Tempat di Selangor Yang BEST

10 Tempat di Selangor Yang BEST & Viral Untuk Musim Cuti Sekolah.

Pada zaman serba canggih dan cepatnya informasi tersebar luas ini, ianya banyak mengubah dan mempengaruhi corak pelancongan terutama dalam sektor pelancongan tempatan. Dulu mungkin sedikit sahaja yang mengetahui beberapa ‘hidden gems’ yang terdapat dalam negara sendiri, namun kini tidak lagi.

Di Malaysia sendiri, banyak sebenarnya destinasi menarik yang viral di media sosial menyebabkan ramai orang mengetahui kewujudan tempat tersebut dan menarik perhatian pengunjung.

Pada perkongsian kali ini, kita akan selami mana tempat yang best di Selangor untuk bawa anak-anak bercuti pada musim cuti sekolah yang bakal tiba nanti. Lets go!

Anda Mungkin Berminat:

10. Future Land Fun Zone, Petaling Jaya

Tempat di Selangor Yang BEST – Menjelang musim cuti persekolah yang bakal tiba tidak lama lagi, apa kata bawa keluarga anda bersuka-ria di Sunway Pyramid’s Future Land Fun Zone!

Pusat hiburan keluarga ini menawarkan anda pengalaman yang futuristik, aktiviti berkonsepkan Ai yang berteknologi canggih. Antara permainan yang boleh anda cuba ialah Simulator 360 Flight and ExoJet, Mirror Maze, VR Hero, 6D Cinema dan VR Car Simulator. Kesemua permainan tersebut mendapatkan tarikan orang ramai disebabkan teknologi yang digunapakai sangat canggih dan cukup memuaskan hati para pengungjung.

Dibuka pada Setiap Hari (10AM – 10PM)

Alamat: F1, 20, Sunway Pyramid Mall, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor.

09. D Virtual Park, Evo Mall Bangi

Tempat di Selangor Yang BEST – Terletak di dalam EvoMall Bangi, ianya merupakan taman tema yang confirm memberikan anda pengalaman bermain permainan maya berkonsepkan revolusioner.

Apa yang menariknya, hologram yang terdapat didalam permainan ini merupakan hasil ciptaan team mereka sendiri dengan menggunakan perisian dan animasi yang canggih serta kompleks. Admin dah try, memang puas hati main, tak macam permainan arcade yang biasa korang jumpa tau.

Dibuka pada Setiap Hari (10AM – 10PM)

Alamat: Lot T.14. T.25 Level 3, Evo Mall Bangi, Jalan Medan 2D, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

08. Splatter Art Factory, Subang Jaya

Tempat di Selangor Yang BEST – Bagi anda yang tengah cari cara untuk hilangkan stress, apa kata kunjungi Splatter Art yang terletak di Subang Jaya. Bolehlah korang luahkan apa yang terpendam melalui seni.

Anda boleh ciptakan seni anda mengikut kreativiti, imaginasi dan pilihan anda terseniri dengan menggunakan pelbagai cara samada berus, meletupkan belon, dan banyak lagi untuk mewarnakan kanvas anda. Pakej yang mereka berikan pun sangat berbaloi dengan adanya 1 kanvas (yang boleh dibawa pulang bersama), berus warna, peralatan mengecat, warna akrilik, baju ponco keselamatan, kasut, dan cermin mata keselamatan.

Dibuka pada Setiap hari (10AM – 5PM) kecuali hari Isnin.

Alamat: 49 & 50, Block C, Lot 777, Jalan Subang 4, Ultramine Industrial Park, 47610 Subang Jaya, Selangor.

07. Ruma Pokok, Sepang

Tempat di Selangor Yang BEST – Ini merupakan sebuah cafe yang berkonsepkan tumbuhan hijau yang terletak di Sungai Pelek, Sepang. Berteraskan konsep flora, karya, dan juga cafe yang menyajikan anda makanan ala barat.

Ruma Pokok menjadi pilihan orang ramai kerana keunikkan dekorasi cafe yang lain daripada yang lain dengan kepelbagaian spesis pokok hijau memenuhi ruangan cafe. Anak-anak muda amat menyukai tempat ini dan sudah menjadi ‘bucket list’ mereka untuk datang ber-‘OOTD’.

Cafe ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin dari jam 4PM – 12AM.

Alamat: No 1, Kedai PLB, Taman Sri Merbau, Taman Seri Serbau, 43950 Sungai Pelek, Selangor.

06. Riverine Splash, Pulau Carey

Tempat di Selangor Yang BEST – Merupakan sebuah resort yang mempunyai taman tema air tersendiri yang dinamakan Riverine Splash Water. Taman tema air ini mempunyai 12 tarikan dan gelongsor yang korang patut cuba antaranya ialah Anaconda Tube Slide, Rimba River, Survival Park dan juga Kiddie Beats yang dikhaskan untuk kanak-kanak.

Dibuka pada setiap hari (10AM – 6PM) kecuali Selasa

Alamat: Jalan Pulau Carey, Mukim Jugra, 42960 Pulau Carey, Selangor.

05. Stars Archery, Petaling Jaya

Tempat di Selangor Yang BEST – Stars Archery merupakan pengendali memanah jarak jauh ‘indoor’ terbesar di Malaysia. Objektif mereka adalan untuk membolehkan semua orang merasai sukan memanah dengan cara yang unik dan menggembirakan.

Dibuka pada setiap hari (10AM – 1PM)

Alamat: F1.26, 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor.

04. I-City Shah Alam

Tempat di Selangor Yang BEST – Bagi anda yang pertama kali menjejakkan kaki ke Shah Alam, apa kata mulakan pengembaraan anda di I-City Shah Alam. Antara destinasi yang paling popular sejak pembukaannya, banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama seisi keluarga mahupun rakan-rakan antaranya seperti SnoWalk, City of Digital Light, The Red Carpet Museum, Trick Art Museum dan Water World I-City.

03. City Karting Enterprise

Tempat di Selangor Yang BEST – Bagi anda yang nak feeling-feeling jadi racer dan mempunyai jiwa kelajuan, ini mungkin dapat memberikan anda kepuasan. City Karting Enterprise merupakan sukan permotoran go-kart yang bertapak di Shah Alam. Disediakan dengan litar berturap yang mempunyai sebanyak 15 selekoh, pasti jiwa anda akan gembira melayan setiap lap yang ada.

Dibuka pada setiap hari (10AM – 10PM)

Alamat: Go Kart Circuit, Stadium Car Park, Western 5, Seksyen 13, 40000 Shah Alam, Selangor

02. Kidzania

Tempat di Selangor Yang BEST – Tempat ini merupakan taman hiburan yang bertutup yang terletak di Mutiara Damansara dan sangat popular dikalangan ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka bersuka-ria disini. Yang best pada tempat ini, aktiviti-aktiviti yang dilakukan anak-anak bukan setakat aktiviti kosong, mereka akan mempelajari pelbagai ilmu-ilmu yang bermanfaat dalam kehidupan bermasyarakat serta kehidupan seharian.

Dibuka pada setiap hari (10AM – 6PM) kecuali Selasa

Alamat: Curve Nx, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

01. Sunway Lagoon

Tempat di Selangor Yang BEST – Inilah dia antara taman tema yang terbesar dan sangat popular di Malaysia sehingga ke hari ini. Tempat ini sangat ideal untuk dilawati bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Dengan kepelbagaian aktiviti yang ada disini, pasti anda akan tidak akan menyesal untuk datang ke sini. Mungkin sehari pun tidak mencukupi untuk mencuba kesemua aktiviti yang ada disini.

Dibuka pada setiap hari (10AM – 11PM) kecuali hari Selasa

Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor