Tempat Menarik di Sandakan

Jom ketahui tempat menarik di Sandakan yang anda patut pergi! Setakat ni, tempat ni yang paling best untuk bawa keluarga dan kawan-kawan untuk menikmati percutian.

Untuk pengetahuan, Sandakan merupakan bandar ke-2 yang terbesar di negeri Sabah selepas Kota Kinabalu. Tidak ketinggalan seperti ibu kota negeri Sabah, Sandakan juga menyajikan anda banyak tarikan menarik yang mampu membuatkan penggemar travel terpukau sebab disinilah tempat bagi pencinta flora dan fauna dapat menyaksikan keunikan yang ada pada pulau Borneo ini.

Mengimbau kembali di zaman perang dunia ke-2, bandar ini juga pernah mengalami kemusnahan yang teruk dan memiliki banyak peninggalan sejarah yang menarik untuk diselami dan dihayati. Jom kita lihat beberapa tempat menarik di Sandakan yang paling best bagi tahun 2023 ini.

16. Indah Jaya Waterpark

(Tempat Menarik di Sandakan) Terletak di dalam bandar Sandakan, kita boleh dapati sebuah taman tema air yang cukup terkenal di kalangan warga tempatan. Indah Jaya Waterpark merupakan taman tema air yang simple dan tidak terlalu besar, dan sangat sesuai untuk aktiviti riadah hujung minggu tanpa merisaukan kesesakan orang ramai.

Di taman tema ini, anda akan disajikan dengan sebuah gelongsor air yang sangat besar yang boleh dicuba bersama-sama dengan anak-anak anda. Dengan kapasiti kolam yang sangat besar, ianya boleh memuatkan ramai pengunjung untuk mandi di kolam dalam satu-satu masa. Kemudahan dan kelengkapan lain seperti pelampung renang dan tempat persainan pakaian juga turut disediakan.

15. Muzium Warisan Sandakan

(Tempat Menarik di Sandakan) Sudah menjadi kelaziman, jika kita pertama kali melancong ke tempat orang, pasti kita ingin mengetahui sejarah dan menyelami budaya tempat tersebut. Terletak di tengah-tengah bandar Sandakan, ianya sangat strategik untuk dikunjungi oleh mereka yang melancong ke sini tambahan pula masuk adalah percuma!

Muzium Warisan Sandakan ini tidaklah begitu besar. Anda boleh menghabiskan masa dalam 15-20 minit untuk menerokai dalam menghayati panorama dalam muzium tersebut.

Disini anda boleh dapati rumah tradisional suku kaum di Sabah, serta pakaian etniketnik di Sabah dan banyak lagi yang berkaitan sejarah-sejarah mengenai Sabah, khususnya Sandakan. Secara ringkasnya, disinilah titik permulaan yang sesuai bagi pengembara dan pelancong yang datang ke daerah Sandakan.

14. Tawai Rainforest Camp Telupid

Tempat Menarik di Sandakan – Terletak lebih kurang 5KM daripada pekan Telupid, Tawai Rainfoest Camp menyajikan anda pemandangan flora dan fauna yang sangat best. Air Terjun Tawai yang berketinggian 95 meter ini menjadi satu sebab mengapa anda perlu pergi ke sini.

Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan di Tawai Rainforest Campsite ini, antaranya ialah:

  • Chalet
  • Tempat BBQ
  • Tandas
  • Pondok Rehat

Beberapa akiviti yang menarik boleh dilakukan, antaranya ialah:

  • Jungle Trekking
  • Berkelah
  • Mendaki

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi mereka di bawah

Facebook: Tawai Rainforest Camp

Lokasi: Tawai Rainforest Camp

Hubungi: +089521743

Waktu Beroperasi: 8AM hingga 5PM

13. Imbak Canyon Conservation Area

Tempat Menarik di Sandakan – Untuk pencinta alam semula jadi, Imbak Canyon merupakan satu lagi tempat menarik di Sandakan yang anda patut kunjungi. Merupakan khazanah hutan di Sabah yang dilindungi dan diwartakan selepas Maliau Basin dan Lembah Danum.

Ringkas kata, dengan kepelbagaian flora dan fauna, serta keindahan air terjun yang dimiliki, boleh dikatakan anda seolah-olah berada di dunia yang berbeza.

12. Sepilok Jungle Resort

Tempat Menarik di Sandakan – Merupakan lokasi penginapan menarik yang dikelilingi oleh tumbuhan menghijau!

Menginap di sini, seolah-olah berada di tengah hutan tebal dengan bunyi chengkerik dan unggas hutan!

Resort yang lengkap dengan kolam mandi dan persekitaran menarik untuk anda bersiar-siar!

Jom tempah penginapan ini dengan harga rendah untuk 2 orang pengunjung!

11. Sejati Walk Mall

Tempat Menarik di Sandakan – Selepas sehari suntuk menjelajah tempat menarik di Sandakan, luangkan masa anda untuk mengunjungi tempat ini!

Sejati Walk Mall merupakan mall yang baru dibuka pada tahun 2019 dan kini padat dengan pelbagai aneka jenis kedai.

Bersiar-siar dan makan malam di sini mungkin satu idea yang baik?

10. Taman Buaya Sandakan

Tempat Menarik di Sandakan – Bukan Sarawak sahaja yang terkenal dengan buaya, Sandakan juga turut terkenal dengan reptilia yang menggerunkan itu sehingga wujudnya Taman Buaya yang dijadikan sebagai daya tarikan pelancong di daerah ini.

Di Sabah, buaya boleh didapati dengan banyak di sekitar Sungai Kinabatangan & kewujudan Sandakan Crocodile Farm ini menjadi salah satu usaha untuk menjaga populasi buaya tempatan dek kerakusan manusia yang memburu haiwan ini untuk mendapatkan kulitnya. Aktiviti menarik di Taman Buaya Sandakan ini pada dasarnya sama sahaja di mana-mana taman buaya lain di Malaysia, di mana anda boleh lihat buaya yang pelbagai saiznya di dalam sangkar & yang paling teruja, adalah ketika melihat buaya ini melopat tinggi menyambar ayam yang digantung pada tali rentang. Terdapat juga buaya yang bersaiz gergasi yang dikenali Bujang Lapuk & dipercayai berusia hampir 60 tahun.

9. Gua Gomantong Sandakan

sdr

Tempat Menarik di Sandakan – Terdapat dua buah kompleks gua dia Gemantong ini iaitu Simud Hitam ( Black Cave) yang mempunyai ketinggian sehingga 90 meter ! dan Simud Putih (White Cave), yang menempatkan sarang burung layang-layang yang lebih banyak dan bernilai tinggi. Simud Hitam ini hanyalah 5 minit perjanan dari pusat pendaftaran dan boardwalk (denai jalan kaki) memberikan akses yang mudah untuk ke gua-gua ini.

Antara binatang liar yang ada di dalam gua ialah kelawar, burung layang-layang manakala di luar pula anda boleh melihat burung helang dan burung raja udang. Kalau bernasib baik anda juga berpeluang melihat orang utan di sini namun tidaklah sebanyak di Satuari Orang Utan Sepilok.

Kalau nak ke Simud Putih anda kena buat perancangan awal-awal keranan nak ke gua ini agak pedalaman sedikit. Di sini juga ada Gomantong Rainforest Chalet yang mana boleh menempatkan 30 orang pada sesuatu masa. Satu tempat pelancong di Sandakan yang menjadi tumpuan pelancong asing untuk merasai pengalaman berada di Hutan Borneo.

8. Pasar Umum Sandakan

Tempat Menarik di Sandakan – Apabila terdengar sahaja perkataan Sabah pada telinga wanita-wanita di luar sana, tentu mereka akan terbayangkan barang kemas yang berasaskan mutiara. Bukan setakat mutiara, barangan lain yang terkenal di negeri Sabah ini seperti kristal dan hasil laut yang segar.

Anda tertanya-tanya untuk mendapatkan barangan-barangan ini? Sudah semestinya Pasa Umum Sandakan adalah jawapan yang paling sesuai. Bukan sekadar pasar biasa yang boleh didapati di tepi jalan, pasar ini merupakan bangunan 3 tingkat dan masing-masing tingkat menjual aneka macam barangan lokal dari Sabah.

7. Pulau Berhala

Tempat Menarik di Sandakan – Pulau yang terletak berhadapn dengan perkampungan Sim-Sim, Pulau Berhala ini memiliki dua buah bukit batu pasir yang bercantum dengan satu sama lain pada ketinggian 600 kaki dari aras laut.

Disebabkan kehadiran batu kapur ini, anda boleh menemui gua yang memukau dan unik untuk diterokai. Jika anda naik ke puncak bukit ini pula, terdapat rumah api, manakala, sudut curam bukit ini diselubungi oleh hutan simpan dengan tumbuhan pinggir laut yang menjadi tarikan para pengkaji botani.

Jangan menganggap anda seorang sahaja yang berada di pulau ini seperti di dalam filem Cast Away, kerana di sebelah barat pulau ini terdapat sebuah kampung di tepian pantai indah yang sering dijadikan tempat perkelahan.

Anda rasa pulau ini senaif yang didengari? Sebenarnya disebalik keindahannya Pulau Berhala menyimpan misteri dan sejarah yang menarik untuk didengar. Nak tahu? On kan mood Sherlock Holmes anda.

6. Agnes Keith House

Tempat Menarik di Sandakan – Rumah ini merupakan sebuah muzium yang terletak di puncak bukit di sepanjang Jalan Istana, kira-kira 10 km daripada Lapangan Terbang Sandakan dan hanya 1 km dari Bandar Sandakan. Rumah Muzium ini dibina semula pada tahun 1946 oleh kerajaan negeri. Asalnya rumah ini didiami oleh Mr Harry Keith, seorang Konservator Perhutanan bersama dengan isterinya, Agnes Newton Keith dan anaknya, George.

5. Sandakan Memorial Park

Tempat Menarik di Sandakan – Taman Peringatan Sandakan (Sandakan Memorial Park) merupakan tempat yang menyaksikan lebih 2400 tawanan askar Australia & juga British terkorban ketika Perang Dunia Kedua dengan Jepun di antara Januari-Ogos 1945. Lokasinya terletak kira-kira 11 km dari bandar Sandakan & ianya juga merupakan sebahagian daripada landskap taman di sini iaitu Taman Rimba. Taman ini lebih terarah kepada kawasan rekreasi untuk melihat keindahan flora fauna & kesan sejarah yang terdapat di sekitarnya. Di sini juga terdapat muzium yang kecil yang dijadikan sebagai peringatan kepada orang Australian dan British yang terkorban.

4. Sungai Kinabatangan River Cruise

Tempat Menarik di Sandakan – Seperti tersedia maklum, Sungai Kinabatangan yang panjangnya 560 km ini merupakan sungai terpanjang di negeri Sabah. Jika anda seorang pelancong yang suka aktiviti kembara melihat tarikan flora fauna di sesuatu destinasi pelancongan, ada satu aktiviti menarik di Sandakan yang boleh anda cuba iaitu Sungai Kinabatangan River Cruise.

Aktiviti pengembaraan di Sungai Kinabatangan ini juga agak lama & jika anda ingin menikmati aktiviti ini secara menyeluruh, perlukan masa 2-3 hari kerana banyak destinasi yang akan dilawati di sepanjang sungai ini. Jika anda kesuntukan masa, boleh ambil pakej river cuise di sini untuk tempoh setengah hari sahaja.

Harga Tiket:

  • Untuk pakej setengah hari, sekitar RM 280- RM 300
  • Pakej lain, sila berhubung dengan operator.
  • 01133871698

3. Rainforest Discover Centre

Tempat Menarik di Sandakan – Pemandangan hijau hutan dari puncak canopy walk di sini memang sangat mendamaikan & ditambah pula dengan kicauan burung-burung hutan di sepanjang pejalanan, pasti menjadi ‘terapi mujarab’ untuk para pelancong yang cintakan flora fauna. Jika anda suka melihat burung-burung yang dikatakan eksotik & juga seorang kaki kamera, bolehlah mengasah bakat anda di sini dengan melakukan telescope fotography di Rainforest Discovery Centre (RDC) ini.

2. Pulau Lankayan

Tempat Menarik di Sandakan – Jika anda mendambakan sebuah percutian di pulau yang jauh dari hiruk pikuk kota raya & inginkan privasi, Pulau Lankayan adalah salah satu tempat menarik di Sandakan yang paling disyorkan. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga menempatkan tentera di sini bagi mengawal keselamatan pelancong & mengelak sebarang pencerobohan yang tidak diingini.

Pulau Lankayan juga terletak di dalam koridor pendaratan penyu jadi anda juga berpeluang melihat penyu spesis Green Turtle bertelur di sekitar kawasan pantai di pulau ini. Terdapat juga sebuah penginapan terkenal di sini iaitu Lankayan Island Dive Resort yang juga sangat menarik untuk pelancong bermalam. Lokasi penginapannya juga mengadap pantai yang sangat cantik & membiru serta sungguh saujana mata memandang.

1. Turtle Islan Park

Tempat Menarik di Sandakan – Nama Pulau-Pulau Penyu ini sebenarnya terdiri daripada 3 buah pulau yang menjadi tempat pendaratan utama penyu untuk bertelur di timur selatan Asia. 3 buah pulau yang dimaksudkan adalah Pulau Gulisan, Pulau Selingan & juga Pulau Bakkungaan Kecil. Selain di Terengganu, perairan di Sabah juga memang sangat popular dengan penyu & kebiasaannya penyu-penyu ini akan mendarat di kawasan pantai sekitar 3 pulau ini pada waktu malam & ketika air laut surut. Jika teringin melihat dengan mata kepala sendiri penyu bertelur secara ‘live’, kenalah datang pada waktu ini.

Terdapat dua jenis penyu yang banyak mendarat di 3 pulau ini iaitu spesis Penyu Hijau (Green Turtle) & juga Hawksbill Turtle. Antara 3 pulau ini, Pulau Selingan lebih menjadi tumpuan penyu-penyu ini untuk bertelur kerana di sini terdapat taburan terumbu karang yang lebih luas yang menjadi kawasan kesukaan penyu berkeliaran. Jika ingin melihat penyu bertelur sebaiknya berkunjung antara bulan Julai-Oktober untuk melihat spesis Green Turtle, manakala antara Februari-April adalah untuk melihat penyu jenis Hawksbills Turtle.

Bagaimanapun, penyu-penyu ini sebenarnya sentiasa bertelur sepanjang tahun di pulau-pulau ini, namun dalam bilangan yang tidaklah sebanyak seperti waktu musim puncak. Di Pulau Selingan juga terdapat Selingan Turtle Island Chalet yang ideal untuk dijadikan tempat bermalam. Jika anda berhasrat untuk melihat keindahan kawasan terumbu karang dasar laut & gemarkan aktiviti di air seperti snorkeling, bolehlah menginap di sini.

Waktu Operasi:

  • Sepanjang tahun.
  • Musim peralihan angin monsun tidak digalakkan

Harga Tiket:

  • Bergantung kepada pakej oleh agensi pelancongan pilihan
  • Untuk penginapan di Selingan Turtle Island Chalet, anda boleh semak di aplikasi Agoda.

Penutup dari perkongsian ini, terdapat banyak lagi sebenarnya tempat-tempat yang menarik yang boleh diterokai di Sandakan ini. Kami berharap 16 tempat menarik di Sandakan yang dikongsikan di atas akan memberi anda idea & memudahkan anda untuk merancang percutian di sini kelak. Selamat cuti cuti Malaysia di Sandakan, Sabah. Wassalam.