tempat menarik di langkawi

Terdapat pelbagai tempat menarik di Langkawi. Merupakan destinasi percutian yang sering menjadi topik bualan jika ingin bercuti. Pulau Langkawi sememangnya tidak asing dengan tempat-tempat percutian yang menarik serta banyak menawarkan aktiviti yang mengujakan untuk pengunjung yang datang ke sini.

Untuk menejejakkan kaki di Pulau ini, anda perlu menaiki feri kerana buat masa ini, belum ada jambatan untuk merentasi lautannya. Anda boleh menaik feri sama ada dari Jeti Kuala Kedah, Jeti Kuala Perlis atau pun dari Penang.

Entri kali ini akan membawa anda menerokai 15 tempat menarik yang ada di Pulau Langkawi yang sememangnya akan menarik minat anda untuk merancanga percutian ke destinasi ini.

15. Kota Mahsuri & Makam Mahsuri

Menurut kisah dahulu, Kota Mahsuri merupakan tempat di mana Mahsuri Binti Pandak Maya dikuburkan. Mahsuri merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi yang telah difitnah serta dibunuh kerana dituduh berdua-duaan dengan seorang penyair yang bernama Deramang ketika suaminya Wan Derus keluar dari Pulau Langkawi Mahsuri untuk melawan tentera Siam.

Darah Mahsuri dikatakan berwarna putih sebagai bukti bahawa dia tidak bersalah dan difitnah. Mahsuri juga telah menyumpah Pulau Langkawi supaya tidak akan subur dan aman sehingga tujuh keturunan beliau. Ketika dibunuh, darah Mahsuri dikatakan berwarna putih sebagai bukti bahawa dia telah difitnah dan tidak bersalah. Mahsuri juga telah menyumpah Pulau Langkawi supaya tidak aman dan tidak akan subur selama tujuh keturunan.

Di Kota Mahsuri ini, terdapat Makam Mahsuri yang telah di bina semula dan adanya muzium, teater traditional dan rumah Kedah bagi melambangkan seni bina rumah Langkawi ialah yang popular pada ketika itu. Tempat ini juga dikatakan di bina di bekas tapak rumah Mahsuri ketika dahulu. Di dalam kompleksnya terdapat sebuah perigi yang digelar Telaga Mahsuri.

Semestinya jika menjejakkan kaki ke sini, anda akan dapat mempelajari banyak sejarah tentang kisah-kisah Mahsuri pada zaman dahulu.

14.  Splash Out Langkawi

Merupakan salah satu taman tema air yang terbesar di Malaysia, Splash Out langkawi menawarkan 12 tarikan berbeza yang dapat membawa anda ke dalam dunia air yyang pasti akan membuat anda begitu teruja untuk bermain aiar. Lokasinya dilengkapi denan kemudahan seperti restoran, cafe, kiosk, locker, tandas, suau dan banyak lagi kemudahan lain.

Antara tarikan bagi aktiviti air di sini ialah Wild Water (kolam ombak), Sprinkle Island (percikan air gergasi), River of Life (kolam apungan untuk suasana yang lebih santai), Ragin’ Racers (gelongsor curam dengan kelajuan 50km/jam), Poseidon’s Revenge, Splash-Tacular, Perfect Storm, Shipwreck Falls. Banyak lagi permainan yang lain tetapi, anda haruslah ke sini untuk merasai sendiri aktiviti-aktiviti lain yang ada di sini.

Baca Juga: 15 Tempat Menarik di Port Dickson (2023)

13. Time Travel Imaginarium

Jika ingin merasai pengalaman baharu yang luar dari konteks pemikiran kita, Time Travel Imaginarium lah tempatnya. Lokasinya terletak berdekatan kereta kabel Langkawi. Di sini anda dapat merasai penglaman mengembar masa menggunakan teknologi virtual reality (VR). Antara zaman yang akan rentasi ialah Jurassic Age. Di sini, pengunjung akan berinteraksi dengan dinosaur yang dipancarkan melalui teknologi augmented reality (AR). Antara zaman lain yang dapat direntasi ialah Year 1980, Year 2020, Year 3300 dan Year X. Di zaman Year X, ruang dan setiap sudut dipenuhi dengan paparan cahaya yang menunjukan imbasan dunia masa hadapan.

Selain itu, pengunjung berpeluang merasai debaran menaiki helikopter VR untuk terbang mengelilingi Pulau Langkawi. Untuk mengasah kreativiti anak-anak anda, mereka pasti teruja jika hasil seni mereka terhasil dalam bentuk 3D teknologi Rainbow Alive.

12. Pulau Kentut Besar & Kecil

Jika membaca namanya, pasti anda rasa agak pelik bukan? Ini bukan gurauan kerana pulau ini sememangnya wujud dan kedua-kedua pulau boleh ditemui di perairan Andaman Langkawi.

Menurut kisah lagenda, pulau ini dinamakan Pulau Kentut besar & Kecil keradna ada sebuah insiden pernah terjadi di pulau ini sewaktu majlis perkahwinan anak perempuan kepada Mat Cincang dan anak lelaki Gunung Raya. Dikatakan pada majlis tersebut, pengantin perempuan telah menyajikan nasi separuh masak kepada pengantin lelaki dan telah menyebabkan mereka terkentut sebanyak dua kali selepas santapan.

Selain daripada nama pulau yang unik ini, antara sebab lain untuk berkunjung ke sini ialah pantai ini merupakan pantai yang paling tenang di Langkawi. Jika ke sini, dapatlah anda menenangkan fikiran untuk seketika dari kesibukan bandar. Di sepanjang kawasan pantai ini pula, anda boleh berkhemah atau memancing ikan sambil menikmati pemandangan.

11. Pulau Dayang Bunting

Entri kali ini akan mmebawa anda ke satu lagi pulau yang kedengaran agak pelik iaitu Pulau Dayang Bunting. Pulau ini dikatakan pernah menjadi tempat kegemaran puteri kayangan bernama Mayang Sari. Sekiranya anda berkunjung ke sini, anda dapat melihat pemandangan dari platform terapung yang ada disediakan di sini sambil merendamkan kaki di dalam air tasik. AIr tasik ini juga dapat menyegarkan badan jika berendam di dalamnya.

Jika di lihat dari sudut pandang atas, jejeran bukit yang mengelilingi tasik ini elihatan seperti seorang wanita yang bunting dalam keadaan berbaring. Ada juga orang yang berkunjung ke sini semata-mata hanya untuk meminum air tasiknya kerana mengikut kepercayaan, airnya mujarab untuk mendapatkan anak.

10. Underwater World Langkawi

Underwater World yang beroperasi sejak tahun 1995 merupakan aquaria yang terbesar di rantau Asia. Tempat ini merupakan destinasi wajib kunjung jika berada di Pulau Langkawi. Konsepnya menjurus kepada ilmu, pendidikan dan hiburan. Keunikan tempat ini ditambah dengan terowong berjalan kaki gergasi sepanjang 15 meter yang terdiri daripada 500,000 liter air laut yang menempatkan banyak ikan besar dan hidupan laut. Tarikan lain termasuk Bahagian Ikan Air Tawar, Pameran Kerang, Kolam Koi, Bahagian Reptilia dan Bahagian Terumbu Karang.

Selain itu, terdapat sbeuah bangunan baru yang berkeluasan seluas 60,000 kaki persegi yang memaparkan tentang Ekosisten Hutan Hujan Tropika, Hutan Lembap dan Sub-Antartika. Anda juga berpeluang untuk melihat penguin berenang. Untuk pengetahuna anda, Underwater Wold Langkawi telah dinobatkan sebagai akuaria Terbesar di Malaysia oleh Malaysia Book of Records.

9. Muzium 3D Langkawi

Jika and aseorang yang minat akan seni, anda pasti teruja jika berkunjung ke Muzium 3D Langkawi. Tempat yang menempatkan sebanyak 200 buah lukisan 3D ini memiliki koleksi lukisan 3D yang terbesar di negara ini dan antara yang terbesar di dunia!

Terdapat 9 zon yang ada di muzium ini iaitu Zon Interaktif 1 dan 2, Zon Malaysia, Zon Akuarium, Zon Klasik, Zon Main Hall, Zon Fantasi, Zon Safari dan Zon Ilusi Optik. Namun, masa yang diberi untuk berposing atau bergambar di lukisan-lukisan 3D ini ialah antara 3 ke 4 jam.

8. Pulau Payar Marine Park

Pulau yang tidak berpenghuni oleh sesiapa tetapi menjadi destinasi tarikan pelancong dair dalam mahupun luar negara untuk melakukan aktiviti snorkeling, scuba diving, bird seeing dan jungle tracking. Jika ingin melihat ikan-ikan di laut secara jelas ini lokasinya.

Pulau ini termasuk dalam Taman Marin yang bermaksud sebarang aktiviti perikanan adalah dilaran sama sekali. Hidupan eksotik lain juga terdapat di sini. Contohnya seperti, batu karang yang penuh kewarna warnian. Pulau ini terbahgai kepada 4 buah kawasan pantai yang berbeza di mana anda boleh memilih sendiri kawasan penerokaan dunia bawah air anda.

7. Kilim Karst Geoforest Park

Terletak di sebelah timur Pulau Langkawi dan kira-kira 20 minit dari Bandar Kuah, Kilim Geoforest Park merupakan rumah kepada hutan bakau yang luas serta formasi batu kapur raksasa purba yang timbul dari dasar sungai, terbentuk kira-kira 500 juta tahun dahulu.

Keindahan taman ini terletak pada sumber geologi, biologi dan budaya semulajadi yang pelbagai dengan nilai warisan yang tinggi. Antara lokasi yang menjadi tarikan di sini adalah Gua Kelawar, Gua Buaya, Rumah Terapung dan kawasan Eagle Feeding.

6. Pantai Pasir Hitam

tempat menarik di langkawi
LIBUR

Bukan hitam pada namanya sahaja tetapi pasirnya juga berwarna hitam! Mengikut kisah-kisah mitos, ada seekor burung Garuda yang datang dan telah mencuik seorang puteri cina yang cantik dengan niat yang baik. Namun, tunag kepada puteri yang datang dari Rome dikatakan telah bertempur dengan burung Garuda ini untuk mendapatkan kembali puteri tersebut. Di situlah terjadi perang antar Garuda dengan tunang di puteri.

Peperangan tersebut tidak henti-henti sehinggalah mmenyebabkan pasir pantai ini menjadi hitam kerana sisa peperangan meraka. Akan tetapi, jika menurut kajian, pasir pantai ini menjadi hitam kerana campuran kandungan mineral yang berbeza iaitu zirkon, ilmenit dan tourmaline serta mineral-mineral yang terdapat di dalam pasir ini datang daripada Gunung Raya melalui mata air yang mengalir tidak jauh dari pantai.

5. Kereta Kabel Langkawi

Tempat ini mula dibuka kepada umum pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan kereta kabel di Switzerland.

Jika menaik kereta kabel ini, anda akan dihidangkan dengan pemandangan flora dan fauna yang melitupi hutan belantara. Selain itu, anda juga dapat melihat air terjun telaga tujuh dan lautan yang membiru sehinggalah ke kepulauan Thailand.

4. Langkawi Sky Bridge

Lokasi yang terletak di stesen terakhir atau paling teratas Kereta kabel Langkawi ini telah siap dibina pada tahun 2004. Langkawi Sky Bridge merupakan sebuah jambatan gantung yang berkepanjangan sepanjang 125 meter. Jambatannya telah dibina di atas Gunung Mat Cincang.

Ketinggian bagi jambatan ini ialah setinggi 100 meter dari tanah dan 2300 kaki dari laut. Jambatan ini dikatakan mampu menampung sebanyak 200 orang pada satu masa. Dengan ketinggian yang sedemikian, pengunjung dapat menyaksikan keindahan di sekitar langkawi yang cukup memukau! Jangan lupa siapkan space di camera telefon pintar anda untuk merakam kenangan di sini.

3.  Paradise 101 Langkawi

Paradise 101 merupakan satu-satunya pulau peringanan persendirian di Langkawi. Jika ke sini, sudah pasti anda akan merasai keseronokan percutian yang cukup menyeronokkan sepanjang hayat anada. Pelbagai aktiviti sukan air yang menanti anda. Daripada menaiki bot pisang ke jet ski, dan berkayak ke hari yang santai di tepi pantai persendirian, anda juga boleh melakukan lawatan menaik bot untuk menikmati panorama matahari terbenam. Dijamin bahawa ini akan menjadi percutian tropika yang tiada tandingannya!

2. Langkawi Gliders

Ingin menerokai Pulau Langkawi dengan cara yang berbeza? Di sinilah tempatnya. Langkawi Gliders menawarkan aktiviti gliders di mana anda dapat berterbangan di udara. Anda juga tidak perlu rasa takut dan panik kerana anda akan ditemani dengan guide yang berpengalaman dan boleh duduk relaks sahaja di atas kerusi gliders. Anda akan merasakan diri anda seolah-olah menaiki helikopter dan akan menikmati pemandangan Pulau Langkawi tanpa batas! Jika bertuah, dapatlah berterbangan bersama burung-burung yang ada si situ.

1. Dataran Lang

Arca burung helang yang menjadi mercu tanda Pulau Langkawi ini merupakan destinasi yang paling wajib untuk dikunjungi. Bagi yang tertanya-tanya apakah kaitan di anatara helang dan juga Langkawi, berdasarkan bahasa Melayu klasik, ‘kawi’ bermaksud perang yang kemerahan, manakala ‘lang’ pula adalah daripada perkataan ‘helang’. Maka, Langkawi sebenarnya bermaksud burung helang yang berwarna perang kemerahan.

Namun, ada juga yang mengatakan bahawa Langkawi ini merupakan gabungan dua perkataan Sanskrit iaitu ‘langka’ dan juga ‘wi’ yang membawa maksud ‘keindahan’ dan ‘tidak terkira’. Jadi, jika ke sini anda sudah pasti akan melihat dan menerokai keindahan yang tidak terkira! Jangan lupa juga untuk merakam sebanyak kenangan yang boleh untuk dijadikan tatapan di masa hadapan.