Tips Melancong ke Sabah & Beberapa Tempat BEST Untuk Dilawati

Tips Melancong ke Sabah, Negeri Dibawah Bayu! Salah satu negeri yang sememangnya menjadi pilihan destinasi buat pelancong tak kira dari dalam mahupun luar negeri. Terkenal dengan keindahan ‘sunset’ yang memukau mata, sehinggalah cantiknya pemandangan gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Malaysia.

Sebenarnya, melancong ke negeri ini tidaklah sesusah yang anda fikirkan tapi juga memerlukan sedikit ilmu dan pengetahuan untuk melancarkan dan memudahkan perjalanan anda kelak disini. Senang kata, meancang perjalanan percutian yang teratur, bukan main terjah ikut suka hati sahaja. Hehehe.

Pada perkongsian kali ini, kami akan share beberapa tips mudah dan ringkas untuk anda yang berhasrat untuk bercuti bersama keluarga mahupun rakan tercinta anda di negeri dibawah bayu ini, Sabah. Sekurang-kurangnya, boleh lah anda bergerak secara independence ataupun berdikari tanpa memerlukan tour guide yang boleh menjimatkan lagi kos percutian anda.

1. Rancang Perjalanan Anda

  • Tetapkan berapa lama anda nak stay bercuti dekat Sabah. Misalnya, 4 hari 3 malam. Contoh, Kundasang 1 malam dan Kota Kinabalu 2 malam. Kebiasaannya, inilah destinasi wajib dan pakej yang selalu ditawarkan di Sabah.
  • Di Kundasang, anda boleh menikmati keindahan gunung Kinabalu yang tersergam indah. Manakala di Kota Kinabalu pula, anda boleh lawati pulau-pulau yang cantik serta menikmati beberapa aktiviti menarik yang ditawarkan disana.
  • Pastikan anda memilih waktu yang sesuai. Jangan pergi ketika musim hujan, boleh rosak moof percutian korang nanti. Dengan teknologi yang canggih sekarang, kami pasti anda memiliki pengetahuan untuk melihat ramalan hujan disemua tempat bukan?
  • Jika anda jejakkan sahaja kaki ke Sabah, seeloknya destinasi pertama anda ialah Kundasang. Stay untuk 1 malam sahaja untuk menikmati indahnya pemandangan disana.
  • Dibawah merupakan homestay yang disajikan dengan pemandangan gunung yang best!

Tips Melancong ke SabahSenarai Homestay BEST di Kundasang

  • Ausvilla
  • Anjung Rehat Jamsari (OYO Home 90195 Anjung Rehat Jamsari)
  • Sulap II Homestay, Kundasang, Sabah.
  • Mesilau Theme House
  • 下一站.民宿 Next Station Homestay
  • Kiram’s Village
  • MyArcadia

2. Tips Melancong ke SabahSebelum ke Sabah

Tiket Flight/ Kapal Terbang

  • Pastikan anda melakukan tempahan tiket penerbangan yang lebih awal untuk dapatkan harga yang lebih murah. Ini adalah antara tempat yang boleh anda refer untuk dapatkan perbandingan harga tiket penerbangan untuk semua flight yang available, https://www.skyscanner.com.my/
  • Melalui website ini, anda boleh menilai kesemua senarai syarikat pernerbangan yang tersedia disertakan dengan harganya sekali. Sangat jimatkan masa sebab anda tak perlu buka website satu-satu. Banyak kerja, dan agak lambat bukan?
  • Kami syorkan ambil waktu penerbangan pada awal pagi untuk memudahkan urusan anda di setibanya di Kota Kinabalu kelak.

Tips Melancong ke SabahSenarai Penginapan Hotel/ Homestay di Kota Kinabalu & Kundasang

Untuk Kundasang, kami telah senaraikan senarai homestay yang mempunyai pemandangan yang menarik dan terletak di bawah kaki gunung Kinabalu diatas.

Untuk bermalam di Kota Kinabalu pula, kami syorkan untuk anda bermalam berhampiran dengan Jesselton Point, yang merupakan jeti dan juga mempunyai makanan seafood yang sedap-sedap. Tempat ini juga dekat dengan kawasan tarikan pelancong seperti Pasar Kraftangan, Pasar Kota Kinabalu, Todak Waterfront, Pasar Malam Sinsuran & beberapa Shopping Mall yang berdekatan.

Anda boleh rujuk Booking.com atau Agoda.com untuk bandingkan harga yang berpatutan mengikut kemampuan anda semua. Selain itu, anda juga boleh tengok review dari pelanggan sebelum-sebelum ini. Berikut adalah senarai Hotel dan Homestay yang ada di Kota Kinabalu.

  • Marina Condominium Holiday Homestay
  • Nana Marina Court
  • 80’s Sabah Homestay
  • Awg Homestay marina court
  • Arasy’s Guest House Marina Court
  • Sumandak Homestay and Car Rental Services
  • Celyn City Hotel
  • D’borneo Hotel
  • Homesuite’ Home at The Shore
  • KaYYu Homestay

Tips Melancong ke SabahSenarai Kereta Sewa di sekitar Kota Kinabalu & Kundasang

Tips yang sangat penting juga adalah pemilihan kereta sewa. Ini sesuai bagi mereka yang datang bersama keluarga atau rakan-rakan. Untuk ke Kundasang, anda boleh menggunakan perkhidmatan kereta sewa yang agak berbaloi.

Pastikan anda menyewa kenderaan yang berkuatan CC1.3 keatas jika anda bergerak lebih dari 3 orang. Ini kerana jalan untuk ke Kundasang agak curam sedikit, lebih-lebih lagi jika ingin ke Desa Dairy Farm, yang jalannya memang agak curam & mencabar sedikit.

Terdapat banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan sewa kereta ini, antaranya ialah:

  • BKI Car Rental
  • Shizuka Car Rental
  • Rent A Car Kota Kinabalu
  • ZAHRA Car Rental Sabah (Kereta Sewa Kota Kinabalu)
  • Revolution Car Rental

Servis penghataran ke airport juga disediakan, dan anda boleh bertanyakan mengenai diskaun jika ingin menyewa lebih daripada 3 hari keatas.

3. Semasa di Sabah

Tips Melancong ke SabahTips ke Kundasang

Setibanya anda di Sabah, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, seeloknya terus ke Kundasang dengan menggunakan kereta sewa yang telah anda tempah.

Anda boleh menggunakan waze ataupun googlemaps untuk Kundasang. Jalannya taklah serumit seperti jalan di Kuala Lumpur.

Perjalanan dari Bandaraya Kota Kinabalu ke Kundasang lebih kurang 98 KM atau lebih kurang 2 Jam pemanduan.

Di sepanjang jalan, terdapat beberapa persinggahan yang menarik yang boleh anda lawati seperti:

  • University Malaysia Sabah
  • 1 Borneo Mall
  • Borneo Tree House
  • Rumah terbalik
  • Pekan Nabalu

Pastikan minyak kenderaasn anda berada dikeadaan yang penuh untukmemudahkan urusan perjalanan anda. Perlu diingati separuh perjalan pertama anda ke Kundasang, anda akan menelusuri jalanan di pinggiran bandaraya Kota Kinabalu, tetapi sebaik sahaja melimpasi Rumah Terbalik, Tamparuli, perjalanan anda akan mencabar sedikit kerana perlu mendaki bukit yang panjang.

Setibanya di Kundasang, beberapa tempat anda boleh lawati seperti:

  • Kundasang War Memorial
  • Mesilau Strawberry Farm
  • Ladang Tenusu Desa Cattle
  • Ladang Tea Sabah, Ranau, Sabah.
  • Poring Hot Spring

Tips di Kota Kinabalu

Balik sahaja dari Kundasang, rehat seketika di tempat penginapan anda. Jika berhampiran dengan Jesselton Point lagi bagus. Akan memudahkan pergerakkan anda nanti.

Jika anda berhasrat untuk pergi ke pulau-pulau yang ada di sekitar Kota Kinabalu, anda boleh pergi ke Jesselton Point dan walk-in sahaj untuk melihat pakej-pakej pulau yang ada disana. Staff-staff dikaunter juga sangat peramah dan sangat membantu anda jika anda tidak mempunyai pengalaman.

Habis merasai keindahan pulau dan aktiviti-aktiviti menarik disana, jangan lupa pergi ke pasar-pasar yang berada disekitar sana, antaranya Pasar Kraftangan, Todak Waterfront, Pasar Besar Kota Kinablu. Terdapat banyak aneka pilihan makanan laut yang boleh anda rasai. Harganya pun sangat berpatutan untuk anda cuba.

Penutup

Setakat itu, sampai disini sahaja perkongsian pada kali ini. Jangan lupa nagi review untuk setiap tempat yang anda lawati. Pastikan anda serta keluarga mahupun rakan-rakan sentiasa menjaga keselamatan diri ketika bercuti-cuti. Akhir kata, nikmati percutian indah anda di Sabah. Terima Kasih 🙂

Anda juga mungkin menyukai: