Passport dan Visa

Panduan cara buat Passport dan Visa antarabangsa serta dokumen-dokumen yang diperlukan bagi mereka yang pertama kali ingin melakukannya.

Apa yang paling penting sebelum melakukan permohonan passport dan visa ialah anda wajib mengetahui syarat-syaratnya terlebih dahulu. Di bawah ini adalah panduan untuk permohonan sepertimana yang tertera dalam portal Jabatan Imigresen Malaysia.

Passport dan Visa

Passport dan Visa: Passport Malaysia merupakan suatu Dokumen Perjalanan yang sah yang telah dikeluarkan khas untuk warganegara Malaysia yang memohon bagi tujuan perjalanan ke luar negara. Ia seperti nyawa kita jika anda berada di luar negara.

Visa pula merupakan suatu pengesahan dalam sebuah pasport atau dokumen perjalanan yang diiktiraf yang dimiliki oleh seorang rakyat Malaysia yang menunjukkan bahawa pemegangnya telah memohon kebenaran untuk memasuki sesuatu negara dan kebenaran itu telah diberikan.

Pilihan Pembaca:

Cara Mohon Passport dan Visa (Untuk Pertama Kali)

A) Pemohon 18 tahun dan ke atas

Jenis Pemohonan                                     Syarat-Syarat
Lahir di Malaysia1. MyKad pemohon
2. Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 danpemohon diperlukan.
Lahir luar negara1. MyKad pemohon
2. Borang W / Sijil Lahir / Sijil Perakuan Taraf / Pengesahan Taraf Warganegara (PTW)
3. Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan semasa balik ke Malaysia.
Pemohon warganegara Malaysia Sabah dan Sarawak yang mohon kali pertama di Pejabat Imigresen Semenanjung Malaysia.1. MyKad pemohon dan Sijil Lahir.
2. Pemegang MyKad mesti bertanda ‘H’ bagi Sabah dan ‘K’ bagi Sarawak. Manakala MyKad tanpa tanda tersebut perlulah diselaraskan terlebih dahulu di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN). (Tertakluk pada syarat-syarat JPN).
3. Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) dan Sijil Lahir pemohon diperlukan.
Catatan : Permohonan akan dirujuk ke Pejabat Imigresen Sabah dan Sarawak dan kelulusan akan dimaklumkan selepas 5 hari bekerja.
Pegawai dan Anggota Tentera Kad Pengenalan tentera / My tentera 
Pegawai dan Anggota Polis1. Kad Pengenalan tentera ; dan
2. Sijil Lahir 

B) Pemohon bawah 18 tahun .

Jenis Pemohonan                                  Syarat-Syarat
Lahir di Malaysia1. MyKad / MyKid pemohon
2. Sijil lahir pemohon
3. MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)
Lahir luar negara1. MyKad / MyKid pemohon
2. Borang W / Sijil Lahir / Sijil Perakuan Taraf / Pengesahan Taraf Warganegara (PTW )
3. Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan semasa balik ke Malaysia.
4. MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)
Pemohon warganegara Malaysia Sabah dan Sarawak yang mohon kali pertama di Pejabat Imigresen Semenanjung Malaysia.1. MyKad /Mykid pemohon dan Sijil Lahir
2. Borang W / Sijil Lahir / Sijil Perakuan Taraf / Pengesahan Taraf Warganegara (PTW)
3. MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)
4. Pemegang MyKad mesti bertanda ‘H’ bagi Sabah dan ‘K’ bagi Sarawak.
5. Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) dan Sijil Lahir.
Catatan 1: Mykad/Mykid   tanpa tanda ‘H’ /’K’ perlu     diselaraskan terlebih dahulu di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN).
Catatan 2 :.Permohonan akan dirujuk ke Pejabat Imigresen Sabah dan Sarawak .Kelulusan akan dimaklumkan selepas 5 hari bekerja. 

Nota: Kanak-kanak di bawah 4 tahun digalakkan untuk membawa 2 keping gambar mengikut spesifikasi yang di tetapkan

C) Pemohon bawah 18 tahun

Jenis Pemohonan                                    Syarat-Syarat
Jika ibu dan bapa telah meninggal dunia1. MyKad /MyKid pemohon.
2. Sijil lahir pemohon.
3. Sijil kematian ibu/bapa.
4. Surat sumpah hak penjagaan anak oleh penjaga yang sah.
5. Kad Pengenalan penjaga yang sah / Pasport Penjaga yang sah (jika bukan warganegara).
6. Sijil lahir penjaga yang sah (jika perlu).
Jika ibu dan bapa bercerai1. MyKad /MyKid pemohon.
2. Sijil lahir pemohon.
3. Surat mahkamah memberi hak penjagaan anak.
4. MyKad ibu/bapa yang diberi hak penjagaan yang sah/ Pasport Penjaga yang sah (jika bukan warganegara).
Jika pemohon adalah anak angkat1. MyKad /MyKid pemohon.
2. Sijil Anak Angkat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
3. MyKad ibu/bapa angkat / pasport yang sah( bukan warganegara).
Jika pemohon telah berkahwin1. MyKad pemohon
2. Sijil Nikah atau Surat Cerai (jika telah bercerai)

Passport dan Visa: Cara Mohon Visa

Bagi permohonaan visa pula, ianya boleh dilakukan di mana-mana Pejabat Perwakilan Malaysia di seberang laut yang berdekatan. Permohonan juga boleh dilakukan secara dalam talian menerusi Portal eVISA .

Bagi kategori Pelancong, Ekspatriat, Pelajar dan Pelawat Perubatan dari sepuluh (10) negara iaitu :

  • Republik Rakyat China  (RRC),
  • India,
  • Pakistan,
  • Nepal,
  • Bangladesh,
  • Sri Lanka,
  • Myanmar,
  • Bhutan,
  • Serbia
  • Montenegro.

1. Permohonan Visa Tanpa Rujukan (VTR)

Dokumen yang diperlukan bagi permohonan Visa Tanpa Rujukan (kelulusan visa diberi oleh Pejabat Perwakilan Malaysia) adalah:

  1. Pasport asal
  2. Dua (2) salinan fotostat pasport
  3. Dua (2) salinan fotostat borang permohonan visa (Form IMM.47)
  4. Dua (2) keping gambar berukuran pasport
  5. Tiket penerbangan pergi dan balik asal dan dua (2) salinan fotostat (disahkan)
  6. Penyata Bank / Cek Kembara
  7. Surat jemputan (jika ada)
  8. Bayaran visa

Nota: Visa Tanpa Rujukan diperlukan bagi tujuan lawatan sosial

2. Permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR)

Dokumen yang diperlukan bagi permohonan Visa Dengan Rujukan (visa akan dikeluarkan setelah pemohonan dirujuk dan diluluskan oleh Pejabat Imigresen Malaysia / Agensi Berkuasa) adalah:

  1. Surat kelulusan asal Jabatan Imigresen Malaysia / agensi berkuasa dan dua (2) salinan fotostat
  2. Pasport asal
  3. Dua (2) salinan fotostat pasport
  4. Dua (2) salinan fotostat borang permohonan visa (Form IMM.47)
  5. Dua (2) keping gambar berukuran pasport pemohon
  6. Tiket penerbangan pergi dan balik asal dan dua (2) salinan fotostat (disahkan)
  7. Bayaran visa

Nota: Visa Dengan Rujukan diperlukan bagi kategori pelajar, ekspatriat, tanggungan ekspatriat, ikhtisas dan pekerja asing

Harga Terkini Passport dan Visa Malaysia

Berikut adalah harga passport Malaysia untuk panduan anda. Tempoh sah laku ialah 5 tahun. Kalau tak silap sebelum ini ada pilihan 2 tahun dan 5 tahun tapi sekarang cuma 5 tahun sahaja.

aPemohon biasa (13 tahun hingga 59 tahun)RM200.00
bWarga emas (60 tahun ke atas)RM100.00
cKanak-kanak (12 tahun dan ke bawah)RM100.00
dPelajar mengikuti program ijazah di luar negara (21 tahun dan ke bawah)RM100.00
eJemaah Haji (surat pengesahan dari Tabung Haji atau agensi yang dilantik)RM100.00
fOrang Kelainan Upaya (OKU)Percuma