Pelbagai tempat menarik di Labuan yang merupakan tempat laluan feri untuk ke Brunei dan terletak hanya beberapa jam perjalanan bot dari Kota Kinabalu.
Labuan merupakan sebuah pulau bersejarah yang sangat indah dan mempesonakan tetapi siapa sangka wilayah ini pernah melalui zaman kegelapan di mana peristiwa tersebut telah memusnahkan sebahagian besar bangunan-bangunan di pulau ini semasa perang dunia pertama dan kedua.
Walaubagaimanapun, hal itulah yang menjadikan tempat ini begitu istimewa. Dasar lautannya telah menjadi tarikan untuk diterokai oleh penyelam dalam dan luar negara kerana adanya peninggalan kapal-kapal yang karam dari peperangan suatu ketika dahulu.
Kali ini, mari kita sama-sama terokai tempat-tempat menarik yang ada di wilayah yang cukup bersejarah ini.
10 Tempat Menarik di Labuan
10. Taman Damai & Tugu Penyerahan Jepun
Tempat Menarik di Labuan | Merupakan sumbangan daripada Japan SHipbuilding Indsutry Foundation, Taman Damai ini dibina untuk memperingati ahli-ahli keluarga mereka terkorban sewaktu pencerobohan Jepun.
Pembinaan taman ini menjadi simbol keharmonian antar Jepun dan Malaysia. Di sebelahnya, ada terletak Tugu Penyerahan Hepun dan di sinilah persitiwa bersejarah terjadi di mana Angkatan Tentera Jepun yang diketui oleh Leftenan Jeneral Masao Baba telah menyerah diri kepada Tentera Australia pada tanggal 10 September 1945. Lain perasaannya apabila melawat lokasi bersejarah ini sendiri kerana banyak perkara yang dapat anda serta seluruh keluarga dapat pelajari di sini.
9. Labuan War Memorial Cemetary
Tempat Menarik di Labuan | Lokasi yang terletak kira-kira 3km dari pusat bandar, merupaka tempat peristirahatan terakhir leboh daripada 3900 pahlawan perang Dunia ke2 dari Autralia, Britain, India, New Zealand dan Malaya (Malaysia). Tempat ini kerap dikunjungi oleh para veteran perang serta ahli keluarga yang terkorban semasa pertempuran di Borneo (1941-1942).
Setiap tahun, upacara yang dipanggil Hari Peringatan akan diadakan sebagai tanda penghormatan kepada pahlawan yang kehilangan nyawa semasa Perang Dunia ke2. Upacara itu akan berlangsung pada 11 November atau Ahad yang paling hampir dengannya dan dijalankan dalam tradisi ketenteraan penuh. Jadi, apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang anda untuk sama-sama melihat sendiri upacara tersebut sekaligus menambah pengalaman percutian anda!
8. Muzium Marin Labuan
Tempat Menarik di Labuan | Seni bina unik bangunan 2 tingkat yang berbentuk seperti kerang ini cukup menarik untuk dilawati bersama keluarga mahupun sahabat handai. Tempat ini sememangnya untuk anda yang belum pernah berpengalaman menyelam di dasar lautan kerana di sini ada mempamerkan flora dan fauna marin yang bukan sahaja daripada kawasan laut tetapi juga dari paya bakau.
Terdapat lebih daripada 570 koleksi, lawatan ke muzium ini sudah tentu akan membuatkan anda jatuh hati dengan keindahan dan kekayaan hidupan marin. Antara ruang pameran yang terdapat di sini ialah Seksyen Hidupan Marin, Seksyen Batu Karang, Maklumat Kapal Karam dan Seksyen Paya Bakau. Di tingkat atas muzium ini banyak mempamerkan maklumat tambahan lain contohnya seperti peralatan memancing klasik dan moden.
Baca Juga: 15 Tempat Menarik di Kota Kinabalu (2023)
7. The Bird Park Labuan
Tempat Menarik di Labuan | Bagi anda yang suka meihat akan keindahan warna-warni burung-burung dari pelbagai spesies, tempat ini sememangnya untuk anda! Anda dapat melihat sendiri kepelbagaian jenis burung di sini tanpa membawa teropong yang berat kerana di sini terdpaata lebih daripada 580 spesies ekor burung.
6. Pantai Pancur Hitam
Tempat Menarik di Labuan | Pernah dianugerahkan dengan anugerah United Nation COBSEA Clean Beach 2008 kerana keindahan pantainya yang sangat memukau. Pantai ini juga diberikan nama House of Millions of Peace kerana keindahan dan ketenangan angin yang sepo-sepoi bahasa dan menjadikan ia pilihan ramai untuk membina rumah di sini.
Sambil menikmati emandangan yang indah di pantai ini, pengunjung boleh membeli makanan dan minuman yang d jual di sekitar tepi pantai seperti air kelapa, bertih jagung dan banyak lagi.
5. Pantai Layang-layang
Tempat Menarik di Labuan | Lokasi yang terletak lebih kurang 15 minit pemanduan dari pusat bandar. Di pantai ini, pengunjung dapat menyaksikan matahari melabuhkan tirainya sekitar 5.20 ke 6.30 petang.
Sambil menikmati matahari terbenam, pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis juadaha makanan yang di jual di tepi pantai ini seperti cendol, sate, sayap panggang, air kelapa dan banyak lagi.
4. Ujana Kewangan
Tempat Menarik di Labuan | Seperti kita tahu, Labuan merupakan wilayah yang agak kecil. Mesti ada di antara anda yang tertanya-tanya di mana nak dituju di Labuan ini kalau tiba-tiba rasa ingin bershopping seperti di kota metropolitan. Di sinilah lokasinya, Ujana Kewangan ataupun lebih dikenali sebagai UK dalam kalangan penduduk tempatan. UK merupakan satu-satunya pusat membeli-belah yang terdapat di Labuan. Antara kedai-kedai yang terdapat di sini adalah Parkson, Giant, KFC, Pizza Hut dan lain-lain.
3. Labuan Botanical Garden
Tempat Menarik di Labuan | Labua Botanical Garden yang didirikan di atas tapaka kawasan yang pernah menempatkan bangunan kerajaan yang di gelar bumbung 12 bina oleh penjajah dengan seni bina unik pada tahun 1852. Bumbung tersebut merupakan temat tinggal Sir James Brooke dan pernah menjadi rumah persinggahan King edward VIII (The Prince of Wales) sewaktu kedatangannya ke Labuan pada tahun 1922.
Namun, pada tahun 1945, bangunan serta sebahagian besar kawasan di sekelilingnya telah musnah dibom oleh tentera bersekutu dan yang tinggal hanyalah sisa-sisa bengunan serta sebuah tangki air. Sekarang, tapak ini menempatkan sebuah taman botani yang cukup indah dengan sebuah taman bunga raya dari pelbagai spesies, taman herba, sebuah tasik buatan dengan jambatan untuk merentasinya, laluan refleksologi, gazebo, taman permainan kanak-kanak serta rumah pondok di atas pokok.
2. Masjid Jamek An’Nur
Tempat Menarik di Labuan | Merupakan satu-satunya masjid yang terletak di Wilayah Persekutuan Labuan, masjid ini dibina dengan gabungan seni bina melayu Berunei dan Turni pada tahun 1980.
Reka bentuk futuristiknya menjadikan ia tarikan yang cukup terkenal dalam kalangan yang dtanag ke Labuan. Jangan lepaskan peluang untuk singgah solat di sini serta menangkap gambar sebagai kenang-kenangan.
1.One Stop Duty-Free Shopping
Tempat Menarik di Labuan | Bertempat di tangah bandaraya Labuan, di One Stop Duty Free Shopping ini anda dapat membeli-belah pelbagai barangan menarik dangan harga bebas cukai! Antara yang boleh dijumpai disini adalah coklat, mutiara dan banyak lagi yang dihasilkan oleh penduduk tempatan.