Tempat Menarik di Kulim

Tempat Menarik di Kulim? Korang terfikir tentang lokasi dan aktiviti yang menarik yang ada di Kulim? Jom kami kenalkan Kulim kepada anda.

Kulim terletak di bahagian tenggara negeri Kedah dan bersempadan dengan Pulau Pinang. Bandar ini terletak kira-kira 27 Km dan berkongsi sempadan dengan ibu negeri Pulau Pinang, George Town.

Tidak kurang hebatnya seperti tempat-tepat pelancongan yang lain dalam negara, Kulim juga mempunyai lokasi menarik antaranya ialah Pusat Rekreasi Sungai Sedim dan Taman Tasik Kulim yang tenang. Kalau nak tau lebih lanjut tentang beberapa tempat menarik di Kulim, teruskan membaca.

10. Air Terjun Junjung

Tempat Menarik di Kulim | Air Terjun Junjung di mukim Junjung, Kulim ini adalah salah satu kawasan rekreasi yang popular dikalangan penduduk Kulim. Terletak kira-kira 14 kilometer daripada Bandar kulim.

Air terjun menjadi daya tarikan pelancong sejak tahun 1980an lagi. Persekitaran hutan yang hijau terpelihara, kebun getah dan dusun buah-buahan membuatkan orang suka untuk mencari ketenangan disini.

09. Pusat Rekreasi Sungai Sedim

Tempat Menarik di Kulim | Jika anda inginkan pengalaman yang menyeronokkan bersama alam semulajadi, mungkin Pusat Rekreasi Sungai Sedim adalah jawapannya.

Pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan sekeluarga mahupun bersama rakan-rakan seperti river tubing, berkayak, dan mengembara melalui hutan indah yang terdapat di Kulim.

Fasiliti yang disediakan disini juga sangat memudahkan pengunjung yang datang.

Alamat: Sungai sedim jeram terbaik Hutan Simpan Sungai, 09700 Kulim, Kedah, Malaysia

Anda Mungkin Berminat:

08. Taman Kulim Hi-Tech

Tempat Menarik di Kulim | Taman Kulim Hi-Tech merupakan pusat teknologi dan inovasi yang beroperasi di Kulim.

Tempat ini dibuka untuk lawatan bagi mereka yang berminat mengenai teknologi moden dan terkini. Bolehlah anda bawa anak-anak anda dan berikan pendedahan tentang kemajuan teknologi terkini.

Aktiviti dan event yang ada disini pun best-best. Ditambah dengan fasiliti lengkap untuk memudahkan para pengunjung, memang sangat sesuai untuk melawat dan beraktiviti ilmiah bersama keluarga anda.

Alamat: Sungai sedim jeram terbaik Hutan Simpan Sungai, 09700 Kulim, Kedah, Malaysia

07. Gunung Bintang

Tempat Menarik di Kulim | Bagi penggemar aktiviti luar, Gunung Bintang adalah destinasi yang menarik.

Anda boleh menikmati pendakian yang menantang dan menghayati keindahan alam semula jadi sekitar kawasan ini.

Pastikan anda membawa kelengkapan pendakian yang sesuai dan bersedia untuk cabaran yang menggembirakan.

06. Taman Tasik Kulim

Tempat Menarik di Kulim | Tempat ini merupakan lokasi yang sempurna untuk bersantai dan menikmati keindahan semula jadi bersama insan tercinta.

Berjalan-jalan di sekitar tasik, beriadah di taman permainan, bahkan sekadar duduk santai di bawah rimbunan pokok yang menghijau terasa nikmat sekali.

Tempat yang sesuai untuk anda ‘escape’ daripada kesibukan kota dan menenangkan fikiran anda.

Alamat: Kampung Chabang Tiga, 09000 Kulim, Kedah, Malaysia

05. Merdeka Clock Tower

Tempat Menarik di Kulim | Melawat Merdeka Clock Tower yang terdapat di Kulim, Kedah merupakan aktiviti wajib jika anda ingin mengenang sejarah tentang Malaysia.

Reka bentuk menara jam yang megah dan indah ini menjadi simbol kemerdekaan yang dikecapi dan turut menjadi salah satu tempat yang pelancong wajib kunjungi ketika berada di daerah ini.

Alamat: Kulim, 09000 Kulim, Kedah, Malaysia

04. Empangan Mengkuang

Tempat Menarik di Kulim | Empangan Mengkuang merupakan destinasi yang sesuai untuk mereka yang cintakan aktiviti air.

Anda boleh melakukan aktiviti memancing, menaiki bot, ataupun lepak santai di tepian empangan. Panorama disini pasti memukau mata para pengunjung yang hadir.

Kami dah rasa, memang tenang jiwa ditemani panorama yang indah disertai angin sepoi bahasa.

03. Taman Burung Kulim

Tempat Menarik di Kulim | Apa kata bawa keluarga anda datang melihat spesies burung yang mungkin anda jarang jumpai di Taman Burung Kulim yang menempatkan pelbagai spesis burung.

Fasiliti yang disediakan oleh pihak taman juga sangat memuaskan. Jadi anda tidak perlu risau tentang tandas, mahupun tempat meletakkan kenderaan. Tiket untuk masuk pun sangat murah. Memang berbaloi.

Alamat: 60, Jalan Tunku Bendahara, 09000 Kulim, Kedah, Malaysia

02. Tree Top Walk Hutan Lipur Sedim

Tempat Menarik di Kulim | Untuk pengalaman yang mengujakan di tengah-tengah hutan, cuba Tempat Menarik di Kulim iaitu Tree Top Walk Hutan Lipur Sedim.

Anda boleh berjalan di atas jambatan gantung yang tinggi, menikmati pemandangan yang menakjubkan dari ketinggian.

Ia adalah pengalaman yang mengasyikkan untuk peminat alam semula jadi dan pencinta keseronokan.

01. Lombong Kampung Jarak Atas

Lombong Kampung Jarak Atas merupakan sebuah bekas lombong bijih timah. Ia merupakan di antara bekas lombong yang popular di kalangan kaki pancing. Menariknya, anda bukan sahaja boleh memancing di sini. Malah boleh juga berkelah dan berkhemah seisi keluarga.

Pastinya pengalaman memancing bersama keluarga akan membuatkan percutian anda lebih bermakna. Di antara ikan yang banyak di sini ialah tilapia dan ikan toman. Bolehlah anda layan casting di sini.