Tempat Menarik di Sungai Petani

Pelbagai tempat menarik di Sungai Petani. Sungai Petani ialah sebuah daerah di mana bandarnya merupakan bandar yang terbesar di negeri Kedah yang sedang rancak membangun.

Walaubagaimanapun, tapal-tapak tamadun awal yang wujud beribu tahun lalu yang ada di sini masih dipelihara dan telah menjadi salah satu tempat menarik bagi pengunjung yang datang ke sini.

Sungai Petani juga telah menajdi destinasi “food hunting” disebabkan restoran dan gerai yang ada di sini menarik untuk disinggah.

Entri kali ini akan membantu anda dalam merancang percutian anda di Sungai Petani dengan mengesyorkan beberapa tempat menarik yang ada di sini.

10. Lembah Bujang

Tempat Menarik di Sungai Petani | Antara topik yang pernah dipelajari semasa di sekolah menengah dahulu membuktikan bahawa lokasi ini merupakan bukti kewujudan tamadun tertua di Asia Tenggara yang berkemungkinan telah wujud dari abad pertama Masihi lagi. Jika dikaji, nama Bujang ini bermaksud gadis atau pemuda yang belum berkahwin. Di dalam bahasa Sanskrit pula, bujang bermaksud ular yang berkemungkinan disebabkan oleh bentuk Sungai Bujang yang berbengkang-bengkok seperti ular. di sini, anda dapat melihat bukti kerajaan Hindu-Buddha purba berdasarkan daripada peninggalan sekitar 50 buah kuil yang dijumpai. antara tarikan lain yang ada di sini termsuklah, pameran artifak yang ditemui seperti tembikar Cina, lembing keagamaan, ukiran batu, manik, seramik Parsi dan tanah liat.

Baca Juga: 10 Tempat Menarik di Cameron Highlands

Baca Juga: 15 Tempat Menarik di Langkawi

9. Pantai Merdeka

Tempat Menarik di Sungai Petani | Salah satu port lepak sungai petani untuk dikunjungi jika berada di Sungai Petani dek kerana pemandangannya yang cukup mempesonakan dihiasi dengan kebiruan langin dan lautan. Antara aktiviti yang menanti anda ialah menaiki bot pelancong yang disediakan di sini untuk melihat pemandangan di sekitar pantai dari perspektif yang jauh lebih menarik. Anda juga boleh merancang untuk ke Tanjung Dawai menggunakan bot di sini. Di sini juga anda dapat bermain layang-layang, berkayak, berkhemah, memancing dan banyak lagi. Selain itu, di sini juga ada menyediakan gerai-gerai makan dengan pelbagai pilihan juadah makanan yang cukup menyelerakan seperti char kuew teow, cendol, ABC, laici kang, mee ketam, mee udang dan macam-macam lagilah yang agak sinonim untuk dinikmati di tepi pantai. Bolehlah singgah ke gerai makannya selepas puas bermain.

8. Tapak Arkeologi Sungai Batu

Tempat Menarik di Sungai Petani | Destinasi yang terletak di sebuah ladang kelapa sawit kurang 10km daripad bandar Sungai Petani ini telah menjadi bukti kewujudan anatar tamadun yang tertua di negeri Jelapang Padi iaitu Tapak Arkeologi Sungai Batu. Tapak arkeologi ini meriah dengan pelbagai aktiviti perdagangan sekitar tahun 600 tahun sebelum Masihi kerana kawasan daratannya berdekatan dengan laut. di sekitar tapak arkeologi ini ada meninggalkan lebih daripada 10 binaan jeti, bangunan pentadbiran dan gudang. Selain itu, ada juga ditemui belasan tapak pelaburan besi yang dipercayai telah digunakan selama 2300 tahun lamanya oleh para pengkaji.

7. KS Coins & Collectibles Antique Shop

Tempat Menarik di Sungai Petani | Ingin merasai era yang telah lama berlalu, bolehlah ke tempat menarik yang diberi nama KS Coins & Collectibles Antique Shop. Di sini terdapat pelbagai barangan antik seperti seramik, wang kertas dan duit syiling lama dari pelbagai negara dan bermacam lagi. Di sini juga anda boleh menawarkan barangan antik anda untuk dijual kepada pemilik kedai ini.

6. Masjid Sultan Muzaffar Shah

Tempat Menarik di Sungai Petani | Masjid yang terletak di Jalan Sungai Layar ini merupakan sebuah masjid di dalam taman kerana lokasinya yang bersebelahan dengan taman Jubli Perak. Tidak jauh dari pusat bandar, Masjid Sultan Muzaffar Shah ini cukup mudah diakses untuk menunaikan solat 5 waktu. Dalaman masjidnya cukup bersih dan memberi keselesaan bagi anda sekeluarga untuk menunaikan solat.

5. Taman Jubli Perak

Tempat Menarik di Sungai Petani | Selesai sahaja menunaikan solat di Masjid Sultan Muazzam Shah, bolehlah berjsiar-siar di taman Jubli Perak. Taman ini dibina bagi memperingati sambutan Jubli Perak Sultan Abdul Halim Muadzam Shah iaitu Sultan Kedah ke-27. Taman ini dilengkapi dengan laluan pejalan kaki dan di tengah-tengah taman ini terdapat sebuah tasik berserta jambatan untuk merentasinya. Sekita taman ini dikelilingi dengan pokok-pokok besar yang dapat memberikan atmosfera yang cukup nyaman supaya anda dapat menenangkan fikiran. Di sini juga ada disediakan taman permainan bagi anak-anak kecil anda bermain. Antara kemudahan lain yang ada di sini ialah gimnasium rakyat, perpustakaan awam, medan selera dan masjid yang hanyalah bersebelahan dengan taman.

4. Rumpun Mambu Mee Udang

Tempat Menarik di Sungai Petani | Salah satu lokasi wajib kunjung jika ke Sungai Petani iaitu Rumpun Mambu Mee Udang terletak di Tanjung dawai. di sinilah tempat di mana anda dapat menyegarkan tekak dengan juadah Mee Udang yang cukup nikmat ini. Yang uniknya, mee udang yang ada di sini dihidangkan di dalam kuali memberikan anda kepuasan yang tidak terkata. Harga bagi satu hidangan mee udang juga cukup berpatutan iaitu RM15 sahaja. Berbaloi bukan?! Selepas sahaja menyegarkan tekak, bolehlah menghirup udara segar di persisiran pantai Tanjung Dawai.

3. Air Terjun Tupah

Tempat Menarik di Sungai Petani | Destinasi yang sangat sesuai untuk menenangkan jiwa dari hiruk pikuk bandar, Air Terjun Tapah. Tempatnya dikelilingi dengan flora dan fauna ini membolehkan anda menghirup udara segar di sini. Lokasinya terletak tdiak jauh dari Pekan Semeling. Bagi kaki DSLR, pasti anda akan terpukau melihat keindagan air terjun yang ada di sini dan ingin mengabadikannya di dalam foto. Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti perkelahan di sini.

2. The Carnivall Waterpark

Tempat Menarik di Sungai Petani | Tengah cari chalet di Sungai Petani? Taman tema air dengan keluasan 7 hektar ini sudah pasti akan memberikan anda percutiaan paling seronok sepnajang hidup. Jangan hairan jika anda mendengar jeritan keseronokan yang tidak putus-putus disebabkan aktivit-akvtivi air yang ada di sini. Antara tarikan menarik yang ada di sini ialah 4 Water Coasters, Wall Climbing, Kids Area Play dan Lazy River. Selesai sahaja sesi bermain dengan air, bolehlah bersiap dengan gayanya untuk menunggang kuda yang juga merupakan salah satu tarikan menarik yang ada di sini.

1. Menara Jam Besar Sungai Petani

Tempat Menarik di Sungai Petani | Ni recommended sebagai tempat photoshoot Sungai Petani. Menara Jam Besar yang didirkan pada tahun 1943 ini merupakan hadiah daripada sorang tauke Cina iaitu Lim Lean Teng untuk penduduk kawasan ini bagi meraikan sambutan Jubli Perak King George V dan Queen Mary. Yang uniknya dan menariknya, senibina antik ini masih tersergam ini serta berfungsi dan berbunyi. Pada malam hari, jam ini sekita kawasan jam ini akan diterangi dengan cahaya lampu yang indah dimana menjadikan ianya indah mata memandang.