Tempat Menarik di Kuala Terengganu

Pelbagai tempat menarik di Kuala Terengganu untuk dikunjungi. Satu negari yang sangat indah serta mempunyai budaya yang cukup menarik, Terengganu Darul Iman.

Jika disebut namanya, anda pasti akan terbayang-bayang pantainya yang disaluti pasir halus dengan laut yang indah kebiruan. Negeri yang bukan sahaja kaya dengan hasil laut tetapi juga merupakan sebuah destinasi pelancongan yang cukup lengkap sekali pakejnya, berbeza dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Kali ini penulis akan membawa anda menjelajah Kuala Terengganu yang merupakan satu daerah besra dan di dalam daerah inilah terletaknya ibu negeri Terengganu iaitu Bandar Kuala Terengganu atau lebih sinonim dipanggil Bandar KT. Oleh itu, mari kita lihat di anata 10 tempat menarik yang ada di kota ini.

10. Masjid Kristal

Tempat Menarik di Kuala Terengganu | Kedudukan masjid yang terletak di tengah Sungai Terengganu dan terlihat jelas daripada Jambatan Sultan Mahmud menjadikan pemandangan masjid ini sangat indah. Masjid ini merupakan satu-satunya masjid yang di bina menggunakan kaca dan keluli nagara ini. Melalui gambarnya juga kita dapat melihat seni bina Islam Moorish diterapkan dalam pembinaanya. Selain itu, masjid ini mempunyai 51 kubah dan lengkap dengan empat menara yang pasti membuatkan anda kagum. Anda wajid berkunjung ke sini untuk merasai sendiri pengalaman yang cukup mempesonakan ketika melihat keindahan asjid Kristal terutama apabila ia berkilau terkena sinaran matahari. Pada waktu malam pula, masjid ini akan disinari dengan sistem pencahayaan yang menarik dan pastinya akan mengagumkans esiapa sahaja yang melihatnya.

09. Jambatan Angkat Terengganu (Terengganu Drawbridge)

Tempat Menarik di Kuala Terengganu | Merupakan salah satu tarikan utama yang menjadi mercu tanda ikonik di negeri Terengganu membuatkan destinasi ini menjadi destinasi yang wajib dikunjungi jika ke negeri ini. Tujuan jambatan ini di bina ialah untuk memudahkan perjalanan mernetasi Sungai Terengganu dan mengurangkan kesesakan lalu lintas. Reka bentuknya begitu unik kerana menyerupai The Tower Bridge London membuatkan orang ramai tertarik untuk berkunjung ke sini dan mengambil gambar. Di jambatan in, terdapat datu galaeri yang mengumpulkan hasil-hasil lukisan anak tempatan untuk menjadi tatapan pengunjung. Selain itu, menara setinggi 15 tingkat ini mempunyai sky trace dimana pengunjung dapat berdiri di atas kaca sambil melihat dan menikmati pemandangan indah laut dan bandar Terengganu. Antara tarikan lain selaian menajdi lokasi viral untuk bergambar ialah, jambatan ini juga membuka peluang kepada mereka yang ingin melakukan lawatan sambil belajar terutama bagi mereka yang ingin meneroka teknologi yang digunakan untuk operasi jambatan dan mengenali kaedah laluan air yang menghubungkan sungai Terengganu dan lautan lepas.

08. Taman Tamadun Islam

Tempat Menarik di Kuala Terengganu | Sebuah destinasi menarik bagi menambah ilmu pengetahuan anda tentang Islam bahawa Islam itu bukan sahaja membawa kesejahteraan malahan kemajuan dalam pelbagai aspek. Lokasi ini wajid dilawti kerana di sini anda dapat melihat rekaan bangunan yang cukup terkenal dalam dunia Islam. Di Taman Tamadun Islam ini adna dapat melihat 21 buah replika bangunan yang telah dibina. Antaranya ialah Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Kubah As Sakhrah, Kota Lama Islam Aleppo, Istana Alhambra dan banyak lagi.

07. Masjid Abidin (Masjid Putih)

Tempat Menarik di Kuala Terengganu | Digelar sebagai masjid besar atau masjid putih yang dibina pada tahun 1792 oleh Sultan Zainal Abidin II ini merupakan masjid yang tertua di Terengganu. Pada asalnya, bangunan ini diperbuat daripada kayu tetpi kini telah diubah kepada bangunan batu pada tahun 1852. Masjid Putih juga telah menjadi tempat yang memainkan peranan penting dalam melahirkan banyak tokoh-tokoh agamawan Negeri Terengganu.

Baca Juga: 10 Tempat Menarik di Sungai Petani

Baca Juga: 10 Tempat Menarik di Kuala Kangsar

06. Nasi Dagang Atas Tol

Tempat Menarik di Kuala Terengganu | Jika berkunjung ke negeri Terengganu, salah satu makanan yang wajib anda cuba ialah nasi dagang. Nasi dagang merupakan salah satu makanan tradisi yang cukup terkenal di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Salah satu restoran yang menghidangkan nasi dagang yang paling terbaik di Terengganu ialah kedai Nasi Dagang Atas Tol atau dikenali sebagai NDAT. Keenakan rasanya tidak sama seperti di kedai-kedai nasi dagang yang lain. Saiz hidangan di NDAT ini juga cukup untuk mengalas perut anda selama sehari. Hidangan nasi dagangnya tidak lengkap jika tiada teh peng berbuih yang juga dikatakan diantara menu yang paling best di sini.

05. Bas Kite

Tempat Menarik di Kuala Terengganu | Perkhidmatan bas unik dengan reka bentuknya yang menarik pandangan mata kerana memiliki reka bentuk berkonsepakan rumah tradisional Terengganu. Dilihat dari luarannya, bas ini menggambarkan kekayaan seni, buday dan khazanah negeri pantai timur. Di dalam bas ini pula terdapat dekorasi songket, batik dan ukiran kayu klasik. Selain itu, bas ini juga dilengkapi dengan kemudahan wifi, TV LED dan rak-rak yang dipenuhi brochure pelancingan. Tambangnya juga amatlah berpatutan dan dapat menempatkan sebanyak 30 orang penumpang.

04. Wanisma Craft & Trading

Tempat Menarik di Kuala Terengganu | Jika anda mencari cenderamata yang ingini di bawa pulang dari Terengganu, bolehlah ke Wanisma Craft & Trading. Ia merupakan sebuah pusat perniagaan dan penghasilan kraf tangan yang dibangunkan oleh Wan Mahadi Bin Ismail sejak tahun 1980 lagi. Pusat perniagaan ini menawarkan pelbagai jenis barangan logam, songket dan batyik untuk dimiliki dengan harga yang amta berpatutan. Selain itu, di sini juga anda dapat melihat sendiri bagaimana cara barangan logam dan juga batik di hasilkan. Wanisma Craft & Trading juga lokasi yang sering dikunjungi oleh pelancong luar negara seperti daripada negara barat, Brunei dan Singapura yang ingin mendapatkan hasil kraftangan asli dan berkualiti.

03. Muzium Negeri Terengganu

Tempat Menarik di Kuala Terengganu | Jika ingin mengenali lebih lagi tentang Negeri ini, bsilalah berkunjung ke Muzium Negeri terengganu. Reka bentuknya adalah berdasarkan senibina rumah tradisional Terengganu atau lebih di kenali sebagai Rumah tele / Rumah Tiang. Muzium yang memilik 5 bahagian berbeza ini banyak mempamerkan info-info sejarah tentang negeri Terengganu dari dahulu sehingga kini. Antara bahagian yang ada di dalam muzium ini ialah Muzium Utama, Muzium Perikanan, Muzium Maritim, taman botani serta herba dan akhir sekali adalah 4 buah rumah rekaan tradisional.

02. Pantai Pandak

Tempat Menarik di Kuala Terengganu | Pantai Pandak atau lebih sinonim dengan Pantai Chandering ini merupakan salah satu tempat menarik di Kuala Terengganu yang mesti anda lawati. Lokasinya terletak di kawasa perkampungan yang menghubungankan jal;an utama Marang- Kuala Terengganu. Persekitaraannya yang berbatu bata menjadi tumpuan ramai dan sering menambat hati mereka yang kaki DSLR. Jika ingin mandi di pantai ini, dinasihatkan untuk mencari tahu dahulu tentang kekuatan ombaknya kerana pantai ini memiliki pusaran air yang agak kuat.

01. Bazar Warisan

Tempat Menarik di Kuala Terengganu | Bangunan yang memiliki reka bentuk tradisional Terengganu ini banyak mengumpulkan kraftangan dan seni tradisional Terengganu seperti batik, sutera, tembaga dan songket. Dengan mempunyai bangunan 3 tingkat ini, berkunjung yang datang ke sini dapat menikamti pemandangan indah muara sungai Terengganu kerana lokasinya yang betul-betul mengahadap ke sungai itu. Pada waktu petang, pengunjung dapat melihat panorama yang indah di tingkat 3 bangunan ini.