Lokasi BEST Musim Cuti Sekolah – Sampai je musim cuti sekolah, menjadi persoalan didalam kepala anak-anak, kemana mereka akan dibawa untuk pergi bercuti-cuti. Sudah semestinya para ibu-bapa pun pening nak bawa bercuti kat mana kan?

Tetapi, mustahil untuk zaman sekarang untuk anda buntu mencari tempat bercuti kerana banyak tempat-tempat menarik yang telah didirikan dan dibuka untuk kunjungan orang ramai, lebih-lebih lagi kebanyakkan tempat ini amat mesra pengunjung.

Pada perkongsian kali ini, kami akan berkongsi kepada anda beberapa tempat menarik yang ada di sekitar Lembah Klang yang boleh anda lawati bersama keluarga tercinta.

Anda Mungkin Berminat:

10. SkyBox Menara Kuala Lumpur

Lokasi BEST Musim Cuti Sekolah – Berseronoklah bersama keluarga anda di ketinggian yang tinggi setinggi Menara Kuala Lumpur.

Pemandangan sekitar Kuala Lumpur secara 360 darjah sangat mengasyikkan dengan adanya cermin kaca di Sky Box, Menara Kuala Lumpur. Dibuka pada setiap hari dari jam 9AM hingga 10PM dan harga tiket masuk kesini pun sangat berpatutan.

Senarai Harga Tiket:

  • Warganegara Malaysia
    • Kanak-Kanak: RM37
    • Dewasa: RM71
  • Bukan Warganegara Malaysia
    • Kanak-kanak: RM65
    • Dewasa: RM110

Alamat: Menara Kuala Lumpur No. 2 Jalan Punchak Off, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur.

09. Aquaria KLCC

Lokasi BEST Musim Cuti Sekolah – Aquaria KLCC merupakan antara lokasi hotspot para pelancong yang datang ke Kuala Lumpur. Manakan tidak, tempat ini menyajikan anda pelbagai jenis hidupan laut yang mungkin anda dan anak-anak anda sendiri tak pernah melihatnya secara depan mata.

Yang bestnya, lokasi ini dibuka untuk semua lapisan umur, dari kanak-kanak hinggalah dewasa. Mereka yang mempunyai anak kecil pun boleh masuk kesini. Anda juga berpeluang untuk memberi makan serta menyentuh beberapa haiwan laut yang terdapat disini. Jangan risau, kesemua aktiviti disini dibawah pemantauan rapi oleh staff disitu.

Dibuka pada setiap hari dari jam 10AM hingga 7PM.

Harga Tiket pun mampu milik, iaitu:

  • Kanak-kanak: RM39
  • Dewasa: RM49
  • Warga Emas: RM39

Alamat: Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

08. 99 Wonderland Park

Lokasi BEST Musim Cuti Sekolah – Bagi mereka yang pencinta haiwan, 99 Wonderland Park merupakan lokasi yang ideal untuk anda bersuka-ria bersama keluarga tercinta.

Terdapat perlbagai jenis haiwan yang terdapat disini yang boleh anda lihat secara jarak dekat. Selain itu, anda juga boleh bergambar bersama keluarga tercinta berlatarbelakangkan patungpatung yang unik dan replika bangunan berlampu. Yang buat tempat ni lagi best adalah anda boleh bawa anak-anak anda menaiki bot sambil melihat pertunjukkan pancuran air di bahagian tengah tasik.

99 Wonderland Park dibuka pada setiap hari dari jam 9AM hingga 12AM.

Harga tiket pun taklah berapa mahal,

  • Isnin – Khamis (9AM – 4PM)
    • Kanak-kanak/ Warga Emas/ OKU (Warganegara): RM25
    • Dewasa (Warganegara): RM45
    • Kanak-kanak/ Warga Emas/ OKU: (Bukan Warganegara): RM40
    • Dewasa (Bukan Warganegara): RM70
  • Jumaat – Ahad / Cuti Umum / Cuti Sekolah (5PM – 12AM)
    • Kanak-kanak/ Warga Emas/ OKU (Warganegara): RM30
    • Dewasa (Warganegara): RM5
    • Kanak-kanak/ Warga Emas/ OKU: (Bukan Warganegara): RM50
    • Dewasa (Bukan Warganegara): RM80

Alamat: 99 WONDERLAND PARK Jalan 1/3A, Pusat Bandar Utara,   68100, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.

07. KL Hop-On Hop-Off

Lokasi BEST Musim Cuti Sekolah – Sesuai untuk pelancong yang datang luar daripada Kuala Lumpur, dan tidak mahu menyewa kereta untuk bersiar-siar, KL Hop-On Hop-Off lah jawapannya.

Perjalanan selama 2 jam dengan bersiar-siar disekitar KL sambil melewati 12 tarikan utama yang sangat menarik yang ada di KL sangatlah berbaloi.

Antara lokasi yang akan anda lewati adalah Sungai Wang Plaza, Saloma Link, Menara KL, China Town, Pasar Seni, Little India, KL Sentral, Istana Negara, Dataran Merdeka, River of Life, Istana Budaya dan KLCC.

Harga tiket pun sangat murah, iaitu:

  • Warganegara Malaysia:
    • Dewasa: RM35
    • Kanak-Kanak: RM20
  • Bukan Warganegara Malaysia:
    • Dewasa: RM55
    • Kanak-kanak: RM30

Lokasi berkumpul: Hentian 1, Bukit Bintang bersebelahan pintu masuk utama Sungei Wang Plaza.

06. KL Upside Down

Lokasi BEST Musim Cuti Sekolah – Korang pernah alami situasi dimana semua benda berada dalam keadaan terbalik? Kalau belum, jom singgah di Kuala Lumpur Upside Down.

Dari kabinet dapur, peti sejuk, televisyen, sofa, dan macam-macam lagi barangan akan anda dapati diletakkan dalam keadaan terbalik. Masuk sahaja pun dah cukup buatkan pengunjungnya berasa hairan dan teruju akan pengalaman yang unik ini.

KL Upside Down beroperasi pada setiap hari dari jam 9AM hingga 10PM.

Harga tiket pun sangat mampu milik, iaitu:

  • Kanak-kanak: RM15
  • Dewasa: RM20

Alamat: KL Tower, Jalan P Ramlee, 50250 Kuala Lumpur.

05. Sunway Lagoon

Lokasi BEST Musim Cuti Sekolah – Sudah menjadi kelaziman, asal cuit sekolah sahaja, Sunway lagoon pasti dibanjiri oleh pengunjung yang ingin meluangkan masa bersama keluarga mereka.

Tidak terhad kepada aktiviti air, bahkan aktiviti seperti berkhemah dan juga ‘Night Park’ turut menjadi pilihan para ibu-bapa.

Harga tiket pun agak berpatutan dengan pelbagai aktiviti yang ditawarkan:

  • Kanak-kanak: RM130
  • Dewasa: RM155
  • Warga Emas: RM130

Sunway Lagoon beroperasi pada setiap hari dari jam 10AM hingga 11PM.

Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor.

04. KidZania KL

Lokasi BEST Musim Cuti Sekolah – Cita-cita setiap orang sudah dipupuk dari kecil lagi. Bila ditanya nak jadi apa besar nanti, ada yang jawab nak jadi pilot, ada yang nak jadi bomba, polis, doktor dan sebagainya.

Apa kata bawa anak anda untuk merasai cita-cita mereka di KidZania. Tempat ini menawarkan anak kecil anda pendedahan awal dan simulasi bagaimana pekerjaan idaman anak anda berfungsi dan beroperasi. Makin bersemangatlah anak anda nak kejar cita-cita mereka nanti.

Harga tiket pun agak berpatutan dengan fasiliti yang ditawarkan:

  • Bayi bawah 1 tahun: Percuma
  • Kanak-kanak 2-3 Tahun: RM48
  • Kanak-kanak 4-17 Tahun: RM100
  • Dewasa 18-60 Tahun: RM61
  • Warga Emas 61 tahun dan keatas: Percuma

KidZania beroperasi pada setiap Rabu hingga Ahad dari jam 10AM hingga 6PM.

Apa kata cuti sekolah ini anda bawa anak-anak ke KidZania KL? Boleh beri pendedahan kepada mereka tentang jenis pekerjaan yang wujud.

Alamat: Curve Nx, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

03. SuperPark Malaysia, Avenue K

Lokasi BEST Musim Cuti Sekolah – Mana nak cari tempat yang mempunyai lebih dari 20 jenis aktiviti yang anda boleh lakukan di satu-satu tempat? SuperPark Malaysia ada jawapannya.

Antara aktiviti yang sering menjadi tumpuan disini ialah melompat di trampolin, berlumba kereta, ‘ice skating’, tube slide, Clip n’ Climb dan banyak lagi. Grip socks juga disediakan disini dengan RM6 sepasang untuk tujuan keselamatan melakukan aktiviti disini.

Fasiliti dan infrstruktur disini sangat mesra kanak-kanak, bersifat lembut.

SuperPark Malaysia dibuka pada hari Selasa hingga Khamis (11AM – 8:30PM) dan Jumaat hingga Ahad/ Cuti Umum (10AM – 7:30PM)

  • Lokasi: Unit 4-1, Level 4 Avenue K Shopping Mall, 156, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.

Dibawah merupakan senarai harga tiket:

02. Farm In The City

Lokasi BEST Musim Cuti Sekolah – Satu lagi tempat untuk mereka yang cintakan haiwan, Farm In The City menawarkan anda lebih 100 spesis haiwan eksotik dan sangat mesra manusia.

Uniknya tempat ni, anda boleh menjumpai merak yang mungkin akan berjalan di tepi anda sahaja, ataupun seekor kura-kura yang comel sedang bersiar-siar disekitar anda. Anda juga dibenarkan memberi makanan kepada haiwan yang terdapat disini asalkan mengikut S.O.P yang telah ditetapkan.

Harga tiket untuk masuk kesini adalah seperti berikut:

  • Kanak-kanak: RM32
  • Dewasa: RM39
  • Warga Emas: RM32

Farm In The City beroperasi pada setiap hari dari jam 10AM hingga 6PM.

Alamat: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

01. Putrajaya Cruise Ride

Lokasi BEST Musim Cuti Sekolah – Selain membuat aktiviti yang menggunakan pergerakan fizikal, anda juga boleh membawa anak-anak menikmati pemandangan sekitar Putrajaya dengan menaiki bot.

Kalau anda bawa anak-anak ke sini, mesti mereka teruja sebab bukan selalu mereka dapat ‘bergerak’ di atas air.

  • Lokasi: Presint 1, 62000 Putrajaya.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari (9AM -7:30AM).
  • Harga tiket: