Pada perkongsian kali ini, kami akan bawakan anda 10 Tempat Menarik di Kuala Muda yang boleh dikunjungi bersama keluarga & rakan-rakan.
Daerah Kuala Muda merupakan sebuah daerah di Kedah, Malaysia. Sungai Petani merupakan pusat pentadbiran bagi daerah ini. Daerah Kuala Muda bersempadan dengan daerah Pendang di utara, daerah Sik dan Baling di timur, daerah Kulim dan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang di selatan, daerah Yan di barat laut dan Selat Melaka di barat.
Senarai Tempat Menarik di Kuala Muda
10. Menara Jam Besar
Tempat Menarik di Kuala Muda – Jam Besar Sungai Petani dibina pada tahun 1910 dan siap pada tahun 1936 menggunakan tenaga manusia sepenuhnya. Tujuan pembinaannya adalah untuk memperingati King George V yang memerintah England dan pemerintah empayar British pada masa itu.
Ia terletak di tengah di pusat bandar jalan Alor Setar Butterworth. Ia merupakan sebuah bangunan bersejarah iaitu Menara Jam Besar yang dibina pada tahun 1936 untuk memperingati Jubli Perak King George V dan Queen Mary. Bersebelahan Jam Besar ini terdapat Dataran Zero.
Alamat: 916, Jalan Ibrahim, Sungai Petani, 08000 Sungai Petani, Kedah
Artikel Berkaitan: Cara Buat Passport : Panduan & Senarai Harga (2024)
09. Rumah Sarapan
Tempat Menarik di Kuala Muda – Salah satu tempat menarik dan terkenal untuk sarapan yang lazat di Kuala Muda adalah Rumah Sarapan yang terletak di Taman Sejati. Kerana populariti kafe ini dan waktu operasinya yang terhad hanya selama empat jam, jadi kami sarankan agar anda datang untuk sarapan lebih awal.
Terdapat pelbagai pilihan menu dengan set yang berbaloi yang boleh anda pilih. Jika anda ingin menikmati sarapan dengan konsep tempatan atau makanan barat, semuanya terdapat di sini. Daripada Nasi Lemuni, lontong, roti kukus kaya hingga ke Indomie bowl, pasti akan memuaskan selera anda!
Alamat: C182, Lorong 12, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah
08. Taman Jubli Perak
Tempat Menarik di Kuala Muda – Jika anda dari Jam Besar, hanya memerlukan 5 minit sahaja untuk sampai ke destinasi ni. Taman ini dibina sempena memperingati sambutan Jubli Perak Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.Â
Terdapat beberapa haiwan untuk anda lihat, seakan-akan berjalan didalam zoo. Antaranya burung kakak tua, burung hantu, helang dan haiwan lain seperti rusa. Bolehlah bawa anak-anak anda berjalan sekitar sini.
Fasiliti yang disediakan juga lengkap dengan adanya kemudahan seperti medan selera, trek joging, taman permainan, alatan sukan dan tandas awam. Tempat ini sememangnya terkenal dikalangan penduduk Sungai Petani untuk aktiviti riadah pada sebelah pagi, petang atau hujung minggu.
Alamat: Taman Jubli Perak, Sungai Petani
Artikel Berkaitan: Tempat Menarik di Pokok Sena , Kedah Paling BEST 2024
07. Selera Dataran Tsunami
Tempat Menarik di Kuala Muda – Restoran makanan laut ini terletak berhampiran dengan Monumen Tsunami, dan ia telah mendapat penarafan yang tinggi di Google dengan komen yang positif. Restoran ini menawarkan makanan yang berpatutan serta menarik.
Di antara pelbagai hidangan yang ditawarkan di sini, terdapat nasi campur seafood, mee udang tsunami, ikan yang dilapisi dengan tepung, laksa Kedah, sotong goreng tepung, sotong bakar, siakap bakar, udang galah, dan pelbagai lagi hidangan laut yang lazat.
Alamat: Selera Dataran Tsunami, 1-4 Kompleks Memorial Tsunami, 08500 Kota Kuala Muda, Kedah
06. Taman Tema Air “The Carnivall”
Tempat Menarik di Kuala Muda – Selepas anda melalui Menara Jam Besar, melalui jln utama (jika anda dari selatan), selepas melalui Penjara Sungai Petani, anda akan tiba di simpang 4. Melalui simpang kanan, iaitu Jalan Cinta Sayang, terus sahaja anda akan sampai ke sana.
Taman tema ini dibuka pada 25 Disember 2006 dan terletak kira-kira 5 km dari pusat bandar. Sekiranya anda datang dari Lebuhraya Utara Selatan pula, sila keluar ikut Exit 170-Sungai Petani Utara. Sila ambil jalan ke pusat bandar dan terdapat kemudahan papan tanda jalan untuk ke taman tema ini.
Lokasinya yang senang dikunjungi dan kawasan reakreasinya yang tak serabut membuatkan kita selesa sekali.
Alamat: Persiaran Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani, Kedah
05. Pak Su Mee Udang
Tempat Menarik di Kuala Muda – Restoran yang terletak di Pulau Sayak ini terkenal dengan hidangan mee udang yang digemari di kawasan ini. Ia telah mendapat penarafan tinggi di Google dengan ulasan yang memberikan pujian. Harga di sini juga amat berpatutan dan berbaloi.
Keunikan restoran yang menghadap laut ini menjadikannya salah satu tarikan utama di sini, berkat pemandangan laut yang memukau.
Antara hidangan yang disediakan di sini termasuklah mee udang special, nasi goreng udang, maggi udang kuah, special prawn fried rice, koey teaw kerang biasa, dan pelbagai lagi pilihan hidangan yang menggoda selera.
Alamat: Kampung Pulau Sayak
04. Pantai Merdeka
Tempat Menarik di Kuala Muda – Sungai Petani ke Pantai Merdeka mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan. Perjalanan menaiki kenderaan sendiri ke pantai ini mesti melalui Jalan Persekutuan Laluan Butterworth. Pelancong perlu melalui pekan Tikam Batu dan seterusnya pekan Kota Kuala Muda sebelum tiba di Pantai Merdeka. Pantai ini juga mudah dilawati dengan menaiki bas dari Stesen Bas Sungai Petani.
Terdapat kemudahan perhentian bas, chalet, tandas awam, medan selera dan gerai-gerai jualan. Pantai Merdeka menawarkan kemudahan percutian untuk seisi keluarga. Pelancong boleh bermandi-manda dan berkayak di pantai ini. Terdapat perkhidmatan bot untuk pelancong pergi ke Tanjung Dawai.
Alamat: 08500 Kota Kuala Muda, Kedah
03. Kedai Makan Kampung
Tempat Menarik di Kuala Muda – Hanya dengan melihat namanya, sudah pasti dapat ditebak bahawa Kedai Makan Kampung ini menghidangkan pelbagai hidangan kampung yang lezat.
Untuk hidangan tengah hari, terdapat berbagai jenis lauk yang disediakan, termasuklah yang digoreng, dimasak dalam kari, dan yang dimasak dengan lemak. Secara ringkas, pinggan anda akan dipenuhi dengan pelbagai jenis hidangan yang lazat!
Di samping itu, dalam menu lain, anda juga boleh mencuba minuman seperti ‘Boba’ yang tersedia di sini. Milo kepalnya juga menjadi tarikan yang popular, jadi adalah rugi jika anda tidak mencubanya.
Alamat: 165m Kampung bakar bata, 08000 Sungai Petani, Kedah
02. Rekreasi Tupah
Tempat Menarik di Kuala Muda – Pusat perkelahan ini begitu popular di kalangan penduduk di daerah ini. Ia sentiasa dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat terutamanya pada musim cuti sekolah.
Kemudahan yang terdapat di pusat perkelahan ini adalah seperti surau, tandas dan gerai makan. Terdapat juga pelbagai juadah dijual di tepi jalan. Para pengunjung dapat melihat kehijauan flora dan fauna di kawasan hutan simpan.
Alamat: Merbok, Kedah
01. Mae Salong Restaurant
Tempat Menarik di Kuala Muda – Restoran rumah kelong ini menampilkan dekorasi yang indah dan tenang. Tempatnya dikelilingi oleh pokok-pokok dan kolam ikan koi yang menambahkan suasana yang nyaman. Lokasinya juga berdekatan dengan Hotel Park Avenue.
Menu di sini mengusung hidangan Thai yang menyelerakan. Tom yam menjadi pilihan utama pelanggan, selain dari hidangan lain seperti kari ayam hijau, kangkung goreng, dan rojak.
Alamat: 199-F, Kampung, Lorong Bakar Bata, 08000 Sungai Petani, Kedah
Artikel Berkaitan: Syarat Baru Nak Melancong ke Thailand: Perlu Ada Wang 15,000 Baht Dalam Tangan Baru Boleh Masuk