Jika berniat nak ‘short gateway’ bersama keluarga atau rakan, amat wajar untuk meneroka pelbagai tempat menarik di Kuala Kangsar dan jadikannya sebagai destinasi pilihan.
Terletak di negeri Perak, ia merupakan suatu peluang yang baik untuk road trip dengan keluarga dan kawan-kawan anda kerana Kuala Kangsar terletak tidak terlalu jauh dari pusat bandar. Oleh itu, Kuala Kangsar amat sesuai untuk dijadikan destinasi pilihan percutian anda menjelang cuti sekolah yang akan datang.
Di sini, kami senaraikan 10 tempat menarik di Kuala Kangsar yang anda perlu melawat semasa disana nanti.
15 Tempat Menarik di Kuala Kangsar
15. Istana Kenangan Bukit Chandan
Tempat Menarik di Kuala Kangsar – Istana Kenangan merupakan kediaman sementara oleh Sultan Iskandar Shah. Menurut sejarah, istana ini dibina tanpa menggunakan sebarang paku akan tetapi menggunakan kayu dan pisang sesikat. Unik kan? Istana Kenangan juga dikenali sebagai Istana Kuning kerana warna kekuningan tersergam indah pada dinding dinding istana ini.
Selain itu, istana ini juga dicat dengan warna hitam dan putih untuk melambangkan tema negeri Perak. Kini, Istana Kenangan lebih dikenali sebagai Muzium Diraja Kuala Kangsar. Istana ini telah dijadikan sebagai Tapak Warisan Sejarah.
Lokasi: Istana Lama Bukit Chandan, Perak, 33000 Kuala Kangsar
14. Victori Bridge
Tempat Menarik di Kuala Kangsar – Dibina sejak tahun 1897, dan dirasmikan oleh Sultan Murshidul Azam Shah. Jambatan ini merupakan pelengkap laluan kereta api dari Enggor ke Kuala Kangsar. Pada tahun 1910, laluan keretapi ini berfungsi sepenuhnya menghubungkan Perai ke Johor Bahru.
Namun, kini Victoria Bridge tidak lagi digunakan sebagai laluan keratpi malah menjadi ‘hidden spot’ yang sangat popular dikalangan para pelancong. Suasana yang sungguh ‘aesthetic’ membuatkan ramai yang suka bergambar dengan latar belakangnya. Turut tidak terlepas buat para pengantin yang menjadikan Victoria Bridge sebagai lokasi fotografi pre dan post wedding mereka.
Lokasi: Kampung Kapor, 31050 Enggor, Perak
13. Istana Iskandariah Bukit Chandan
Tempat Menarik di Kuala Kangsar – Istana Iskandariah merupakan tempat bersemayam rasmi Sultan Perak. Istana ini terletak berhampiran Sungai Perak dan dikelilingi bangunan yang indah.
Seni bina istana ini agak istimewa kerana mempunyai adunan konsep Islam-India ‘Saracenic’ dan Asia Barat. Selain itu, istana ini dibina menghadap arah matahari terbit dan pemandangannya menjangkaui Sungai Perak yang meluas.
Menurut info, Istana Iskandariah memiliki beberapa bilik khas yang memberikan fungsi berlainan seperti Bilik Jamuan Negeri, Bilik Makan dan Bilik Mengadap. Istana Iskandariah juga mempunyai Dewan Muzik dan Dewan Negara.
Di tingkat pertama istana ini, terletaknya bilik-bilik seperti ruang rehat bahkan bilik permainan. Di tingkat kedua, terletaknya tempat-tempat istimewa istana seperti Balai Nobat, Balairung dan Singgahsana yang memainkan peranannya pada hari hari penting seperti hari pertabalan dan lain-lain.
Pada tingkat ini juga terletaknya bilik persalinan dan bilik istirehat Sultan Perak. Semoga dengan keindahan istana ini memberikan ketenangan kepada baginda Sultan sekaligus dapat mengurus tadbir rakyat dan Negeri Perak dengan lebih maju dan cemerlang.
Lokasi: Taman Lerista, 33000 Kuala Kangsar, Perak
12. Pekan Kuala Kangsar
Tempat Menarik di Kuala Kangsar – Untuk mereka yang kaki ‘shooping’, anda mungkin akan menyukai tempat ini. Pekan yang terkenal dengan kepelbagaian barangan hasil tangan tempatan seperti labu sayong, tilan, songkok, barangan tembaga dan macam-macam lagi.
Selain daripada itu, anda juga boleh membeli cenderemata dari pekan ini untuk disimpan sebagai kenangan atau untuk kawan-kawan anda.
Jika anda juga suka membeli barangan secara borong, anda boleh membeli tudung, pakaian dan lain-lain dengan harga yang borong.
11. Pokok Getah Pertama Malaya
Tempat Menarik di Kuala Kangsar – Salah satu yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara merupakan sektor pertanian terutamanya industri getah.
Tahukah anda? Kuala Kangsar merupakan salah satu lokasi pertama industri getah diusahakan di Malaysia.
Sir Hugh Low telah memulakan dan menjadikan Kuala Kangsar sebagai lokasi utama perusahaan industri getah. Yang menariknya, dari 9 pokok pertama yang ditanam, terdapat 1 pokok getah masih hidup, bertahan dan dijaga rapi.
Di sini, anda boleh menyaksikan sendiri pokok getah tertua di Malaysia yang ditanam pada tahun 1877. Fuh, 145 tahun dah usia pokok ni. Pokok ini kini dipagar bagi menjaga kesuburan dan keselamatannya. Namun, anda bukan saja boleh bergambar bersama pokok tua ini, anda juga boleh mempelajari sejarah industri getah yang cukup sinonim dan penting buat Kuala Kangsar.
Lokasi: Jalan Raja Chulan, Kampung Penaga, 33000 Kuala Kangsar, Perak
10. Masjid Ubudiah Bukit Chandan
Tempat Menarik di Kuala Kangsar – Jika anda penggemar seni bina yang unik, anda boleh bertandang ke Masjid Ubudiah. Terletak di Bukit Chandan, masjid ini merupakan di antara masjid yang paling unik seumpamanya di Malaysia. Masjid ini dibina dengan konsep ‘Saracenic’ iaitu Islam-India.
Sejarah masjid ini menyaksikan ia dibina oleh arkitek Inggeris pada tahun 1910 semasa pemerintahan Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I.
Masjid ini berbentuk segi lapan dan dikelilingi 4 buah menara yang tinggi. Jika anda masuk ke dalam masjid itu, anda boleh melihat bahawa masjid ini menggunakan batu marmar yang berwarna merah dan putih untuk lantai dan dinding masjid tersebut. Selain itu, makam diraja ditempatkan bersebelahan dengan masjid ini.
Lokasi: Jalan Istana, 33000 Kuala Kangsar, Perak
9. Malay College
Tempat Menarik di Kuala Kangsar – Turut dikenali sebagai Kolej Melayu Kuala Kangsar, sekolah ini telah melahirkan ramai alumni yang mempunyai status elit. Antaranya ialah, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Dato’ Onn Jaafar dan Tun Abdul Razak Dato’ Hussein.
Untuk pengetahuan anda, sekolah ini merupakan sekolah berasrama penuh lelaki, dan hanya pelajar lelaki berbangsa Melayu yang mempunyai keputusan akademik sekolah rendah yang cemerlang sahaja dapat memasuki sekolah ini.
Bukan setakat dari segi akademik, malah sekolah ini mempunyai reputasi yang sangat baik dalam bidang sukan seperti ragbi dan bola keranjang.
Lokasi: Jalan Tun Razak, 33000 Kuala Kangsar
8. Sungai Perak
Tempat Menarik di Kuala Kangsar – Tahukah anda? Sungai kedua terpanjang di Semenanjung Malaysia turut merentasi Kuala Kangsar. Itulah Sungai Perak. Sungai ini mengalir sepanjang 400km dari Hulur Perak hingga ke Bagan Datoh, Selat Melaka. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sungai ini ialah memancing, berkayak dan menyelam.
Terdapat pelbagai jenis ikan yang terdapat dalam sungai seperti lampam, sebarau, tilan, tongsan dan lain-lain. Selain itu, perkhidmatan bot turut disediakan jika anda ingin menyusuri Sungai Perak untuk melihat pemandangan indah yang terdapat di sekeliling sungai ini seperti perkampungan serta flora dan fauna.
7. Kilang Kicap Tamin
Tempat Menarik di Kuala Kangsar – Menarik untuk diceritakan, Kilang Kicap Tamin ini bermula dengan modal RM10 sahaja, semangatnya pengasasnya untuk meneruskan perniagaan sehingga berjaya amat menakjubkan. Sekarang, pasti ramai yang mengenali jenama Tamin ini, terutamanya golongan suri rumah.
Oleh itu, berkat usaha dan kegigihan pengasasnya, kini Tamin merupakan sebuah perusahaan kicap yang tersohor di Malaysia.
Amat sesuai jika anda merupakan seorang yang punyai minat dalam dalam perniagaan. Anda akan mempelajari bagaimana proses penghasilan kicap dijalankan seperti pemerapan kacang soya yang merupakan cara tradisional digunakan sehingga kini.
Di sini juga terdapat bilik pameran yang mempamerkan produk-produk lain yang dihasilkan selain dari kicap iaitu sirap, sos dan lain-lain.
Lokasi: No.3955, Jalan Ipoh Batu 25, 33600, Enggor, Perak, 1, Kampung Setia, 31100 Enggor, Perak
6. Pavilion Tower
Tempat Menarik di Kuala Kangsar – Terletak berhadapan dengan Malay College Kuala Kangsar, bangunan ini merupakan Anglung tiga tingkat yang mempunyai reka bentuk yang unik.
Anglung ini telah dibina pada tahun 1930 dan telah digunakan oleh keluarga Sultan untuk menonton permainan polo. Sekarang, ia dijadikan sebagai tempat bersejarah dan tarikan pelancongan di Kuala Kangsar.
Lokasi: Pavilion Square, 33000 Kuala Kangsar
5. Pusat Kraftangan Mariwasa
Tempat Menarik di Kuala Kangsar – Pusat Kraftangan Mariwasa ini Diasaskan pada tahun 1975.
Pusat kraftangan ini bukan semata-mata mengeluar dan mempamerkan produk, anda juga berpeluang melihat proses pembuatan kraftangan tersebut.
Antara barangan yang terdapat di sini adalah barangan hiasan rumah, barangan perak dan pingat yang bermutu tinggi. Bahkan, anda boleh melihat mesin-mesin yang digunakan untuk megnhasilkan medalion dan silver.
Sambil menjenguk, dapatlah menambahkan ilmu pengetahuan anda tentang seluruh proses membuat medalion hingga ke proses terakhir iaitu pembungkusan.
Lokasi: Lorong Industri 1, Kawasan Perusahaan, 33000 Kuala Kangsar, Perak
4. Tasik Raban
Tempat Menarik di Kuala Kangsar – Merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terkenal, Tasik Raban turut mempunyai resort tersendiri untuk mereka yang ingin menginap disana.
Dengan panorama alam semulajadi yang menyejukkan mata, sangat sesuai untuk anda melepaskan penat lelah dengan bersantai bersama keluarga mahupun seorang diri disini.
3. Galeri Sultan Azlan Shah
Tempat Menarik di Kuala Kangsar – Galeri Sultan Azlan Shah merupakan sebuah galeri yang merakamkan sejarah dan peristiwa penting perjalanan hidup DYMM Sultan Azlan Shah bermula dari zaman kanak-kanak sehinggalah dimasyhurkan sebagai Sultan, Yang Dipertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak yang ke-34 dan juga sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-9.
Menariknya, senibina galeri ini bercirikan kolonial dan tempatan menjadikannya tersergam agung dan megah.
Bahagian bumbungnya berbentuk limas menggunakan pengaruh Aceh sementara di bahagian kubah di kedua-dua menara bangunan adalah pengaruh dari India.
Anda boleh menikmati keindahan galeri ini sementara mempelajari salasilah Kerabat Diraja Perak.
Lokasi: Jalan Istana, Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar, Perak
2. Kolam Air Panas Ara Panjang
Tempat Menarik di Kuala Kangsar – Bagi kami, salah satu tempat menarik di Kuala Kangsar ini adalah Kolam Air Panas Ara Panjang. Ia merupakan lokasi riadah dan mandi manda yang indah.
Bahkan, ia antara kawasan air panas yang terbaik di negara kita. Tapi ramai diantara kita yang belum pernah pihak kaki ke Kolam Air Panas Ara Panjang di Kuala Kangsar ini.
Oleh sebab itu jangan ketinggalan! Jika bertandang ke Kuala Kangsar maka editor sangat mencadangkan anda untuk pergi melawat kesini bagi melihat atau merasai sendiri suasananya.
1. Galeri Arkeologi Lembah Lenggong
Tempat Menarik di Kuala Kangsar – Selain daripada tempat bersejarah dan alam semulajadi, terdapat galeri arkeologi yang terletak di Lenggong. Ia melengkapkan senarai tempat menarik di Kuala Kangsar.
Tahukah anda? Galeri ini merupakan Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf UNESCO.
Galeri arkeologi ini ditubuhkan pada 1999 dan memaparkan pelbagai artifak-artifak yang dijumpai di sekitar Lembah Lenggong.
Amat menarik untuk anda yang minat akan seni arkeologi. Penemuan yang terdapat di sini adalah alat-alat batu, rangka ‘Perak Man’ dan lukisan yang dilihat di dalam gua.
Anda boleh membawa anak-anak anda untuk mempelajari dan memahami dengan lebuuh mendalam tentang sejarah zaman Paleolitik dan lain-lain.