Tempat Menarik di Tumpat

Tempat Menarik di Tumpat. Suasana yang sibuk sama seperti Kota Bharu, Tumpat juga menawarkan anda banyak tempat menarik yang boleh anda lawati dan rasai. Yang paling terkenal sudah semestinya wau dan wayang kulit.

Disebabkan kedudukan geografi Kelantan yang bersempadan dengan negara Thailand, terdapat 3 patung Buddha yang terkenal di serata dunia dan menjadikan negeri ini sangat unik.

Tumpat juga terkenal dengan perkhidmatan pengangkutan keretapi di Pantai Timur Malaysia.

12. Pantai Sri Tujuh

Pantai Sri Tujuh memang sangat popular dikalalangan penduduk tempatan. Sejarah ringkas, asal nama Pantai Sri Tujuh mendapat namanya kerana ianya terhasil daripada pembentukan tujuh teluk yang bertemu disini.

Dahulunya, pantai ini terhakis teruk, namun kini ianya menjadi satu pantai yang indah yang digemari oleh setiap pelancong. Fasiliti dan kemudahan di kawasan ini juga lengkap dengan adanya taman permainan, tandas awam, kedai makan, masjid dan juga dewan serbaguna.

Untuk penginapan pula, terdapat beberapa chalet yang memang sangat cantik dan tak rugi untuk stay bermalam. Kawasan yang strategik sebab dekat dengan shopping Pengkalan Kubur & Rantau Panjang.

Alamat: Jln Pantai Tujuh, 16200 Tumpat, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap Hari (7AM – 11PM)

11. Resort Terapung di Tumpat

Seperti yang kami nyatakan di atas, Shalet Pantai Sri Tujuh memang sangat ideal untuk anda stay bermalam. Manakan tidak, tempat ini menawarkan anda 40 bilik dan setiap satunya serendah RM100/ malam. Murah bukan?

Bolehlah anda bermalam sambil menikmati pemandangan indah dari tasik dan laut yang berada disekitarnya. Selain berhampiran dengan pantai, tempat ini juga dekat dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan Muzium Wau. Strategik bukan?

Terdapat pelbagai bilik yang ditawarkan yang berkonsepkan chalet, bilik raja, bilik raja mewah, bilik kembar superior keluarga dan suite ratu.

Alamat: 16200 Tumpat, Kelantan

Nombor Telefon: 097211753

10. Istana Bukit Tanah

Merupakan satu-satunyaistana yang berada di jajahan Tumpat, istana ini dikatakan telah dibina semasa pemerintahan Jepun di Malaya. Pada waktu itu, Kelantan dinaungi pemerintahan Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Muhammad ke-4.

Sehingga sekarang, istana ini masih lagi tersergam indah dan dipelihara kerana penuh dengan nilai sejarah. Dan sekarang, tempat ini menjadi daya tarikan pelancong yang hadir ke Tumpat.

Alamat: Istana Bukit Tanah, Bandar, 16200 Tumpat, Kelantan

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (9AM – 6PM)

9. Makam Tok Janggut

Seorang pahlawan yang lantang memerangi ideologi penjajah di Tanah Melayu, Tok Janggut merupakan seorang yang paling lantang menentang camput tangan British dalam pentadbiran di Kelantan pada ketika dahulu.

Jika di Pasir Putih Kelantan, terdapat Tugu Peringatan pahlawan ini, tetapi di Tumpat, disinilah bersemayamnya seorang pahlawan yang banyak menyumbang bakti terhadap Tanah Melayu, khususnya Kelantan.

Tempat ini dibuka untuk kunjungan orang ramai dan pelancong dan yang paling menarik, anda tidak perlu membayar apapapun untuk masuk kesini.

Alamat: 16210 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Dibuka Setiap hari

8. 3 Patung Buddha

Tumpat sinonim dengan keharmonian kepelbagaian bangsa dan agama yang hidup di jajahan Tumpat. Tahukah anda terdapat 3 patung Buddha yang menjadikan tempat ini sangat unik?

Wat Phothivian (Buddha baring) merupakan yang ke-2 terbesar di Dunia selepas Myanmar. Manakala Wat Machimmaram (Buddha duduk) merupakan yang ke-2 terbesar di Asia Tenggara. Dan yang ketiga merupakan Wat Phikul Thong (Buddha berdiri).

Ramai pengunjung tidak kira dari dalam negara mahupun luar negara melawat salah satu tempat menarik yang ada di jajahan Tumpat ini.

Alamat:

Wat Phothivihan: Kampung Jambu, 16200, Tumpat, Kelantan

Wat Machimmaram: kota bharu jubakar darat, 16200 Tumpat, Kelantan

Wat Phikulthong: Kampung Terbok, 16200 Tumpat, Kelantan

7. Kedai Mee Cambol Kak Yam

Terletak di Pengkalan Kubor, sudah tidak asing dan dikenali sebagai syurga makanan ala Thai. Mee Cambo merupakan salah satu tarikan utama makanan yang ada di Tumpat.

Dikatakan hidangan yang paling digemari ramai kerana kelainan mee cambo yang dihidangkan bersama bebola daging. Perkataan cambo berasal daripada perkataan Jumbo yang bermaksud ‘besar’ yang merujuk kepada saiz bebola daging yang dihidangkan bersama mee sup tersebut.

Alamat: Lot 167,jalan baru pengkalan kubur tumoat kelantan, Jln Pengkalan Kubor, 16200 Tumpat, Kelantan

Waktu Operasi: Khamis – Selasa (11AM – 11PM)

Nombor Telefon: 0179046821

6. Kedai Makan Kak Pah dan Abe Loh Ike Bekok

Ike Bekok atau Ikan Bengkak mempunyai aroma yang lazat sehingga membuatkan para pelanggan teruja untuk merasai makanan tersebut yang dihidangkan bersama dengan ulam-ulaman dan menu masakan kampung yang lain.

Kedai ini memang sangat popular sehinggakan seawal 8 pagi sudahpun dipenuhi oleh pengunjung yang ingin merasai kelazatan menu tersebut. Walaupun kedai makan ini agak terpencil, tidak menjadi alasan untuk kedai makan ini menjadi tumpuan pengungjung yang datang.

Alamat: Jalan Pantai Geting, 16200 Tumpat, Kelantan

Waktu Operasi: Rabu – Isnin (8AM – 2:30PM)

Nombor Telefon: 0199545426

08.

5. Kak Long Sup Gear Box Chabang Empat Tok Mekngah

Sup gear box warung Kak Long di Chabang Empat, Tumpat yang terletak berhadapan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bunga Raya, pasti membuatkan anda terindu-rindu keenakan supnya selepas mencubanya.

Terletak di lokasi strategik di tepi jalan utama, warung Kak Long bukan sahaja dikunjungi penduduk tempatan tetapi pelanggan dari jauh. Bau aroma supnya yang dimasak dengan rempah ratus masakan Melayu pasti membuatkan sesiapa sahaja kecur air liur, apatah lagi ketika melihat tulang lembu yang terhidang di dalam mangkuk.

Alamat: Jalan Kota Bharu – Pengkalan Kubor, 16210 Tumpat, Kelantan

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (9:300AM – 5PM)

Nombor Telefon: 0129685425

4. D’Rofa Cafe Maggi Sotong Gergasi

Kafe ini menghidangkan menu baby shell out di dalam dulang untuk menonjolkan kelainan kafe mereka. Dengan harga RM10, peminat makanan laut boleh menjamu sepuasnya ketam nipah, udang dan lala yang dimasak dengan rempah ratus serta dimakan bersama nasi putih.

Kafe ini turut terkenal dengan hidangan maggi sotong gergasi dan maggi ketam serta beberapa menu lain berasaskan makanan laut.

Alamat: Jalan Kota Bharu – Pengkalan Kubor, 16210 Tumpat, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari (12:30PM – 12AM)

Nombor Telefon: 01125720084

3. Farah Cafe Boat Noodle Bangkok

Salah-satu kedai yang wajib anda lawati bagi peminat Bingsu adalah di Farah Cafe Boat Noodle Bangkok.Selain popular dengan bingsu, kedai ini juga menyediakan hidangan Boat Noodle seperti franchise Boat Noodle yang ada di Aeon Mall Kota Bharu.

Malahan boleh dikatakan rasa Boat Noodle ayam and daging and Boat Noodle Namtok ayam and daging mereka lebih kaw dan padu berbanding di restoran franchise tersebut.

Alamat: Kampung Chabang Empat, Jalan Kota Bharu – Pengkalan Kubor, 16210 Tumpat, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari (4:30PM – 12AM)

Nombor Telefon: 0189138038

2. Batik Ayu Fashion

Untuk pengetahuan pembaca, Ayu Fashion sangat terkenal dengan penghasilan batik cop melalui kaedah tradisional blok. Apa yang menjadikan setiap hasilnya sangat unik adalah tiada corak yang berulang kerana mereka menggunakan blok yang berlainan untuk setiap corak.

Jika anda berpeluang untuk masuk ke dalam bengkel mereka, anda pasti akan teruja melihat adanya ribuan blok yang telah digunakan, dipamerkan dan berhubung dalam bengkel Ayu Fashion.

Alamat: Kampung Talak, 16210 Tumpat, Kelantan

Nombor Telefon: 0179227155

1. Galeri Wayang Kulit Tradisional Kelantan

Galeri ini telah dibangunkan oleh seorang Tok Dalang terkenal di Kelantan yang mesra dipanggil Pak Dain. Untuk pengetahuan korang, Pak Dain merupakan satu-satunya Tok Dalang Wayang Kulit Tradisional Kelantan yang diiktiraf dan mendapat akreditasi di negara ini serta mahir menguasai antara 30-40 watak wayang kulit.

Bagi memastikan warisan wayang kulit ini tidak pupus, Pak Dain juga turut menyediakan mini galeri yang mengumpulkan koleksi wayang kulitnya, membuat bengkel untuk belajar wayang kulit serta membuat patung wayang kulit.

Alamat: No. 5, Simpang 3 Morak, 16040 Wakaf Bharu, Kelantan

Nombor Telefon: 0179778929