11 Tempat Menarik di Ipoh - Percutian BEST 2023

11 Tempat Menarik di Ipoh. Ipoh yang berstatus bandaraya merupakan ibu negeri bagi negeri Perak. Antara kota yang paling tenang kat Malaysia ditemani dengan budaya, makanan dan pemandangan yang indah. Tak kira anda tengah cari tempat yang tenang atau yang ada tawarkan aktiviti mencabar, semuanya ada di Ipoh. Best kan?

Kepada anda yang sudah ataupun tengah merancang nak datang ke bandar yang cukup terkenal dengan Ipoh White Coffee ni, jom ikuti perkongsian kami dibawah tentang 11 Tempat Menarik di Ipoh yang boleh buatkan percutian korang lagi BEST bagi tahun 2023.

11. Concubine Lane

11 Tempat Menarik di Ipoh – Nikmati suasana tenang dan damai apabila berjalan di sekitar sini. Kedai-kedai butik yang comel-comel belaka, kafe yang damai, kedai-kedai kudapan ringan dan dinding yang dihiasi dengan lukisan yang mendamaikan pasti membuatkan minda dan jiwa anda tenang.

Kebanyakkan pelancong yang datang ke Ipoh pasti akan melawati tempat ini untuk bergambar dengan latar belakang yang cantik. Boleh lah post dekat IG ataupun TikTok. Terdapat juga kedai yang menjual cenderamata untuk dijadikan tanda kenang-kenangan. Selain itu, makanan yang popular dekat sini pun pasti takkan mengecewakan anda seperti tau fu fah, roti bakar keju pelangi dan juga aiskrim yang terdapat di sepanjang jalan ni.

10. Kong Heng Square

11 Tempat Menarik di Ipoh – Terletak berhampiran dengan Concubine Lane, tempat ini menawarkan anda pelbagai anek jenis makanan, butik-butik pakaian dan juga barangan perhiasan. Untuk pengetahuan anda, lokasi ini dahulunya tidak mempunyai sebarang tarikan pelancong pun, tetapi ianya telah dibangunkan semula sebagai tempat untuk orang setempat lepak dengan suasan yang ceria. Sebab tempat ini sangat strategik yang terletak di tengah-tengah bandaraya Ipoh.

Jika anda mencari berangan cenderamata untuk dibawa pulang ke kampung halaman, boleh lah bertandang ke sini.

09. Lost World of Tambun

11 Tempat Menarik di Ipoh – Mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan daripada bandaray Ipoh. Taman Tema Lost World Tambun adalah destinasi wajib yang korang patut pergi. Tempat yang popular dengan pelbagai pilihan permainan yang menyeronokkan. Untuk pengetahuan, taman tema ini merupakan satu-satunya penginapan & theme park yang dikelilingi oleh batu kapur.

Yang menariknya lagi, tempat ini bukan khas untuk golongan kanak-kanak sahaja, malah terdapat banyak aktiviti lasak yang mesra untuk mereka yang dewasa. Untuk mereka yang datang dari luar Perak, sebaiknya cari penginapan di sini supaya tidak penat & lebih mudah untuk anda berulang-alik ke setiap taman permainan di sini dengan anak-anak.

08. Pasar Lok Kin

11 Tempat Menarik di Ipoh – Pasar Lok Kin ataupun Pasar Karat menawarkan anda pelbagai barangan antik yang pasti anda tidak pernah nampak sebelum ni. Pasar hanya dibuka pada setiap hari Ahad sahaj dan ini adalah tumpuan penduduk Ipoh dan memang dinantikan kehadirannya setiap minggu.

Selain dari barangan antik, terdapat juga barangan lain yang diselerakkan di atas jalanraya, dari kelengkapan rumah dan kereta hinggalah ke aksesori telefon dan ubat kuat. Bagi mereka yang mengumpul setem lama, duit lama, barangan tembaga dan pelbagai barangan “collectibles”, kami syorkan datanglah ke Lok Kin.

07. Kellie’s Castle

11 Tempat Menarik di Ipoh – Bangunan ini merupakan rumah agam milik warga Scotland. Terletak di Batu Gajah, rumah agam ini cukup bersejarah dan misteri. Harga tiket untuk masuk kesini pun cukup murah. Jadi berbaloi jika datang bersama-sama dengan rakan-rakan mahupun bersama keluarga.

Sedikit pengenalan pasal rumah agam ni, ianya dibina pada tahun 1909 di kawasan bukit. Rumah agam ini sangat luas dan telah dibina oleh Kellie dengan menggunakan buruh dari India, termasuklah pakar seni yang di bawa khas dari India Selatan. Tidak hairanlah senibinanya jika dilihat dari luar sahaja cukup memukau mata.

06. Nasi Kandar Al-Mathaam Syed Corner

11 Tempat Menarik di Ipoh – Dah penat pusing-pusing sekitar Ipoh, apa kata isi perut anda di Restoran Al-Mathaam Syed Corner. Restoran ini terletak di Station 18 Ipoh. Memang cukup terkenal dikalangan penduduk tempatan. Dengan harga yang berpatutan dan kepelbagaian hidangan, memang BEST lah makan dekat sini. Macam-macam ada.

Antara menu yang popular disini sudah pasti Nasi Kandar dengan pelbagai jenis lauk pauk disertakan dengan kuah kari yang pekat. Terdapat juga hidangan lain seperti nasi lemak, roti canai, mee goreng, nasi goreng dan macam-macam lagi. Claypot Nasi Kandar, Mee Sotong Kuah Kacang Mendidih, Giant Tosai dan Roti Cheese Tarik antara menu baru yang korang patut cuba. Sedap!

05. Mee Udang dan Ketam Sempoiii Diraja

11 Tempat Menarik di Ipoh – Pernah memasuki rancangan tv Jalan-Jalan Cari Makan yang disiarkan di saluran TV3, inilah dia Mee Udang dan Ketam Sempoiii Diraja. Bukan Kuala Sepetang je ada Mee Udang yang popular macam Mee Udang Mak Jah, kat Ipoh pun ada tau.

Antara menu yang BEST disini ialah Mee Udang, Lobster Bakar Telur Masin, Ketam Masak Telur Masin, Mee Ketam Nipah, Mee Udang Laut, Siakap masak 4G, dan banyak lagi. Korang juga boleh pilih jenis masakan makanan laut seperti masak sambal, kompau, ABC chinese style, goreng telur masin, kari melayu/ cina, masak lemak dan juga masak bercili. Jadi jangan lepaskan peluang untuk datang ke restoran ini jika anda berada di Ipoh.

04. Taman Rekreasi Gunung Lang

11 Tempat Menarik di Ipoh – Tempat ini terletak kira-kira 5KM daripada bandaraya Ipoh. Ianya merupakan satu kawasan batu kapur dengan pembentukkan batu kapur yang unik dan indah dan menawarkan pemandangan yang mengagumkan untuk bergambar.

Di taman ini, terdapat satu tasik yang sangat cantik, dan satu menara yang boleh dikunjungi untuk melihat panorama alam semula jadi di sekitar taman ini, dan juga air terjun. Fasiliti disini juga lengkap dengan adanya tandas awam, taman permainan, tapak perkelahan bagi sesiapa yang ingin berkelah, dan juga yang menariknya, terdapat mini zoo yang boleh anda kunjungi.

03. Qing Xin Ling Leisure and Cultural Village

11 Tempat Menarik di Ipoh – Tempat ini agak tersembunyi di Ipoh. Sesuai dengan namanya yang apabila diterjemahkan didalam bahasa Melayu ‘Bukit Tenang’. Keadaan disini sangat aman dan mendamaikan dengan suasana landskap yang hijau.

Taman ini menawarkan pelbagai jenis aktiviti yang BEST yang boleh dilakukan oleh semua peringkat usia. Perkhidmatan sewa basikal dan menaiki beca juga ditawarkan untuk anda mengelilingi taman ini, bergambar di tempat-tempat seni di seluruh kawasan ini, melihat keindahan hiasan antik, berkelah, membuat hajat di pokok Banyan purba dan banyak lagi. Kami mencadangkan anda meluangkan sekurang-kurangnya dua jam di sini.

02. Gua Tempurung

11 Tempat Menarik di Ipoh – Jika anda sukakan aktiviti pengembaraan, cuba lawati Gua Tempurung yang terletak di Gopeng ni. Perjalanan mengambil masa kira-kira 36 minit daripada Bandaraya Ipoh. Gua ini merupakan salah satu gua batu kapur yang paling besar yang ada di Semenanjung Malaysia.

Anda boleh sertai lawatan dengan pelbagai saiz dan tahap kesukaran pengembaraan di dalam dua ini. Gua ini mempunyai kubah besar, laluan sungai sempit, kebuk besar dan pembentukan batu-batu yang hebat yang cuma boleh ditemui di sini.

01. Sam Poh Tong Temple

11 Tempat Menarik di Ipoh – Terletak tak jauh dari kota di hujung selatan Ipoh, Tokong Sam Poh Tong adalah tokong gua indah yang terletak dalam bukit batu kapur semula jadi. Ia dikatakan merupakan salah satu tokong gua paling besar di Malaysia dan ditemui oleh seorang sami Buddha dari China pada tahun 1921.

Terokai pavilion yang dihiasi dengan cantik, landskap indah, kolam ikan yang besar, tempat sembahyang dan anda boleh mendaki tangga untuk melihat pemandangan Ipoh dari puncak!

Penutup

Macam mana? dah dapat idea nak jejakkan kaki dekat mana kat Ipoh ni? Semoga perkongsian kali ni dapat membantu anda merancang perjalanan percutian anda bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Kami nasihatkan sentiasa jaga keselamatan diri dan insan yang bersama anda ketika bercuti. Selamat Bercuti!

Anda Mungkin Suka