centre.

03. Pameran SkySymphony

Tempat Menarik di Genting Highlands. Pameran SkySYmphony merupakan pameran LED yang terletak di sepanjang atrium pusat membeli-belah dan berlaku pada setiap jam. Anda boleh menikmati visual cinematic yang diiringi dengan muzik latar yang khas. Anda boleh menyaksikan pameran ini secara percuma di ruangan pusat membeli-belah. SkySymphony juga mempunyai winc yang dihiasi 1,001 bebola. Terdapat juga teater dan muzik yang menyampaikan kisah secara visual disini.

02. Glamping di Glamz

Tempat Menarik di Genting Highlands. Jika anda nak bermalam dekat sini tapi taknak bermalam dekat hotel, anda boleh try suasana glamping dekat sini. Tempat ini terletak di kaki bukit Genting Highlands dan dinamakan Glamz. Nikmati suasana malam yang ditemani cahaya bulan dan bintang dan suasana kabus disepanjang pagi dan petang.

Tempat ini menawarkan pengalaman glamping yang aman dan damai serta unik, sesuai untuk mereka yang ingin lari dari kesibukan kota. Satu percutian yang perfect untuk anda bersama insan tercinta mahupun bersama rakan-rakan.

01. Taman Tema Indoor Genting Metropolis

Tempat Menarik di Genting Highlands. Antara yang paling top, Tempat Menarik di Genting Highlands. Taman Tema Indoor Genting Metropolis. Ini merupakan taman tema indoor yang baharu. Ianya menawarkan anda pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan yang boleh menaikkan adrenalin dalam badan dan sesuai untuk seisi keluarga.

Mempunyai lebih daripada 20 tarikan dan permainan baharu, anda serta keluarga mahuoun rakan-rakan pasti takkan puas bermain dekat sini. Jika anda penat untuk meneruskan aktiviti disini, bolehlah anda bergambar dan berselfie dengan suasana yang dihiasi oleh lampu-lampu neon yang cantik.

Penutup

Memang menjadi impian setiap keluarga untuk bercuti dekat sini. Apapun apabila bercuti tu, sentiasa pastikan keselamatan diri dan insan yang tersayang. Kami harapkan perkongsian kali ini dapat memberi manfaat untuk anda semua. Selamat Bercuti!

Anda Mungkin Menyukai: