Kampar, Bandaraya Pendidikan. Kami kongsikan kepada anda 10+ Tempat Menarik di Kampar, Perak (BEST 2024) yang boleh dikunjungi.
Secara umumnya Kampar adalah sebuah bandar perlombongan bijih timah yang berkembang pesat. Industri perlombong bijih timah ini mula merosot perlahan selepas Perang Dunia 1 dan semenjak itu industri perlombongan telahpun banyak ditutup akibat kejatuhan indsutri pada akhir abad ke-20.
Di Daerah Kampar terdapatnya tempat-tempat menarik yang menjadi tarikan pelancongan dengan permandangan bukit yang nyaman dan cantik. Pusat Ekonomi Digital Kampung Tualang Sekah yang terletak di tengah-tengah Kampung Tualang Sekah yang dikelilingi sungai-sungai dan tasek yang cantik menjadikan ia lebih menarik.Pekan kampar terletak 40KM dari Ipoh,Ibu Negeri Perak.
Artikel Berkaitan: 10+ Tempat Menarik di Jelebu (BEST) 2024
Tempat Menarik di Kampar (2024)
10. Air Terjun Batu Berangkai
Tempat Menarik di Kampar | Keindahan alam yang menakjubkan yang menarik pengunjung dari dekat dan jauh. Air terjun yang mempesonakan ini merupakan ‘hidden gem’ yang terdapat di daerah ini.
Dikelilingi oleh kehijauan yang subur dan tebing yang menjulang tinggi, mewujudkan suasana yang indah dan tenang. Air Terjun Batu Berangkai menawarkan pemandangan yang memukau yang akan membuatkan anda terpesona.
Fasiliti awam yang disediakan disini juga amat memuaskan dengan adanya tempat letak kenderaan, pondok berkelah, dan tandas awam memudahkan mereka yang datang kesini.
Alamat | Kampung Batu Berangkai, 35300 Kampar, Perak |
Waktu Operasi | 24 Jam |
Panduan Lokasi | Google Maps |
09. Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta
Tempat Menarik di Kampar | Kami recommend anda semua untuk melawat Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta ni kalau korang tengah bercuti kat Kampar.
Di sini, korang akan mempelajari tentang sejarah bagaimana proses bermulanya perlombongan timah yang terkenal di kawasan ini.
Banyak pameran yang disediakan seperti koleksi artifak yang lama, yang digunakan mereka untuk melombong timah. Jangan lepaskan peluang anda untuk mempelajari sejarah industri perlombongan timah di Kampar ini.
Alamat | Lot 126026, Jalan Batu Karang, Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Perak |
Waktu Operasi | 9AM – 5PM |
Panduan Lokasi | Google Maps |
08. Bandar Agacia
Tempat Menarik di Kampar | Bandar yang berwarni di siang hari dan cantik ketika menjelang malam. Bagi penggemar bergambar ataupun fotografi ini adalah lokasi ‘disney like’ dan ‘european style’ yang mesti anda kunjungi.
Lokasi pengembaraan atau perfileman juga menarik jika dilakukan di sini seperti musik video lagu Roadblock Hatiku oleh Floor 88 dan Baby Shima. Sekali pandang kelihatan bandar di negara barat, itulah istimewanya Bandar Agacia.
Alamat | 50, Castle Avenue, 31910 Kampar, Perak |
Waktu Operasi | 24 Jam |
Panduan Lokasi | Google Maps |
07. Gua Tempurung
Tempat Menarik di Kampar | Gua Tempurung adalah satu lagi tempat menarik di Kampar yang wajib korang kunjungi.
Gua ini terkenal dengan keunikan dan keindahannya.
Korang boleh menjelajah gua ini dan melihat formasi batu yang menakjubkan serta air terjun yang indah di dalamnya.
Alamat | Pusat Pelancongan Gua Tempurung, 31600 Gopeng, Perak |
Waktu Operasi | 9AM – 4PM |
Panduan Lokasi | Google Maps |
06. White Water Rafting Gopeng
Tempat Menarik di Kampar | Sudah semestinya bagi penggemar aktiviti lasak dan penggemar aktiviti air akan sukakannya. Water rafting akan memberikan anda perasaan teruja, bekerjasama dan gembira ketika melakukan aktiviti ini bersama kawan-kawan dan keluarga tambah pula aktiviti ini tidak mahal dan mempunyai instructor yang akan bimbing anda.
Terdapat juga aktiviti lain yang boleh anda lakukan seperti river tubing, berkayak, waterfall abseiling dan river trekking. Suasana yang tenang dan sungai panjang yang cantik dan berbatu sudah tentu menambah keseronokkan ketika melakukan aktiviti.
Alamat | Gopeng Town, 31600 Gopeng, Perak |
Waktu Operasi | 9AM – 5PM |
Panduan Lokasi | Google Maps |
05. La Cottage Café and Chalet
Tempat Menarik di Kampar | Apa kata anda cuba suasana makan di dalam sungai. Lain dari yang lain bukan? La Cottage Cafe and Chalet menawarkan pelbagai set makanan tengahari yang berkonsepkan masakan kampung.
Pastinya makan tengahari anda di sini akan memberi satu pengalaman yang luar biasa. Makan sambil bermain air sungai. Lepas makan boleh terus mandi! Sebelum anda ke sini pastikan anda membuat tempahan terlebih dahulu kerana risau tempahan penuh.
Alamat | Kampung Mendok, Jalan Chenderiang, 31850 Jeram, Perak |
Waktu Operasi | Setiap hari (12 tengahari – 6 petang) |
Panduan Lokasi | Google Maps |
04. Iqa Corner Restaurant Nasi Wanggey
Tempat Menarik di Kampar | Kalau anda berkunjung ke Perak, hidangan ini wajib anda rasai. Terkenal dengan menu Nasi Wanggey bersama Kari Kepala Ikan. Gabungan ini pastinya akan membuatkan anda termimpi-mimpi akan kesedapannya.
Selain itu, menu lain yang turut menjadi tumpuan di sini ialah Mee Kari, Mee Rebus, Mee Goreng, Rojak Pasembur, Capati dan lain-lain lagi. Rata-rata pelanggannya menyatakan kesedapannya nasi wanggey di sini sama sedap dengan nasi ganja yang ditemui di Ipoh.
Alamat | LC 299, Pekan Baru, 31700 Malim Nawar, Perak |
Waktu Operasi | Isnin – Jumaat (7.30 pagi – 10 malam), Sabtu & Ahad (7.30 pagi – 6 petang) |
Panduan Lokasi | Google Maps |
03. Sahom Valley
Tempat Menarik di Kampar | Pencinta nature wajib singgah ke sini. Pemandangannya sangat indah dan udara segar juga sangat eskulsif. Bagi yang ingin rasa berada di kampung dengan tak banyak nyamuk boleh cuba ke sini.
Antara aktiviti menarik yang boleh anda lakukan kat sini adalah seperti berbasikal, ATV,  flying fox, hiking, berkayak, memancing, paintball, mini zoo dan banyak lagi.
Alamat | Lot 228800, Kg Sahom, 31900 Kampar, Perak |
Waktu Operasi | – |
Panduan Lokasi | Google Maps |
02. Restoran Huwaina Seafood
Tempat Menarik di Kampar | Mencari tempat makan makanan ala Thai yang best kat Kampar? Jawapannya ialah Restoran Huwaina Seafood. Restoran ini menawarkan makanan ala Thai sebagai hidangan utama mereka.
Restoran ini sesuai untuk makan malam anda sekeluarga kerana tempatnya yang luas dan selesa. Parking yang disediakan juga luas dan memudahkan pelanggan untuk meletakkan kenderaan mereka. Antara menu yang sering menjadi pilihan pelanggan yang datang ke sini adalah set nasi bersama Ikan Siakap Stim, Siakap 3 Rasa, Tom Yam dan telur goreng.
Alamat | Kampung Baharin Pinji, 31900 Kampar, Perak |
Waktu Operasi | 5PM – 1AM |
Panduan Lokasi | Google Maps |
01. Refarm
Tempat Menarik di Kampar | Refarm adalah tempat menarik untuk melawat peternakan haiwan di Kampar.
Korang boleh melihat pelbagai haiwan seperti kambing, lembu, dan burung di sini.
Aktiviti seperti memberi makan haiwan dan menunggang kuda juga tersedia.
Pastikan korang cuba susu segar dan produk tenusu di sini!
Alamat | Lot 6059, Jalan Temoh Kampar, 35350 Temoh, Perak, Malaysia |
Waktu Operasi | 9AM – 6PM |
Panduan Lokasi | Google Maps |