Pelbagai tempat menarik di Alor Setar. Negeri Kedah sememangnya dikenali dengan suasana desa yang cukup indah, sawah padi yang terbentang luas dan alam semula jadi yang btidak terganggu oleh sebarang pencemaran semestinya dapat memberikan anda percutian yang cukup mendamaikan jiwa dan melegakan minta serta badan.
Entri kali ini akan membawa anda melihat dahulu sedikit sebanyak tempat-tempat menarik yang ada di salah satu daerah di negeri ini yang dikatakan banyak menarik minat pengunjung untuk ke sini iaitu Alor Star Kedah.
10 Tempat Menarik di Alor Setar
10. Muzium Padi Alor Setar
Lokasinya terletak hanya 8km perjalanan dari bandar utama Alor Setar. Antara tarikan menarik yang ada muzium ini ialah pameran sejarah tentang padi di Kedah.
Selain itu, ada juga pameran tentang info-info tentang padi kerana setiap padi yang di tanam terdiri daripada jenis yang berbeza. Di sini juga anda dapat melihat perlatan pengsawahan yang digunakan oleh orang-orang pada ketika dahulu dan mempelajari tentang bagaimana cara pembantingan padi dilakukan.
Di platform berputar yang berada di ingkat atas muzium, anda dapat melihat paparan tentang mural sawah yang mempunyai ketinggian setinggi 103 meter. Sekiranya anda datang pada musim menanam padi, kawasan di sekitar muzium akan kelihatan seperti permaidani hijau yang begitu menyegarkan pandangan mata.
Pada waktu padi mula masak pula, sekitar muzium ini akan mula dihiasi dengan warna keemasan padi. Sebelum pulang, jangan lupa untuk membeli cenderahati yang ada di sini seperti kraftangan yang diprinsipkan daripada padi.
Baca Juga: 10 Tempat Menarik di Sungai Petani
9. Top Fast Food Toys
Destinasi yang semestinya akan menggamit nostalgia zaman kanak-kanak anda, TopFast Food Toys. Bangunan yang digelar muzium memorabilia merupakan sebuah tempay yang menyimpan permainan dari jenama McDonald’s dan Cocal-Cola.
Untuk pengetahun, pemilik muzium ini telah mengumpul barangan dari jenama-jenama ini sejak 40 tahun yang lalu. Terapat 70,000 koleksi permainan dan memorabilia yang telah di kumpul, namu di muzium ini anda boleh melihat hanya 40,000 sahaja.
Antara barangan yang telah di kumpul termasuklah permainan dari happy meal, pakaian, merchandise lain dan juga poster-poster dari restoran ternama ini. Di sini juga anda dapat bergambar bersama patung ikon McDonald’s iaitu Ronald. Jika berkunjung ke sini bersama anak-anak, pasti mereka akan berasa sangat teruja!
Baca Juga: 10 Tempat Menarik di Kuala Terengganu
8. Rumah Merdeka
Rumah Merdeka ini merupakan rumah peninggalan bapa kemerdekaan negara kita iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra. Pasti anda tertanya-tanya mengapa rumah ini dinamakan rumah merdeka bukan?
Rumah ini diberi nama sebagai Rumah Merdeka kerana kerana di sinilah pelbagai urusan untuk mencapai kemerdekaan dilaksanakan termasuklah perbincangan tentang dasar kerajaan untuk memenangi pilihan raya yang pertama.
Dengan melawat ke rumah ini, anda dapat mengetahui dengan lebih dalam tentang kehidupan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Bagi anak-anak, lawatan ke sini semamanganya akan menjadi lawatan yang penuh pengisian kerana secara tidak langsung, mereka dapat menyemai semanagat patriotik di dalam jiwa mereka.
Antara koleksi yang dipaprkan di alam rumah ini ialah foto perabot asal rumah, barangan peribadi Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra serta cenderamata yang dimiliki oleh Almarhum. Selain itu, di sini juga anda dapat menonton sendiri dokumentari yang akan dipasangkan di kaca television tentang info menarik berkaitan Rumah Merdeka.
7. Gunung Keriang
Terletak kira-kira 8km pemanduan dari pusat bandaraya Alor Setar, Gunung Kering atau lebih dikenali sebagai Mount Cave ini merupakan satu artifak pra-sejarah silam yang mempunyai pelbagai cerita misteri.
Terdapat banyak cerita-cerita mitos yang berlegar di kalangan penduduk setempat tentang gunung ini. Destinasi ini sememangnya tidak rugi untuk anda lawati.
Jika anda berstamina tinggi, bolehlah merancang pendakian anda sehingga ke puncak gunung untuk melihat sendiri keindahan hamparan sawah padi yang ada di sekitar gunung tersebut.
Selain itu, gunung ini mempunyai beberapa gua batu kapur yang di dalamnya terdapat pembentukan batuan kristal yang mengujakan. Jika anda tidak larat untuk mendaki, gunugn ini mempunyai kemudahan lif setinggi 7 tingkat.
6. Kota Kuala Kedah
Sebuah kompelsk yang cuku bersejarah terletak di bahagian Utara Suangai Kedah ini telah dibina bagi melindungi negeri Kedah dan juga ibu negeri iaitu Alor Setar oleh Sultan Muhammad Jiwa pada tahun 1771.
Kota ini telah menjadi saksi tentang bagaimana terjadinya serangan daripada Bugis, Siam dan juga Aceh. Beberapa buah pejabat telah dibina di sekitar kota ini pada tahun 1909 ketika masih di bawah jajahan British.
Kota ini telah digunakan sebagai satu kawan ibu pejaabt sehingga tahun 1945 sebelum keda kembali semula ke dalam jajahan British. Kota Kuala Kedah ini diwartakan sebagai tapak bersejarah oleh Jabatan Muzium Malaysia pada tahun 1978.
5. Masjid Al-Bukhary
Masjid yang berkeluasan seluas 4.96 ekar ini telah di bina di bawah ALbukhary Foundation dan dapat menampung jumlah jemaah yang besar sehingga mencecah 15,000 orang dalam satu masa.
Rekaan Masjid Al-Bukhary ini berkonsepkan seni bina Turki dan juga Iran dan bagi minaretnya pula dipengaruhi oleh seni bina Mesir Madinah. Antara kemudahan yang disediakn di masjid ini ialah bilik pengajian, bilik mesyuarat, bilik wuduk lelaki dan wanita, bilik pengurusan jenazah, bilik imam, dan pelbagai kemudahan untuk orang kurang upaya seperti lif dan tandas khas.
4. Kedah Royal Museum
Muzium ini terletak di sebuah Istana Klasik yang dahulunya diberi nama sebagai Istana Kota Setar, Istana Pelamin, Rumah Pelamin dan juga Istana Mak Wan Besar.
Istana ini emrupakan tempat pusat pentadbiran Kedah pada tahun 1735 oleh Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah II (1710-1778). Pada tahun 1983, istana ini dibaikpulih dan dijadikan muzium yang mana di dalamnya terdapat info, foto dan koleksi artifak keluarga di raja.
Yang menariknya lagi, Istana ini pernah menjadi tempat tinggal bagi tentera Jepun sewaktu zaman pencerobohan Jepun ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Bayran masuk ke museum ini adalah percuma, namun suasnya cukup selesa untuk anda berkunjung ke sini.
3. Pekan Rabu Ukir Mall
Setelah puas berjalan menikmati pemandangan sekitar bandar Alor Setar, tibalah masa untuk menghilangkan rasa lapar dengan mencuba pelbagai hidangan tradisional Melayu di Pekan Rabu Ukir Mall.
Di sini terdapat banyak jualan juadaha makanan yang cukup menarik seperti kuih bahulu, dodol durian, ikan pekasam, kuah rojak dan sebagainya, hidangan panas juga turut terdapat di sini. Selain itu, di sini juga ada menjual barangan yang unik diperbuat daripada rotan. Jangan lupa untuk bertawar-menawar supaya anda dapat membeli dalam harga yang memuaskan hati.
2. Balai Seni Negeri
Bangunan yang dibina sejak tahun 1893 ini menempatkan banyak pameran koleksi ukiran kayu, karya khat dan karya lukisan yang dihasilkan oleh rakyat setempat.
Dahulu, tempat ini asalnya digunakan sebagai Mahkamah Besar pada tahun 1912 sebelum bertukar menjadi Balai Seni Negeri. Bangunan ini juga merupakan bangunan kerajaan moden yang terawak di Alor Setar.
1. Menara Alor Setar
Destinasi yang akan melengkapi percutian anda jika ke Alor Setar, Menara Alor Setar. Menara ini merupakan menara telekomunkasi kedua tertinggi di Malaysia.
Seni bina menara ini diinspirasi dari gelaran yang telah di beri kepada negeri Kedah iaitu Negeri Jelapang Padi. Jika anda perasan, menara ini kelihatan seperti serumpun padi.
Jika ke sini anda dapat lihata menara ini dilengkap dengan fasiliti menarik seperti ampitheatre, dek pemerhatian pada ketinggian 88 meter, restoran berputar yang terletak pada ketinggian 94 meter dan juga bilik seminar pada ketinggian 100 meter.
Di sini juga terdapat kedai cenderamata yang boleh anda kunjungi untuk embeli cederamata sebagai tanda ingatn sebelum pulang.