Korang nak tahu tak Tempat Menarik di Pasir Mas yang best untuk dilawati? Jom kita terokai dengan mengikuti perkongsian kami dibawah.

Pasir Mas adalah 1 daripada 10 jajahan yang ada di Kelantan. Pasir Mas terletak bersebelahan dengan Tumpat. Kalau korang dah lawat Tumpat, boleh lah teruskan percutian seketika di Pasir Mas.

Untuk pengetahuan anda semua juga, Pasir Mas telah menjadi pintu masuk utama disebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia ke Negara Thailand.

Jom kita selesuri beberapa tempat menarik di Pasir Mas yang boleh korang lawati.

10. Masjid Brunei Darussalam

Tempat Menarik di Pasir Mas | Untuk pengetahuan anda, masjid ini merupakan masjid terapung pertama di Malaysia yang telah diwakafkan oleh Sultan Brunei.

Mulanya, tempat ini agak terpencil dan kurang mendapat tumpuan pelancong ekoran kedudukannya yang terletak di kawasan perkampungan.

Dikelilingi oleh tasik disekitarnya, masjid ini meberikan anda pemandangan yang menenangkan dan menyejukkan mata.

Masjid ini juga merupakan tempat untuk para pelajar daripada Institu Pendidikan Al-Balaghulmubin menimba ilmu. Bagi mereka yang beragama islam, bolehlah datang ziarah sambil-sambil menunaikan ibadah kat sini.

AlamatJalan Kampung Rong Chenok, Danau Tok Uban, 17060, Pasir Mas, Kelantan
Waktu Operasi
No. Telefon
Panduan LokasiGoogle Maps

09. Bukit Panau

Tempat Menarik di Pasir Mas | Terletak di persempadanan Pasir Mas dan juga Tanah Merah, lokasi ini mempunyai lagendanya yang tersendiri.

Dipercayai. Bukit Panau merupakan tempat Hang Tuah bertapa dan menimba ilmu batin, rohani dan juga ilmu seni mempertahankan diri iaitu silat.

Bagi mereka yang gemar untuk hiking, boleh lah bawa kawan-kawan untuk berrekreasi kat sini. Tempat ni memang selalu diadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan belia setempat.

Alamat17040 Tanah Merah, Kelantan
Waktu Operasi
No. Telefon
Panduan LokasiGoogle Maps

08. Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang

Tempat Menarik di Pasir Mas | Dengar saja perkataan Rantau Panjang, dah terbayang tempat untuk menyelam barangan-barangan yang diimport daripada negara jiran.

Tempat ini sememangnya syurga membeli-belah. Kompleks bebas cukai ini dibuka setiap hari dan wajib anda kunjungi apabila bercuti kat Pasir Mas ni.

AlamatJln Hilir Pasar, Kampung Rantau Panjang, 17200 Rantau Panjang, Kelantan
Waktu OperasiSetiap Hari (9AM – 6PM)
No. Telefon
Panduan LokasiGoogle Maps

07. Masjid Jubli Perak Sultan Ismail

Tempat Menarik di Pasir Mas | Terletak di Rantau Panjang, masjid ini turut menjadi tarikan pelancong untuk dilawati. Lihat sahaja pada seni binanya, sangat unik daripada masjid-masjid yang ada di Malaysia.

Masjid ini dikenali dengan nama Masjid Beijing oleh penduduka setempat kerana seni bina nya yang hampir sama dengan Masjid Niujie yang terdapat di Beijing, China.

Untuk kesini sangatlah mudah, anda hanya perlu melalu perjalanan sekitar 2KM sahaja daripada Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang.

AlamatKampung Banggol Kulim, 17200 Rantau Panjang, Kelantan
Waktu OperasiSetiap Hari
No. Telefon
Panduan LokasiGoogle Maps

06. Dataran Air Muleh

Tempat Menarik di Pasir Mas | Dataran Air Muleh ini menjadi tumpuan setiap kali pada cuti sekolah dan hujung minggu. Penduduk tempat mengambil peluang untuk berekreasi bersama keluarga tercinta disini.

Fasiliti yang disediakan disini juga sangat lengkap dengan adanya taman permainan untuk kanak-kanak, gerai makan, tandas, dan pondok rehat.

Alamat2, Jalan Besar, Pekan Pasir Mas, 17000 Pasir Mas, Kelantan
Waktu OperasiSetiap Hari
No. Telefon
Panduan LokasiGoogle Maps

05. Kuil Wat Uttamaram

Tempat Menarik di Pasir Mas | Wat Uttamaram adalah kuil Buddha Thai yang mempunyai lebih kurang 20 bangunan yang dibina pada abad ke-20.

Lokasi kuil ini adalah di Kampung Teresek. Kuil ini juga dikenali sebagai Wat Bangsek dan ditubuhkan abbot Buddha yang bernama Khron Ratchanaren.

Dikatakan dia turut menubuhkan Wat Uttamayanmuni di Singapura pada tahun 1962. Jika anda ingin melihat keunikan senibina kuil ini bolehlah berkunjung ke sini seawal jam 7 pagi hingga 10 malam.

AlamatD23, 17200 Pasir Mas, Kelantan
Waktu OperasiSetiap Hari (7AM – 8PM)
No. Telefon0179577758
Panduan LokasiGoogle Maps

04. Mee Celup Che Poh

Tempat Menarik di Pasir Mas | Telah beroperasi sejak 1992, Mee Celup Che Poh memang terkenal dikalangan penduduk tempatan mahupun pelancong yang datang ke Rantau Panjang.

Jika anda bertanya mana nak makan, pasti mereka akan syorkan lokasi ini sebagai pilihan utama mereka.

Warung ini dibuka setiap hari pada pukul 12 PM sehingga 7 PM.

AlamatDepan Masjid Raudhah, Kampong Lubok Gong, 17200 Rantau Panjang, Kelantan
Waktu OperasiSetiap Hari (12PM – 7PM)
No. Telefon
Panduan LokasiGoogle Maps

03. Rizqi D’café Gaung Lati

Tempat Menarik di Pasir Mas | Sesuai untuk mereka yang gemarkan makanan ‘Western Food’. Hidangan yang disajikan sangat menggiurkan dan harga juga sangat berpatutan dengan kualiti makan yang dihidangkan.

Rizqi D’café Gaung Lati yang terletak di Pekan Pasir Mas ini dibuka pada jam 2.30 petang hingga 10.30 petang ini dibuka setiap hari kecuali pada hari selasa.

AlamatLot 672, Jalan Kampung Gaung Lemal, Pekan Pasir Mas, 17000 Pasir Mas, Kelantan
Waktu OperasiRabu – Isnin (Selasa Tutup) (3PM – 11PM)
No. Telefon01125043582
Panduan LokasiGoogle Maps

02. Kedai Laksam Telur Puyuh Best Kelar

Tempat Menarik di Pasir Mas | Laksam merupakan sejenis makanan yang diperbuat menggunakan tepung beras dan dianggap sebagai salah satu hidangan tradisional dalam kalangan masyarakat Kelantan.

Dikenali dengan nama glamournya, Kak Za Laksam Kelar menyajikan anda hidangan yang pasti anda tidak akan lupakan.

AlamatJln Pasir Mas – Tanah Merah, Kampung Pengkalan Rambutan, 17040 Pasir Mas, Kelantan
Waktu OperasiSabtu – Khamis (Jumaat Tutup) (9AM – 6PM)
No. Telefon0199453002
Panduan LokasiGoogle Maps