Tempat Menarik di Segamat

Tempat Menarik di Segamat | Terletak di utara negeri Johor, tempat ini mempunyai destinasi menarik yang patut anda sekeluarga kunjungi.

Menurut sejarah, Segamat tertubuh apabila seorang bendahara pada zaman Kesultanan Melaka menerokai kawasan ini yang dpercayai amat subur dan sesuai untuk dimajukan. Sehingga kini, memang Segamat tetap menjadi sebuah daerah yang subur dalam bidang pertanian.

Rasanya tidak rugi untuk anda jelajahi sendiri keindahan alam semulajadi dengan melawat Air Terjun Bantang, nikmati makanan tradisi tempatan di Pasar Besar Segamat, atau timba ilmu dan sejarah di Muzium Segamat.

10. Cendol Segar Amat

Tempat Menarik di Segamat | Siapa sahaja yang tak suka pada cendol? Tambah lagi ketika menikmati hidangan tersebut ketika cuaca panas. Fuhh, legaa tekak rasanya.

Di Bandar Segamat, terdapat beberapa kedai makan popular yang sering dikunjungi orang ramai, antaranya Cendol Segar Amat yang terletak berhampiran dengan Masjid India. Mereka turut menyajikan hidangan rojak yang cukup popular dukalangan penduduk tempatan. Kotang patut try.

Alamat: 1954, Jalan Mentol, Kampung Gubah, 85000 Segamat, Johor

09. Restoran Al Rizki 786

Tempat Menarik di Segamat | Anda seorang yang gemar akan masakan briyani? Cuba try singgah ke kedai makan Restoran Al Rizki 786.

Dari hidangan Briyani Kambing hinggalah murtabak special dengan daging yang empuk cukup untuk membuatkan anda terpukau akan rasa yang unik.

Hidangan lain seperti Mee Rojak dan makanan campur turut terdapat di sini.

Alamat: Jalan Buloh Kasap, Taman Yayasan, 85000 Segamat, Johor

08. Dataran Segamat

Tempat Menarik di Segamat | Dibina pada tahun 1996. Pada awalnya, tempat ini dikenali sebagai Padang Besar Segamat dan ditukar nama kepada Dataran Segamat.

Dataran ini merupakan lokasi yang amat penting kerana pernah menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri pada tahun 2005.

Bukan sahaja meriah pada sambutan majlis keramaian malah pada hari biasa ia turut meriah bermula waktu petang ke malam bagi aktiviti santai.

Berhampiran dengan mercu tanda Segamat ini turut terdapat tarikan lain seperti Menara Jam, Menara Bendera dan Replika Durian yang menjadi lokasi wajib setiap pengunjung untuk merakamkan kenangan mereka apabila berkunjung ke daerah Segamat.

Alamat: Jalan Omar, Kampung Gubah, 85000 Segamat, Johor

Pilihan Pembaca:

07. Pusat Rekreasi Pusat Air Panas Labis

This image has an empty alt attribute; its file name is Pusat-Rekreasi-Pusat-Air-Panas-Labis.jpg

Tempat Menarik di Segamat | Salah satu lokasi hotspot dikalangan penduduk setempat, menawarkan anda pengalaman kolam air panas yang pasti menghiburkan anda sekeluarga.

Dengan kepelbagaian pilihan kedalaman kolam, memang sangat mesra keluarga dan sangat sesuai untuk anda seisi keluarga meluangkan masa yang berkualiti disini.

Fasiliti yang disediakan turut cemerlang dengan adanya surau, tandas, serta taman permainan untuk kanak-kanak.

Alamat: Air Panas, 85300 Labis, Johor

06. Bazaar Karat

Tempat Menarik di Segamat | Pasar Bazaar Karat merupakan pasar malam yang lain daripada lain di mana peniaga menjual pelbagai barang mulai dari pakaian hingga makanan.

Pada mulanya, pasar ini hanya beroperasi selama 2 hari, tetapi atas faktor permintaan masing-masing daripada peniaga dan pengunjung, pasara ini kini dibuka selama 3 hari berturut-turut dalam seminggu dan menjadi tarikan utama di Dataran Segamat yang wajib anda kunjungi.

Cakap sahaja nak cari apa semua ada di sini. Bermula dari barang biasa yang kita selalu nampak hingga barang rare. Bagi peminat bola, terdapat juga siaran bola sepak secara live.

Alamat: Jalan Omar, Kampung Gubah, 85000, Segamat, Johor

05. Air Terjun Jeram Tinggi

Tempat Menarik di Segamat | Jika anda inginkan suasana yang tenang dikelilingi dengan hutan hijau yang menyegarkan, apa kata luangkan masa melawat Air Terjun Jeram Tinggi.

Korang pasti akan terpesona dengan keindahan air terjun yang menjulang tinggi. Suasana alam semulajadi yang dikelilingi oleh hutan hijau akan membuatkan korang rasa tenang dan nyaman.

Bolehlah korang bawa keluarga anda untuk bermandi-manda serta bekelah di kawasan ini. Tapi jangan pula leka tentang keselamatan anak-anak jagaan anda ye.

Alamat: CM62+9R Gunung Ledang Recreational Forest, Tangkak, Johor

04. Air Terjun Sungai Bantang

Tempat Menarik di Segamat | Kawasan di sekitar Air Terjun Sungai Bantang memang sangat cantik dan me’relax’kan minda.

Selain itu, pihak berkuasa tempatan telah memetakan kawasan ini sebagai hutan lipur dan dijaga dengan baik dengan tersedianya fasiliti seperti tempat riadah, tempat letak kenderaan, tandas awam, tempat persalinan pakaian dan maca-macam lagi untuk kepuasan pengunjung yang ingin menikmati alam semulajadi.

Bagi mereka yang suka akan aktiviti berkhemah, terdapat tapak perkhemahan sekitar hutan lipur ini dan kami nasihatkan agar hubungi pihak pengurusan terlebih dalulu sebelum melakukan aktiviti perkhemahan.

Alamat: Hutan Lipur Sungai Bantang, Jalan Sungai Bantang, 85400, Johor

03. Makan Bendahara Tepok

Tempat Menarik di Segamat | Bendahara tepok merupakan bendahara terakhir pada zaman kesultanan melayu Melaka.

Ketika Melaka berdepan dengan Portugis, mereka yang hampir tewas berundur ke Johor dan bendahara inilah yang telah menamai daerah Segamat.

Nama itu kekal sehingga kini. Beliau juga yang bertangungjawab membuka penempatan di sini dan akhirnya menetap di sini. Makam ini dijaga rapi dan boleh dikunjungi.

Alamat: Jalan Sultan, 85000 Segamat, Johor

02. Jambatan Putus Buloh Kasap

Tempat Menarik di Segamat | Jambatan Putus Buloh Kasap merupakan salah satu tarikan pelancong yang terdapat di Segamat. Kisah sejarahnya yang menarik sudah cukup membuatkan tempat ini tak putus kunjungan para pelancong yang datang.

Alamat: Jalan Buloh Kasap, Kampung Kuning Patah, 85000 Buloh Kasap, Johor

01. Taman Rekreasi Sungai Kapeh

Tempat Menarik di Segamat | Taman rekreasi ini awalnya adalah belukar, tetapi kerajaan setempat telah mengambil inisiatif untuk menjadikannya sebagai tempat rekreasi.

Tempat riadah ini dilengkapi dengan alat senaman dan tasik yang dihubungkan melalui jambatan.

Bagi kaki pancing, anda boleh memancing pelbagai jenis ikan air tawar di dalam tasik ini.

Nikmatilah waktu santai sambil mengeratkan hubungan dengan ahli keluarga. Jangan lupa untuk mencuba makanan yang dijual di tempat ini.

Alamat: 1, Jalan Utama 2/3, Kampung Abdullah, 85000 Segamat, Johor