tempat menarik di port dickson

Terdapat pelbagai tempat menarik di Port Dickson. Destinasi yang cukup popular di kalangan kaki travel yang terletak di Negeri Sembilan iaitu port Dickson sesungguhnya menawarkan banyak aktiviti & penginapan yang menarik untuk diterokai.

Menjadi salah satu pantai peranginan paling popular di Malaysia, tempat ini sangat sesuai untuk dijadikan destinasi percutian bersama keluarga lebih lagi pada cuti sekolah. Mari ikuti kami terokai tempat-tempat menarik yang ada di sini!

15. Avillion Port Dickson

Tempat Menarik di Port Dickson | Jika anda berniat untuk bercuti ke Port Dickson bersama pasangan sempena hari istimewa seperti anniversary atau honeymoon, Avillion Port Dickson adalah pilihan yang tepat! Merupakan sebuah resort yang cukup mewah di atas air yang sangat romantis. Lokasinya juga sangat strategik kerana berdekatan dengan Pantai Saujana yang sememangnya merupakan tarikan utama di Port Dickson.

Tempat ini menawarkan penginapan yang berkonsepkan villa dan chalet di atas air yang mempunyai senibina Melayu Tradisional. Antara jenis-jenis bilik di penginapan ini ialah Water Chalet, Beach studios, Bedroom Water Villa dan Premium Water Challet. Suasan di persekitaran resort ini cuku mendamaikan dan membuatkan anda terasa lebih ekslusif dengan kepelbagaian kemudahan yang disediakan. Antaranyanialah kolam mandi yang besar, landskap pantai yang indah, jakuzi serta private balcony .

Pada waktu petang ketika cuaca baik, dapatlah anda menikmati pemandangan sunset yang indah dari private balcony bilik anda. Jadi, apa tunggu lagi? Rancanglah percuitian anda sekarang ke Avillion Port Dickson!

14. Pantai Saujana (Pantai Batu 4)

tempat menarik di port dickson
Petit Go

Tempat Menarik di Port Dickson | Pantai Saujana yang turut dikenali sbagai Pantai Batu 4 sering menjadi kunjungan pelancong yang datang ke port Dickson. Lokasinya juga tidak terletak jauh dari Avillion PD Hotel. Terdapat aktiviti menarik yang ada di pantai ini dan pengunjung juga boleh berkelah di sini. Antara aktiviti yang ada di sini ialah jet ski, banana bot dan sebagainya. Bagi mereka yang suka akan aktiviti air, apa kata anda cuba berkunjung ke sini.

Keluasan pantai ini sememangnya tidak dinafikan. Jarak pasir pantai menuju ke laut hanya lebih kurang 50 meter. Kemudahan awam juga lengkap di sediakan bagi mereka yang berkunjung ke sini. Antara kemudahannya seperti, tapak perkhemahan awam, taman permainan kanak-kanak, tandas awam, tempat makan yang dekat & pilihan penginapan utama yang agak banyak. Banyak juga gerai yang di buka setiap hari yang menjual makanan, minuman, peralatan mandi laut dan sebagainya.

Tapak perkhemahannya sangat santai dan redup dilitupi dengan pohon-pohon semulajadi. Pada hari Sabtu, anda dapat lawati pasar malam yang membuka deretan gerai-gerai makanan serta minuman. Bolehlah feeling seperti jalan-jalan cari makan!

13. Pantai Teluk Kemang

tempat menarik di port dickson
Nasibinbuhazim

Tempat Menarik di Port Dickson | Sekiranya ini kali pertama anda bercuti di Port Dickson, anda disyorkan untuk berkunjung dahulu ke pantai ini berbanding pantai lain yang ada di PD. Pantai ini merupakan pantai yang paling popular untuk pelancong yang bercuti ke PD kerana persisiran pantainya yang lapang, pasir pantai yang gebu dan air laut yang jernih. Banyak aktiviti menarik yang boleh di lakukan di sini.

Bagi yang suka akan aktiviti air, di sini ada menyediakan aktiviti sukan air seperti banana fun ride, buggy ride, parasailing, naik speed boat, jetski dan banyak lagi. Selain itu, permukaan pantainya yang landai & ombak yang tidak kuat sangat sesuai untuk aktiviti mandi manda atau berlarian di gigian pantai bersama anak-anak. Terdapat juga gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman di pantai ini. Kemudahan dan fasiliti di sini juga lebih menarik dan terjaga daripada pantai lain.

Oleh kerana pantai ini dilengkapi dengan banyak fasiliti dan banyak warung-warung untuk makan dan minum, ia memang tumpuan ramai. Jadi kalau datang semasa cuti sekolah, bersedialah untuk bersesak sedikit dengan pengunjung lain.

Baca Juga: 10 Tempat Menarik di Kuala Kangsar (2023)

12. Pantai Cahaya Negeri Port Dickson

tempat menarik di port dickson
Petit Go

Tempat Menarik di Port Dickson | Pantai Cahaya Negeri terletak di Batu 5, Jalan Pantai, Port Dickson. Pantai ini mempunyai landskap yang lebih sistemarik selepas kerj-kerja pembangunan pada tahun 2014 dijalankan. Pantai ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam seperti dataran, pondok rehat dan parking kereta yang luas. Pada waktu malam, pantai ini akan dimeriahi dengan kehadiran pengunjung untuk bersantai melihat suasan pantai.

Pantai ini sememangnya cantik dengan adanya jambatan kayu melunjur ke laut yang meunju ke Pulau Burung. Di sana, pengunjung dapat berjalan kaki, bergambar dan menikmati suasa laut. Landskap dan pemandangan yang cantik di pantai ini menjadikan ia destinasi untuk pasangan penganting bersua foto dan juga pernah menjadi tempat oenggambaran filem tanah air.

11.  Pulau Burung Port Dickson

tempat menarik di port dickson
Jalan-jalan

Tempat Menarik di Port Dickson | Pulau kecil yang diberi nama Pulau Burung ini dikategorikan sebagai kawasan hutan paya bakau. Di pulau ini terdapat beberapa jenis pokok bakau dan pokok api-api. Jika ke sini, suasanya akan berasa seperti berada di hutan paya bakau. Untuk ke sini, pengunjung boleh mnggunakan platform jambatan kayu kira-kira 150 m dari Pantai Cahaya Negeri. Selain itu, ketika air surut, ada juga penduduk setempat yang hanya berjalan kaki dari Pulau Cahaya Negeri.

Di sekitar pulau ini sering menjadi port memancing bagi kaki pancing yang datang ke sini. Aktiviti sukan air juga menjadi tarikan pelancong jika ke sini. Antara aktiviti yang ada di pulau ini ialah banana boat. Jadi, jika anda berkunjung ke Pantai Cahaya Negeri, bolehlah sekaligus singgah ke Pulau Burung untuk menangkap gambar dan mencipta memori yang indah.

10. Hutan Rekreasi Tanjung Tuan & Rumah Api Tanjung Tuan

tempat menarik di port dickson
Trip Advisor

Tempat Menarik di Port Dickson | Jika anda mencari aktiviti yang lebih santai untuk beriadah di Port Dickson, datanglah ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan & Rumah Api Tanjung Tuan. Dari segi Geografi, hutan ini terletak di Melaka tetapi lokasinya lebih dekat dengan Port Dickson. Bagi para hikers, tempat ini memang sesuai untuk anda kerana strukturnya yang berbukit.

Di atas hutan ini terdapat rumah api yang dikenali sebagai Rumah Api Tanjung Tuan atau Cape Rachado yang berusia lebih 100 tahun. Jika ke rumah api ini, pengunjung tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam rumah ap.

Namun, pengunjung boleh bergambar di sekitarnya sebagai tanda kenang-kenangan. Untuk naik ke atas puncak, hanya mengambil masa dalm 10 hingga ke 15 minit sahaja jika anda suda terbiasa mendaki. Pada waktu petang, anda akan dihi9dangi dengan pemandangan Selat Melaka dan persisiran Pantai Port Dickson yang sangat mengujakan.

9. Glory Beach Resort

Tempat Menarik di Port Dickson | Merupakan satu destinasi penginapan yang agak lain dari pusat penginapan lain yang ada di Port Dickson. Pusat penginapan ini agak unik kerana mempunyai pusat peemuliharaan penyu.Pusat ini ditubuhkan untuk memulihara dan memelihara populasi penyu yang ada di perairan pantai Port Dickson.

Jika ke sini, anda dapat melihat pelbagai kolam yang menempatkan penyudari pelbagai spesies dan jenis seperi penyu belimbing dan penyu karah. Pusat pemuliharaan penyu ini berkolaborasi dengan Santuari Penyu Ranta Abang dalam usaha mengekalkan populasi penyu serta memberi pelajaran dan kesedaran kepada pengunjung yang datang ke sini tentang kepentingan hidupan marin dalam ekosistem laut.

Walaupun, pusat pemuliharaan penyu adalah tarikan utama di resort ini, tidak bermakna resort ini tiada tarikan lain. Glory Beach Resort merupakan penginapan yang berkonsepkan apartment. Jika anda sekelurga mencari tempat bermalam yang di lengkapi ruang tamu, dapur & bilik-bilik yang berasingan, Glory Beach Resort adalah pilihan ang terbaik.

Di sini juga terdapat kolam mandi yang tidak kurang menariknya untuk anak-anak anda bermain air. Selain itu, pelbagai kemudahan & fasiliti yang terdapat di resort ini yang sesuai untuk dijadikan tempat event-event seperti seminar, family day & sebagainya.

8. Extreme Park PD

tempat menarik di port dickson
Lexis Hibiscus PD

Tempat Menarik di Port Dickson | Bagi yang minat melakukan aktiviti extreme, tempat ini ditujukan khas buat anda! Banyak aktiviti outdoor secara berkumpulan disediakan di Estreme Park PD. Antara aktivitinya ialah go-karting, ATV fun ride, memanah, paintball war game & sebagainya. Lapangan paintball di sini sangat menarik kerana dikelilingi kehijauan rimbunan pokok yang membuatkan pengalaman ketika bermain game paint ball war lebih terasa mencabar. Tempat ini sesuai dijadikan tempat untuk membuat aktiviti team building kerana di sini anda dapat memupuk semangat sepasukan dan kerjasama di samping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.Jadi apa tunggu lagi? Mari rasai keseronokan yang sangat adventurous di sini!

tempat menarik di port dickson
Ticket2u

Tempat Menarik di Port Dickson | Bangunan yang menempatkan Galeri Seni 3D ini merupakan sebuah rumah kedai yang diubahsuai menjadi lebih unik dan menarik berkonsepkan 3D art. Disarankan untuk datang ke sini ketika weekday ataupun pada waktu petang. Jika berkunjung ke sini semasa cuti persekolahan, sudah tentu anda akan beratur panjang kerana tempat ini memang agak popular ketika cuti persekolahan. Jangan lupa sediakan storage yang cukup di telefon pintar anda untuk mengambil gambar 3D Art yang cukup menarik ini.

6. Wild West Cowboy Indoor Theme Park

tempat menarik di port dickson
Klook

Tempat Menarik di Port Dickson | Destinasi yang terletak sederet dengan bangunan Alive 3D Art ini diseliakan oleh pengurus yang sama. Tarikan di sini cukup menyeronokkan dan lebih kepada permainan indoor untuk kanak-kanak. Antara aktiviti yang disjikan ialah Rider Boat, Wild West Desert Explorer dan Cowboy-Go-Round. Harga ticket yang dijual hanya bernilai RM% untuk satu permainan.

Selain itu, 5D Motion Adventure dan 7D Interactive Movie merupakan salah satu tarikan utama di sini. Ticket bagi kedua aktiviti ini hanya RM15 seorang. Aktiviti-aktiviti yang ada di sini sudah pasti akan memberikan anda satu feel yang berbeza!

5. Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala

Tempat Menarik di Port Dickson | Tempat yang sememangnya kaya dengan flora dan fauna, Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala. Destinasi ini adalah yang terbaik & yang terdekat dengan Port Dickson untuk anda menerokai pelbagai jan flora fauna & burung-burung liar yang setanding dengan Taman Negara. Lokasinya yang mudah di akses dengan hanya menggunakan kereta biasa untuk meredah hutan. Terdapat juga banyak pilihan aktiviti outdoor yang menarik seperti jungle tracking, mengelilingi perkampungan orang asli dan sebagainya. Selain itu, ada juga disediakan beberapa fasiliti seperti dewan serbaguna dan bilik mesyuarat bagi anda yang ingin melakukan aktiviti team building di sini.

4. Corus Paradise Resort Port Dickson

tempat menarik di port dickson
Trip.com

Tempat Menarik di Port Dickson | Port Dickson sememangnya terkenal dengan tampat peranginannya. Jika anda bercadang untuk berkunjung ke Port Dickson tetapi mempunyai bajet yang agak terhad untuk penginapan, Corus Paradise Resort Port Dickson adalah jawapannya! Di sini, anda dapat melihat pemandangan laut PD yang cukup mengujakan.

Selain itu, terdapat juga kolam mandi untuk kanak-kanak serta orang dewasa ubersuka ria. Total bilangan bilik di sini juga cukup banyak sehingga 200 buah bilik. Pantai yang bersebelahan dengan resort ini juga sangat cantik dan menarik dari beberapa buah pantai yang ada di Port Dickson.

3. PD Waterfront

tempat menarik di port dickson
Pdwaterfront.com

Tempat Menarik di Port Dickson | Kawasan yang dibangunkan oleh kerajaan ini telah menajdi tempat beriadah dan bersantai bagi warga setempat di sini. Tempat ini juga dijadikan tempat untuk membeli-belah, tempat makan dan minum, malah menjadi tempat hiburan keluarga yang sudah pasti akan menarik minat pelancong untuk berkunjung ke sini.

Lokasinya juga seusai dijadikan tempat bersantai di tepi pantai. Kadangkala, ada buskres yang akan membuat persembahan terutamanya pada cuti sekolah dan hujung minggu. Selain itu, lokasinya sangat ideal bagi pengunjung yang ingin menikmati panorama tahari terbenam.

2. Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala

tempat menarik di port dickson
Kajtranenew

Tempat Menarik di Port Dickson | Jika anda belum pernah merasai pengalaman melihat bulan, planet dan bintang di angkasa raya secara langsung, sila lah berkunjunglah ke Pusat Cerapan Baitul Hilal. Di tempat ini, pengunjung berpeluang untuk menerokai planet dengan menggunakan teleskop canggih yang mencecah juta nilainya!

Selain itu, Ada juga pameran yang menceritakan tenatang kisah menarik sistem solar dan ilmu falak. Tempat ini juga sesuai untuk menyuntik semangat ingin tahu anak-anak anda dan memupuk semangat rajin belajr. Waktu beroperasii hanya dua kali sehari dan bayaran ada bayaran yang akan dikenakan jika berkunjung ke sini.

1. Lexis Hibiscus Port Dickson

tempat menarik di port dickson
Lexis Hotel Group

Tempat Menarik di Port Dickson | Bagi anda yang mengimpikan untuk menginap di resort mewah atas air ketika berada di PD, Lexis Hibiscus Port Dickson lah tempatnya. Tempat ini menawarkan lapan jenis bilik penginapan yang sangat eksklusif seperti Executive Pool Villa, Premium Pool Villa sehinggalah ke pakej bilik penginapan paling mewah iaitu Presidential Suite.

Apa yang menriknya yang ada di resort ini ialah setiap pilihan bilik penginapan mempunyai private pool yang akan membuatkan anda begitu teruja untuk terus terjun ketika Check In di bilik anda! Pengalaman menginap di resort seperti ini seharusnya menjadi sesuatu yang akan diingat semua orang. Anda dapat bersantai di tepi kolam renang, melihat ke luar tingkap dan merasa ketenangan dengan keindahan pemandangannya. Jangan lupa juga untuk menikmati keindahan panorama matahari terbenam jika anda berkunjung ke sini!