Terdapat pelbagai tempat menarik di Tawau. Pernah dengar nama Bumi Peladang? itu lah gelaran bagi Tawau salah satu daerah terbesar yang terdapat di Sabah.
Entri ini akan membawa anda menyaksikan beberapa lokal yang indah, unik, cantik, segar dan sangat istimewa untuk anda tapau sebagai kenangan. Berkunjung ke tempat yang disenaraikan ini merupakan satu keberuntungan buat anda.
Anda juga boleh melancong dengan kaedah tanpa tunai di daerah ini. Elok belanja sikit eBeliaRahmah yang kerajaan bagi tu! Haha
15 Tempat Menarik di Tawau
15. Balung River Eco Resort
Tempat Menarik Di Tawau | Anda yang mendambakan kehijauan, Balung River Eco Resort merupakan saranan terbaik. Desiran angin, kicauan burung dan aliran sungai mungkin dapat mententeramkan jiwa anda. Pernah dianugerahkan sebagai Tarikan Semula Jadi Terbaik pada tahun 2003, pastinya menggamit memory untuk anda kunjungi lagi.
Banyak aktiviti menarik untuk dilakukan seperti memancing, melawat kawasan ladang, bermain indoor games, memerhati burung, campfire, bermandi-manda bila menginap di resort ini.
14. Columnar Basalt
Tempat Menarik Di Tawau | Bila menyebut nama tempat ini seolahnya kita melancong ke luar negara. Uniknya nama ini berada di Tawau bumi peladang. Apa agaknya maksud nama tempat tu? sekali pandang gambar memang hati akan tertanya keaadaan batu yang tersusun itu samada buatan manusia atau fenomena alam.
Tak perlu berteka teki lagi, ‘Columnar Basalt’ ialah fenomena semula jadi yang dapat dilihat terjadi pada batuan-batuan yang terdapat di sekitar kawasan sungai di sini. Sukar untuk di temui di kebanyakkan tempat di Malaysia, tetapi anda melihatnya di Tawau.Batu Bersusun ini terjadi kerana penyejukan aliran magma setelah letusan gunung berapi yang terjadi pada sekitar 26 ribu tahun yang lampau.
Baca Juga: 15 Tempat Menarik di Kota Kinabalu
13. Shan-Shui Golf and Country Club
Tempat Menarik Di Tawau | Alang-alang dah bercuti tu, apa kata berbelanja sedikit untuk menikmati keindahan di Shan-Shui Golf and Country Club. kedamaian yang dapat dirasakan sambil bermain golf di sini sukar untuk dilupakan. padang golf Shan-Shui juga sebenarnya pernah terpilih sebagai padang golf yang terbaik di Asia semasa majlis penganugerahan pada tahun 2001, ia telah memenangi 4 anugerah yang dibanggakan sehingga hari ini dan termasuk Kursus Terbaik di Asia, Kursus Terbaik di Malaysia, Par 4 Terbaik di Asia (lubang ke-15) dan Par 5 Terbaik dalam Asia (lubang ke-5). Majalah Golf AS juga menyatakan lubang ke-15 sebagai antara 500 lubang terbaik di dunia, dan 250 par 4 terbaik di dunia. Di sini juga terdapat chalet penginapan, bilik persalinan, kolam renang, jakuzi, sauna dan restoran.
12. Masjid Besar Tawau
Tempat Menarik Di Tawau | Masjid Al-Kauthar (Bahasa Jawi: مسجد الكوثر) di Tawau, merupakan masjid terbesar di Sabah dan di dirikan bersebelahan dengan kawasan laut di Jalan Traulsen atau Jalan Persisir. Masjid ini boleh menampung sehingga 17,000 jemaah dalam satu-satu masa. Masjid ini mempunyai tiga tingkat secara keseluruhannya. Tingkat pertama adalah tingkat untuk jemaah lelaki menunaikan solat, manakala tingkat kedua untuk jemaah wanita. Tingkat bawah pula adalah untuk menampung jemaah sekiranya tingkat satu dan dua telah penuh. Terdapat kawasan ditingkat bawah yang mempunyai dinding boleh alih digunakan untuk mengasingkan jemaah lelaki dan wanita.
Menariknya masjid ini telah merakamkan sejarah perasmiannya iaitu dirasmikan oleh YDPA pada ketika itu, tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail dan dibuka kepada orang ramai pada tahun 2004.
11. Muzium Koko Teck Guan
Tempat Menarik Di Tawau | Di sini, tempat menarik akan membawa anda khususnya bagi penggemar coklat untuk berkunjung ke Muzium Koko Teck Guan. Tawau merupakan pengeluar koko utama di Malaysia. Oleh itu, sebuah muzium telah ditubuhkan khas untuk menceritakan tentang sejarah dan pembuatan koko. Pengunjung berpeluang menikmati minuman coklat yang panas, bar coklat, pop corn koko, popia koko dan bermacam lagi produk berasakan coklat lain secara terus dari kilang! Sambil menikmati hidangan yang berasakan koko, pengunjung juga boleh melihat cara penanaman serta bagaimana pemprosesan coklat dibuat.
10. Air Terjun Teck Guan
Tempat Menarik Di Tawau | Air Terjun Teck Guan merupakan satu keindahan alam yang tidak dapat di ragukan. Lokasinya yang terletak di Bukit Quin yang sepi dan tenang dapat dimanfaatkan untuk menenangkan fikiran. Air terjun ini juga agak unik kerana jumlah air yang melalui air terjun ini sebenarnya telah di kawal oleh pekerja-pekerja ladang di sini. Jika air tadahan atau air empangan dibuka, maka air terjun akan menjadi lebih banyak. Jika musim kemarau tiba atau air empangan tidak di buka, air terjun akan kurang.
9. Pantai Inderasabah
Tempat Menarik Di Tawau | Tempat yang agak terpencil terletak di Kampung Inderasabah. Tempat ini merupakan sebuah kawasan pantai yang cukup mempesonakan. Pantai ini juga cukup terkenal di kalangan kaki pancing kerana di sinilah anda boleh memancing ikan-ikan segar. Jika ke sini, eloklah untuk membawa joran dan terus berbbq di sini. Sambil menikmati hasil tangkapan yang segar, anda juga dapat menikmati keindahan pemandangan indah di pantai ini.
8. Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak
Tempat Menarik Di Tawau | Entri kali ini akan membawa anda ke tempat warisan bersejarah di tawau iaitu Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak. Lokasinya terletak agak jauh dari bandar Tawau dan mengambil kira-kira 1 jam 40 minit pemanduan. Jika anda jenis yang suka terokai tempat-tempat bersejarah, tempat ini sememangnya untuk anda. Tapak ini pernah menjadi tempat pembuatan tembikar yang terbesar di Asia Tenggara pada beribu tahun yang lampau. Terdapat puluhan ribu tembikar tanah telah ditemui ketika kajian dijalankan.
Bagi para ‘hikers’, jangan lepaskan peluang untuk mendaki sehingga ke puncak bukit tengkorak untuk menikmati pemandangan perairan sekitar Pulau Sipadan dari puncak bukit yang berketinggian setinggi 500 kaki.
7. Maliau Basin
Tempat Menarik Di Tawau | Dikatakan sebagai Lost World of Sabah, Maliau Basin merupakan kawasan hutan yang terpelihara dan sesuai bagi mereka yang suka akan aktiviti outdoor. Meskipun jaraknya sejauh 190km dari bandar tawau, namun tempat ini menjanjikan keindahan alam yang mempesona apabila anda berkunjung ke sini. Tiba sahaja di sini, anda perlu menggunakan 4 wheel Drive sjauh 27 Kilometer dari pagar keselamatan disebabkan laluan yang agak mencabar. Dijamin bahawa kepenatan anda akan hilang seketika apabila sampai ke destinasi ini dangan menyaksikan keindahan beberapa buah air terjun yang ada di sini. Terdapat juga aktiviti outdoor lain seperti jungle trekking dan bird watching.
6. Taman Rekreasi Air Panas Tawau
Tempat Menarik Di Tawau | Terasa lelah menjelajah selepas berkunjung ke tempat-tempat menarik yang ada di Tawau? Taman Rekreasi Air Panas Tawau sememangnya tempat yang sesuai untuk anda sekeluarga melegakan segala sendi dan otot badan.
Di tempat ini tersedia beberapa buah kolam air panas yang mempunyai suhu kepanasan yang berbeza setiap kolam iaitu dari 30 ke 60 darjah celsius. Sambil berendam, anda juga dapat menikmati sumber oksigen yang segar daripada hutan kecil yang mengelilingi kolam air panas. Di sini juga ada disediakan trek joging dan lebih daripada 20 pondok rehat untuk pengunjung yang datang ke sini.
5. Tugu Peringatan Kalabakan
Tempat Menarik Di Tawau | Tugu Peringatan Kalabakan adalah sebuah monumen yang telah didirikan untuk memperingati pemergian 11 orang pejuang negara yang telah terbunuh ketika peristiwa konfrontasi Indonesia-Malaysia pada tahun 1963. tugu ini dibina pada tahun 1969. Anda akan dihidangkan beberapa artikel sejarah yang ditulis pada monumen tersebut.
4. Pantai Tinagat
Tempat Menarik Di Tawau | Pantai Tinagat ni memang salah satu pantai yang menarik perhatian pengunjung warga Tawau terutamanya di waktu petang. Port memancing pun ia. Memang indah dan nyaman. Memandang laut. Terasa ketenangan. menariknya anda akan dapat melihat Rumah Api peninggalan British ketika melintasi jalan raya menuju kepantai ini dan nun disebelah lautan ini adalah negara jiran kita Indonesia.
3. Monumen Menara Loceng
Tempat Menarik Di Tawau | Monumen Menara Loceng ini sebenarnya adalah struktur yang paling bersejarah di Tawau. Nampak macam pondok biasa, tapi jangan main-main, Kalau dikira-kira, usianya telah mencecah 100 tahun. Dalam tempoh tersebut tidak hairanlah loceng menara ini tidak diketahui kemana menghilangnya secara misteri.
Monumen ini telah dibina oleh pihak Jepun pada tahun 1921 oleh tawanan perang dengan dana yang diberikan oleh ahli perniagaan Jepun. Menariknya bila anda melawat monumen ini anda boleh melangkah ke arah tapak 0 km Tawau. jarak dari keseluruhan Tawau dari sinilah bermulanya.
2. Pasar Tanjung Tawau
Tempat Menarik Di Tawau | Merupakan pasar terbesar di seantero Malaysia, Pasar Tanjung Tawau mempunyai 6000 buah gerai yang menjual bermacam-macam produk lokal! Bagi yang ingin bershopping sepuasnya, silalah singgah ke pasar ini. Terdapat pelbagai jualan yang ada di sini seperti kain batik, baju kelawar, peralatan dapur, hasil kering, hasil laut, sayu-sayuran, buah-buahan, kerupuk-kerupuk lokal seperti amplang, kuih-muih dan banyak lagi. Ada juga barang yang didatangkan daripada Indonesia! Harga dan kualiti sangat berbaloi.
Pengunjung juga boleh singgah ke pasar ikan yang terletak di belakang Pasar Tanjung. Terdapat banyak jenis pilihan makanan laut yang segar yang anda boleh dapati dengan harga yang lebih murah dan tidak masuk dek akal!
1. Sri Titingan Seafood & Steamboat @ Tawau
Tempat Menarik Di Tawau | Akhir sekali, tidak lengkap jika ke pantai timur Sabah tanpa memanjakan perut dengan makanan laut yang sememangnya murah dan segar. Di Tawau juga terdapat beberapa restoran makanan laut dan antara yang popular adalah Sri Titingan Seafood.
Antara masakan yang anda wajib anda cuba jika singgah ke sini adalah sup ketamnya, masakan 3 rasa atau asam pedasnya yang sememangnya sungguh lazat! Anda boleh menempah pelbagai jenis masakan laut mengikut saiz yang anda inginkan. Selain itu terdapat juga pilihan untuk menikmati makan laut secara ‘steamboat’ yang mana anda boleh memilih sendiri makanan laut yang anda gemar.