Terdapat banyak tempat menarik di Sandakan. Daerah Sandakan merupakan daerah kedua terbesar di Sabah. Daerah ini juga merupakan tempat yang sangat popular di Sabah di kalangan pelancong dari dalam mahupun luar negara.
Jika anda seseorang yang tidak suka akan kesibukan suasan bandar, anda sangat disyorkan untuk ke Sandakan kerana tempat ini juga menjadi tempat pelancongan bagi mereka yang cinta akan keindahan semula jadi dan hidupan hutan yang ada di Borneo. Di sini, anda dapat melihat kekayaan flora dan fauna yang eksotik yang ad adi bumi Borneo.
Selain itu, kota ini pernah mengalami kemusnahan yang sangat dahsyat akibat Perang Dunia Kedua. Bagi anda yang cinta akan sejarah, tempat ini sudah pasti sesuai untuk anda lawati kerana terdapat banyak kisah-kisah sejarah yang dapat anda selami di sini.
Di sini, kami akan membawa anda melihat sedikit sebanyak tempat yang menarik di Sandakan untuk anda lawati dan sudah tentu akan meninggalkan memori indah buat anda sekeluarga.
15 Tempat Menarik di Sandakan
15. Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre
Wild Red Apes atau lebih dikenali sebagai orang utan yang merupakan spesies monyet sangat mudah untuk di jumpai di kepulauan Borneo. Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre merupakan tempat yang paling ideal untuk anda berkunjung ke sini jika ingin melihat orang utan dengan lebih dekat.
Dengan keluasan lebih dari 40 km persegi, pusat penjagaan ini terletak di dalam sebuah hutan simpan yang sekaligus menjadi habitat semulajadi unutk haiwan ini. Di sini, anda dapat melihat bagaimana anak orang utan yang terpisah dari ibunya di latih dan di ajar tentang cara-cara unutk berdikari serta meneruskan hidup sendiri selapas dilepaskan di hutan simpanan.
Walaupun tempatnya terletak di dalam hutan simpan, tetapi terdapat banyak fasiliti kemudahan bagi keselesaan pengunjung di sini. Antaranya ialah, platform pejalan kaki dan tandas awam bagi oengunjung yang berkungjung ke sini. Jika anda melalui platform pejalanan kaki di sini, anda dapat menerokai kawasan sekeliling untuk melihat dengan lebih jelas kelibat-kelibat orang utan yang ada di sini.
Baca Juga: 15 Tempat Menarik Di Tawau (2023)
14. Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary
Merupakan salah satu tarikan pelancong yang tidak kurang popularnya dengan Orang Utan, Proboscis Monkey atau lebih dikenali sebagai Monyet Belanda juga merupakan spesis monyet yang sangat unik di kepulauan Borneo. Lokasinya terletak di tengah hutan bakau di kawasan pantai berdekatan dengan kampung Samawang di Labuk Bay yang kira-kira sejauh 45km dari bandar utama Sandakan. Santuari ini merupakan santuari terbuka yang menempatkan monyet-monyet belanda yang berkeliaran secara bebas di sekitarnya. Jika ingin berkunjung ke sini, anda dinasihatkan datang sebaiknya pada waktu monyet ini diberi makan iaitu sekitar 9 am atau pada waktu petang sekitar 3 pm. Anda tidak perlu risau untuk mendekati monyet-monyet yang ada di sini kerana monyet-monyet yang ada di sini bukanlah dari spesies yang agresif. Akan tetapi, pengunjung tidak dibenarkan unutk menyentuh monyet-monyet yang ada di sini.
13. Turtle Island Park
Selain di Terengganu, perairan di Sabah juga sangat popular dengan penyu dan kebiasaanya penyu-penyu ini akan mendarat di 3 kawasan pulau iaitu Pulau Gulisan, Pulau Selingan & juga Pulau Bakkungaan Kecil. Ketiga-tiga buah pulau ini menjadi tempat pendaratan utama untuk penyu bertelur di Timur Selatan Asia. Penyu-penyu di sini akan mendarat di kawasan pantai sekitar tengah malam atau ketika air laut sedang surut. Jika ingin melihat sendiri bagaimanan proses penyu bertelur, anda di nasihatkan untuk datang di antara waktu tersebut pada bulan Julai-Oktober. Akan tetapi, penyu-penyu ini juga sebenanrnya sentiasa bertelur sepanjang tahun di Pulau-pulau ini namun, bilangannya tidaklah sebanyak musim puncak.
Antara spesies penyu yang banyak mendarat di 3 buah pulau ini ialah Penyu Hijau (Green Turtle) & juga Hawksbill Turtle. Di antara ketiga pulau ini, Pulau Selingan merupakan pulau yang menjadi tumpuan utama untuk penyu-penyu ini bertelur kerana di sini terdapat taburan terumbu karang yang luas yang menjadi kawasan penyu berkeliaran. Di Pulau ini juga terdapat satu chalet yang sangat ideal unutk dijadikan tempat bermalam. Selain itu, pulau ini juga ada menyediakan aktiviti air sperti snorkeling, bolehlah anda beraktiviti sambil melihat keindahan terumbu karang di dasar laut.
12. Masjid Jamek Sandakan
Masjid Jamek Sandakan ataupun Masjid Jamek As-Sheikh Hasabollah At-Tohiri adalah sebuah masjid yang sudah pun berusia lebih daripada 130 tahun. Masjid ini merupakan masjid warisan bagi daerah Sandakan yang dibina sekita tahun 1880-an. Masjid ini memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu agama islam pada zaman pemerintahan British di kepulauan Borneo Udara ketika dahulu.
Lokasi masjid ini terletka di lereng bukit dan dikatakan telah diasaskan oleh pedagang dan pendakwad yang datang dari Yemen. Ketika itu, pedagang tersebut telah menggunakan hasil sumbangan penduduk setempat. Namun, ada jug ayang mengatakan bahawa masjid ini telah di bina oleh seorang penduduk yang berasal dari daerah itu sendiri yang berketurunan India Muslim. Berdasarkan usia masjid yang tua ini, sudah pasti ada peristiwa yang menarik yang pernah terjadi di masjid ini. Salah satu peristiwanya tersebut ialah, masjid ini dikatakan pernah menjadi tempat perlindungan bagi beberapa orang tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.
11. Sandakan Memorial Park
Pada sekitar Januari-Ogos tempat ini telah menyaksikan lebih daripada 2400 tawanan askar Australia dan juga British terkorban ketika Perang Dunia Kedua dengan Jepun dan terhasil lah Taman Peringat Sandakan (Sandakan Memorial Park). LOkasinya terletak kira kira 11km pemanduan dari bandar utama Sandakan. Taman peringatan ini sebenanrya merupakan sebahagian daripada landskap Taman Rimba yang menempatkan pelbagai jenis flora dan fauna. Jika ke sini, pengunjung dapat mempelajari tentang warisan kota ini sekaligus melihat keindahan flora dan fauna yang ada di sekitarnya.
Di taman peringatan ini juga ada menyediakan muzium bersaiz kecil untuk memperingati orang-orang Australia dan British yang terkorban. Taman ini juga turut dikellilingi rimbunan pokok-pokok besar yang pasti membuatkan anda berasa seperti sedang berada di dalam sebuah taman negara.
10. Taman Buaya Sandakan
Lokasi yang mengambil perjalanan kira-kira satu setengah jam dari bandar utama Sandakan dan terletak hanya bersebelahan dengan Sandakan Memorial Park. Taman Buaya Sandakan ini ditubuhkan sebagai satu usaha untuk menjaga populasi buaya tempatan daripada terus menerus diburu oleh manusia. Taman buaya ini menepatkan lebih daripada 3000 ekor reptilia sungai yang sudah pasti akan menarik minat anda untuk menelusuri tentang haiwan ini. Di sini juga terdapat tarikan lain seperti burung merak, burung enggang, ular, rusa, arnab, burung unta, ikan arapaima & banyak lagi.
Antara aktiviti menarik yang akan disajikan kepada pengunjung ialah melihat buaya ini melopat tinggi menyambar ayam yang digantung pada tali rentang. Di sini,pengunjung juga akan melihat buaya yang bersaiz gergasi yang di kenali sebagai Bujang lapuk dan dipercayai telah berusia hampir 60 tahun.
9. Sungai Kinabatangan
Sungai yang berukuran kira-kira 560km ini menjadikannya sungai yang terpanjang di negeri Sabah. Menelusuri sungai ini merupakan perkara yang wajib jika berkunjung ke sini. Barulah terasa kcuti anda adventurous! Dengan melakukan aktiviti pelayaran tersebut, anda dapat membuka mata tentang keindahan geografi sekitar Sabah yang cukup indah serta menarik. Di sepanjang perjalanan, pengunjung akan disajikan dengan pemadangan ladang-ladang kelapa sawit, kawasan perkampungan dan bandar-bandar kecil sekitar Sandakan. Pada waktu inilah peluang anda untuk melihat kekayaan bumi Sabah dengan flora dan faunanya yang cukup memukau. Jika bernasib baik, mungkin juga anda akan berjumpa dengan gajah-gajah besar yang digelar Borneo Pygmy Elephants.
8. Sandakan Liberation Monument
Sandakan Liberation Monument merupakan monumen unik yang dibina untuk memperingati tentera bersekutu yang telah terkorban ketika menentang askar jepun di Borneo Utara pada masa dahulu. Monumen ini juga dibina sebagai tanda menunjukkan sebuah pengorbanan yang membawa kepada tamatnya Perang Dunia Kedua. Jika di lihat dari gambar, tugu yang bebrbentuk sebagai senapang rifle dengan hiasan topi di atasnya menunjukkan tradisi yang telah diamalakan tentera bagi melambangkan tempat dimana pejuang-pejuang perang telah gugur ketika peperangan dahulu.
7. Borneo Sun Bear Conservation Centre
Lokasinya terletak hanya beberapa minit sahaja dari Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre. Helarctos Malayanus atau lebih dikenali sebagai Sun Bear merupakan spesis beruang yang terkecil di dunia. Namun, beruang ini adalah yang paling tangkas memanjat pokok. Kecil-kecil cili padi lah katakan. Beruang ini dikenali juga sebagai beruang madu. Populasi beruang ini semakin terjejas dengan drastiknya dirnakan oleh aktiviti pembalakan dan pemburuan haram. Justeru, Ppuat pemuliharan ini dibina dengan tujuan unutk menyelamatkan populasi beruang yang kian terancam pada masa kini. Destinasi ini sesuai dikunjungi bersama keluarga lebih-lebih lagi anak kecil kerana di sini bukan shaja dapat melihat beruang yang jarang ditemui di tempat lain, tetapi juga anda dapat belajar mengenali spesis beruang ini dengan lebih mendalam lagi.
6. Pasar Umum Sandakan
Pasar yang menempatkan peniaga-peniaga setempat berniaga pelbagai produk sama ada produk kering atau basah yang boleh di bawa pulang bersama ke kampung halaman.Ada juga hasil laut, buah-buahan dan syur-sayuran yang boleh di dapati di pasar ini. Gerai makan dan minum juga ada di dalam pasar ini. Jika bercadang untuk sarapan pagi ataupun makan tengah hari, bolehla berkunjung ke sini. Setelah selesai menjamu selera, bolehla anda berjalan-jalan mencari buah tangan yang ingin di beli. Lokasi pasar ini terletak di tepi laut. Jadi jika ke sini pada waktu petang, bolelhlah anda singgah sebentar di tepi lautnya untuk menghirup udara segar dan nyaman sambil menikmati angin sejuk dengan bayu laut yang bertiup.
5. Indah Jaya Waterpark
Jika anda berkunjung ke Sandakan bersama anak-anak anda, sudah tentu mereka akan teruja jika ke sini. Indah Jaya Waterpark merupakan taman tema air yang cukup simple dan tidak terlalu besar sesuai untuk anda beriadah di hujung minggu tanpa merisaukan kesesan orang ramai seperti di taman-taman tema air yang lain. Salah satu aktiviti yang dapat menarik perhatian di sini ialah gelongsor besar yang boleh dicuba bersama-sama. Berkunjung ke sini cukup memberikan suasan yang sangat ceria.
4. Lankayan Island
Sebuah pulau yang cukup istimewa kerana menawrkan lebih daripada 30 lokasi untuk anda melakukan aktiviti menyelam. Yang lebih menariknya lagi, terdapat bangkai kapal yang boleh diterokai di antara salah sebuah tempat menyelam itu. Disini, anda dapat menerokai kehidupan faunanya yang cukup membuatkan anda terpukau. Penunjung juga dapat melihat hidupan laut yang jarang ditemui di kawasan lain seperti ikan anemone, ikan kerapu, blue ribbon eel, juvenile cat fish dan bermacam-macam lagi. Jika dilihat dari gambar, permukaan airnya cukup jernih jadi, dapatlah anda menyelam sambil menikmati hidupan laut secara HD.
3. Pulau Berhala
Berhadapan dengan perkampungan Sim-Sim, pulau ini memiliki dua buah bukit batu pasir yang bercantum di antara satu sama lain. ketinggian pulau ini ialah 600 kaki dari aras laut. Bagi para hikers, tunggu apa lagi? Di sini, anda boleh menemui gua yang unik dan memuka di sebabkan oleh adanya kehadiran batu kapur. Pasti and ingin tahu kenapa pulau ini dinamakan sebagai Pulau Berhalan bukan? Jika begitu, silalah berkunjung ke sini untuk menyiasat apakah cerita disebalik nama pulau ini.
2. Gua Gumantong
Merupakan gua batu kapur yang terbesar di negeri Sabah dan terdiri dari dua buah kompleks gua iaitu Simud Hitam ( Black Cave) yang mempunyai ketinggian sehingga 90 meter dan dan Simud Putih (White Cave), yang menempatkan sarang burung layang-layang yang lebih banyak dan bernilai tinggi. jika berkunjung ke Simud Putih anda hendaklah membuat perancangan dengan lebih awal kerana gua ini berada di kawasan pedalaman. Di sana terdapat Gomantong Rainforest Chalet yang dapat menempatkan 30 orang pada satu masa. Nama pun sudah gua, sudah pasti ada yang menanti di dalamnya. Jika masuk ke dalam gua, akan ada kehadiran banyak burung kelawar yang pelbagai jenis seperti Fawn Leaf-Nose dan Philippine Forest Horseshoe, maka bersedialah dengan topeng muka untuk menapis bau najis kelawar yang agak menusuk hidung. Di sinilah anda boleh merasai pengalaman berada di Hutan Borneo!
1. Agnes Keith House
Rumah yang dibina semula pada tahun 1946 oleh kerajaan negeri setelah dimusnahkan semasa Perang Dunia Kedua dan dijadikan sebuah muzium yang dilengkapi dilengkapi dengan penghasilan semula perabot lama dan antik yang asli merupakan rumah didiami oleh Mr Harry Keith, seorang Konservator Perhutanan bersama dengan isterinya, Agnes Newton Keith dan anaknya, George. Agnes Newton Keith ini merupakan seorang penulis yang mahir dan beliau telah menghasilkan tiga buah buku yang mencerikana keadaan dan kehidupan di Sandakan pada zaman itu. Dan tajuk-tajuk buku yang dikarangnya ialah ‘Land below the Wind’, ‘Three came home’ dan ‘White man returns’. Buku yang bertajuk “Land Below The Wind” telah meningkatkan populariti Negeri Sabah di peringkat antarabangsa. Di tingkat pertama rumah ini yang merupakan galeri muzium banyak menceritakan kehebatan Agenes Keith ini termasuk buku-buku karangannya dan keluarganya. Pengunjung yang datang ke sini juga boleh membaca salasilah keluarga Keith sejak dari tahun 1873 sehingga ke 2004.