Pelbagai tempat menarik di Semporna untuk dikunjungi. Semporna merupakan salah satu daerah di Sabah yang terletak kira-kira 1 jam pemanduan dari Lapangan Terbang Tawau. Daerah ini cukup sinonim dengan gugusan pulau-pulaunya yang indah ini sememangnya cukup sempurna seperti namanya.
Keindahan pulau dengan kejernihan air lautnya yang ada di pulau sekitar Semporna ini telah menarik banyak pelancong samada dari dalam mahupun luar negara.
Tempat-tempat yang ada di sini sangat sesuai bagi anda yang bercadang untuk berlari seketika dari hiruk-pikuk kota. Di sini, kami akan membawa anda melihat antara 10 tempat menarik yang ada di Semporna.
10 Tempat Menarik di Semporna
10. Bukit Tengkorak Archaeological Heritage Site
Tempat Menarik di Semporna – Bukan sahaja kaya dengan keindahan pulaunya, tetapu Semporna juga mempunyai tempat bersejarah yang boleh anda lawati.
Bukit Tengkorak Archaeological Heritage Site ini terletak di Bukit Tengkorak berhampiran dengan Jalan Tampi-Tampi dan mengambil masa 10km pemanduan dari pekan Semporna.
Bukit yang terletak kira-kira 600 kaki dari aras laut ini dinamakan sebagai Bukit Tengkorak kerana terdapat beberapa jenis tengkorak telah di jumpai oleh ahli arkeologi di bukit ini.
Selain itu, menurut hasil kajian yang telah di jalankan di sini, didapati bahawa Bukit Tengkorak merupakan salah satu tapak pembuatan tembikar tanah yang terbesar di Asia Tenggara pada zaman Neolitik.
Jika berkunjung ke sini, anda dapat melihat di bahagian lereng bukit dipenuhi dengan banyak serpihan tembikar dengan pelbagai corak bertarikh 3,000 BP.
Baca Juga: 15 Tempat Menarik di Tawau
9. Muzium Tun Sakaran
Tempat Menarik di Semporna – Selain tempat bersejarah di Bukit Tengkorak, Semporna juga mempunyai sebuah muzium yang menempatkan pelbagai koleksi mantan YDP Negeri Sabah iaitu Tun Sakaran Dandai.
Muzium ini merupakan muzium dua tingkat yang berkonsepkan rumah tradisional masyarakat Bajau di Semporna. Di muzium ini terdapat sudut pameran koleksi Tun Sakaran, khazanah warisan daerah-daerah pantai timur Sabah, serta koleksi mantan Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai.
Baca Juga: 15 Tempat Menarik di Sandakan
8. 2Win Hill Park
Tempat Menarik di Semporna – Lokasi yang terletak di salah sebuah tanah tinggi di Semporna ini memakan masa selama 9.6 Km pemanduan dari pekan Semporna. 2Win Hill Park ini menjanjikan pemandangan sekitar Semporna yang cukup menakjubkan.
Di sini juga ada menyediakan tempat penginapan yang cukup selesa yang berbentuk seperti igloo dilengkapi dengan penghawa dingin yang pastinya akan memberi keselesaan kepada pengunjung.
Selain itu, lokasi ini juga sering dijadikan tempat bergambar bagi para pengantin sekaligus menjadi tempat honeymoon bagi mereka.
7. Mushrooms Inn
Tempat Menarik di Semporna – Sebuah penginapan yang luar biasa dan cukup unik, Mushroom Inn yang pastinya akan membuat anak-anak cukup teruja jika bermalam di sini kerana tempat penginapannya yang berbentuk seperti cendawan!
Di dalam penginapannya lengkap disediakan dengan kemudahan seperti sofa, television, tandas katil dan juga tempat menjemur pakain. Destinasi ini juga sesuai untuk dijadikan tempat honeymoon.
6. Anjung D’Samudera Seafood Restoran
Tempat Menarik di Semporna – Sebuah restoran yang menyediakan pelbagai makan seafood yang cukup segar untuk dinikmati bersama keluarga, Anjung D’Samudera Seafood Restoran. Di sini anda dapat menikmati makanan seafood segar yang jauh lebih murah berbanding di tempat anda.
Jika makan di sini, jangan hairan jika terasa seperti sedang berada di perahu kerana restorannya terletak di atas laut yang menyebabkan anda seperti dibuai-buai.
5. Mydin Lodge
Tempat Menarik di Semporna – Mydin Lodge merupakan sebuah resort dilengkapi penghawa dingin dan pemandnagannya berhadapan dengan laut.
Di sini juga ada restoran yang menyajikan maskan Melayu bagi memudahkan untuk pengunjung muslin mencari makanan halal di tempat menari yang ada di Semporna Sabah.
Makanan laut di sini juga tidak kurang enaknya seperti di Anjung D’Samudera Seafood Restoran. Selain itu, Mydin Lodge juga ada menawarkan pakej mengunjungi pulau-pulau yang ada di sekitarnya.
4. Taman Tanaman Anggur Semporna
Tempat Menarik di Semporna – Keunikan daerah Semporna di tambah lagi dengan lokasi tanaman anggur.
Siapa sangka di daerah bertanah rendah ini terdapat sebuah tempat tanaman anggur kerana kebiasannya, tanaman anggur hanya tumbuh subur di kawasan sejuk iaitu kawasan tanah tinggi sahaja.
Antara aktiviti yang dpat dijalankan jika berkunjung ke sini ialah, bersiar-siar di ladang anggur dan juga mengambil gambar kenang-kenangan. Tidak lupa juga, anda juga dapat mengumpulkan info-info menarik tentang cara penjagaan anggur yang subur di sini.
3. Pakalangan Bay
Tempat Menarik di Semporna – Sebuah tempat rekreasi yang menarik, Pakalangan Bay ini hanya mengambil masas 20km pemanduan dari pekan Semporna.
Destinasi ini sangat sesuai bagi anda yang ingi membawa anak-anak bersiar menghiruo udara segar di sini. Terdapat juga kemudahan yang disediakan untuk keselesaan pengunjung seperti pondok rehat.
Pengunjung juga boleh berkelah di pondok rehat yang telah disediakan sambil menghirup udara segar dan menikmati pemandangan laut di sini.
2. Tampi-tampi Resort
Tempat Menarik di Semporna – Merupakan satu lagi pilihan penginapan atas air yang sangat recommended untuk anda berkeluarga menginap di sini iaitu Tampi-tampi Resort. Resort ini cukup dikenali sebagai pusat peranginan kerana keejrnihan air lautnya.
Di sini, anda boleh mnelakukan aktiviti menyelam di luar resort penginapan anda. Selain itu, anda juga akan turut disajikan dengan sajian makan malam yang cukup menarik.
1. Sipadan Kapalai Dive Resort
Tempat Menarik di Semporna – Sipadan Kapalai Dive Resort ini juga disebut sebagai Paradise On Stilts kerana berdiri megah di atas lautan celebes dan merupakan di antara pulau terbaik dan terindah di dunia!
Air lautnya yang kebiruan dan cukup jernih ini membolehkan anda melihat ke dalam dasar laut yang menganduingi pelbagai hidupan laut yang cukup mengagumkan.
Jika ke sini, anda pasti akan terpegun dengan keindahan suasananya yang sangat jauh dari hiruk pikuk bandar. Destinasi ini juga cukup sesuai bagi mereka yang bercadangan untu honeymoon