Pada perkongsian kali ini, kami akan berkongsi beberapa tempat menarik di Penang yang wajib anda lawati, yang paling Best untuk tahun 2023. Pulau Pinang atau nama popular di kalangan orang kita, Penang, sentiasa menjadi destinasi paling popular di Malaysia disebabkab oleh makanan yang sedap, suasana pekan lama yang menawan, dan pelbagai aktiviti yang menarik dihidangkan buat pengunjung.
Sama seperti Bandar Hilir Melaka, Bandar Georgetown juga pernah tersenarai sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2008 kerana mempunyai daya tarikan luar biasa umumnya dari 3 aspek utama iaitu makanan kenegeriannya, bangunan lamanya & juga kesenian jalanan yang memukau.
Selain dari nilai tapak warisannya, makanan seperti Laksa Penang, nasi kandar mahu pun pasembur, sudah cukup untuk mengangkat Pulau Pinang terkenal di mata dunia. Tanpa membuang masa, jom tengok destinasi-destinasi yang best di Penang untuk dilawati bersama keluarga & rakan-rakan nanti.
Tempat Menarik di Penang
10. Upside Down Musuem Pulau Pinang
Tempat Menarik di Penang – Anda mencari keunikan lain daripada yang lain? Atau inginkan suatu pengalaman lain daripada kebiasaan kehidupan seharian anda? Jom lawati Rumah Terbalik Penang yang pasti membuatkan anda serta anak-anak anda bergembira. Terdapat pelbagai ruangan yang unik untuk anda bergambar dan bersuka ria disini. Destinasi ini sangat sesuai untuk dilawati untuk masa riang ria bersama keluarga & rakan-rakan anda. Jika anda bergerak secara solo, jangan risau kerana petugas disini akan senang hati untuk membantu menangkap gambar dan moment-moment indah anda disini.
Muzium ini terletak di dalam sebuah rumah kedai 2 tingkat, walaupun kedengar seperti tidak luas, tetapi anda boleh habiskan masa sekitar 30-40 minit untuk menerokai ruangan yang ada pada muzium ini. Lokasi tempat ini juga sangat strategik, terletak di Jalan Kimberly & berdekatan dengan beberapa tempat menarik di Georgetown yang boleh anda jalan kaki sahaja seperti Pasar Chowrasta, Menara Komtar & 3D Glow in the Dark Museum.
9. Countryside Stables Penang
Tempat Menarik di Penang – Kuda sudah menjadi sinonim dengan haiwan peliharaan orang-orang kaya disebabkan kos penjagaannya yang mahal. Akan tetapi, banyak tempat yang telah menawarkan pengalaman untuk dekat bersama haiwan ini. Termasuklah disuatu tempat di Balik Pulau, yang boleh anda lawati bersama anak-anak, iaitu di Countryside Stables Penang. Tempat ini merupakan kandang kuda peribadi milik Wan Aikhsan & Doris Lim yang dibuka untuk khalayak ramai sebagai salah satu tarikan pelancongan di Penang.
Setakat ini, tempat ini menjadi habitat sebanyak 35 ekor kuda pelbagai baka dalam negara mahupun luar negara. Kandang kuda disini juga sangat dijaga rapi dan sangat selesa untuk lawatan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda. Antara aktiviti yang best yang boleh anda sekeluarga lakukan di sini sudah tentu memberi makan kuda, menuntun kuda bersiar siar, naik kereta kuda & juga menunggang kuda. Aktiviti-aktiviti inilah yang menjadikan tempat ini menjadi daya tarikan pelancong. Selain haiwan kuda, binatang-binatang yang seperti burung merak, arnab, kambing, itik dan banyak lagi turut menjadi sebahagian tarikan untuk pengunjung.
8. Rumah P.Ramlee
Tempat Menarik di Penang – Untuk pengetahuan, rumah ini pernah menjadi tempat P.Ramlee membesar. Seorang seniman yang banyak mewarnai kehidupan zaman kanak-kanak era 70- 90-an di kaca tv pada setiap malam hujung minggu. Keunikan rumah ini terletak pada senibinanya yang masih mengekalkan senibina yang asal, dengan beratapkan nipah & berdindingkan kayu.
Anda akan dapati karya-karya P.Ramlee sejurus sahaja memasuki rumah ini dengan ditemani lagu-lagunya yang menggamit memori kecil anda ketika dahulu. Dirumah ini, anda boleh melihat banyak maklumat ringkas tentang kehidupan peribadi & perjalanan karier beliau pada bahagian ruangan pameran. Terdapat juga beberapa koleksi barangan antik & bagi mereka yang kaki fotografi ruangan ini sangat ideal untuk dijadikan subjek klasikal koleksi gambar peribadi anda.
7. Penang 3D Trick Art Mesuem
Tempat Menarik di Penang – Terletak di Padang Kota Lama, tempat ini berdekatan dengan beberapa lokasi menarik disekitarnya iaitu Fort Cornwallis & Mee Sotong Hameed yang terkenal dengan menu mee gorengnya. Muzium 3D ini terletak di dalam sebuah bangunan kedai 2 tingkat. Jangan terkejut kerana tempat ini mempunyai lebih 40 ilustrasi 3D yang menakjubkan dan berbaloi untuk anda sekeluarga atau rakan-rakan bergambar untuk dijadikan kenang-kenangan.
Sama seperti Upside Down Museum, Pulau Pinang, staf di sini sangat peramah dan akan sentiasa membantu pengunjung untuk rakam gambar dari posisi terbaik supaya gambar yang dihasilkan nanti tampak menarik & lukisannya ‘timbul’. Lukisan 3D di sini ada kisahnya yang tersendiri. Pada bahagian aras bawah muzium ini, lukisan-lukisannya banyak mengetengahkan gambar yang berkonsepkan budaya, suasana perkampungan & kesenian setempat. Pada aras atas pula, ianya lebih sesuai untuk anak-anak, kerana lukisan-lukisan 3D di sini lebih berkonsepkan watak animasi kartun, haiwan & sebagainya.
6. Taman Burung Penang
Tempat Menarik di Penang – Tempat ini merupakan taman burung pertama di Malaysia yang dibuka pada tahun 1988 lagi. Bagi pencinta burung, inilah destinasi ideal untuk bawa keluarga dan rakan-rakan berkunjung serta melihat lebih 3000 ekor burung pelbagai spesis di sini. Walaupun kelihatan seperti tiada yang menarik daripada luar, kami pasti anda akan terpesona dengan keunikan yang ada di dalam taman ini. Banyak masa yang anda boleh luangkan di sini kerana kawasannya sangat luas, anggaran dalam 5 ekar & mempunyai lebih 150 sangkar burung yang cantik-cantik.
Suasana dalam taman yang sangat mendamaikan dan menyejukkan dihiasi dengan banyak pokok & tumbuh-tumbuhan menarik menghidupkan lagi taman ini. Rata-rata burung yang ada di taman ini ditempatkan dalam sangkar & ada juga yang diletakkan di dalam kawasan berdinding kaca. Terdapat juga kawasan sangkar yang sangat besar di mana anda boleh masuk ke dalamnya untuk melihat burung-burung tersebut dengan lebih dekat.
5. The Habitat Penang Hill
Tempat Menarik di Penang – Di The Habitat Penang Hill ini, anda boleh mengamati kecantikan flora & fauna disekitar dengan berjalan kaki menerusi canopy walk atau platform jalan kaki berbentuk bulatan yang panjangnya lebih kurang 230 m yang dibina di atas Bukit Bendera. Canopy Walk di sini tidaklah seperti canopy walk di Taman Negara yang berkonsepkan lasak, tetapi berkonsepkan suasana yang santai dengan pelantar jalan kaki yang dibina dengan besi & sesuai untuk golongan keluarga termasuk dengan kanak-kanak menerokai keindahan alam sekeliling. Oleh sebab The Habitats Penang Hill ini terletak di puncak Bukit Bendera, maka anda boleh melihat keindahan Pulau Pinang dari sudut yang paling menarik secara 360 darjah.
Jika anda berada di canopy walk ini, anda akan melihat pemandangan yang indah seperti bukit bukau, Selat Melaka & juga pulau-pulau berdekatan yang pasti membuatkan anda tidak sabar-sabar untuk berselfie.
4. Muzium Pinang Peranakan
Tempat Menarik di Penang – Sama seperti Bandaraya Bersejarah Melaka, Penang juga terkenal dengan budaya Peranakan atau nama lainnya Baba & Nyonya. Untuk mengenali lebih lanjut tentang masyarakat Baba & Nyonya, inilah tempat yang sesuai untuk anda lawati dan kenali salah satu bangsa yang ada di dalam Malaysia.
Untuk pengetahuan, rumah agam ini mempunyai 1000 lebih koleksi barangan klasik & antik seperti perabut lama, barang kemas, hiasan dalam & sebagainya. Dekorasi dalaman rumah ini juga sangat unik yang banyak berunsurkan kesenian orang Cina, Inggeris & Scotland, sudah pasti membuatkan anda berasa bangga kerana Malaysia kaya dengan budaya yang indah dan unik. Yang paling best, lawatan anda akan ditemani dengan guide tour yang akan menceritakan sejarah & kisah di sebalik tarikan yang ada didalam rumah agam ini.
3. The Gravityz Penang
Tempat Menarik di Penang – Adakah anda suka akan aktiviti lasak? atau aktiviti yang memerlukan kekuatan mental yang teguh? Apa kata lakukan aktiviti mencabar ini yang sangat menggayatkan ini. The Gravityz Penang akan menawarkan anda pengalaman yang mendebarkan sekali.
Terletak di puncak Menara Komtar di Georgetown yang berada di aras 65 tingkat menara dengan ketinggian 249 meter dari permukaan tanah & ianya adalah lebih 2 kali ganda ketinggian Menara Taming Sari di Melaka. Tinggi kan? Cuba anda bayangkan, tertaut pada tali yang merentasi 2 kawasan di puncak ini & apabila anda tengok kebawah, ternampak pergerakan kenderaan di jalan raya hanya seperti semut-semut hitam yang kecil. Kami yakin ini sudah cukup membuatkan sesiapa sahaja kecut perut & jantung seperti mahu berhenti sahaja.
The Gravityz Penang juga menawarkan beberapa aktiviti lain yang menarik di puncak Menara Komtar ini seperti Confidence Path, High Bench, A Great Bridge, Z-Wire, G-Rocky & X-Point. Aktiviti yang kami nyatakan ini kesemuanya adalah sangat menggayatkan. Akan tetapi, anda tidak perlu bimbang kerana faktor keselamatan di sini adalah pada tahap yang paling maksimum dan sangat diutamakan dan hasilnya, sudah ramai yang berjaya mencubanya termasuk golongan wanita.
2. Penang Street Art
Tempat Menarik di Penang – Georgetown merupakan salah satu destinasi yang tersenarai di dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO tahun 2008 atas 3 faktor utama iaitu pilihan makanan kenegerian yang menarik, keindahan alam semulajadi seperti di Taman Negara Pulau Pinang & juga seni jalanan yang popular yang terdapat sekitar Bandar Georgetown. Penang Street Art merupakan satu rangkaian lukisan mural yang boleh anda terokai dengan mudah di Bandar Gerogetown.
Jangan terkejut, walaupun lukisan-lukisan mural ini hanyalah terletak di dinding luar bangunan, kadang-kadang anda perlu menunggu giliran kerana ramai pelancong ingin merakam gambar & berswafoto untuk dijadikan kenangan. Jadi, untuk elakkan perlu menunggu lama untuk bergambar, sebaiknya datang waktu pagi sebelum pukul 11 am.
1. Bukit Bendera
Tempat Menarik di Penang – Kalau tidak pergi ke Bukit Bendera, maka tidak lengkaplah percutian anda ke Pulau Pinang. Sekiranya anda pertama kali menjejakkan kaki ke Pulau Pinang, kami sangat syorkan untuk pergi ke Bukit Bendera ini. Bukit Bendera, satu tempat menarik di Penang yang sangat ikonik & sangat popular sejak zaman berzaman. Kawasan tanah tinggi ini merupakan lokasi terbaik untuk anda melakukan aktiviti menarik di Penang yang lebih santai bersama anak-anak mahu pun pasangan.
Pengalaman yang paling best sekali apabila menaiki kereta kabel untuk sampai ke puncak. Memang cukup berbeza dengan menaiki train atau LRT di Kuala Lumpur kerana perjalanan menuju ke puncak Bukit Bendera sangat curam & memberikan perasaan yang lebih mendebarkan. Sebaik sampai di puncak, banyak tempat menarik di Bukit Bendera yang boleh anda jalan kaki atau menaiki buggy untuk melawat tarikan seperti Muzium Burung Hantu, The Habitat, SkyWalk & sebagainya.
Penutup
Terdapat banyak lagi sebenarnya tempat menraik di Penang ni kalau nak cerita. Tapi untuk perkongsian kali ini, kami akan perkenalkan 10 tempat ini yang bagi kami sangat best untuk bawa keluarga dan kawan-kawan bercuti. Soal makanan, rasanya rata-rata kedai makan disini sedap-sedap belaka. Jadi anda tidak perlu risau untuk mencari restoran yang best-best.
Akhir kata, jaga diri dan keluarga semasa bercuti, utamakan keselamatan dan jaga alam sekitar. Selamat Bercuti! Tempat Menarik di Penang.