Pasti semua anda inginkan tiket flight yang murah bukan? Boleh bawa family, ajak rakan-rakan untuk bercuti kemana sahaja yang anda inginkan.

Tapi mindset semua orang pasti kata poket kena tebal ataupun bajet perlu sedia banyak untuk pergi melancong. Confirm anda malas nak fikir semua tu tambah-tambah lagi dengan stress kerja ataupun takda masa nak tengok flight tiket yang murah-murah.

So, pada perkongsian kali ini, kami mudahkan anda dengan travel hacks yang jarang orang ketahui untuk dapatkan tiket flight yang murah dan menggembirakan hati sesiapa sahaja. Pakat share dengan kengkawan ye!

Anda Mungkin Berminat: Tempat Menarik di Pokok Sena , Kedah Paling BEST 2024

SKYSCANNER

Cara pertama, anda boleh gunakan servis Skyscanner. Kalau hotel sudah sinonim dengan aplikasi Trviago, begitu juga dengan aplikasi Skyscanner ni. Diorang tolong bandingkan harga dan beri pilihan tiket flight murah yang berada di pasaran.

Skyscanner juga menawarkan servis lain seperti pencarian hotel penginapan yang murah, dan juga kereta sewa yang boleh diguna-pakai sewaktu anda melancong di destinasi tersebut.

Aplikasi ini anda boleh dapatkan melalui Apple App Store untuk pengguna (iPhone) dan juga Google Play Store untuk pengguna (Android). Anda juga boleh terus melayari pada browser pilihan anda dengan melayari website mereka. Dibawah kami kongsikan tips untuk dapatkan harga tiket flight murah menggunakan aplikasi Skycanner.

Anda Mungkin Berminat: Passport dan Visa: Cara Mohon & Senarai Dokumen Yang Diperlukan (2024)

1. BUKA APLIKASI SKYSCANNER

2. PILIH DESTINASI YANG ANDA INGINKAN

Andai kata anda buntu nak bercuti kat mana, masukkan je “everywhere” pada bahagian search box.

3. TEKAN PILIHAN “THE WHOLE MONTH”

Kaedah ini sesuai untuk mereka yang mencari flight yang murah tapi masih berfikir nak bercuti kat mana.

4. PILIH DESTINASI YANG ANDA INGINKAN

Mereka akan paparkan kepada anda senarai lokasi dengan harga yang termurah pada bulan tersebut. Anda tinggal pilih je lokasi yang anda nak melancong.

5. PASTIKAN TARIKH BERSESUAIAN DENGAN PILIHAN ANDA

Contohlah anda nak ke Singapore. So, tarikh penerbangan ke Singapore akan dipaparkan ikut harga yang paling murah. Disinilah anda boleh pilih tarikh dan lakukan perbandingan harga yang bersesuaian dengan bajet percutian anda.

6. SEMAK SEMULA SEMUA MAKLUMAT YANG DITAWARKAN

Setelah anda check maklumat penerbangan tersebut, anda boleh tekan “Choose a Provider” untuk pilih syarikat ataupun travel agency yang tawarkan pakej harga yang termurah. Sebagai contoh di sini, travel agency eDreams menawarkan kos tiket yang termurah berbading agensi-agensi yang lain.

7. LAKUKAN PEMBAYARAN

Seterusnya, anda akan dibawa ke website provider tersebut dan boleh membuat pembayaran secara dalam talian seperi biasa.

HOPPER

Okay, dah settle Skyscanner, kita p Hopper pulak. Hopper ni merupakan satu aplikasi yang dapat membantu anda untuk cari tiket flight termurah based on keinginan anda. Selain aplikasi Skyscanner, ramai backpackers dan travellers yang gunalan servis ni sebagai alternatif lain untuk melancong secara bajet.

Harga tiket yang anda boleh dapat di aplikasi tersebut bermula serendah RM 0 tau jika mereka mengadakan promosi besar-besaran. Di sini kami akan kongsikan cara untuk dapatkan harga tiket flight murah menggunakan aplikasi Hopper.

1. BUKA APLIKASI HOPPER

2. TETAPKAN DESTINASI

Contohlah, kita ambil dari Penang ke Kuala Lumpur.

3. TETAPKAN TARIKH PERJALANAN

4. PILIH FLIGHT APA YANG ANDA INGIN NAIKI

Banyak pilihan flight sebenarnya, sebagai contoh kita ambil flight MAS.

5. ISI MAKLUMAT PERIBADI YANG DIINGINKAN

Jika anda pertama kali menggunakan aplikasi Hopper, anda perlu masukkan maklumat diri atau penumpang seperti nama, nombor passport dan sebagainya.

6. SEMAK MAKLUMAT PENERBANGAN ANDA SEBELUM MELAKUKAN PEMBAYARAN

7. MASUKKAN BOOKING FLIGHTS ANDA

Setelah selesai melakukan proses pembayaran, anda akan dapat booking reference. Anda boleh masukkan booking reference tersebut dalam aplikasi syarikat penerbangan yang anda pilih.

GOOGLE FLIGHTS

Kalau anda rasa ragu-ragu untuk menggunakan aplikasi yang kami senaraikan diatas tadi, cuba try guna alternatif lain seperti Google Flights. Untuk makluman, Google Flights adalah perkhidmatan carian tempahan penerbangan dalam talian yang memudahkan pembelian tiket flight murah.

Selain itu, jika anda memilih destinasi tertentu tetapi tidak mempunyai tarikh yang tetap, Google Flights akan mencadangkan masa terbaik untuk anda terbang dengan kos yang paling rendah, termasuk laluan dan jadual alternatif.

Bukan itu sahaja, Google Flights juga akan membantu anda dapatkan senarai tempat-tempat menarik pada destinasi yang anda tuju. Contohnya jika anda berminat untuk ke Korea tetapi anda masih kurang pengetahuan tentang tempat-tempat menarik di Seoul, Google Flights bakal membantu anda untuk cadangkan atau recommend tempat pelancongan hangat di sana.

Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati kerana maklumat itu adalah berdasarkan data sahaja dan tidak 100% tepat sepanjang masa.

Di sini kami sediakan 9 langkah yang anda boleh ikut untuk beli tiket flight murah melalui Google Flights.

  1. Pergi ke Google Flights.
  2. Pilih destinasi yang anda inginkan. 
  3. Jika anda ingin tempah tiket untuk pergi dan balik, boleh pilih round trip.
  4. Harga tiket flight akan terpapar terus di kalendar pemilihan tarikh penerbangan untuk memudahkan anda tahu harga yang sesuai dengan bajet anda.
  5. Kemudian pilih tarikh penerbangan yang anda inginkan.
  6. Seterusnya, senarai harga tiket flight daripada pelbagai syarikat penerbangan akan terpapar.
  7. Filter bahagian harga kepada tahap yang paling minimum.
  8. Pilih tarikh dan syarikat penerbangan yang anda inginkan.
  9. Akhir sekali, anda boleh pergi ke website syarikat penerbangan yang anda pilih untuk membuat pembelian tersebut.

*Nota: Hanya gunakan google flights sebagai panduan atau reference untuk anda cari harga tiket flights termurah. Pembelian sebenar dibuat di website syarikat penerbangan pilihan anda.

PROMOSI MELALUI APLIKASI AIRASIA & MAS AIRLINE

Pilihan lain bagi anda yang inginkan tiket flight murah untuk kurangkan bajet travel adalah dengan menggunakan aplikasi seperti Air Asia & Mas Airline. Syarikat penerbangan tempatan ini terkenal dan menjadi pilihan utama rakyat Malaysia kerana mereka kerap membuat promo mengikut masa dan musim-musim yang tertentu. Sebagai contoh, musim cuti sekolah, perayaan dan sebagainya.

Bagi anda yang belum tahu, kebiasaannya bagi syarikat penerbangan Mas Airline, harga tiket murah selalunya tiket yang dijual pada hari rabu. Bagi syarikat penerbangan Air Asia pula, promo seperti Air Asia Free Seats yang berakhir pada July lalu salah satu jenis promosi yang selalu dilancarkan oleh syarikat ini. Anda juga boleh membuat pembayaran menggunakan Bigpay untuk kumpul dan dapatkan lebih points yang anda boleh tebus jika anda ingin membeli tiket flight yang lain pada masa depan menggunakan Air Asia.

Kebanyakkan orang akan menunggu info tentang promosi yang akan dibuat oleh syarikat penerbangan tempatan ini. Jadi, anda kena sentiasa bersedia dan peka dengan promosi-promosi yang mereka akan lancarkan untuk elakkan tiket flight murah tersebut habis dijual kerana demand untuk tiket flight bagi syarikat-syarikat ini sentiasa tinggi.

SENTIASA SEMAK HARGA FLIGHT AIRASIA

Untuk makluman anda, harga tiket kapal terbang adalah tidak tetap. Ianya bergantung mengikut hari dan masa penerbangan. Jadi untuk pastikan anda dapat harga tiket terendah, anda boleh cuba semak sendiri harga tiket menggunakan aplikasi. Anda perlu masukkan destinasi dan tarikh penerbangan untuk tahu berapa harga harga tiket mengikut hari. Harga tiket akan dipaparkan di kalendar penerbangan seperti di gambar.

Selain itu, mungkin ramai yang risau jika ada perubahan status penerbangan sebelum perjalanan. Anda boleh semak status penerbangan anda secara online menggunakan laman web AirAsia. Boleh rujuk gambar di bawah sebagai panduan.

BELI TIKET GUNA “INCOGNITO MODE”

Mungkin anda pernah dengar, di mana anda boleh dapatkan harga tiket flight murah jika anda menggunakan incognito mode. Kebiasaanya, jika anda cuba search harga tiket flight di mana-mana website syarikat penerbangan, harga yang akan terpapar untuk kali pertama selalunya lebih murah berbanding jika anda masuk ke website yang sama buat kali yang kedua.

Perkara ini menjadi salah satu sebab utama ramai traveller-traveller yang dah berpengalaman ataupun “otai” menggunakan trick ini kerana syarikat penerbangan tidak boleh manipulasi internet history anda untuk menaikkan sedikit harga dengan sewenang-wenangnya melalui fungsi incognito mode.

6 TIPS BELI TIKET FLIGHT MURAH

Dalam artikel ini juga, kami akan kongsikan antara tips lain yang anda boleh cuba bagi memastikan anda tidak terlepas peluang untuk grab harga tiket flight murah setiap kali anda ingin melancong pada bila-bila masa.

1. Clear cache

Jika anda sudah melawati mana-mana website booking tiket flight seperti Air Asia ataupun Mas Airlines untuk survey harga dan sebagainya, anda perlu pastikan anda clear cache browser yang anda gunakan di phone atau laptop.

Ini untuk mengelakkan harga tiket menjadi semakin mahal apabila anda membuka atau melayarinya buat kali kedua kerana website penerbangan tersebut dapat “track” yang anda pernah buka website mereka sebelum ini. Jadi, sentiasa clear cache browser selepas anda survey harga tiket flight di mana-mana website penerbangan.

2. Beli tiket lebih awal

Kebiasaanya, syarikat penerbangan seperti Air Asia akan tawarkan harga tiket flight yang lebih murah jika anda buat tempahan 6 bulan ke 12 bulan lebih awal dari tarikh penerbangan.

3. Set reminder promosi syarikat penerbangan

Anda boleh cuba untuk subscribe newsletter syarikat -syarikat penerbangan seperti Air Asia dan Mas Airlines. Anda boleh menjadi antara orang terawal yang akan mendapat tahu tentang tawaran atau promosi tiket flight yang bakal berlangsung dan dilancarkan oleh syarikat-syarikat ini. Dalam masa yang sama, anda boleh jimat masa dan rancang percutian dengan lebih awal.

4. Tempah tiket pada hari rabu dan selasa

Salah satu hari yang terbaik untuk anda beli tiket flight murah adalah pada hari Selasa dan Rabu. Kebanyakkan syarikat penerbangan biasanya mempunyai sistem tempahan di mana details tentang tawaran tiket flight akan ditetapkan pada hari Selasa jam 7 malam.

Sistem ini dibuat kerana syarikat penerbangan tersebut tahu kebanyakkan pembeli akan survey dan membuat tempahan tiket flight pada hari minggu.

5. Pilih untuk mendarat di airport kecil

Cuba bandingkan harga sebelum anda pilih penerbangan. Harga tiket ke lapangan terbang bandar besar adalah lebih mahal berbanding di bandar-bandar kecil. Contohnya kalau nak bercuti ke London, anda terus pilih lapangan terbang utama di Heathrow. Sebaliknya cuba turun di lapangan terbang kecil yang hampir dengan Heathrow seperti lapangan terbang di Manchester. Anda boleh jimat lebih dengan menaiki train dari Manchester ke London.

6. One way ticket

Buat pembelian tiket secara one way juga salah satu trick untuk dapatkan harga tiket flight murah yang ramai tak tahu. Jika anda beli tiket secara return, sudah pasti syarikat penerbangan tersebut dapat tahu yang anda akan pulang dari percutian tersebut. Dan dari sinilah mereka dapat kaut keuntungan lebih banyak dan kenakan harga yang lebih tinggi berbanding jika anda membeli tiket secara asing pergi dan balik.