Tempat Menarik di Lahad Datu

Pada perkongsian kali ini, kami akan bawakan anda beberapa tempat menarik di Lahad Datu, Sabah.

Tahukah anda, Lahad Datu merupakan bandar ke-4 yang terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu, Sandakan, dan juga Tawau? Bandar ini terletak di bahagian pantai timur Sabah.

Lahad Datu mendapat nama daripada bahasa Bajau-Sinama yang membawa maksud Lahad (Negeri, tempat), Datu (orang berada, panglima, pembesar daerah).

Tanpa membuang masa, mari kita lihat beberapa lokasi yang menarik untuk anda lawati di daerah Lahad Datu, Sabah.

Baca Juga:

10 Tempat Menarik di Jasin (2023) BEST!

10 Tempat Menarik di Sibu ~ Cuti-cuti BEST 2023

10. Lembah Danum

Tempat Menarik di Lahad Datu – Kawasan ini merupakan tempat pemuliharaan flora dan fauna yang terletak kira-kira 83 KM ke barat daya Lahad Datu. Anda boleh nikmati keindahan hutan yang cantik dan tempat habitat bagi Badak Sumatera, Orang Utan, Pelanduk, dan juga Harimau Akar. Terdapat lebih kurang 270 spesis burung telahpun direkodkan di kawasan ini.

Lembah Danum juga merupakan sebuah eco-resort pertama di Sabah yang lebih dikenali sebagai Borneo Rainforest Lodge. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan disini ialah berjalan dalam hutan, berenang di sungai, memerhati burung, lawatan hutan waktu malam dan melawat hutan balak dan kilang balak berhampiran.

09. Menara Kayangan

Tempat Menarik di Lahad Datu – Terletak di atas Gunung Silam yang berada 620 meter dari permukaan laut, Menara Kayangan menyajikan anda pemandangan yang sangat indah dengan panorama pulau-pulau berdekatan dan juga lautan Lahad Datu dari atas bukit.

Tempat ini sangat sesuai bagi mereka yang sukakan aktiviti senaman ringan kerana anda perlu mendaki dalam beberapa minit untuk sampai ke puncak. Disediakan dengan laluan trek yang selesa, memang sesuai untuk semua peringkat umur.

Waktu Operasi: 8AM – 4PM

08. Bukit Klasik

Tempat Menarik di Lahad Datu – Bukit Klasik sememangnya terkenal dikalangan penduduk tempat dengan aktiviti outdoor yang disediakan. Tempat yang jaraknya kira-kira 10 minit daripada bandar Lahad Datu menjadi pilihan belia untuk melakukan aktiviti hiking bersama rakan-rakan mereka.

Untuk makluman, purata masa untuk pendakian bukit ini adalah dalam lingkungan masa 40 minit sahaja. Setibanya anda di puncak Bukit Klasik, pasti penat anda akan hilang apabila menyaksikan keindahan Teluk Darvel dan bandar Lahad Datu ditemani dengan hijaunya tumbuh-tumbuhan yang menghiasi bukit bukau.

07. Silam Coast Conservation Area

Tempat Menarik di Lahad Datu – Terkenal dengan khazanah alam yang tersimpan rapi, sinilah tempat ideal bagi anda untuk ‘release tension’ dan escape daripada kesibukkan kota.

Terdapat 2 cara untuk sampai ke destinasi ini, iaitu dengan menaiki bot menelusuri laluan laut ataupun dengan menaiki kenderaan. Fasiliti disini juga lengkap dengan adanya rumah rehat, tandas, pondok berkhelah dan macam-macam lagi.

Antara aktiviti yang menarik boleh dilakukan disini ialah, berkhemah, mendaki, berkayak, snorkeling, melihat matahari terbit dan terbenam, dan juga lawatan ke Blue Ring Reefs dan Pulau Burung.

06. W Bay Payang

Tempat Menarik di Lahad Datu – W Bay Payang merupakan sebuah pantai rekreasi persendirian yang cukup indah yang ada di Lahad Datu. Dengan pantai yang bersih dan laut yang jernih, memang sesuai untuk bersantai bersama keluarga di hujung minggu.

Antara pakej di sini ialah:

  • Lokasi fotografi
  • Pakej Perkahwinan
  • Pakej Sambutan Hari Jadi
  • Aktiviti Keluarga

Facebook: W Bay Payang

05. Pantai Makuau

Tempat Menarik di Lahad Datu – Jika anda ingin menghabiskan sisa hari anda dengan melihat terbenamnya senja matahari, pantai ini juga tidak kurang seperti W Bay Payang.

Lokasi santai dan tempat bersiar-siar hujung minggu yang menarik!

04. Madai – Baturong Forest Reserve Nature Centre

Tempat Menarik di Lahad Datu – Sabah sememangnya kaya dengan khazanah alam semula jadi. Tidak kira dari Pantai Barat, Pantai Timur, mahupun Bahagian Pedalaman Sabah. Seperti tempat ini yang terletak kira-kira 50KM daripada Lahad Datu.

Disini, anda boleh dapati pelbagai jenis burung yang mungkin anda sendiri belum pernah melihatnya. Bahkan terdapat juga keranda purba yang terdapat didalam beberapa buah gua di tempat ini sekaligus menjadikan tempat ini agak misteri sikit.

Antara aktiviti yang menarik boleh anda lakukan disini ialah canopy walk, jungle trekking, dan juga melawat beberapa gua besar.

Hubungi: 089851863

03. Thai Siam Cuisine

Tempat Menarik di Lahad Datu – Restoran Thai Siam ini merupakan sebuah restoran yang beetemakan masakan daripada Thailand dan pedas manis. Restoran ini menawarkan anda pelbagai jenis masakan ala Thai.

Pisang cheese merupakan salah satu makanan yang agak popular di sini. Tomyam pun tidak kurang sengatnya!

Waktu Operasi: 12PM – 11:30PM

Hubungi: 0146977252

02. Restoran Rumpun Selera

Tempat Menarik di Lahad Datu – Restoran ini merupakan tempat dimana para musafir daripada Tawau – Kota Kinabalu singgah samada untuk makan, solat mahupun rehat seketika sebelum meneruskan destinasi mereka.

Berkonsepkan ala mamak, restoran ini menyajikan anda pelbagai jenis lauk setiap hari termasuklah masakan seafood. Antara menu pilihan para pengjung disini ialah roti canai, mee mamak, dan macam-macam lagi.

Waktu Operasi: 6AM – 12AM

01. Fook Yuen Lahad Datu

Fook Yuen Lahad Datu merupakan salah satu restoran francais yang juga terdapat di beberapa daerah di Negeri Sabah. Restoran ini mempunyai keunikannya sendiri. Dengan berkonsepkan layan diri, restoran ini terkenal dengan keenakan roti buatan sendiri dan juga menghidangkan pelbagai jenis makanan bufet.

Waktu Operasi: 7AM – 6PM