11 Tempat Menarik di Tampin (2023) Tempat BEST Kena Mai

11 Tempat Menarik di Tampin. Bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak dan mencabar ataupun yang menyukai suasana alam semula jadi, mungkin salah satu daerah di Negeri Sembilan ni korang patut lawati. Sebut saja nam Tampin, pasti penduduk lokal mahupun yang tinggal berhampiran dengan Tampin kenal dengan daerah yang menyajikan anda pelbagai aktiviti, kepelbagaian flora dan fauna mahupun kepelbagaian makanan yang sedap-sedap.

Walaupun Tampin tidak berapa dikenali oleh penduduk dari negeri ataupun negara luar, namun pecayalah tempat yang ‘underated’ ini pasti membuatkan anda ingin bertandang semula kesini.

Jom cek tempat-tempat menarik beserta restoran yang menyajikan menu-menu yang lazat yang ada di Tampin ini untuk anda semua. Lets Go!

11. Buana Kita Glamping

11 Tempat Menarik di Tampin – Untuk mereka yang kaki camping, inilah masanya anda puaskan hobi anda dan bersahabat dengan alam semulajadi. Apa yang uniknya disini, Buana Kita Glamping menyediakan 8 buah khemah yang dinamakan dengan nama istimewa sempena 12 suku Adat Perpatih contohnya Biduanda, Batu Hampar dan Paya Kumbuh.

Apa yang lebih menarik adalah banyak aktiviti outdoor yang boleh dilakukan disini seperti memanah, berenang, bermain permainan bola tampar, berbasikal, melakukan sabaran berhalangan, dan yang lebih menarik pada waktu malam ialah melakukan aktiviti campfire.

Fasiliti disini juga lengkap dan sangat memuaskan dengan adanya kemudahan surau, tandas, bilik mandi yang dilengkapi pemanas air, serta peralatan barbeque yang lengkap.

Anda Mungkin Berminat:

10. Tampin Waterpark

11 Tempat Menarik di Tampin – Kalau anad inginkan satu percutian bersama keluarga, mesti anda akan tertanya-tanya mana nak bawa anak-anak anda untuk mereka happy kan? Jawapannya terletak di Tampin Waterpark. Taman tema air dengan harga tiket rahmah. Bukan setakat taman tema air semata, malah Tampin Waterpark menawarkan pelbagai aktiviti lain seperti memanah, zumba air, jungle trekking, treasure hunt dan macam-macam lagi.

Fasiliti disini pun lengkap dengan adanya kemudahan seperti surau, kedai makan, unit wakaf, tempat BBQ, lot parking kereta, dan banyak lagi. Korang kena cuba pengalaman disini bersama keluarga tercinta anda.

09. Mulut Cafe & Dessert Tampin

11 Tempat Menarik di Tampin – Terletak kira-kira 1 jam perjalanan dariapada ibu negara, Kuala Lumpur. Lokasi ini menawarkan anda pelbagai menu hidangan Tradisional, Korean, Thailand, dan West Food.

Antara menu famous ataupun menu signature di Mulut Cafe ialah Nasi Lemak Buluh, Burger Bakar ‘homemade patty’, Nasi Diraja Cheese Tarik dan banyak lagi. Terdapat juga menu unik yang mungkin anda sendiri tak pernah rasa atupun nampak seperti Set Mega Miang Pla Pao, Sotong Bakar dan Daging Bakar Dannok yang dihidangkan bersama Sos Istimewa Thailand.

Fasiliti disini juga lengkap dengan adanya surau, kemudahan tempat letak kenderaan, tandas, dan hiburan (buskers).

08. Temuan Hills Glamping

11 Tempat Menarik di Tampin – Terletak kira-kira 26 mini perjalanan daripada pusat bandar Tampin, Temuan Hills Glamping menawarkan anda pengalaman merasai pizza sambil menikmati panorama banjaran gunung yang terbentang luas.

Istimewanya tempat ini, pelbagai aktiviti menarik seperti ronda-ronda menaiki ATV, berkhemah, dan menikmati pizza dengan harga rahmah seperti Beef Pepperoni (RM29), Hawaiian Chicken (RM27), Classic Margarita (RM24), Seafood Marinara (RM42), Banjaran Beef (RM35) dan Banjaran Chicken (RM32). Murah bukan?

07. Tampin Xtreme Park

11 Tempat Menarik di Tampin – Sesuai bagi mereka yang gemarkan aktiviti extreme dan lasak. Tampin Xtreme Park menawarkan anda aktiviti seperti rock climbing, abseiling, wall climbing, flying fox dan tree climbing. Bagi mereka yang gemarkan aktiviti hiking, disini juga terdapat aktiviti itu yang mana aktiviti yang paling terkenal diantara kesemua aktiviti lasak yang ditawarkan.

Sebaik sahaja melakukan aktiviti lasak di Tampin Extreme Park, pengunjung boleh bersantai dan beriadah di Tampin Water Park yang terletak kira-kira 3.8 km dari kawasan berkenaan. kawasan yang mempunyai empat kolam itu sesuai untuk pengunjung yang ingin melakukan aktiviti beriadah dan bermandi-manda.

06. Warong Nostalgia Mak Dara

11 Tempat Menarik di Tampin – Jika anda buntu nak cari tempat sarapan yg best dekat Tampin, datanglah ke Warong Nostalgia Mak Dara. Suasana yang seakan-akan berada di zaman kegemilangan Tan Sri P.Ramlee dan Saloma sangat mengasyikkan sambil menikmati menu sarapan yang sedap-sedap ditemankan dengan lagu-lagu popular dendangan seniman P.Ramlee.

Antara menu yang popular disini ialah Roti Tsunami yang dihidangkan bersama telur separuh masak dan dibanjirkan dengan kuah dan kari campur. Selain itu, terdapat 17 lagi jenis hidangan roti yang ditawarkan antaranya Roti Puting Beliung, Roti Ribut Taufan, Roti Gempa Bumi, Roti Tampal Goyang dan Roti Selimut. Menarik bukan?

05. Grobok Salai

11 Tempat Menarik di Tampin – Terletak kira-kira 30 minit perjalan dari pusat bandar Tampin. Tempat ini popular dikalangan penduduk tempatan dan tidak terlepas juga mereka yang tinggal luar dari Negeri Sembilan. Kebanyakkan mereka yang berada di Kuala Lumpur pun sanggup untuk kesini walaupun terpaksa menempuh perjalanan lebih kurang 1 jam semata-mata nak merasai masakan Nogori ni,

Antara menu wajib yang mesti dicuba dan paling popular adalah masak lemak cili api mereka yang terdiri daripada daging salai, itik salai dan ikan sembilang salai. Tetapi perlu diingatkan ya, masak lemak salai di kedai ini memang pedas berapi, so memang sesuai bagi anda yang penggemar masakan pedas-pedas.

04. Stesen Keretapi Lama

11 Tempat Menarik di Tampin – Jika berkunjung bercuti di Negeri Sembilan tapi tidak berkenjung ke tempat ni, maka tak sempurnalah percutian anda di Nogori ni. Stesen kretapi lama ini sangat bersejarah kerana stesen ini pernah menjadi stesen keretapi yang terpenting di tanah melayu yang menghubungkan laluan pantai barat dan pantai timur semenanjung Malaysia. Stesen ini dibina sekitar tahun 1922.

Tapak bersejarah ini kini menjadi lokasi photoshoot bagi pengunjung yang hadir.

03. Garuda Tomyam

11 Tempat Menarik di Tampin – Tak kira masa, restoran ini memang selalu dihadiri oleh mana-mana orang yang datang dari pelbagai tempat. Terkenal dengan aneka tomyam dan masakan panas, antara menu yang cukup digilai di restoran Garuda Tomyam ini ialah Nasi Goreng Garuda. NAma pun dah unik, konfem rasa pun tak mengecewakan.

Retoran ini turut menghidangkan sajian lain seperti udang goreng tepung, sayur cendawan, nasi goreng dan dilengkapi dengan sos yang pedas dan manis. Kami pasti anda tidak akan kecewa dengan masakan yang ada di restoran ni.

02. Gunung Tampin

11 Tempat Menarik di Tampin – Tempat ini semestinya akan menarik minat para pendaki gunung! Apa yang istimewanya, selain daripada keindahan flora dan fauna yang anda dapat nikmati ketika mendaki, anda juga dapat menikmati jernihnya air di atas gunung.

Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan seperti kolam mandi, tapak perkemahan, wakaf dan tempat letak kereta. Masuk adalah percuma. Jangan lepaskan peluang untuk menerokai gunung ini dengan kawan dan keluarga anda.

01. Nasi Ayam Panggang Oasis

11 Tempat Menarik di Tampin – Restoran ini menyajikan anda menu nasi ayam yang sedap dan unik rasanya. Berbeza dengan restoran nasi ayam yang lain, ayam untuk menu ini dipanggang dan bukannya digoreng mahupun dikukus.

Ayamnya dipanggang dengan begitu baik sekali, tidak terlalu hangit dan tidak pula lembik. Apabila dikenakan bersama nasi yang dibanjiri dengan sup yang panas dan dicicah bersama sambal dan kicap, memang ‘kaw’ rasanya!

Penutup

Tampin sama sahaja seperti tempat lain, ada tempat menariknya yang tersendiri yang best untuk dilawati. Apapun, semasa bercuti tu, korang jangan pula abaikan keselamatan diri tau. Pastikan keselamatan diri sendiri dan keluarga mahupun rakan berada didalam keadaan yang paling utama sekali. Selamat bercuti!