Tempat Menarik di Batu Pahat

Batu Pahat merupakan pengeluar terbesar gambir dan lada hitam pada ketika dahulu, dan turut dikatakan sebagai syurga makanan bagi negeri Johor Darul Ta’zim.

Tidak kira dari sup yang bermacam rasa hinggalah ke hidangan mee racun yang popular dikalangan penduduk tempatan, memang tidak dapat dinafikan banyak lokasi santapan yang patut anda rasai di sini. Bukan sahaja syurga bagi deria rasa, Batu Pahat juga menempatkan banyak destinasi yang menarik untuk disinggahi.

Ingin ketahui senarai lokasi-lokasi menarik yang terdapat di Batu Pahat? Jom ikuti perkongsian kami mengenai senarai 10 tempat menarik di Batu Pahat 2024!

Anda Mungkin Berminat:

10. Tropical Village Ayer Hitam

This image has an empty alt attribute; its file name is image.png

Tempat Menarik di Batu Pahat | Lokasi ini merupakan sebuah taman tema yang luasnya meliputi sehingga 32 ekar dan terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu bahagian taman permainan, pertanian, sudut santai, dan juga mercu tanda serta mini world.

Pada sudut bahagian mercu tanda, anda akan dapati pelbagai macam replika-replika mini yang menggambarkan tentang bangunan yang ada di Malaysia seperti KLCC dan A Famosa.

Jika anda berada pada sudut bahagian Mini World pula, replika seperti Eiffel Tower, Statue of Liberty dan macam-macam lagi anda akan dapati disini. Di sudut santai taman tema ini terdapat House of Mirrors, Dinosaur Train dan Haunted House, manakala pada bahagian taman permainan pula terdapat Pet Corner, Oriental Island dan Garden of the Shy Monkey.

Banyak bukan aktiviti yang boleh dilakukan disini? Andai kata anda tak puas atau ingin bermalam disekitar sini, anda boleh bermalam di bilik dorm yang disedikan pihak Tropical Village Ayer Hitam.

Alamat: Jalan Johor, 86200 Ayer Hitam

09. Pasar Karat Batu Pahat

Tempat Menarik di Batu Pahat | Jika anda penggemar barangan lama atau antik, Pasar Karat Batu Pahat mungkin akan menggembirakan anda. Ianya adalah sebuah pasar barangan antik yang cukup popular dikalangan penduduk tempatan.

Pelbagai barangan lama yang dapat anda lihat di sini yang termasuklah pakaian, cenderamata, elektronik, duit syiling dan banyak lagi. Sesetengah barangan yang diniaga di sini didatangkan khas daripada Singapura.

Alamat: Jalan Pasar, Batu Pahat

08. Mee Racun Tulang Sri Jaya

Tempat Menarik di Batu Pahat | Mee Racun? Betul ke beracun? Hahaha. Dari nama sahaja dah tahu keunikan makanan ni. Tapi, kalau nak tahu makanan itu sedap atau tidak, tengok je bilangan pengunjung yang hadir, sampai berbaris orang beratur semata-mata nak menikmati hidangan mee beracun di Mee Racun Tulang Sri Jaya.

Menu yang mampu meracun anda sehingga terbawa ke mimpi ini adalah mee yang dihidangkan dengan sup gearboxnya. Jangan risau, walaupun terkenal, harga makanannya cukup berpatutan.

Alamat: TL1, Jalan Rotan Tungal, Taman Sri Jaya, 83000 Batu Pahat

07. Galeri Dato’ Onn Batu Pahat

Tempat Menarik di Batu Pahat | Bangunan ini telah dibina pada tahun 1938 yang lalu dan terletak di dalam kawasan padang golf.

Sebelum diubah status kepada galeri, bangunan ini merupakan rumah kerajaan yang telah didiami oleh Dato’ Onn dari tahun 1945 hingga 1947 sewaktu beliau menjawat jawatan sebagai Pegawai Daerah di Batu Pahat.

Jika anda seorang yang berjiwa patriotik, apa kata singgah ke galeri ini untuk mengetahui kisah hidup seorang tokoh yang menyumbang besar terhadap kemerdekaan negara ini.

Selain itu, galeri ini turut mempamerkan banyak barangan lain yang wujud pada zaman Dato’ Onn seperti basikal tua, senjata, tembikar, barangan perhiasan dan lain-lain lagi.

Alamat: JKR 525, Jalan Dato Mohd Shah, Gunong Soga, 83000 Batu Pahat

06. Hutan Lipur Soga Perdana

This image has an empty alt attribute; its file name is image-5.png

Tempat Menarik di Batu Pahat | Terletak kira-kira 3 km daripada Bandar Batu Pahat, Hutan Lipur Bukit Soga Perdana merupakan hutan simpan yang memiliki fasiliti yang lengkap untuk menjadikan ia satu tempat rekreasi untuk dikunjungi.

Pada ketinggian kira-kira 785 meter dari titik awal perjalanan, anda boleh dapati sebuah menara pemerhati yang boleh dikunjungi untuk melihat dengan lebih jelas pemandangan flora yang hijau dari puncak hutan dan anda juga boleh meyaksikan bandar Batu Pahat dengan jelas dari sini.

Alamat: Jalan Perdana 17, Taman Bukit Perdana, 83000 Batu Pahat

05. Nasi Lemak Cik Chom

Tempat Menarik di Batu Pahat | Tanya saja penduduk lokal tentang mana hidangan nasi lemak yang sedap dekat sini, pasti mereka akan syorkan ke gerai Nasi Lemak Cik Chom.

Pertama kali kami kesini memang terkejut melihat berduyun-duyun pengunjung yang sanggup beratur dari sebelum kedai dibuka lagi untuk memakan nasi lemak yang istimewa di gerai ini.

Apa yang special sangat tentang nasi lemaknya adalah lauk yang disediakan bersama dengan nasi lemak ini iaitu sama ada sotong bersaiz gergasi ataupun ikan siakap. Berbaloi dengan penantian kami dengan hidangan yang cukup lazat tersebut.

Alamat: No. 16, Jalan Kencana 1a/1, 83300 Sri Gading

04. Taman Rekreasi Tasik Y

tasik y batu pahat

Tempat Menarik di Batu Pahat | Tertanya mengapa dinamakan Taman Rekreasi Tasik Y? Ini kerana, taman ini sebenarnya jika dari pandangan atas udara, taman ini seolah-olah berbentuk Y. Senang je dapat nama. Hahaha

Taman ini pernah menjadi tapak perlombongan suatu ketika dahulu. Namun sekarang, taman ini merupakan sebuah taman rekreasi yang dilawati ramai orang untuk beriadah di waktu petang dan di hujung minggu.

Fasiliti disediakan pun cukup lengkap dengan adanya laluan refleksologi, taman permainan, peralatan senaman dan pondok rehat.

Alamat: Jalan Sejati, Kampung Bahagia, 83000 Batu Pahat

03. Old Street Batu Pahat

This image has an empty alt attribute; its file name is image-8.png

Tempat Menarik di Batu Pahat | Inginkan sesuatu yang confirm indah untuk menangkap gambar? Inilah heaven untuk anda mendapatkan foto-foto yang hebat sewaktu bercuti di Batu Pahat.

Terletak di Old Street Batu Pahat, pada bahagian atas bumbung bangunan ini terdapat sebuah taman yang dihias cantik yang dinamakan sebagai Sky Garden Old Street. Selain taman yang indah, di bahagian atas bumbung ini juga terdapat banyak restoran yang dihias dengan penuh kreatif.

Alamat: Jalan Parit Besar, 83000 Batu Pahat

02. Taman Botani

This image has an empty alt attribute; its file name is image-10.png

Tempat Menarik di Batu Pahat | “Cinta adalah suci lahir dari jiwa…” pernah terdengar lirik ini? Di mana ya? Inilah cebisan lirik lagu Asmaradana daripada filem Puteri Gunung Ledang.

Kaitannya dengan Taman Botani yang terletak di Sri Medan ini adalah kerana di sinilah lokasi rakaman filem legenda ini.

Lihat sahaja pemandangan yang disajikan di Taman Botani ini, tidak hairanlah ia telah menjadi lokasi pilihan. Cukup indah dan mendamaikan jiwa.

Alamat: Seri Medan, 83000 Batu Pahat

01. Wet World Batu Pahat

Tempat Menarik di Batu Pahat | Siapa yang tak suka bermandi-manda? Lagi syok kalau setiap kali melancong ke satu-satu tempat, anda cuba setiap taman tema airnya, barulah lengkap ‘portfolio’ mandi-manda anda sekeluarga.

Tidaklah sebesar Sunway Lagoon tapi tetap lengkap dengan bermacam jenis tarikan yang pasti membuatkan anda sekeluarga gembira kepuasan seperti gelongsor air yang panjangnya bukan kepalang, kolam renang berombak, Kiddy Pool dan banyak lagi!

Alamat: Lot 138, Jalan Bukit Pasir, Tasik Bukit Pasir, Batu 1/2, Johor, Kampung Batu Pasir, 83000 Batu Pahat