pelbagai lokasi dan tempat menarik di kudat

Pelbagai tempat menarik di Kudat. Negeri Sabah sememangnya merupakan sebuah negeri yang sangat bertuah kerana mempunyai pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati. Dalam entri kali ini, penulis akan berkongsi serba sedikit tentang tempat-tempat menarik yanga ada di Kudat. Sebelum itu, eloklah jika kita mengenal serba sedikit tentang daerah ini.

Kudat merupakan sebuah bandar dan daerah di negeri Sabah, Malaysia. Bandarnya terletak kira-kira 190km pemanduan dari Kota Kinabalu. Kudat juga merupakan sebuah kawan yang majoritinya didiami oleh etnik Rungus. Selain itu, Kudat juga merupakan antara kawasan pertama di Sabah yang didiami oleh orang Cina Malaysia terutamanya dari suku Hakka.

Pada zaman penjajahan British, daerah ini diberi nama sebagai ‘Tomborungan’ oleh masyarakat Rungus di sini sempena Sungai Tomborongun yang tidak lagi mengalir semenjak zaman moden.

Terokai Tempat Menarik Di Kudat Untuk Bercuti

Nama Kudat pula muncul kerana semasa zaman penjajahan British, tentera mereka ada yang bertanya tentang nama tempat tersebut, akan tetapi penduduk tempatan salah faham dan menganggap bahawa pihak British ingin tahu nama sejenis rumput lalang yang banyak didapati di kawasan tersebut yang dikenali sebagai kutad dalam bahasa Rungus. Lama-kelamaan, perkataan ini telah menggantikan nama ‘Tomborungan’ sebagai nama tempat tersebut dan sebutannya berubah kepada ‘Kudat.

Selesai mengenali serba sedikit tentang Kudat, apa kata anda scroll ke bawah untuk melihat senari tempat menarik di kudat sini.

8 . Pantai Kelambu

Pantai Kelambu merupakan salah satu pantai terbaik di Sabah kerana lautan akuatiknya yang membiru dan jernih serta dikelilingi pulau-pulau yang mengagumkan. Suasana di pantai ini sesuai bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti berkelah bersama keluarga, bersiar-siar di tepi pantai, mengutip kerang atau menikmati panorama matahari yang cantik terbenam. Walau bagaimanapun, kedudukan pantai ini agak terpencil dan kurang dikenali. Jika ingin ke sini anda boleh menggunakan aplikasi Google Map bagi memudahkan perjalanan anda.

7 . Pantai Bak-Bak

Pantai Bak-Bak merupakan salah satu tempat menarik di kudat dan sering dilawati oleh masyarakat setempat dan juga luar. Keindahan pantai ini dapat dilihat dengan butiran pasir yang putih, bersih, laut yang jernih seperti cermin lutsinar. Jika ke sini, anda dapat melihat batu-batuan, kerang dan ikan di dasar laut. Di sini juga terdapat sebauh resort terdekat iaitu Resort 9 Hut On A Hill.

6 . Pantai Tindakon Dazang

Jika tercari-cari lokasi di mana anda boleh menginap, makan dan melakukan aktivit air, pantai ini lah tempatnya. Penginapan yang terdapat di pantai ini cukup unik kerana berbentuk rumah panjang yang bercirikan tradisi masyarakat dari suku kaum Rungus. Salah satu aktivit air yang ditawarkan di pantai ini ialah aktiviti berkayak. Tempat ini cukup sesuai untuk pengunjung yang berkeluarga ataupun bersama rakan-rakan. Di sini anda dapat bersiar-siar di tepi pantai sambil menikmati keindahan alam yang ada di sekitar pantai. Selesai menghirup udara segar, boleh lah berkunjung ke gerai makan yang ada di sini yang menyediakan bermacam juadah untuk anda nikmati. Selain itu, berkunjugnke sini juga memberi anda peluang untuk melihat tarian tradisi etnik Rungus.

5 . MARANJAK RUNGUS LONGHOUSE LODGE

Homestay yang cukup unik kerana diperbuat daripada bahan tradisional sepenuhnya seperti bambu yang di belah dan daun nipah ini mampu menampung kira-kira 30 hingga 40 orang dalam satu masa. Homestay ini berbentuk rumah panjang dilengkapi dengan style tradisi seperti meja makan tradisional, bilik, cahaya dan juga dari segi makanan yang disajikan. Selain merasai suasana tradisional, anda juga berpeluang untuk melakukan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti memancing di sungai, jungle trekking, bersiar-siar di taman botani herba, menangkap ketam dan seterusnya melihat monyet. Selain itu, anda dapat melihat tarian tradisional Rungus dan dipersembahkan oleh persembahan alat muzik tradisional selepas makan malam.

4 . KUDAT GOLF DAN MARINA RESORT

Bertempat di hujung utara Borneo di Sabah, resort ini dibangunkan berasaskan reka bentuk etnik yang ada di sini dan perabot yang ada di dalamnya pula berasaskan dari bahan kitar semula agar gaya tradisi dapat diterapkan. Bagi peminat golf, anda juga dapat meluangkan masa dengan mencuba permainan golf di sini. Selain itu, pengunjung juga boleh berenang di kolam renang ataupun bersiar-siar di tepi pantai sambil menikmati pemandangan laut Sulu yang ckup indah. Ia menambah lagi senarai tempat menarik di kudat.

3 . Kilang Gong Kampung Sumangkap

Destinasi di mana anda dapat menerokai seni tradisional pembuatan gong iaitu Kilang Gong Kampung Sumangkap. Untuk pengetahuan, gong merupakan alat muzik yang terpenting bagi penduduk orang asli di Sabah dan kebiasannya digunakan dalam majlis-majlis perayaan. Selain itu, gong juga merupakan simbolik kekeayan bagi masyarakat di sini. Di sini anda dapat melihat bahawa penduduk sanagat mengutamakan kualiti penciptaan gong.

2 . 9 HUT ON THE HILL

Destinasi yang memilik 9 buah pondok penginapan yang bercirikan budaya suku kaum Rungus ini dapat memberi anda keselesaan ditemani dengan oemandangan pantai yang indah sebaik sahaja anda keluar ke balcony pondok yang anda menginap. Apa yang menariknya di sini ialah, panorama matahari terbenam yang cukup memukau kerana berdekatan dengan Pantai Bak-Bak.

1. Simpang Mengayau The Tip Of Borneo

Merupakan destinasi wajib kunjung jika menjejakkan kaki ke daerah Kudat dan merupakan pulau ketiga terbesar di dunia selepas Greenland dan New Guinea. Lokasinya sangat mudah dijumpai kerana setiap simpang untuk ke sini dilengkapi dengan papan petunjuk dan anda hanya perlu ikut sahaja papan petunjuk tersebut. Simpang Mengayau juga merupakan pulau ketiga terbesar di dunia selepas Greenland dan New Guinea. Simpang Mengayau bermaksud ‘persimpangan berlarutan’ kerana di sinilah Laut China Selatan berlegar dan bertemu dengan Laut Sulu yang mengalir dari timur. Panorama matahari terbenam dan bulan purnama sangat indah. Selain itu, di sini terdapat sebuah rumah api yang dinamakan sebagai rumah api Pulau Kalampunian yang merupakan tanda peringatan tentang pantai yang berbahaya dan kapal karam yang lalu. Di sebelah kiri ialah pantai pula ialah Pantai Kalampunian yang indah dengan pantai berpasir putih panjang dan air biru biru yang memukau. Jika ke sini, jangan lupa sediakan storage kamera anda untuk merakam kenangan indah di sini