10 Tempat Menarik di Jasin (2023) BEST!

Tempat Menarik di Jasin – Jasin adalah salah satu daerah yang terdapat di Negeri Melaka. Pada awal pentadbirannya, daerah ini ditadbir urus oleh Majlis Daerah Luar Bandar Jasin (1959) lalu kemudiannya dinaiktaraf sebagai Majlis Daerah Jasin (1978). Lalu pada tahun 2007, ia telahpun diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Jasin.

Seperti kebanyakkan tempat yang ada di sekitarnya, Jasin juga tidak terlepas dengan beberapa hotspot atau kawasan yang menarik yang menawarkan pelbagai aktiviti sesuai untuk anda sekeluarga mahupun rakan-rakan. Dari air panas yang menenangkan sampailah ke hutan yang penuh dengan pengembaraan, Jasin memang pilihan yang ideal untuk melepaskan stress dengan bercuti secara santai mahupun cabaran.

Tanpa membuang masa, jom kita terokai beberapa tempat menarik di Jasin. Lets GO!

Baca Juga: 10 Tempat Menarik di Sibu ~ Cuti-cuti BEST 2023

10. Jasin Hotspring / Air Panas Jasin Inflatable Waterpark

Tempat Menarik di Jasin – Antara hotspot percutian sekeluarga di Jasin, Jasin Hotspring menawarkan pengalaman yang mengujakan kepada kanak-kanak mahupun yang sudah dewasa. Tempat ini cukup terkenal dengan air panas semulajadinya.

Dengan aktiviti dan fasiliti yang lengkap yang disediakan disini, tidak hairanlah para ibu bapa menjadikan tempat ini tempat untuk bercuti secara santai bersama anak-anak mereka. Luncur air serta pelampung pun turut disediakan disini. Jadi korang tak perlu bersusah payah membawa pelampung dari rumah.

Alamat: Kampung, Mukim, 77200 Bemban, Malacca

09. Air Terjun Asahan

Tempat Menarik di Jasin – Air Terjun Asahan atau nama lainnya Air Terjun Gunung Ledang ini merupakan kawasan rekreasi yang agak popular dikalangan penduduk tempatan. Dengan adanya kawasan riadah yang dilengkapi dengan fasiliti yang lengkap dan dijaga, membuatkan orang ramai happy nak bersantai-santai kat sini.

Antara tarikan utama tempat ini adalah sungai dan air terjunnya yang jernih dan segar. Aktiviti seperti perkhemahan, meredah hutan, bermandi-manda, ‘bir-watching’, kem motivasi turut boleh dilakukan disini. Bagi penggemar flora dan fauna, rasanya inilah tempat yang ideal untuk anda bersantai-santai pada musim cuti sekolah.

08. Laman Tiga Budaya Asahan

SAMSUNG CAMERA PICTURES

Tempat Menarik di Jasin – Bagi mereka yang cintakan budaya yang unik di Malaysia ni, mungkin inilah destinasi ideal buat anda semua. Disini terdapat bangunan yang cukup bersejarah yang mewakili 3 budaya utama yang besar di Semenanjung Malaysia iaitu Melayu, Cina dan juga India.

Keunikkan seni bina tradisional, seni kraftangan dan adat isitiadat masing-masing budaya korang boleh dapati disini.

07. Hutan Rekreasi Sungai Udang

Tempat Menarik di Jasin – Jika anda seorang yang suka beriadah sambil menikmati alam semulajadi, lawatilah Hutan Rekreasi Sungai Udang yang terletak di Jasin ni.

Terletak di kawasan hutan asli, udara dan pemandangan disini cukup segar. Aktiviti berjogging dan berjalan santai sudah cukup untuk membuatkan anda melepaskan diri dari kesibukkan kota dan menikmati keindahan alam pada tahap yang maksima.

Alamat: 76300 Sungai Udang, Malacca

06. Jeti Anjung Batu

Tempat Menarik di Jasin – Jeti ini terletak di tepi Sungai Muar. Boleh dikatakan ramai juga pengunjung yang datang hanya untuk menyaksikan pemandangan yang mempersonakan dan menenangkan fikiran.

Suasana sungai dan angin yang bertiup sepoi-sepoi sudah cukup untuk mententeramkan fikiran. Pendek cerita, sinilah ‘port healing’ bagi penduduk setempat. Tempat ini juga sangat popular dikalangan kaki pancing. So jika anda kaki pancing, jangan lupa bawa joran anda.

Alamat: Merlimau, Malacca

05. Anjung Bonda

Tempat Menarik di Jasin – Jika anda payah nak fikir makan kat mana, apa kata singgah di salah satu restoran yang agak terkenal di Jasin, iaitu Anjung Bonda.

Restoran ini menawarkan anda semua hidangan tradisional Melayu yang sangat lazat. Antara menu hidangan istimewanya ialah nasi lemak, rendang, satay dan banyak lagi.

Alamat: Ja 5475 Jalan Omar

04. Makam Tun Teja

Tempat Menarik di Jasin – Tempat ini merupakan antara destinasi pelancongan di Negeri Melaka dan merupakan tapak bersejarah. Buat yang tidak mengetahui siapakah Tun Teja, beliau merupakan seorang tokoh wanita terkenal didalam sejarah Malaysia.

Terdapat papan informasi ringkas mengenai sejarah Tun Teja dan sumbangannya terhadap negara. Makamnya menjadi tempat kunjungan yang agak popular didalam kalangan penduduk tempatan mahupun pelancong asing.

Alamat: Jalan Merlimau, 77300 Merlimau

03. Medan Ikan Bakar Serkam

Tempat Menarik di Jasin – Terletak kira-kira 30KM daripada Bandar Jasin, restoran ini menawarkan anda makanan hidangan ikan bakar selera ala-ala orang Melaka.

Kelazatan ikan bakar disini memang unik sekali, ditambah dengan pemandangan laut yang cantik dan alunan ombak yang mengasyikkan, memang sesuai untuk menikmati hidangan masakan laut ini. Waktu operasi perniagaan bermula pada 3 petang sehinggalah 2 pagi pada setiap hari.

Alamat: Jln Medan Ikan Bakar, 77300 Merlimau, Malacca

02. Warung Che Ta

Tempat Menarik di Jasin – Menawarkan suasan santai dan mesra, Warung Che Ta sangat terkenal dikalangan penduduk tempatan dengan aneka hidangan Melayu yang original dan lazat.

Antara hidangan popular di warung ini ialah nasi ayam yang disajikan dengan nasi yang sangat harum, laksa, mee rebus, dan rojak. Memang sesuai bagi mereka yang sukakan masakan citarasa orang melayu. Korang wajib singgah kesini jika berada di Jasin.

Alamat: 7932, Jalan Melati, Taman Maju, 77000 Jasin, Melaka

01. De Krayong

Tempat Menarik di Jasin – De Krayong merupakan tempat makan yang best dan mewah yang berada di Jasin. Dengan menawarkan anda hidangan makanan laut yang berkualiti tinggi, tidak rugi untuk anda menghabiskan wang untuk mencuba hidangan yang mereka miliki.

Antara menu yang terkenal di restoran ini ialah udang butter, sotong goreng tepung, dan juga ketam masak kari. Kami pasti korang takkan menyesal apabila makan di restoran ini.

De Krayong juga menawarkan pemandangan yang menakjubkan, menjadikannya tempat yang ideal untuk makan malam romantis atau jamuan keluarga yang istimewa.

Alamat: Kampung Jasin Hilir, 77000 Jasin, Malacca