Tempat Menarik di Dungun

Mesti korang tertanya-tanta tentang tempat menarik di Dungun kan? Adake makanan sedap kat sini? Jom kali ini kita kupas beberapa lokasi yang menarik yang terdapat di daerah ini.

Dungun merupakan daerah ke-2 terbesar di Terengganu. Kedudukan geografinya yang terletak berdekatan dengan laut, menjadikan Dungun sangat strategik untuk pelbagai aktiviti tak kira dari segi ekonomi mahupun pelancongan.

Dungun juga terkenal dengan kisah sejarhnya yang tersendiri. Samada dari dunia kepahlawanan, dunia persilatan sehinggalah cerita-cerita sejarah yang masih belum dapat dikupas sepenuhnya.

Sehingga kini, terdapat beberapa tempat menarik di Dungun untuk kunjungan para pelancong bagi percutian dan menikmati keindahan alam semulajadi.

10. Air Terjun Chemerong

Tempat menarik di Dungun – Air Terjun Chemerong terletak di Hutan Simpanan Pasir Raja dalam Daerah Dungun. Ia merangkumi keluasan sehingga 292 hektar dan mengambil masa kira-kira 30km dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) dan 100km dari Bandar Kuala Terengganu.

Terdapat banyak aktiviti yang menarik boleh dilakukan oleh pengunjung yang datang antaranya ialah berkhemah, merentas denai, mendaki gunung dan bersiar-siar.

Fasiliti disini juga sangat memuaskan dengan adanya pondok rehat, serta tandas awam yang boleh digunakan para pengunjung yang hadir.

Baca Juga:

09. Taman Rekreasi Tasik Puteri

Tempat menarik di Dungun – Tasik Puteri adalah tasik buatan manusia yang terhasil daripada peninggalan aktiviti perlombongan bijih besi di Bukit Besi, Dungun sewaktu ketika dahulu. Mempunyai keluasan sebanyak 131 hektar, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti perkelahan, perkhemahan, aktiviti lasak darat dan air serta aktiviti santai bersama keluarga.

Terdapat pelbagai kemudahan yang telah disediakan di sini seperti esplanade, taman permainan, jeti, slipway, surau, tandas, kedai makan, bilik persalinan, parking kereta, air terjun dan kolam mandi.

Suasana disini sangat ideal untuk tenangkan diri daripada kesibukkan kota, sesuai untuk anda ‘healing’.

08. Rantau Abang

Tempat menarik di Dungun – Terletak kira-kira 60KM mengarah ke selatan bandar Kuala Terengganu, tempat ini wajib masuk dalam list percutian korang dekat Terengganu. Aktiviti paling menarik disini adalah menunggu dari tengah malam sampailah ke subuh untuk melihat penyu belimbing yang besar naik ke darat untuk bertelur.

Pasti anda tidak ingin melepaskan peluang melihat sendiri penyu-penyu ini merangkak perlahan-lahan menelusuri pasir putih untuk bertelur kan? Penyu raksasa ini boleh membesar sehingga 2.5m panjang dan beratnya kadangkala melebihi 375kg. Rantau Abang ialah salah satu dari enam lokasi di dunia yang dikunjungi oleh penyu-penyu ini dari bulan Mei hingga September.

Alamat: Kampung Rantau Abang, 23050 Kuala Dungun, Terengganu.

07. Pantai Batu Pelanduk

Tempat menarik di Dungun – Tidak jauh dari Pantai Rantau Abang, pantai ini terkenal dengan sebuah batu besarnya yang unik yang seakan pelanduk, yang tingginya kira-kira 20 kaki.

Di pantai ini juga, penyu akan datang bertelur diantara April – Ogos. Suasana matahari terbit disini juga sangat memukau mata. Bagi admin, inilah antara pantai yang terbaik dan menakjubkan yang ada di Terengganu.

Alamat: 36, AH18, 23050 Kuala Dungun, Terengganu

06. Rimba Bandar Bukit Bauk

Tempat menarik di Dungun – Tempat ini merupakan hutan asli dalam bandar yang terbesar di Malaysia. Tempat ini juga berfungsi sebagai padang ragut Jabatan Haiwan, bekalan air, dan juga pusat pemancar telefon selular.

Lokasi ini turut dibangunkan sebagai kawasan rekreasi dengan kemudahan trek jogging, tapak perkhemahan, dataran hijau, pusat penerangan, surau, wakaf, tandas dan pondok rehat.

Alamat: Jalan Paka, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

05. Pulau Tenggol

Tempat menarik di Dungun – Seterusnya, apa yang menarik dekat Dungun ialah Pulau Tenggol. Pulau ini merupakan destinasi percutian yang popular dikalangan penyelam skuba dan pelancong asing.

Air laut yang jernih ditemani dengan terumbu karang yang mengagumkan menjanjikan pengalaman menyelam yang tidak terlupakan buat para pelancong yang datang. Pasti anda tidak akan menyesal untuk datang ke Pulau Tenggol untuk menikmati kehidupan bawah laut yang pelbagai.

04. Singgang Ulam Budu

Tempat menarik di Dungun – Restoran Singgang Ulam Budu adalah satu tempat yang menyajikan masakan ala kampung citarasa pantai timur. Dengan lokasinya yang menarik perhatian ramai, ramai orang singgah kesini dan kemudiannya bersantai-santai di pantai yang berhampiran dengannya.

Pasti anda akan terpikat dengan hidangan tradisional yang terdapat di restoran ini. Nampak seakan-akan ringkas sahaja, namun dijamin pasti akan membuka selera sesiapa sahaja yang mencubanya.

Alamat: PT14909B, Jalan Pantai Kampung Sura Tengah, Dungun, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

03. Di Atas Sungei

Tempat menarik di Dungun – Restoran Di Atas Sungei ini menyajikan anda hidangan masakan Melayu yang cukup istimewa. Yang menarik sekali, Chef Ann yang merupakan tukang masak di sini akan berinteraksi secara langsung dengan pelanggan yang hadir di setiap meja lalu akan mencadangkan menu yang sesuai dengan anda.

Antara menu yang popular dekat sini adalah fillet ikan, kerang cili, udang buttermilk, ayam roselle dan juga mee mamak.

Alamat: Tanjung Jara Resort Batu 8, Off, Jalan, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

02. Hola West Dungun

Tempat menarik di Dungun – Restoran ini merupakan satu restoran yang sederhana yang menyajikan hidangan masakan ala barat. Menu yang disajikan kesemuanya meiliki standard yang tersendiri. Walaupun konsep masakan ala barat, yang umum kita ketahui harga yang agak tinggi sedikit, namun di restoran ini, anda boleh dapatinya dengan sangat murah dan berpatutan.

Suasana tempat ini juga sangat menarik sekali kerana ianya terletak di sebuah warung kampung. Walaupun begitu, dekorasi dalaman dan luaran sangat menakjubkan sekali sehingga dapat menambat hati sesiapa sahaja yang melaluinya.

Alamat: 561-A, Jalan Pantai Sura, Kampung Sura Selatan, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

01. Kedai Roti Tempayan Aidil Putra

Tempat menarik di Dungun – Sebut sahaja roti nan, pasti ramai yang mengenalinya lebih – lebih penggemar makanan di kedai mamak, pasti tahu. Namun, jika di negeri sebelah Pantai Timur, roti nan ini lebih dikenali dengan nama roti tempayan.

Di Dungun, Terengganu ini terdapat sebuah restoran dikenali sebagai Kedai Roti Tempayan Aidil Putra yang agak popular. Ia menyediakan roti nan bersama gulai ayam, kambing atau daging yang dimakan bersama. Kedai ini dimiliki oleh orang Melayu tempatan dan bukannya dimiliki oleh seorang mamak.