Kemaman merupakan salah satu daerah di negeri Terengganu, tapi adakah tempat menarik di Kemaman ni yang best-best? Jom kita explore!

Kemaman adalah satu daerah yang agak besar yang terletak pada bahagian selatan Negeri Terengganu. Bandar Chukai merupakan pusat bandar bagi Kemaman.

Selain itu, daerah ini juga terkenal dengan aktiviti petroleum & menyebabkan perantau-perantau luar Terengganu tertarik untuk bekerjaya dan menetap disini.

Tanpa membuang masa, jom kita explore apa yang sebenarnya ada dekat Kemaman ni yang boleh dijadikan bucket list korang untuk percutian bersama rakan-rakan mahupun keluarga tercinta.

Baca Juga: 10+ Tempat Menarik di Kampar, Perak. (BEST 2024)

10. Taman Rekreasi & Zoo Kemaman

Tempat Menarik di Kemaman | Zoo Kemaman sememangnya menjadi tarikan utama pelancong apabila bercuti kat sini. Terletak lebih kurang 8 km daripada Bandar Chukai Kemaman, tempat ini mudah untuk dikunjungi oleh pelancong-pelancong yang datang.

Antara haiwan yang terdapat di sini adalah buaya, harimau, burung merak, gajah, tapir & pelbagai jenis reptilia eksotik lain. Boleh lah bawa anak-anak anda bercuti sambil belajar mengenai hidupan alam semula jadi kat sini.

Terdapat juga mini water park yang pasti menimbulkan keterujaan anak-anak anda. Dengan fasiliti yang lengkap serta pemandangan yang menyejukkan mata, bolehlah release tension kat sini bersama orang tercinta. Oh ya, anda juga boleh menyewa kereta kuda yang disediakan oleh pihak zoo tau.

AlamatMajlis Perbandaran Kemaman, Kampung Tabuan, 24000 Kemaman, Terengganu
Waktu OperasiSetiap Hari (9AM – 5PM)
No. Telefon09-859 6644
Peta Lokasihttps://maps.app.goo.gl/tHr3hgScvcTC5K7F9

09. Pantai Penunjuk Kijal

Tempat Menarik di Kemaman | Serious korang wajib singgah dekat Pantai Penunjuk Kijal ni. Suasana matahi terbit sangat memukau mata.

Terdapat resort yang disediakan disini. Kalau korang tengah cari mana nak stay, kat sini pun boleh tahan best untuk bermalam.

Kemudahan yang disediakan kat sini juga memuaskan dengan adanya pondok rehat, tandas, gerai-gerai makan dan macam-macam lagi yang memudahkan kita untuk berkunjung kesini.

Alamat24100 Kijal, Terengganu
Waktu Operasi
No. Telefon
Peta Lokasihttps://maps.app.goo.gl/nMcBba5nesdu8eCo7

08. Ma’Daerah Turtle Sanctuary Centre

Tempat Menarik di Kemaman | Tempat ini merupakan pusat perlindungan penyu di Terengganu. Tempat ini dibuka untuk khalayak ramai untuk mempelajari tentang spesis penyu yang ada dan peranan mereka dalam ekosistem marin kita.

Memang best kalau bawa keluarga dan rakan-rakan untuk datang kesini.

Alamat24300 Kerteh, Terengganu
Waktu Operasi
No. Telefon09-844 4169
Peta Lokasihttps://maps.app.goo.gl/vRyRC2SBJu4rBDTV9

07. Kedai Kopi Hai Peng

Tempat Menarik di Kemaman | Jika anda salah seorang penggemar kopi, anda wajib try kopi yang terdapat di Kedai Kopi Hai Peng ni. Tambah lagi dengan roti bakar, memang tak terkata nikmatnya.

Mungkin hidangannya seakan sama dengan kedai kopitiam yang lain, tapi hidangan disini mempunyai sentuhannya yang tersendiri yang takkan anda jumpa di tempat lain.

AlamatK-3753, Jalan Sulaimani, Kampung Gong Pauh, 24000 Chukai, Terengganu
Waktu OperasiSabtu hingga Khamis, 7.00 pg – 5.00 ptg
No. Telefon09-859 7810
Peta Lokasihttps://maps.app.goo.gl/U6XvhTLZMQ7UtRFX8

06. Rumah Jambi

Tempat Menarik di Kemaman | Terletak di Pasir Gajah, Rumah Jambi ini telah didirikan oleh Tengku Haji Mahmud bin Tengku Abu Bakar pada tahun 1933 dengan menerapkan unsur binaan Jambi.

Senibina yang dipengaruhi daripada senibina Islam, Jambi, Inggeris, Melayu Johor dan Melayu Terengganu, memang sangat unik dari yang lain.

AlamatKampung Pasir Gajah, 24000 Chukai, Terengganu
Waktu OperasiSetiap hari
No. Telefon012-550 9364
Peta Lokasihttps://maps.app.goo.gl/HbEonXXPhZAmSpxU7

05. Masjid Lama Kampung Tuan

Tempat Menarik di Kemaman | Masjid ini merupakan masjid paling tua yang terdapat di negeri Terengganu. Untuk pengetahuan, masjid ini dibina pada tahun 1830 bertujuan untuk menyebarkan agama Islam dan menjadi tempat untuk mempelajari ilmu tasauf dalam kalangan penduduk kampung.

Ya, masjid ini sudah pun berusia lebih dari 200 tahun. Yang menariknya, reka bentuk masjid ini hampir sama dengan reka bentuk Masjid Kerisik yang terdapat di Pattani, Thailand.

Kini masjid ini masih digunakan oleh penduduk tempatan untuk menunaikan solat lima waktu.

AlamatKampung Gong Limau, 24000 Chukai, Terengganu
Waktu OperasiSetiap hari
No. Telefon
Peta Lokasihttps://maps.app.goo.gl/dh3xy6d3u4TrCbR19

04. Warung Otak-Otak Che Wan

Tempat Menarik di Kemaman | Tak sah kalau tak cuba makanan favourite penduduk tempatan, otak-otak. Warung ini menyajikan hidangan otak-otak yang sangat terkenal.

Untuk kesini, anda boleh menggunakan laluan utama di Bandar Chukai. Sangat senang untuk sampai kesini. Selain otak-otak, terdapat makanan tradisional orang Kemaman yang lain yang boleh anda cuba seperti pais ikan, keropok lekor, laksa, pulut lepa (pulut panggang) & sebagainya.

AlamatWarung Otak-Otak Satar Che Wan, 6209, Jalan Geliga Pantai, 24000 Chukai, Terengganu
Waktu OperasiSetiap hari (11AM – 7PM)
No. Telefon014-803 5777
Peta Lokasihttps://maps.app.goo.gl/MeEuegDSTQdc33Uv7

03. Muzium Daerah Kemaman

Tempat Menarik di Kemaman | Ditubuhkan dengan menggunakan konsep ‘Jasa Mu Dikenang’. Tujuan Muzium ini ditubuhkan adalah untuk menghargai tokoh-tokoh yang telah berjaya di pentas kebangsaan dan juga antarabangsa.

Di sini anda boleh mengetahui tentang biodata, jasa dan pengorbanan setiap tokoh daripada pelbagai bidang seperti politik, pentadbiran, sukan, budaya, agama dan sastera.

AlamatKampung Dusun Nyior, 24000 Chukai, Terengganu
Waktu OperasiSabtu – Khamis (9AM -5PM)
No. Telefon
Peta Lokasihttps://maps.app.goo.gl/TS3wkWcuLMuysttg8

02. Kelip-kelip Sungai Yak Yah (Yak Yah Fireflies Sanctuary)

Tempat Menarik di Kemaman | Cuba bayangkan, sedang menaiki bot, melihat pemandangan flora dihiasi dengan keindahan cahaya kelip-kelip bersama orang tercinta.

Serious anda pasti tidak akan menyesal dengan berkunjung kesini.

AlamatYak Yah Kelip-kelip, Kampung Yak Yah, 24000 Chukai, Terengganu
Waktu Operasi
No. Telefon
Peta Lokasi

01. Tasik Biru kemaman

Tempat Menarik di Kemaman | Fenomena tasik biru sudah tidak asing lagi di Malaysia yang terbentuk di kawasan bekas tapak perlombongan.

Tasik Biru Kemaman ini terletak di Kampung Macang Setahun begitu menarik perhatian orang ramai untuk datang bergambar.

Anda dinasihatkan untuk berhati-hati di kawasan ini kerana tasik biru tersebut mengandungi kadar asid yang tinggi. Jadi jangan cuba-cuba untuk berenang di sini pula!

AlamatKampung Macang Setahun, 24000 Chukai, Terengganu
Waktu Operasi
No. Telefon
Peta Lokasihttps://maps.app.goo.gl/BXEUdUmqD2UPyDfB7