Cara Buat Passport | Jom ketahui info penting yang perlu anda lakukan sebelum anda buat passport untuk ke luar negara.
Memiliki pasport merupakan perkara yang paling penting kalau anda nak melancong ke luar negara. Pasport merupakan bukti identiti sah anda dan membolehkan anda keluar masuk ke mana-mana negara yang diiktirafnya.
Kita sebagai rakyat Malaysia yang ingin buat passport atau ingin memperbaharuinya, prosesnya kini semakin mudah dan cepat. Anda kini boleh melakukannya secara ‘online’ ataupun hadir ke mana-mana kaunter Imeigresen Malaysia.
Pada perkongsian kali ini, TempatMenarik akan senaraikan panduan lengkap mengenai prosedur buat passport Malaysia tahun 2024. Jom ikuti perkongsian kami dibawah.
Anda Mungkin Beminat: 6 Tips Dapatkan Tiket Flight Murah!
Table of Contents
SENARAI HARGA PASSPORT MALAYSIA 2024
Berikut adalah jadual yang meringkaskan harga pembuatan dan pembaharuan pasport Malaysia untuk tahun 2024:
Kategori | Harga |
Pembaharuan Pasport Lama | RM300 |
Pembaharuan Pasport (13-59 Tahun) | RM200 |
Pembaharuan Pasport (Warga Emas 60 Tahun ke Atas) | RM100 |
Pembuatan Pasport untuk Jemaah Haji | RM100 |
Pembaharuan Pasport (Tempoh 5 Tahun) | RM200 |
Pembaharuan Pasport (Kanak-kanak 12 Tahun dan Ke Bawah) | RM100 |
Pembaharuan Pasport untuk OKU | PERCUMA / FREE |
Perlu diingat bahawa maklumat ini disampaikan berdasarkan kadar terkini yang mungkin berubah. Pastikan untuk memeriksa dengan laman web rasmi atau menghubungi Jabatan Imigresen Malaysia untuk maklumat terkini sebelum membuat atau membaharui pasport anda.
PANDUAN BUAT PASSPORT (PERTAMA KALI)
Untuk memohon atau memperbaharui pasport Malaysia secara dalam talian, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
- Akses portal rasmi imigresen melalui laman sesawang
- Tekan pada butang “Setuju” untuk bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan dan meneruskan proses permohonan.
- Lengkapkan semua ruangan maklumat yang diminta dengan tepat dan benar, berpandukan rajah yang disediakan di bahagian bawah.
- Selepas mengisi maklumat, klik pada butang “Carian” untuk mencari rekod anda.
- Muat naik gambar pasport yang telah diukur mengikut spesifikasi yang diberikan.
- Berikan tanda centang pada kotak persetujuan untuk mengesahkan bahawa semua informasi yang diisi adalah benar dan anda telah membaca serta bersetuju dengan semua terma dan syarat.
- Klik butang “Teruskan” untuk melangkah ke proses seterusnya.
- Proses pembayaran yuran pembaharuan sebanyak RM200.
- Simpan resit pembayaran yang diterima sebagai bukti pembayaran, kerana ia perlu ditunjukkan di kaunter Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) apabila anda datang untuk mengambil pasport yang telah diperbaharui.
Anda Mungkin Beminat: Syarat Baru Nak Melancong ke Thailand
BUAT PASSPORT (MELALUI KAUNTER)
Individu yang baru pertama kali membuat pasport, kanak-kanak, pelajar yang akan belajar di luar negara, mereka yang kehilangan pasport, atau warga emas yang tidak biasa dengan permohonan online boleh mengajukan permohonan pasport mereka di kaunter imigresen terdekat.
Langkah-langkah untuk permohonan pasport melalui kaunter imigresen Malaysia adalah seperti berikut:
- Hadir ke mana-mana Jabatan Imigresen Malaysia atau UTC berdekatan.
- Bagi pemohonan bawah 18 tahun, ibu bapa perlu hadir bersama.
- Ambil dan isi borang permohonan pasport dengan lengkap dan tepat.
- Pemohon akan dipanggil untuk pengambilan gambar pasport dan pengesahan cap jari.
- Tunggu selama 1-3 jam untuk menerima pasport.
- Setelah itu, bayaran diperlukan untuk penerimaan pasport.
PROSEDUR KEHILANGAN PASSPORT
Denda untuk kehilangan pasport pertama kali berdasarkan tarif terkini oleh Jabatan Imigresen Malaysia adalah seperti berikut:
- Kali Pertama: RM400
- Kali Kedua: RM700
- Kali Ketiga: RM1200
- Untuk kanak-kanak bawah 12 tahun atau pelajar berumur 21 tahun belajar di luar negara, denda adalah:
- Kali Pertama: RM300
- Kali Kedua: RM600
- Kali Ketiga: RM1100
BUAT GAMBAR PASSPORT
Berikut adalah panduan memuat naik gambar pasport ukuran standard Malaysia secara dalam talian, yang boleh dilakukan menggunakan telefon pintar atau melalui Microsoft Word tanpa perlu menggunakan perisian Photoshop.
Bagi Mereka yang Menggunakan Telefon Pintar:
Untuk kemudahan membuat gambar pasport ukuran standard melalui telefon pintar, dicadangkan untuk menggunakan aplikasi bernama PICSTART.
Alternatif Cara Membuat Gambar Menggunakan Sistem Dalam Talian:
Sebagai pilihan lain, anda boleh juga membuat gambar dengan mengubah latar belakang melalui portal perkhidmatan “change background” yang terdapat dalam talian.
PEJABAT PASSPORT DI KLIA
Mulai 19 Januari, pejabat perkhidmatan pasport telah diwujudkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk kemudahan pelancong Malaysia.
Lokasinya berada di Pejabat Pasport KLIA yang terletak di bawah pengurusan Jabatan Imigresen Malaysia, di kawasan Parkir Jangka Panjang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
SOALAN LAZIM
- Waktu Pengeluaran Pasport: Jika permohonan dibuat sebelum pukul 3 petang, pasport dapat pada hari yang sama. Jika selepas itu, pasport hanya boleh diterima selepas pukul 10 pagi keesokan harinya.
- Saiz Gambar Pasport: Latar belakang gambar mestilah warna biru dan ukurannya adalah 35×50 mm.
Catatan: Hargai pasport anda dan pastikan ia tidak hilang kerana denda yang dikenakan sangat tinggi.