tempat menarik di kota kinabalu

Pelbagai tempat menarik di Kota Kinabalu untuk dikunjungi. Negeri Sabah sememangnya merupakan sebuah negeri yang terkenal dengan keindahannya yang mempunyai banyak pantai dan pulau-pulau serta budaya etnik yang pelbagai.

Negeri ini dikatakan unik kerana mempunyai banyak suku kaum antaranya Dusun, Bajau, Bugis, Tidung, Kadazan, Murut dan banyak lagi. kepelbagaian ini juga melahirkan banyak adat resam yang mewarnai negeri di bawah bayu ini.

Melalui entri ini, kami tidak memfokuskan kepada etnik tetapi akan membawa anda menerokai pelbagai tempat menarik di Sabah khususnya di ibu negeri iaitu Kota Kinabalu.

Baca Juga: Tempat Menarik di Kota Belud | “Hidden Gems” Negeri Dibawah Bayu

15. Lok Kawi Wildlife Park

Lok Kawi Wildlife Park sebagai tempat menarik di kota kinabalu
Klook

Tempat Menarik di Kota Kinabalu | Lok Kawi Wild Life Park merupakan destinasi yang paling ideal untuk dikunjungi bagi sesiapa yang ingin menerokai tentang pelbagai spesis haiwan liar khususnya yang popular di Borneo.

Lokasinya sangat mudah ditemui dan terlatak kira-kira 40 minit pemanduan dari pusat bandar KK. Di sini, Pelancong berpeluang melihat pelbagai jenis haiwan-haiwan eksotik Borneo contohnya seperti gajah, monyet belanda, harimau, beruang dan pelbagai lagi spesis haiwan yang menarik.

14. Mari Mari Cultural Village

Mari Mari Cultural Village sebagai tempat menarik di kota kinabalu
Borneo Travel

Tempat Menarik di Kota Kinabalu | Tempat ini juga telah banyak menarik minat pelancong untuk lebih mendekati dan mempelajari pelbagai adat dan kebudayan etnik Sabah secara lebih mendalam.

Di sini, pengunjung berpeluang untuk sertai tarian tradisional dan melihat bagaimana suku kaum yang ada di Sabah menjalani kehidupan harian secara tradisional.

Di tempat ini juga pelancong dapat menambah pengetahuan tentang sejarah pahlawan-pahlawan yang terkenal satu masa dahulu serta berpeluang untuk melihat tengkorak manusia yang tergantung yang dipercayai merupakan lanun-lanun yang telah ditewaskan oleh pahlawan Sabah satu ketika dahulu.

13. Pasar Filipino

Pasar Filipino sebagai tempat menarik di kota kinabalu
Travel Earth

Tempat Menarik di Kota Kinabalu | Dalam entri ini kami akan bawakan juga sebuah tempat wajib kunjung yang paling terkenal di Kota Kinabalu. Anda pasti tidak menyesal bila memasuki Pasar Filipino.

Anda yang suka koleksi mutiara asli atau cendera hati buat kenangan dan ole-ole inilah syurga anda. harga yang boleh tawar menawar dengan keramahan sipenjual juga menjadikan satu memori buat anda.

Bukan itu sahaja pelbagai jenis makanan kering seperti ikan, sotong dan udang serta kerupuk boleh anda borong. Pilihan hotel yang berdekatan dengan Pasar ini sangat disyorkan.

12. Pasar Besar Kota Kinabalu

Pasar Besar Kota Kinabalu sebagai tempat menarik di kota kinabalu
Utusan Borneo Online

Tempat Menarik di Kota Kinabalu | Pasar Besar Kota Kinabalu merupakan sebuah tempat di mana anda boleh temui segala macam hasil laut yang segar seperti udang galah, ketam, siput, ikan dan lain-lain.

Bagi pelancong yang ingin membawa pulang hasil belian dari pasar ini tetapi risau kerana menaiki kapal terbang, peniaga-peniaga di sini ada yang menawarkan perkhidmatan pembungkusan dan sejuk beku untuk membolehkan anda membawa bahan basah yang telah di beli menaiki kapal terbang.

Jualan barangan kering juga terdapat di pasar ini contohnya seperti ikan masin, sotong kering, dan juga pelbagai jenis kerupuk yang hanya terdapat di Sabah.

11. Tuaran Crocodile Farm

Tuaran Crocodile Farm sebagai tempat menarik di kota kinabalu
Sabah Attractions in Malaysia

Tempat Menarik di Kota Kinabalu | Tuaran Crocodile Farm, sebuah ladang yang berkeluasan 7 ekar yang menempatkan lebih daripada 1,000 ekor buaya dapat membuka mata pelancong tentang pelbagai perkara baru berkaitan penangkapan buaya dan pembiakan mereka.

Antara aktivit menarik yang ada di sini ialah pertunjukan buaya yang sangat mendebarkan. Pertunjukan ini memakan masa selama sekitar 15 minit.

Bukan itu sahaja, di Tuaran Crocodile Farm ini, pengunjung juga boleh melawat Butterfly Garden di mana ianya menempatkan pelbagai spesis rama-rama yang penuh dengan kewarnawarnian. Selain buaya dan rama-rama, suka unutk diingatkan juga bahawa terdapat banyak lagi haiwan-haiwan lain yang ada di sini. contohnya seperti, rusa, burung unta dan kura-kura.

10. Api-Api Night Food Market

Api Api Night Market sebagai tempat menarik di kota kinabalu
The Star

Tempat Menarik di Kota Kinabalu | Api Api Night Food Market yang terletak di Gaya Street merupakan satu tempat yang unik kerana menawarkan pelbagai jenis makanan, minuman, buah-buahan dan kraf tangan yang dibuat khas oleh penduduk tempatan.

Pasar malam ini beroperasi pada hari Jumaat dan Sabtu dari jam 6 petang hingga ke 2 pagi. Tempat ini juga sering menyajikan persembahan dari kumpulan buskers tempatan yang mampu menghibur pengunjung yang datang ke sini.

Yang uniknya lagi, pengunjung boleh membeli jualan makanan dan minuman yang ada di sini lalu duduk di sekitar tempat persembahan sambil menikmati juadah yang telah di beli serta persembahan yang akan disajikan.

9. Bukit Kokol

Bukit Kokol sebagai tempat menarik di kota kinabalu
Eksplorasi Sabah

Tempat Menarik di Kota Kinabalu | Bukit Kokol yang terletak kira-kira 1 jam pemanduan dari bandaraya Kota Kinabalu ini merupakan tempat yang sangat sesuai bagi mereka yang suka akan keindahan alam.

Di sini anda dapat melihat pemandangan yang cantik termasuk panorama matahari terbenam sambil menenangkan fikiran. Bukit Kokol juga ada menyediakan tempat penginapan yang tidak kurang menariknya bagi mereka yang ingini berehat seketika dari kesibukan kerja.

8. Pantai Tanjung Aru

Pantai Tanjung Aru sebagai tempat menarik di kota kinabalu
MySabah

Tempat Menarik di Kota Kinabalu | Tempat dimana anda sekeluarga boleh melarikan diri dari kesibukan bandar iaitu Pantai Tg Aru yang hanya terletak kira-kira 5 ke 6km dari pusat bandar. Pelancong kebiasannya akan datang ke sini untuk meikmati pemandangan matahari terbenam.

Suka untuk diingatkan bahawa matahari di Sabah melabuhkan tirainya jauh lebih awal dari di Semenanjung dalam sekitar 5.50petang. Di sini juga terdapat kedai makan yang anda boleh kunjungi sementara menunggu matahari terbenam.

Bukan itu sahaja, Pengunjung yang datang ke sini juga ada yang sempat melihat kapal terbang yang mendarat di Kota Kinabalu International Airport. Bagi kaki DSLR, tempat ini mungkin adalah tempat yang anda harus pertimbangkan.

7. Masjid Negeri Sabah

Masjid Negeri Sabah sebagai tempat menarik di kota kinabalu
Wikipedia

Tempat Menarik di Kota Kinabalu | Masjid yang dibuka sejak 1977 ini merupakan satu destinasi pelancongan yang amat popular kerana keunikan seni binanya yang berkonsepkan Islamik moden. Terdapat pelbagai kemudahan di kawasannya seperti tempat parking yang luas, ruangan mengambil wudhu dan sebagainya.

Destinasi ini sangat sesuai untuk meraka yang sedang bermusafir kerana lokasinya yang terletak tidak jauh dari pusat bandar. Jika anda berkunjung ke sini, jangan lupa untuk membawa seisi keluarga dan mengambil gambar kenang-kenangan bersama.

6. Balai Seni Lukis Sabah

Balai Seni Lukis Sabah sebagai tempat menarik di kota kinabalu
Wikipedia

Tempat Menarik di Kota Kinabalu | Kepada yang suka akan seni, tempat ini sememangnya sesuai untuk anda kerana Galeri Seni Sabah ada menganjurkan pameran dan acara tahunan yang memprmosikan karya artis tempatan dan antarabangsa. Bangunan ini merupakan bangunan ‘Hijau’ pertama di Borneo.

Reka bentuk bangunan ini juga merupakan salah satu tarikan yang menarik minat pelancong untuk berkunjung ke sini.

5. Zip Borneo

Zip Borneo sebagai tempat menarik di kota kinabalu

Tempat Menarik di Kota Kinabalu | Lokasi menarik yang cukup mendeberkan jika and ini melakukan aktiviti outdoor bersama rakan-rakan. Antara aktiviti menarik yang ditawarkan di sini ialah flying fox merentasi Sungai Kiulu, abseiling, wall climbing, berkayak, berkhemah dan banyak lagi.

Tempat ini juga sering menjadi tempat untuk melakukan aktiviti team building. Anda juga boleh membawa keluarga serta rakan-rakan untuk meluangkan masa berkualiti bersama.

4. Muzium Negeri Sabah

Muzium Negeri sebagai tempat menarik di kota kinabalu
Sabah Government

Tempat Menarik di Kota Kinabalu | Destinasi ini terbaik sekiranya anda ingin mempelajari lebih tentang sejarah. Di dalam satu kawasan kompleks ini terbahagi kepada beberapa bangunan berbeza iaitu Bangunan Utama, Pusat Sains dan Teknologi, Kampung Warisan, Taman Etno-Botani dan Muzium Budaya Islamik Sabah.

Bangunan Utamanya memiliki reka bentuk rumah panjang Rungus yang didalamnya terdapat pameran berkaitan Etnografi, Natural History, Seramik, pameran Sejarah dan juga ruangan Arkeologi.

Selain itu, muzium ini juga mempamerkan pelbagai artifak bersejarah tentang Negeri Sabah. Lokasinya terletak sekitar 4 km dari Badaraya Kota Kinabalu.

3. Sabandar Cowboy Town Tuaran

Sabandar Cowboy Town Tuaran sebagai tempat menarik di kota kinabalu
Adli Bakri

Tempat Menarik di Kota Kinabalu | Lokasi yang terletak kira-kira hanya 45 minit ke 1 jam pemanduan dari Kota Kinabalu, Cowboy Town Tuaran merupakan salah sebuah tarikan di Sabah yang patut anda kunjungi untuk merasai pengalaman menjadi Koboi.

Tiba sahaja di sini, anda pasti tidak sabar untuk menunggang kuda yang ada di sini. Antara tarikan lain adalah, kandang kuda, taman herba, taman alam semula jadi paya bakau dan banyak lagi.

2. Taman Laut Tunku Abdul Rahman

Taman Laut Tunku Abdul Rahman sebagai tempat menarik di kota kinabalu
Sabah Tourism Board

Tempat Menarik di Kota Kinabalu | Pulau di mana anda seisi keluarga dapat melakukan aktiviti air seperti snorkeling, parasailing dan bahkan bersantai di tepi pantai. Terdapat beberapa jenis pulau yang anda boleh kunjungi seperti Pulau mamutik, Pulau Manukan dan Pulau Sapi.

Untuk berkunjung ke sini, anda dikehendaki menaiki bot di jeti Jesselton Point. Anda boleh mencari penginapan yang berhampiran dengan jeti untuk memudahkan pergerakan percutian.

Perairan di pulau ini sangat jernih dengan kehijaun yang sesuai untuk aktiviti-aktiviti yang bakal anda lakukan. Selain itu, terdapat juga aktiviti seperti sea walking, scuba doo dan parasailing untuk anda lakukan bersama keluarga tersayang atau sahabat handai.

1. Rumah Terbalik

Rumah Terbalik sebagai tempat menarik di kota kinabalu
RiverBug Asia

Tempat Menarik di Kota Kinabalu | Jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Rumah Terbalik yang terletak di Tamparuli. Dari luar, anda dapat melihat bumbung rumah yang menyentuh tanah dan di dalam rumah pula, segala hiasan dan perabot serta tandas adalah terbalik.

Terdapat juga muzium 3D yang mengandungi mural-mural 3D yang cantik. Destinasi sebegini pasti membuatkan anak-anak anda terpegun dan teruja dengan pelbagai kawasan menarik untuk sesi bergambar bersama. Ada juga penjualan cenderahati seperti keychin, magnet peti, baju dan sebagainya yang sesuai buat dijadiakn buah tangan untuk rakan atau keluarga anda.