tempat menarik di perlis

Pelbagai tempat menarik di Perlis untuk dilawati. Jika disebut sahaja nama Negeri Perlis, pasti di dalam akal fikiran anda akan terlintas “negeri yang paling kecil”, tapi jangan disangka sekecil-kecilnya negeri ini, tiada tempat menarik untuk dikunjungi ya!

Kebanyakan tarikan pelancongan di negeri ini lebih memandang kepada kawasan-kawasan alam semulajadi serta eko pelancongan yang majoritinya terletak di sekitar Banjaran Nakwan.

Di negeri ini juga anda berpeluang untuk melihat ikan lumba-lumba yang ada di perairan antara Perlis dan Pulau Langkawi. Selain itu, di negeri Perlis inilah terletaknya ladang-ladang mangga Harum Manis yang merupakan mangga paling sedap dan wangi!

Di sini, anda juga dapat membeli-belah dengan harga bebas cukai yang terdapat di sempadan Perlis. Memang berbaloi untuk berkunjung ke Perlis ini ini.

Kali ini, kita akan menerokai tempat-tempat menarik yang ada di negeri Perlis!

10. Muzium Kota Kayang

Muzium Kita Kayang iuni terletak kira-kira 7km dari Kangar dan ianya menempatkan pelbagai artifak dan barangan bersejarah tentang negeri Perlis Indera Kayangan.

Di dalam muzium ini terdapat 5 bahagian galeri uatam yang memaparkan berbagai koleksi bahan pameran semenjak zaman pra-sejarah, pakaian di raja pada zaman dahulu, pakaian golongan bangsawan zaman dahulu, peralatan senjata peperangan dan banyak lagi.

Yang uniknya lagi, muzium ini merupakan muzium yang ada di Malaysia yang mempunyai landskap yang paling cantik yang pernah anda lihat. Muzium ini juga pernah dinobatkan sebagai Anugerah Landskap Tercantik peringkat kebangsaan pada tahun 2006.

9. Taman Ular dan Reptilia

Zoo Mini yang menenmpatkan banyak hidupan reptilia ular dan beberapa binatang lain ini semestinya akan mengujakan anda! Jika berkungjung ke sini, anda akan disambut dengan beberapa ekor ular sawa iaitu sawa batik dan sawa albino berlingkaran di atas meja sebaik sahaja anda melangkah ke pintu masuk depannya.

Pengunjung bukan sahaja dapat melihat ular-ular yang ada di sini, malah dapat menyentuh dan merasai sendiri kulit ular yanga da di sini. Bagi yang lebih berani, di sini juga anda dapat mengankat ular tersebut dan rasai sendiri betapa kuatan lilitan ular-ular yang ada di sini.

Selain ular hidup, di taman ini juga ada menyediakan pameran tentang spesis-spesis ular yang sudah mati lalu diawet dan diletakkan di dalam bekas berbingkai bagi memudahkan pengunjung yang datang berkunjung unutk mempelajari tantang ular dengan lebih lanjut.

Jika anda bernasib baik, anda juga dapat melihat sendiri persembahan aksi berani di antara pelatih dan juga ular-ularnya. Selain itu, di sini juga ada menempatkan bebrapa haiwan lain seperti burung unta, iguana, buaya, katak bertanduk & pelbagai lagi jenis reptilia lain.

8. Bukit Kateri

Bukit batu kapur uang cukup popular ini membeolehkan anda melakukan aktiviti seperti rock climbing dan juga hiding. Sesampai sahaja di puncak bukit, anda akan melihat keindahan panorama pokok-pokok yang menghijau di sekitar bukit yang sememangnya akan menghilangkan penat lelah anda.

Di sini juga anda dapat melihat panorama matahari terbenam yang cukup indah pada waktu petang. Bukit Kateri ini cukup terkenal di kalangan pendaki luar negara yang berstatus world class climber kerana tahap aktiviti rock climbing di sini cukup mencabar kerana permukaan dindinnya yang berbatuan.

7. Jambatan Tuanku Syed Putra

Jambatan yang berwarna-warni seperti pelangi ini terletak di Pekan Kuala Perli dimana ianya menghubungkan dua bahagian yang terpisah oleh sungai.

Jambatan ini dikatan satu rahsia bagi negeri perlis kerana kebiasannya hanya orang tempatan di sini sahja yang tahu tentang jamabtan ini. Di jambatan ini juga anda dapat melihat pemandangan indah perkampungan nelayan di sekitarnya.

Jika ke sini jangan lupa untuk menangkap gambar yang banyak kerana jambatan berwarna sebegini hanya satu-satunya yang terdapat di malaysia.

Baca Juga: 10 Tempat Menarik di Kuala Terengganu

6. Taman Eko Rimba Bukit Ayer

Destinasi yang terletak hanya 12km dari Bandar kangar ini merupakan salah satu air terjun di Perlis yang selalu menjadi tumpuan orang ramai pada cuti hujung minggu dan pelancong yang berkunjung ke Perlis.

Air terjun disini sesuai untuk kanak-kanak kerana airnya tidaklah terlalu besar dan tinggi. Ianya cukup untuk membuatkan anak-anak berasa gembira. Selalin itu, ada juga chalet, kawasan letak kereta, surau, tapak perkhemahan, pusat penerangan, tandas, taman permainan kanak-kanak, bangku duduk dan kolam mandi manda yang disediakan untuk kemudahan pengunjung.

Baca Juga: 10 Tempat Menarik di Alor Setar

5. Ladang Tebu Chuping

Bagi yang suka akan manisan, Ladang Tebu Chupin lah lokasinya. Ladang tebu ini merupakan ladang tebu terbesar di Malaysia. Di sini anda dapat lihat bagaiaman gula di proses daripada pokok tebu. Keluasan ladang tebu ini mencecah seluas 8000 hektar.

Selain itu, anda juga boleh melawat kilang pemprosesan gula yang dimiliki oleh Robert Kuak iaitu individu terkaya di Malaysia. Jangan lupa untuk mengambil gambar kehijaun tebu ini yaa!

4. Gua Kelam

Negeri Perlis sememangnya terkenal dengan gua. Bilangan gua yang ada di negeri ini bahkan menceah puluhan buah gua. Antara gua yang mudah untuk dikunjungi ialah Gua Kelam.

Gua ini merupakan salah satu gua batu kapur dan juga merupakan sebhagian daripada pembentukan Bajaran Nakawan. Untuk sampai ke lokasinya, anda hanya perlu memakan masa selama 30 minit pemanduan dari Bandar Kangar.

Yang menariknya, gua ini pernah menajdi tempat perlombongan biji timah.

3. Taman Rekreasi Tasik Melati

Lokasi yang harus dilawati untuk mereka yang gemar akan aktiviti memerhati burung kerana di sini terdapat pelbagai jenis burung yang cantik berterbangan bebas di udara.

Tasik Melati ini merupakan satu tasik ekcil yang memilik lebih daripada 150 buah pulau beting pasir. Jika dilihat dari gambar, terdapat jambatan yang telag disediakan untuk merentasi tasik ini sekaligus memberi peluang kepada pengunjung menikmati pemandangan idnah tasik yang berlatar belakangkan kehijauan gunung.

Selain itu, terdapat uga laluan refleksologi di mana anda dapat melancarkan perjalanan darah sambil menghirup udara segar sekitar kawasan tasik.

3. Tasik Timah Tasoh

Dari gambar sahaja bdapat dilihat betapa indah panorama matahari terbenamnya serta pemandangan di sekitar tasik. Tasik Timah Tasoh ini ialah sebuah tasik yang pernah dijadikan lokasi penggambaran muzik video dan drama disebabkan oleh keindahannya yang tidak terkata.

Di sekitar tasik ini terdapat dusun buah-buahan yang cukup subur contohnya seperti durian, rambutan, mangga dan durian Belanda. Selain itu, di tasik ini juga terdapat satu penginapan yang bernama Tasoh Lake Resort and retreat.

Dapatlah anda melarikan diri sebentar dari hiruk pikuk suasana bandar jika ke sini.

2. Festival Mangga Harumanis Perlis

Perlis sememangnya terkenal dengan mangga harumanisnya. Bagi yang bercadang untuk bercuti ke Perlis diantara bulan Mac – Julai, jangan lupa untuk dapatkan buah mangga ini dan bawa balik ke tempat anda sebagai buah tangan.

Antara ladang-ladang mangga harum manis yang ada di sini yang sering menjadi kunjungan pelancong adalah Y.A Harumanis, NCA Mangga Harum Manis, KHM Harum Manis, Ladang Harum Manis Paksu & juga di Ladang Harum Manis, Sungai Batu Pahat.

Yang menariknya lagi, terdapat beberapa destinasi di Perlis yang menjual menjual makanan & minuman berasaskan mangga harum manis seperti jus harum manis, pulut mangga harum manis & puding sagu harum manis.

1. Ladang Bunga Matahari Perlis

Ladang yang mempunyai keluasan seluas 1.21 hektar ini telah mencetuskan fenomena luar biasa selepas mencatatkan lebih 15000 pengunjung pengunjung daripada dalam dan luar negara. Lokasinya terletak di Taman Ular dan Reptilia.

Bagi pencinta bunga matahari, anda tidak perlu lagi menabung ke luar negara untuk melihat keindahan bunga matahari. Suasana di ladang ini cukup indah dengan berlatarkan panorama Banjaran Nakwan. Jangan lupa untuk sediakan storage kamera anda untuk merakam kenangan dikelilingi pokok bunga matahari.