15+ Tempat Menarik di Bintulu

Mesti korang tertanya-tanya, apa aktiviti yang best dan tempat menarik di Bintulu yang anda boleh lawati bukan? Tahukah anda bahawa Bintulu, Sarawak merupakan pengeluar gas terbesar di Malaysia? Dengan aktiviti ekonomi yang besar begitu, mustahil Bintulu merupakan tempat yang membosankan untuk dilawati.

Sebelum itu, jom kenali dengan ringkas tentang daerah Bintulu, Sarawak. Di dalam kedudukan geografi, Bintulu terletak di bahagian tengah negeri Sarawak. Bandar Bintulu berkembang pesat melalui aktiviti perindustrian gas asli, ditambah dengan pengiktirafan sebagai Bandaraya selepas itu. Rata-rata pelancong yang datang ke negeri Sarawak pasti akan singgah ke Bandaraya Bintulu ini sebelum meneruskan destinasi pelancongan mereka ke tempat yang lain.

Tanpa membuang masa, jom tengok tempat menarik di Bintulu dan aktiviti yang BEST untuk lakukan ketika berada di sini:

15. Taman Millenium

tempat menarik di Bintulu – Ianya merupakan sebuah taman rekreasi dan tempat untuk beriadah. Banyak aktiviti riadah yang boleh dilakukan disini bersama keluarga tercinta mahupun bersama rakan-rakan. Fasiliti di taman ini juga lengkap dengan adanya jogging track, pondok rehat dan berkelah, taman permainan, tandas awam, serta pelbagai alat senaman.

Keindahan Taman Millenium sesuai untuk dinikmati dengan tenang sebab keadaannya yang semula jadi membuatkan satu pemandangan yang menyejukkan mata.

14. Tua Pek Kong Temple

tempat menarik di Bintulu – Terletak di sepanjang jalan Bazar Utama, kuil ni merupakan salah satu tempat ibadah penganut agama Buddha yang paling indah dan bersejarah di Sarawak. Menurut dapatan sejarah daripada penduduk tempatan, kuil ini dibina pada tahun 1890-an dan sentiasa menjadi landasan penting di Bintulu yang berkait rapat dengan masyarakat Cina di Bintulu.

Dengan reka bentuknya yang unik, tempat ini dibuka untuk pelancong asing untuk melawat dan meneliti hasil binaan yang unik di kuil ini. Kuil ini merupakan simbolik bagi kaum Cina yang sentiasa terdapat di semua tempat ibadat mereka.

13. Pasar Tamu & Basar Utama

tempat menarik di Bintulu – Kedudukan yang sangat strategik, terletak di tengah-tengah bandar Bintulu. Ianya membolehkan para pengunjung untuk mendapatkan barangan tempatan seperti ikan, sayur-sayuran, buah-buahan tempatan dan banyak lagi.

Anda juga boleh melepaskan craving anda untuk merasai hidangan Laksa Sarawak, Mee Jawa, Mee Kolok dan pulut panggang yang terletak di tingkat pertama yang megkhususkan gerai-gerai makanan. Tempat menarik di Bintulu ini

Tempat menarik di Bintulu ini dapat menghilangkan dahaga pengunjung dimana mereka boleh mencuba BC, Cendol atau kopi/teh tarik yang terdapat di sini. Bersebelahan pasar ini adalah Guest Bintulu iaitu kawasan terbuka untuk persembahan tempatan serta jualan produk tempatan.

Bumbung di pasar ini melambangkan penutup kepala Tradisional Melanau. Pengunjung yang datang melancong boleh melihat barangan tempatan yang dijual di sini.

12. Pulau Batu Mandi

tempat menarik di Bintulu – Pulau Batu Mandi adalah antara pulau yang terdapat di Bintulu. Terkenal dengan aktiviti nelayan, pulau ini menjadi tempat mereka melabuhkan bot mereka. Walaupun pulau ini didiami oleh masyarakat setempat, pesisir pulau ini sangatlah bersih dan mempunyai pasir yang sangat cantik membuatkan pengunjung tetap akan singgah ke sini untuk merasai suasan pantai yang nyaman.

Airnya yang biru dikelilingi hujan mencantikkan lagi kawasan ini. Aktiviti seperti menyelam dan bersnorkeling pastinya dilakukan di Pulau ini. Aktiviti nelayan seperti turun ke laut untuk menangkap ikan boleh anda saksikan di sini.  Suasana aman ini boleh merehatkan minda anda.

11. Persisiran Tanjung Kidurong

tempat menarik di Bintulu – Tempat menarik di Bintulu ini terletak di Tajung Kidurong, sebuah pekan pelabuhan yang terdapat di Bintulu, Sarawak. Mengambil masa kira-kira 15 mini dari pusat bandar Bintulu dan berfungsi sebagai kawasan industri utama di Bintulu.

Di persisiran ini terdapat kompleks MLNG, yang merupakan kompleks pengeluaran gas asli cecair terbesar di dunia. Selain itu, terdapat juga syarikat-syarikat minyak dan gas multinasional lain seperti Shell dan Murphy yang beroperasi di kawasan perindustrian Kidurong. Pantai Tanjung Kidurong atau juga dikenali sebagai Pantai ABF menawarkan pemandangan yang indah terutama pada waktu senja.

Anda boleh melihat matahari terbenam dan angin laut yang sejuk di sini. Anda juga boleh melihat bot-bot nelayan yang terletak di pinggir pantai dan kehidupan masyarakat setempat. Pantai ini juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti gerai makan, pondok rehat, tandas awam dan tempat riadah dan sukan.

10. Monument Council of State

tempat menarik di Bintulu – Untuk pengetahuan, monumen ini dipilih sebagai menara paling popular dan bersejarah di Sarawak. Menara ini juga adalah Tugu Dewan Undangan Negeri-Negeri Persidangan Pertama di Sarawak. Tugu ini di buat pada tahun 1967 sebagai tanda memperingati bahawa Bintulu adalah tempat bersejarah.

Tahukah anda, persidangan yang pertama dan tertua di Malaysia telah diadakan di sini pada 8 September 1867 di bawah pemerintahan Charles Brooke?  Beliau adalah pemerintah kedua keluarga Brooke yang merupakan pemerintah kulit putih pertama di Sarawak. Sehingga kini, tempat menarik di Bintulu ini masih dijaga dan dipelihara dengan rapi sekali.

9. Esplanade Bintulu

tempat menarik di Bintulu – Esplanade merupakan lokasi untuk reakreasi secara terbuka yang terletak di Sungai Kemena. Anda boleh menaiki bot penambang di jeti dengan memilih bot-bot yang menarik, melakukan aktiviti santai, bersenam, melakukan akiviti-aktiviti mini seperti konsert mini, dan menyaksikan anak-anak remaja bermain papan luncur dengan penuh bergaya.

Kami syorkan untuk pergi kesini ketika waktu matahari terbenam. Pemandangan sunset yang memukau mata pasti tidak akan anda kesali.

8. Lambir Hills National Park

tempat menarik di Bintulu – Taman Negara Bukit Limbir telah diwartakan sebagai Taman Negara pada tahun 1975. Ia terletak di sepanjang jalan Miri-Bintulu, kira-kira 36 km barat daya bandar Miri di Sarawak. Sangat sesuai bagi pencinta flora dan fauna, taman ini memiliki lebih 1,173 spesis pokok yang menjadikan Taman Negara Bukit Lambir ini sebagai hutan dengan pelbagai jenis tumbuhan di negara kita.

Hidupan liar juga boleh didapati di kawasan pedalaman taman ini, terutamanya monyet, beruang, tenggiling, dan kelawar. Kami syorkan untuk melawati taman ini pada waktu pagi jadi anda boleh memiliki banyak masa untuk berjalan menelusuri sepanjang denai di taman.

Tarikan utama taman ini adalah air terjun yang cantik.  Terdapat juga sebuah menara pokok setinggi 2 meter di Denai Pantu, kira-kira 1 km dari pejabat Taman. Pelawat yang datang boleh memanjat naik dan melihat pemandangan hutan yang mengagumkan.

7. Promenade Hotel

tempat menarik di Bintulu – Berdekatan dengan Promenade Bintulu, terdapat satu hotel yang menawarkan harga dan perkhidmatan yang berpatutan untuk para pelancong. Apa yang menarik mengenai hotel ini, pemandangan hotel ini sangat memukau mata kerana view yang menghadap pantai yang sangat indah.

Sekiranya anda ingin beriadah dan bersiar-siar ke kawasan ini, anda boleh berjalan kaki sahaja sambil menghirup udara segar ditemani suasana yang nyaman.

6. Niah National Park

tempat menarik di Bintulu – Taman Negara Niah terletak lebih kurang 110 KM dari Bandar Bintulu. Ya, memang jauh sedikit daripada Bintulu namun kebanyakkan mereka yang bertandang ke Bintulu pasti akan melawat Taman Negara Niah ini.

Untuk pengetahuan anda semua, pintu gua Niah ini adalah salah satu pintu gua yang terbesar di dunia. Ya, di DUNIA. Terdapat juga peninggalan sejarah melalui tempat pemakaman orang-orang zaman Paleolitik dan Neolitik serta lakaran gua.

Kawasan di sekitar gua ini diliputi hutan hujan yang padat dan merupakan rumah bagi kebanyakan spesis tumbuhan dan hidupan liar. Sehingga kini, pemuliharaan sentiasa dilakukan bagi mengekalkan keaslian dan tinggalan sejarah yang terdapat di gua ini.

5. Park City Mall

tempat menarik di Bintulu – Selain daripada kehijauan flora dan fauna yang ada di Bintulu ini, terdapat juga pusat membeli belah yang telah dibina bagi memenuhi kehendak para masyarakat di Bintulu. Kompleks ini menyediakan pelbagai hasil jualan serta kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan untuk pelanggan.

Kemudahan ini diperuntukkan bagi masyarakat untuk memudahkan mendapat barangan yang diinginkan. Di sini, pengunjung boleh meluangkan masa melakukan aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan.

4. Taman Negara Similaju

tempat menarik di Bintulu – Ya Bintulu memang kaya dengan taman-taman yang indah yang diiktiraf sebagai Taman Negara. Taman Negara Similaju ini terletak kira-kira 45 minit dari pusat bandar Bintulu. Ianya terkenal dengan masyarakat tempat kerana menjadi pilihan mereka untuk bercuti hujung minggu bersama keluarga tercinta.

Ia mempunyai salah satu kawasan pantai yang paling cantik di Malaysia dengan persisir pantai putih bersih yang tidak tercemar dan pantai berbatu yang menghadap Laut China Selatan. Terdapat juga reptilia seperti Buaya Air Tawar, 200 lebih jenis burung termasuklah Burung Kenyalang dan burung-burung air yang berhijrah seperti Storms Stork.

3. Taman Tumbina Bintulu

tempat menarik di Bintulu – Perkataan ‘Tumbina’ berasal daripada gabungan tumbuhan dan haiwan. Taman Tumbina merupakan taman botani dan zoologi yang menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna yang diancam kepupusan.

Berkeluasan 12 hektar dan terletak kira-kira 4KM daripada bandar Bintulu, taman ini sangat sesuai untuk dijadikan tempat riadah dan rekreasi bersama kawan-kawan dan keluarga tercinta. Suasana flora dan fauna yang memukau mata pasti tidak akan menghampakan anda semua.

Antara tarikan disini ialah, rusa, memerang, landak, pelbagai spesis burung dan spesis ikan, buaya, bunga-bungaan seperti orkid, kaktus dan banyak lagi untuk para pengunjung terokai.

2. Restoran Sajian Mas

tempat menarik di Bintulu – Jika anda ingin merasai keenakkan mee udang di Bintulu, anda boleh ke Restoran Sajian Mas yang terletak di pusat bandar. Restoran ini bukan sahaja menyediakan menu mee udang biasa malah mereka turut menawarkan mee udang galah yang begitu menyelerakan!

Tambahan lagi, setiap hidangan mee udang galah tersebut mempunyai harga yang berbeza mengikut saiz udang yang dipilih.

1. Pantai Tanjung Batu, Bintulu

tempat menarik di Bintulu – Terletak kira-kira 5KM dari pusar bandar, pantai ini menjadi tumpuan penduduk untuk meluangkan masa bersama insan tercinta. Tempatnya yang strategik dan mempunyai kelengkapan fasiliti yang lengkap seperti pondok berkelah, tandas awam, taman permainan kanak-kanak, serta tempat bersukan dan riadah menjadikan pantai ini menjadi pilihan meeka untuk beriadah hujung minggu.

Pemandangan di laluan sepanjang pantai temasya tanjung batu ini memberikan satu kepuasan yang cukup indah dengan disajikan pemandangan matahari terbenam ketika waktu senja.

Disini juga pengunjung dapat melihat kehidupan masyarakat setempat melakukan aktiviti harian mereka dan mempelajari adat resam masyarakat tersebut.

Itulah dia antara tempat menarik di Bintulu yang boleh anda lawati. Semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda merancang percutian anda ke Bintulu, Sarawak. Anda juga boleh melihat tempat menarik di Kuching atau jika selepas ini anda ingin meneruskan percutian anda ke negeri Sabah, jom tengok tempat menarik di Kota Kinabalu, Ibu Negeri bagi tanah dibawah bayu ini.