Terdapat beberapa tempat menarik di Cameron Highlands. Cameron highlands yang sering menjadi tumpuan sebagai destinasi pelancongan yang paling menarik ini bukan sahaja terkenal di kalangan warganera Malaysia, malah pelancong asing juga ramai yang berkunjung ke sini.
Destinasi ini dikatakan sebagai tempat percutian yang paling popular di negeri Pahang dan sering menjadi tumpuan pelanciong luar kerana keindahan dan keunikan destinasi meanrik yang ada di sini.
Lokasinya yang terletak pada altitud tanah tinggi dan suhu yang sejuk ini sangat sesuai unutk di jadikan tempat untuk ber ‘honeymoon’.
Selain itu, institusi pendidikan samada sekolah, kolej mahupun universiti sering menganjurkan lawatan sambil belajar di sini. Tidak heranlah jika ke sini pada waktu cuti persekolahan, anda akan berasa sedikit sesak kerana ramai yang akan berkunjung ke sini.
Entri kali ini akan membawa anda melihat lokasi percutian di sekitar Cameron Highland dari yang kurang popular sehinggalah yang paling popular!
10 Tempat Menarik di Cameron Highlands
10. Ladang Teh BOH Sungai Palas
Cameron highland sememangnya terkenal dengan ladang tehnya. Ladang Teh BOH Sungai Palas adalah antara yang paling popular. Disebabkan ladang teh ini yang paling popular, maka tidak heranlah jika pada musim cuti sekolah lokasinya dibanjiri orang ramai.
Antara aktiviti menarik yang anda dapat lakukan di sini ialah, menikmati hidangan teh atau pencuci mulut di kafe, melihat pameran, melawat kilang teh, membeli teh BOH untuk dijadikan sebagai buah tangan dan tidak lain dan tidak bukan adalah menikmati keindahan panorama ladang teh boh yang terbentang luas umpama sebidang permaidani hijau.
Aktiviti yang ada di sini lebih santai, jadi sesuailah unutk anda yang hendak berbulan madu dan meluangkan kualiti bersama orang tersayang.
9. Taman Rama-rama
Jika anda seorang pencinta bunga dan juga haiwan? Apa kata anda ke Taman Rama-rama. Tidak seperti namanya, lokasi ini juga mempunyai tarikan lain yang turut menghidupkan taman ini.
Di dalamnya, terdapat taman tertutup yang mempunyai hiasan pokok bunga berwarna-warni dan sememangnya sangat sesuai dilawati oleh mereka yang bercadang untuk berbulan madu ataupun berkunjung bersama anak-anak.
Situasi taman ini sangat mendamaikan. Anda berpelngelaman unutk melihat serangga yang indah dengan pelbagai warna ini berterbangann di halaman taman. Antara spesis binatang eksotik lain yang terdapat di taman ini ialah, kala jengking, iguana, tarantula, angsa, ular, tupai, anak kanggaru & sebagainya.
Baca Juga: 15 Tempat Menarik di Port Dickson
Baca Juga: 15 Tempat Menarik di Langkawi
8. Air Terjun Lata Iskandar
Jika melihat dari sudut geografinya, Air Terjun Lata Iskandar ini terletak di dalam Negeri Perak. Destinasinya terletak di pertengahan jalan di cameron Highland dan Tapah. Sumber aliran air terjun ini pasti akan memberi kedinginan yang cukup menyegarkan.
Pemandangan air terjun & deruan air yang akan didengari memang sangat mengulit serta membuatkan hati nyaman. Di sekitar kawasannya teradapat juga denai pejalan kaki untuk aktiviti meredah hutan.
Pada hujung minggu, destinasi ini sering menjadi tumpuan orang ramai untuk berkunjung ke sini termasuk juga pada cuti sekolah dan cuti umum. Antara kemudahan yang ada di sini ialah tandan, surau serta bazar iaitu Bazar Orang Asli.
Bazar Orang Asli ini mejual pelbagai barangan kraf tangan yang menarik pada harga yang sangat berpatutan.
7. Ladang Lebah Ee Feng Gu
Destinasi yang cukup sesuai untuk anak-anak anda mengenali habitat serangga kecil ini dan juga proses penghasilan madunya. Ini adalah peluang yang anda harus ambil untuk mengajar mereka melalui pendekatan seperti lawatan sambil nelajar di Cameron Highland.
Lokasi ladang lebah ini terletak di kawasan yang menjadi tumpuan pelnacongan di Cameron Highland iaitu di brinchang. Ladang ini pada umumnya terletak di dalam satu bangunan bertingkat di mana, di aras satu mempunyai kedai jualan yang menjual cenderahati yang boleh pengunjung beli untuk di bawa pulang.
Antara cenderahtinya ialah madu asli yang sangat berkualityi dan sering mendapat perminataan yang tinggi di kalangan pelancong. Sealin itu, ada juga produk lain yang dihasilkan daripada madu contohnya seperti madu oraganik, pencuci muka, sabun mandi, losyen dan sebagainya.
Dibahagian belakang bangunan, kedai ini menempatkan sarang lebah buatan yang bentuknya kelihatan seperti sebuah kotak. Jika berkunjungke sini, dapatlah anda melihat suasan ladang lebah yang sebenar dan yang menariknya lagi, lawatan ke ladang lebah ini adalah percuma tanpa dikenakan apa-apa bayaran.
6. Taman Agroteknologi MARDI
Antara tempat yang paling popular di antara kalangan pelancong dan juga di kalangan institusi pendidikan tempatan. Ladang yang mempunyai keluasan lebih daripada 40 hektar ini mempunyai beberapa bahagian utama seperti tapak penyemaian, kebun pohon bunga, ladang serta kawasan penanaman pokok teh.
Terdapat banyak sebenanrnya terikan lain yang cukup eksotik untuk anda terokai contohnya seperti periuk kera dan sebagainya. Selain itu, pokok-pokok di sini bukan sahaja dijadikan pameran, namun ada juga yang boleh dibeli sekiranya anda berminat.
Taman ini merupakan one stop center di tanah tinggi Cameron Highland kerana di lengkapu dengan tumbuhan-tumbuhan yang ada di daerah ini. Contohnya seperti, kaktus, strawberi, pokok bunga, sayur-sayuran dan banyak lagi.
Destinasi Taman Arkeologi MARDI ini sangat mudah untuk dikunjungi kerana terletak di dalam Pekan Tanah Rata.
5. Pasar Malam Cameron Highland
Beroperasi semenjak 2017 lagi, Pasar Malam Cameron Highland yang dahulunya bertempat di Pekan Brinchang ini telah berpindah tapak ke Sungai Ruil berdektan Cameron Golden Hills Resort.
Antara yang menarik di sini ialah kebanyakan barangan yang dijual semuanya adalah hasil daripada produk di Cameron Highland sendiri seperti sayur-sayuran, buah strawberi, serbuk teh, cenderahati dan sebagainya.
Selain itu, terapat pelbagai jualan juadah makanan yang santai di sini. Ada juga peniaga yang menjual pokok-pokok hiasan yang boleh anda belikan untuk dijadikan cenderahati seperti kaktus, anak pokok ataupun jagung mutiara.
Kebanyakan penjual di sini merupakan orang-orang setempat dan ada juga yang terdiri daripada warga asing. Ketika tibanya malam, pasar malam ini akan dibanjiri pengunjung dan tempat meletakkan kereta juga akan semakin terhad. Jika ingin berkunjung ek sini, anda diingatkan untuk datang lebih awal iaitu sekitar jam 5pm – 7pm.
4. Cactus Point
Destinasi yang merupakan sebuah kebun yang di dalamnya terdapat pelbagai jenis pokok kaktus samada besar mahupun kecil yang tersedia di dalam pasu. Pilihan kakttus yang ada di sini juga cukup lumayan kecantikannya dan sungguh indah berwarna-warni.
Sesetangah pokok cactus di sini ada yang bersaiz 4 kali ganda sebiji seperti bola sepak. Bentuknya juga dihadiri dalam pelbagai jenis rupa bentuk iaitu ada yang bulat, membujur, seperti bentuk orang & sebagainya.
Sekiranya anda ingin mencari cenderahati yang sinonim dengan Cameron Highlands, bolehlah membeli pokok bunga ataupun kaktus dalam pasu kecil untuk dijadikan kenangan percutian anda di Cameron Highland. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan.
Yang menariknya lagi, tiada dikenakan sebarang bayaran untuk masuk ke dalam ladangnya.
3. Kebun Pokok Bunga Lavender
Kebun yang mula dibuka semenjak 2012 ini telah menarik ramai pelancong berkunjung ke sini untuk melihat keindaham serta keluasan kebun pokok bunga lavendar ini.
Aroma bunganya yang sangat harum & warna keungguan yang sangat indah pasti akan membuatkan sesiapa sahaja terpesona & terpukau. Lokasinya sangat mudah untuk di lawati & hanya berada di tepi jalan utama Brinchang.
Bukan sahaja pokok lavendar, kebun bunga ini juga mempunyau banyak deretan pokok-pokok bunga lain yang kurang menariknya untuk anda nikmati seperti pokok bunga kamelia, pokok bunga mawar, bunga daisy dan sebagainya.
Bagi peminat bunga, di sini juga anda boleh membeli anak-anak pokok bunga yang telah tersedia di dalam pasu. Selain itu, di sini juga anda dapat emrasai aiskrim berperisa lavendar. Unik bukan? Jika ke sini, jangan lupa sediakan camera bagi menangkap foto-foto yang menarik di sini.
2. KHM Strawberries & Jam
Jika berkunjung ke tanah tinggi Cameron Highland, tetapi tidak membawa balik strawberry, rasanya seperti tidak lengkap bukan? Apatah lagi jika ini merupakan kunjungan pertama kita. Salah satu ladang starberry yang wajib dikunjungi jika ke sini ialah KHM Strawberries & Jam.
Lokasi ini merupakan kebun strawberry yang pertama dan diusahakan oleh orang Melayu. Destinasi ini ialah tempat yang sangat ideal untuk anda yang ingin merasai pengalaman memetik buah strawberi yang segar-segar & boleh dibawa balik.
Apa yang menariknya di sini selaian memetik strawberry ialah, terdapat kafe yang menyediakan makanan yang banyak bermenukan buah strawberi seperti nasi lemak sambal strawberi, acar strawberi, waffle strawberi, scone strawberi, homeade ice-cream & sebagainya.
Selin itu, lokasinya juga berada sedikit di atas kawasan berbukit. Jadi, sambil menikmati hidangan makanan yanga da di sini, bolehlah anda melihat panoram keindahan kampung yang berdekatan yang dikelilingi rimbunan tumbuhan-tumbuhan hijau.
1. Muzium Time Tunnel
Destinasi yang pasti akan menggamit nostalgia zaman kanak-kanak anda. Muzium Time Tunnel merupakansatu destinasi yang sangat disyorkan untuk pelancong yang ingin menghayati sejarah khususnya di Cameron Highlands.
Muzium ini dibina bagi mengekalkan memori yang cukup bersejarah dan juga warisan budaya unutk Cameron Highland. Sebaik sahaj memasuki muzium ini, anda akan dihidangkan dengan beberapa bahagian pameran seperti era peperangan & juga selepas peperangan.
Muzium ini sebenarnya merupakan satu muzium peribadi milik seorang anak Cina tempatan, See Kok Shan. Dibuka pada 2007, muzium ini telah menyimpan sekitar 1,000 memorabilia.
Dari salinan kad pengenalan P. Ramlee, tin susu lama dan dapur minyak tanah hinggalah ke kerusi zaman British dan basikal merah posmen era Merdeka.
Selain menyimpan barangan yang menjadi kegilaan pengumpul barangan antik, di muzium ini anda juga boleh melihat beberapa gambar lama yang menunjukkan sejarah Cameron Highlands yang sukar ditemui di tempat lain.