Terdapat pelbagai tempat menarik di Kota Bharu. Syoknya kalau dapat bercuti ke sebuah destinasi yang meriahkan? Kalau ini yang anda cari, bercutilah ke Kota Bharu, bandar yang terletak di dalam negeri Kelantan ini begitu happening bukan hanya kerana penduduknya yang ramah, tapi juga kerana suasana yang sentiasa hidup dengan aktiviti berjual-beli.
Selain ini semua, Kota Bharu juga adalah bandar yang memiliki paling banyak tarikan terkenal di Kelantan, daripada istana-istana lama, muzium-muzium dalam bangunan klasik, hinggalah kepada kedai-kedai makan yang best, Kota Bharu adalah sebuah destinasi dengan pakej percutian yang lengkap dari A ke Z.
10 Tempat Menarik di Kota Bharu
10. Taman Air Splash / Taman Indera Petra
Tempat Menarik Di Kota Bharu | Mungkin ramai yang belum tahu tentang kewujudan kawasan air kolam ini kerana lokasinya yang agak tersorok. Dengan dilengkapi 3 buah kolam renang yang luas bersesuaian dengan keperluan usia pengunjung, tempat ini akan memberikan satu wadah menarik untuk anda kunjungi bersama keluarga.
Nikmatilah pemandangan yang segar dan keriangan wajah orang-orang tersayang bila berada di Taman Air Splash atau nama lainnya Taman Indera Petra.
Baca Juga: 10 Tempat Menarik di Kuala Kangsar (2023)
9. Street Art Kota Bharu
Tempat Menarik Di Kota Bharu | Deretan lukisan pada dinding bangunan atau lorong-lorong jalan pastinya memberi sesuatu fenomena menarik. Di Kota Bharu, Majlis Perbandaran mereka turut menawarkan street art yang mencerminkan budaya dan identiti negeri Kelantan.
Laluan seni yang dijayakan ini telah pun wujud sejak tahun 2016 dan merupakan kolaborasi antara Persatuan Seni Lukis Kelantan dan syarikat cat, Jotun. memang satu tempat yang sangat menarik untuk anda kunjungi dan rakamlah cebisan memori dengan 3 tema berbeza di street art ini iaitu Palestin Art Corner, Batik dan Seni dan Budaya.
8. Menara Rehal
Tempat Menarik Di Kota Bharu | Kurang lengkap berkunjung ke Kota Bharu jika tidak mengunjungi Menara Rehal Sultan Ismail Petra yang terletak di pusat bandar Kota Bharu, iaitu Kota Sultan Ismail.
Ramai pengunjung pasti akan mengabadikan memori di menara yang unik yang dikatakan dipengaruhi oleh budaya Islam ini. berlatar belakangkan menara ini menjadikan bukti anda sudah sampai kenegeri Cik Siti Wan Kembang.
Menariknya juga Menara yang unik ini turut terletak berdekatan dengan banyak lagi lokasi hotspot pelancong seperti Istana Jahar dan Padang Merdeka.
7. Pantai Nusuk
Tempat Menarik Di Kota Bharu | Jika ingin melarikan diri dari kesibukan kerja, pantai merupakan salah satu tempat yang sangat tepat. Pantai Nusuk yang dulunya merupakan sebuah pantai terpencil yang dipenuhi semak samun kini sudah menjadi satu tarikan untuk disinggah.
Lokasinya yang tersembunyi di Sabak ini menjadikannya seolah_olah pantai rahsia sama seperti namanya Nusuk (Sembunyi). Pantai ini telah dimajukan untuk menjadi tempat beriadah bersama keluarga. Ia juga sesuai dijadikan spot berkelah yang menjadi kegemaran ramai.
Baca Juga: 15 Tempat Menarik di Kota Kinabalu (2023)
6. Muzium Negeri Kelantan
Tempat Menarik Di Kota Bharu | Ingin kenal dengan lebih lanjut tentang destinasi percutian anda? Ini adalah aktivit yang paling tepat iaitu melawat muzium negeri tersebut. Muzium Negeri Kelantan yang ditubuhkan pada 1990 yang pada asalnya berfungsi sebagai pajabat majlis perbandaran Kota Bharu.
Di dalamnya, anda dapat menelusuri proses pembangunan yang telah dilalui negeri pantai timur ini dengan sangat teratur dari dahulu sehingga kini. Anda juga dapat melihat pameran budaya yang ada memaparkan koleksi kraf yang digunakan dalam persembahan wayang kulit, tarian mak yong, peralatan muzik tradisional seperti rebana ubi dan banyak lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk menambah pengetahuan sejarah anda bersama keluarga.
5. Pasar Terapung Kota Pengkalan Datu
Tempat Menarik Di Kota Bharu | Anda inginkan suasa yang unik? Pasar Terapung Kota Bharu yang merupakan pasar terapung di mana para peniaga berjualan di atas sampan yang terapung di atas Sungai Pangkalan Datu. Di sini anda dapat rasakan aura kampung yang jarang-jarang utnuk kita rasai.
Anda juga boleh turut serta terapung di atas pelantar terapung yang disediakan sebagai kemudahan pengunjung untuk melihat apa yang dijual di atas bot atau sampan.
4. Muzium Kraftangan dan Kampung Kraftangan
Tempat Menarik Di Kota Bharu | Negeri Kelantan ini sememangnya cukup kaya dengan seni budayanya. Bagi anda yang ingin mendalami keunikan budaya negeri ini adalah dengan melawati Muzium Kraftangan dan Kampung Kraftangan yang terletak di Jalan Merbau. Di muzium, anda dapat melihat sendiri demonstrasi yang akan dilakukan tentang bagaimana kain songket dihasilkan.
Bukan itu shaja, and ajuga berpeluang untuk melihat bagaimana wau dibuat, ukiran tradisional dan cara membuat barangan perak. Di sini juga anda boleh mencuba untuk mencanting batik sendiri sekaligus mengasah bakat terpendam yang ada di dalam diri anda.
3. Masjid Kampung Laut
Tempat Menarik Di Kota Bharu | Masjid Kampung Laut yang terletak di Nilam Puri ini telah dibina pada kurun ke-18 tanpa menggunakan sebatang paku! Masjid ini juga sekaligus menjadi masjid yang tertua di rantau ini.
Masjid ini telah dialihkan dari lokasi asalnya iaitu di tepi Sungai Kelantan untuk mengelakkan banjir yang sering terjadi di sana. Setelah dipindahkan, masjid ini juga turut diperbaiki dan dilengkapi dengan kemudahan elektrik dan air demi keselesaan jemaah yang datang beribadah di sini.
2. Restoran Nasi Ulam Cikgu
Tempat Menarik Di Kota Bharu | Sudah penat meronda bandar Kota Bharu? Sila lah singgah ke Restoran Nasi Ulam Cikgu dimana anda dapat merasaka kesegeran ulam yang tiada tandingannya. Antara makanan yang wajib anda cuba di sini ialah ayam percik, ikan keli, sambal dan sudah semestinya ulamnya!
1. Pasar Siti Khadijah
Tempat Menarik Di Kota Bharu | Lokasi wajib singgah jika bercuti ke Kota Bharu! Kompleks perniagaan yang mempunyai 4 tingkat ini diberikan nama sempena isteri Rasulullah S.A.W yang juga merupakan seorang ahli perniagaan wanita yang berjaya sesuai dengan peniaga-peniaga di sini yang terdiri daripada kaum wanita.
Di sini lah anda boleh dapatkan hasil sayura-sayuran, buah-buahan serta daging-daging yang segar. Dinasihatkan untuk anda yang ingin berkunjung ke sini agar datang lebih awal seeloknya sebelum waktu tengah hari kerana sudah tentu akan ramai yang datang ingin berbelanja di sini.