Tempat Menarik di Manjung

Tempat Menarik di Manjung | Pulau Pangkor memang popular. Tetapi, untuk ke sana, Jeti Pulau Marina dan Jeti Lumut Terletak di Manjung.

Pengenalan ringkas, Manjung terkenal sebagai pusat pelancongan yang mempunyai tempat bersejarah, pantai , tempat rekreasi, tempat membeli belah dan tempat makan yang menarik.

Perkongsian kali ini, kami akan kongsikan beberapa destinasi di Manjung yang boleh anda lawati. Jom ke Perak, destinasi pelancongan yang sesuai untuk seisi keluarga tahun 2024.

10. Muzium Beruas

Tempat Menarik di Manjung | Muzium ini beroperasi sejak 1995 dan menyimpan pelbagai peninggalan menarik serta khazanah masa lalu yang sedia untuk ditunjukkan untuk orang awam.

Muzium ini juga mempunyai artifak sekitar 500 tahun dahulu yang berasal dari kawasan Beruas. Mungkin muzium ini kecil bagi kita, namun saiz bukan penghalang untuk muzium ini menempatkan kira-kira 300 artifak bersejarah.

Alamat: Jalan Besar, 32700 Beruas, Perak

09. Kota Belanda

Tempat Menarik di Manjung | Kubu yang terdapat di Pulau Pangkor juga dikenali ramai sebagai Kubu Belanda (Fort Dutch). Anda boleh temui runtuhan kubu lama di sana yang kini dijadikan sebagai tapak monumen sejarah.

Proses baikpulih telah dilakukan pada tahun 1973 oleh pihak muzium tempatan, dan beberapa fasiliti telah dibina untuk memudahkan pengunjung yang hadir ke tempat ini.

Tempat best di Perak ini mempunyai banyak spot yang cantik. Jadi anda bolehlah bergambar sepuasnya!

Alamat: Kota Belanda, 32300 Pulau Pangkor, Perak

08. Daddy Cafe

Tempat Menarik di Manjung | Jika anda tengah mencari tempat makan sambil menikmati keindahan pantai, datanglah ke Daddy Cafe yang terletak di Pulau Pangkor.

Kafe dengan tema lepak santai di tepi pantai ini bukan sahaja menyajikan makanan tempatan, western food pun ada bagi mereka yang inginkan kelainan.

Untuk pengalaman yang maksimum, kami syorkan kepada anda untuk datang ke sini pada waktu senja, anda dapat menyaksikan matahari terbenam di layar langit yang indah disamping menjamu selera makanan yang sungguh lazat.  Pemandangan di tempat menarik di Manjung ini sungguh mengasyikkan.

Alamat: Daddy’s Cafe, 27, Teluk Nipah, 32300 Pulau Pangkor, Perak

07. Teluk Rubiah

Tempat Menarik di Manjung | Selain dari Teluk Senangin, ini adalah lokasi terbaik untuk memancing di Manjung! Teluk Rubiah juga terkenal dengan pantainya yang cantik.

Nak mandi di sini pun boleh. Datanglah bersama keluarga dan rakan anda!

Pusat peranginan di Perak ini adalah dalam bentuk rumah tradisional. Jadi apa kata anda bercuti di Manjung?

Alamat: Jln Teluk Batik, Telok Batek, 32200 Lumut, Perak

06. Frenzy Waterpark Lumut

Tempat Menarik di Manjung | Walaupun di Ipoh mempunyai Lost World Of Tambun yang cukup popular, namun taman tema air di Lumut ini tidak kurang bestnya.

Apa yang unik tentang tempat ini adalah kerana ia didirikan berkonsepkan rancangan realiti Wipeout di saluran televisyen AXN.

Blow up gergasi dan halangan dibina di atas air membuatkan anda boleh melompat dan bermain. Pasti mengujakan dan menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan buat anda.  Harga tiket buat pengunjung dewasa sekitar RM 20 manakala kanak-kanak pula RM 15.  Mereka beroperasi setiap hari kecuali selasa bermula seawal jam 8.30 pagi hingga 7 malam.

Alamat: KM 1, Teluk Muroh, 32200 Lumut, Perak

05. Teluk Batik

Tempat Menarik di Manjung | Terkenal dengan keindahan pantainya, Teluk Batik terletak kira-kira 7 km dari pelabuhan jeti Lumut.  Mempunyai pantai panjang kira-kira 2 km ini menjadi pilihan pelancong kerana lokasi menarik ini berlatar belakangkan hutan hujan tropika serta bukit yang nian menghijau.

Aktiviti wajib di sini sudah semestinya adalah berenang, banana boat, snorkeling, berkayak dan macam-macam lagi permainan pantai.

Teluk Batik juga menyediakan beberapa tempat penginapan seperti Calet Kenangan Pak Mat, Teluk Batik Resort, Virgo Batik Resort buat anda. Lebih menariknya di sini adalah restoran makanan lautnya yang menyajikan juadah segar yang menyelerakan. Makanan seafood yang segar dari laut menjadi keunikan dan keseronokan menikmati makanan di sini.

Alamat: Pantai Teluk Batik, 32200 Lumut, Perak

04. Bazar Lumut

Tempat Menarik di Manjung | Jika anda ingin mencari kraftangan ataupun ole-ole untuk dibawa pulang, apa kata singgah di Bazaar Lumut, yang berhampiran dengan Lumut Waterfront.

Di Bazaar Lumut, pelbagai barangan dijual pada harga yang sangat berpatutan dari pakaian hinggalah ke ikan bilis mata birunya.

Rata-rata kraftangan yang dihasilkan oleh penduduk tempatan disini sangat cute dan sesuai untuk anda bawa pulang sebagai kenangan buat rakan-rakan terdekat dan ahli keluarga.

Alamat: Jalan Iskandar Shah, 32200 Lumut, Perak

03. Warisan Rojak Manjung

Tempat Menarik di Manjung | Antara menu favorite rakyat Malaysia. Di Manjung terdapat sebuah gerai yang menyajikan hidangan rojak yang sangat popular dengan penduduk tempatan.

Dulu dikenali sebagai Rojak Manjung, Warisan Rojak Manjung ini menyajikan menu yang lazat termasuklah hidangan nasi lemak, mi goreng, kuey teow goreng, mi rebus, nasi campur, dan tentu sahaja hidangan utamanya iaitu rojak.

Mereka menawarkan rojak daripada hidangan untuk saiz 1 orang hinggalah hidangan bersaiz 4 orang. Kalau anda ingin bersarapan pagi atau makan tengahari, datanglah ke Warisan Rojak Manjung.

Alamat: Jalan Astaka, Kampung Serdang, 32000 Sitiawan, Perak

02. Air Terjun Ulu Licin

Tempat Menarik di Manjung | Terletak kira-kira 5 km dari pekan Beruas. Air Terjun Ulu Licin menawarkan anda suasana alam semulajadi yang tenang, damai dan menyegarkan.

Selain mandi manda serta berkelah, pengunjung anda juga boleh melakukan aktiviti jungle trekking, berkemah dan bbq. Memang sesuai untuk mereka yang ingin lari dari kesibukan kota dan rehatkan minda buat seketika.

Alamat: air terjun ulu linchin,, 32700 Beruas, Perak

01. Marina Island

Tempat Menarik di Manjung | Merupakan salah satu pulau tercantik di Malaysia dan antara pulau buatan manusia yang terdapat di Malaysia. Dengan keluasan kira-kira 316.9 ekar dan bertentangan dengan Pulau Pangkor, menjadikan pulau ini antara destinasi popular untuk dikunjungi selepas Pulau Pangkor.

Terdapat juga penginapan yang sesuai dengan pilihan dan citarasa anda seperti Marina Island Pangkor Resort & Hotel. Fasiliti disini juga sangat ‘high class’, tak rugi untuk anda kunjungi.

Kemudahan lain seperti dewan konvensyen, kolam memancing dan juga taman tema air ada disini.

Alamat: Marina Island Pangkor, 32200 Lumut, Perak

Anda Mungkin Berminat: