tempat menarik di kuching

Terdapat beberapa tempat menarik di Kuching. Pada entri kali in, penulis akan membawa anda merentasi Laut China Selatan ke sebuah bandaraya yang akan memberi kejutan kepada anda tentang khazanah warisannya yang cukup unik serta pelbagai jenis etnik yang cukup menarik untuk dikenali.

Ibu negeri Sarawak iaitu daerah Kuching, adalah antara destinasi penting untuk anda lawati bagi mengisi dada dengan pelbagai informasi sebelum membuka langkah untuk ke kawasan sebenar yang menjadi penempatan mereka.

Daerah ini juga dikenali sebagai Bandaraya Perpaduan ini mempunyai tarikan yang pastinya tidak akan mengecewakan anda kerana mempunyai keunikan yang tersendiri dan sesetengah daripada tarikan di sini jarang untuk dijumpai di Semenanjung malaysia.

Ingin tahu dengan lebih lanjut tentang bandaray ini? Mari bersama kami menerokai sedikit sebanyak tentang lokasi-lokasi yang menarik yang ada di sini.

15. Muzium Kucing

Merupakan muzium kucing yang pertama di dunia, muzium ini terletak di dalam bangunan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kucing Utara. Dengan keluasan lebih daripada 1000 meter persegi, muzium ini menempatkan lebih daripada 4000 pameran yang menarik. Terdapat pelbagai pameran, gambar, kesenian bertemakan kucing dan juga pelbagai barangan cenderahati yang menarik.

Untuk masuk ke muzium ini, anda tidak perlu hirau akan bayaran kerana yuran masuknya percuma, namun jika ingin mengambil gambar anda akan dikenakan cas sekitar RM3.00 – RM 5.00 sahaja. Di muzium ini terdapat 4 buah galeri yang didalamnya terdapat lebih daripada 50 pameran berbeza seperti jenis-jenis kucing, kucing pada zaman pertengahan, koleksi Garfield, koleksi buku kucing, koleksi Hello Kitty, info tentang kucing pada zaman purba Mesir dan banyak lagi.

14. Taman Buaya Jong

Terletak kira-kira 20 minit pemanduan dari Bandaray Kucing, Taman Buaya Jong menempatkan lebih daripada seribu ekor buaya yangs etia menanti kedatangan anda di sebalik sangkar yang telah menjadi habitat mereka. Lokasi ini merupakan tempat pemeliharaan dan pemuliharaan buaya yang terbesar di Malaysia. Selain buaya, anda juga dapat melihat haiwan ekstotik yang juga sering menjadi tumpuan pelancong yang berkunjung ke sini iaitu ikan arapaima. Ikan arapaima merupakan spesis ikan air tawar yang terbesar di dunia. Antara aktiviti yang akan membuatkan anda begitu teruja jika ke sini ialah ketika melihat aksi-aksi buaya ganas ini menerjah tinggi untuk mencapai ayam mati yang digantungkan pada tali rentang. Selain itu, anda juga boleh melawat muzium buaya yang ada di sini yang turut menempatkan tulang buaya lagenda pada ketika dahulu iaitu si Bujang Senang.

Pada zaman tahun 80an, Bujang Senang dikatakan buaya jadian berwarna putih yang kerap dan suka memakan manusia. Ia diburu cukup lama dan dikatakan mengganas di Sarawak selama lebih 40 tahun, sebelum tumpas dibunuh pada tahun 1992. Panjangnya lebih 19 kaki, iaitu 3X ganda tinggi seorang lelaki dewasa. Ini menjadikan ia buaya ke-3 terbesar dalam dunia yang pernah ditangkap manusia. Taman Buaya Jong ini juga ada 3 ekor buaya besar lain yang dinamakan Pak Indon, Bujang Sudin dan Bujang Samariang. Ketiga-tiga ekor buaya ini hampir sama panjangnya dengan Bujang Senang. Pak Indon telah dibeli dan dibesarkan dari saiz 3 kaki sampai ke 18 kaki dan umurunya sekarang telah mencecah lebih 50 tahun. Dua ekor buaya besar lain pula adalah buaya yang ditangkap sekitar Sarawak. Jika anda diselubungi perasaan takut melihat buaya, anda juga bole

Baca Juga: 15 Tempat Menarik Di Kota Kinabalu (2023)

13. Friendship Park / Taman Sahabat

Taman Sahabat Kuching ini ini ialah sebuah taman rekreasi yang dibina pada tahun 2005 hasil daripada kerjasama antara kerjaan Malaysia dan China sebagai tanda simbolik kepada keakraban hubungan Negara China & Malaysia. Dengan keluasan 2.8 hektar, taman ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu taman Malaysia dan Taman China. Di Taman Malaysia, anda dapat melihat Sarawak Fountain dan di sana terdapat sebuah monumen berdiri yang menjadi simbol kepada kepelbagaian etnik di Sarawak. Terdapat juga mural yang memaparkan 14 buah dinding yang mnelambangkan 14 buah negeri di malaysia di beri nama sebagai Malaysia Murals. Untuk Taman China pula, terdapat jambatan unik yang bebrbentuk zig-zag, perigi permintaan (wishing well), pondok untuk berehat yang berprinsipkan Kunming dan Beijing serta sebuah tugu Laksamana Cheng Ho.

Selain itu, terdapat juga sebuah tasik bersih dan laluan pejalan kaki yang dibina di tengah-tengah tasik itu. Berjalan-jalan di sini sememangnya dapat menyejukkan mata dengan kehadiran kelibat ikan-ikan koi yang berenang dengan penuh keseronokkan di dalam tasik tersebut.

12.  Fairy Cave / Gua Pari Pari

Sebuah keindahan alam semula jadi yang cukup menarik untuk diteroka iaitu Gua Pari Pari yang merupakan sebuah gua batu kapur besar dan telah wujud sejak lebih dripada 100,000 tahun lagi. Untuk menuju ke gua ini, terdapat bebrapa anak tangga yang disediakan bagi memudahkan pengunjung mengakses ke kawasan utama gua. Anda digalakkan untuk membawa sendiri lampu suluh kerana, kawasan gua ini cukup gelap dan diminta untuk berhati-hati ketika menggunakan kemudahan tangga tersebut kerana sangat curam dan licin.

Selain itu, dikatakan bahawa pada dahulu kala terdapat sekumpulan manusia yang tinggal di situ, namun mereka kerap mendera kanak-kanak yang menyebabkan mereka disumpah menjadi batu. Kebenaran kisah ini masih belum diketahui namun terdapat beberapa batu yang menyerupai manusia yang boleh dijumpai didalamnya.

11. The Village House

Inginkan penginapan dengan suasana yang unik dan membuatkan diri lebih terasa berada di kawasan perkampungan? Inilaah tempatnya. The Village House merupakan sebuah hotel yang berkonsepkan ala-ala kampung. Dekorasi dan binaan di sini terlihat seperti sebuah rumah agam Melayu yang besar. Suasanya disekelilingnya pula sangat mendamaikan kerana dikelilingi oleh hutan belantara. Destinasinya hanya 30 km sahaja dari Bandaraya Kuching. Hotel ini menawarkan 2 jenis hotel suites dan 10 bilik penginapan jenis biasa. Di tengah2 binaan hotel ini terdapat sebuah kolam mandi sesuai untuk anda sekeluarga bersuka ria.

10.  Rumah Panjang Annah Rais Bidayuh

Seperti yang diketahui umum, Sarawak sememangnya terkenal dengan rumah panjang dan kaum Bidayuh. Rumah Panjang Annah Rais Bidayuh ini berusia kira-kira 200 tahun lamanya. Terletak lebih kurang 85 km ke arah selatan Bandaraya Kuching, lokasi ini merupakan tempat penempatan etnik Bidayuh dan hanya terletak di kaki bukit Borneo Highland. Jika ingin merisai pengalaman berlajar tentang kebudayaan masyarakat di sini, anda boleh bermalam dan melakukan pelbagai aktiviti menarik bersama orang setempat. Antara aktiviti yang menunggu anda ialah berendam di kolam air panas Annah Rais, mandi di air terjun 3 tingkat, melawat Head House yang dipanggil ‘Panggah’ yang berusia lebih 150 tahun, meredah hutan dan banyak lagi.

9. Kompleks Kubah Ria dan Pasar Satok

Dua destinasi yang bersebelahan dan menjadi salah satu tempat menarik yang harus anda kunjungi jika ingin melihat keunikan budaya perniagaan warga Sarawak. Untuk menjamu selera dengan pelbagai makanan kenegerian orang Sarawak yang ada dijual di sini seperti mee kolok, laksa Sarawak, umai Sarawak, linut & sebagainya anda boleh lah ke Kompleks Kubah Ria. Selepas mengisi perut, bolehlah berjalan kaki ke Pasar Satok . Terdapat pelbagai barangan basah & kering yang boleh anda dapati di sini samaada untuk tujuan memasak ataupun untuk dijadikan ole-ole.

8. Muzium Textile Sarawak

Muzium yang menempatkan pelbagai koleksi menarik seperti tekstil atau fabrik yang berkonsepkan kebudayaan komuniti orang Sarawak samaada yang antik, klasik atau pun rekaan yang lebih moden seperti songket Melayu orang Sarawak & Iban Pua Kumbu. Bangunan muzium berwarna putih ini dibina pada 1907 ketika era penjajahan untuk dijadikan pusat perubatan. Seni bina bangunan sangat unik dan klasik kerana mempunyai sentuhan senibina Inggeris. Jika ingin mencari idea untuk membeli barangan sebagai cenderahati atau pakaian yang sinonim dengan kebudayaan orang-orang Sarawak, destinasi ini sangat disyorkan untuk anda terokai!

7. Tasik Biru

Lokasi yang cukup mudah untuk dikunjungi kerana terletak betul-betul di tepi jalan raya. Jika ke Gua pari-pari anda akan melimpasi tasik ini jadi, jangan lepaskan peluang untuk singgah sebentar dan mengambil gambar kenang-kenangan di sini. . Pemandangan tasik ini cukup memukau hati dengan kebioruan airnya seperti air laut. Untuk pengetahuan anda , tasik ini dahulunya merupakan tempat pelombongan emas yang sangat terkenal di Kuching Selain itu, di sini juga ada menyediakan perkhidmatan paddling boat & kayak sekiranya anda ingin menikmati keindahan tasik ini dengan cara riadah yang lebih santai.

6. Pusat Hidupan Liar Semenggoh

Lokasi yang mengambil masa 30 minit pemanduan dari pusat bandar Kuching, Pusat Hidupan Liar Semenggoh ini telah beroperasi sejak 20 tahu lalu dan mmerupakan tempat di mana orang utan diajar oleh renjer hutan di sini agar pandai membawa diri ketika dilepaskan ke dalam hutan ketika mencapai umur yang matang. Bukan sahaj tempat untuk orang hutan, malah pusat hidupan liar ini juga ada menempatkan lebih dari 1000 ekor haiwan yang lain. Waktu yang sesuai untuk berkunjung ke sini ialah pada waktu memberi orang-orang utan makan iaitu pada waktu pagi jam 9.00am – 10.00am dan pada waktu petang 3.00pm – 3.30pm. Yang menariknya lagi, setiap orang utan di sini mempunyai nama yang tersendiri. Jangan pula ada yang terkejut jika melihat ada orang utan yang turun dari atas pokok ketika renjer hutan di sini menyebut nama manusia.

5. Muzium Budaya Borneo

Merupakan mercu tanda baharu bandar raya Kuching, Muzium Budaya Borneo ialah bangunan lima tingkat moden dengan reka bentuk seni bina tersendiri yang mencerminkan kraf tradisional Sarawak yang unik dan warisan budaya yang kaya. Muzium ini terdiri daripada dua bangunan iaitu Muzium Budaya Borneo dan Bangunan Pejabat Tambahan. Auditorium dan bilik majlis di tingkat satu akan dapat menganjurkan pelbagai acara, dan program ini akan menjadikan muzium sebagai tempat yang meriah. Di situlah kemudahan pelawat yang akan memenuhi keperluan penting pengunjung seperti kaunter penerimaan tetamu, restoran dan kedai. Muzium ini menempatkan pelbagai pameran yang pastinya cukup mengujakan. Untuk pengetahuan, Muzium Budaya Borneo dan Bangunan Pejabat Tambahan adalah sebahagian daripada Kompleks Muzium Sarawak (SMC). Bangunan lain dalam SMC ialah Muzium Sarawak (Bangunan Lama), Akuarium Kuching, Muzium Warisan Islam, Muzium Sejarah Alam, Bangunan Taksidermi, Bangunan Pejabat Tambahan dan Muzium Kesenian Sarawak.

4. Taman Negara Gunung Gading

Bagi yang belum berpeluang melihat sendiri bunga yang terbesar di dunia iaitu Bunga Reflesia, bolehlah berkunjung ke Taman Negara Hunung Gading. Untuk pengetahuan anda, bunga ini akan membesar sehingga mencecah saiz 1 meter. Selain itu, bunga ini juga bukan seperti bunga-bunga lain yang ada musim bunganya. Jadi, untuk melihat proses bunga ini mengembang tidaklah mudah. Akan tetapi, jika ingini melihat proses Bunga Reflesia mengembang adalag disyorkan untuk datang semasa musim hujan kerana kemungkinannya untuk mengembang agak tinggi. Pokok bunga ini akan mengambil masa selama 9 bulan untuk mencapai tahap kematangan dan sebelum ianya mati, ia akan berkembang selama 4-5 hari. Yang uniknya lagi, ketika mengembang, bunga ini akan mengeluarkan suatau bau yang isimewa untuk menarik perhatian serangga yang terbang agar hinggap di atasnya.

3. The Kalimantan View Point @ Borneo Highland Resort

Jika berhasrta untuk berhoneymoon di bumi kenyalang datanglah ke The Kalimantan View Point. Di sini juga terdapat sebuah resort yang berdekat yang dinamakan Borneo Highland Resort. Destinasinya mengambil masa selama 40 minit pemanduan dari bandar utama Kuching sebelum tiba di pintu masuk yang ada di kaki bukit. Dalam perjalanan untuk ke sini, anda bakal dipersembahkan dengan panorama yang cukup indah dan mendamaikan jiwa dan terasa seperti berada di Cameron Highlands. Selain melihat pemandangan yang indah, ada juga aktiviti lain yang menunggu anda di sini. Antaranya ialah, menunggang kuda, berbasikal, golfing atau berjungle trekking. Yang uniknya lagi, Sekiranya anda menapakkan kaki melepasi papan tanda yang turut bertindak sebagai penghadang di Kalimantan View Point ini, anda telah pun memasuki Kalimantan, Indonesia tanpa passport!

2. Tugu Kucing

Setiap lokasi yang anda tujui, pasti mempunyai mercu tanda yang tersendiri yang sudah tentu menjadi tumpuan pelancong untuk datang bergambar. Di Kuching, terdapat satu tugu kucing yang sering menjadi tumpuan pelancong untuk bergambar dan dijadikan sebgai kenang-kenangan. Lokasi tugu ini terletak berdekatan beberapa hotel dan berhadapan dengan pusat shopping di Kuching. Fakta menarik tentang Bandaray Kuching ini ialah, pada zaman dahulu, terdapat banyak kucing-kucing hutan yang berkeliaran di sekitar sungai berdekatan & pada ketika itu juga kawasan ini masih dipenuhi hutan-hutan belantara.

1. Kuching Waterfront

Satu lagi tempat yang wajib dikunjungi bila berada di Kuching iaitu Kuching Waterfront. LOkasinya sering menjadi tumpuan pelancong untuk melihat pemandangan indah Sungai Sarawak & beberapa tarikan di sekeliling yang sangat cantik seperti Bangunan Dewan Undangan Negeri & juga Jambatan Darul Hana. Pemandangan di Kuching Waterfront sangat indah ketika menjelangnya waktu malam terutamannya pada ketika matahari mula terbenam. Di sinilah anda berpeluang untuk melihat panorama matahari terbenam yang sungguh indah. Jangan lupa sediakan kamera ya! Pada waktu malam, sekitar 8.30 pm – 10.30 pm, terdapat musical fountain show yang sangat berwarna warni yang pastinya akan membuatkan anak-anak teruja. Selain itu, ada juga gerai-gerai di tepi jalan yang menjual barangan cenderahati seperti hasil tembikar, tikar mengkuang, hiasan dalaman rumah dan sebagainya. Gerai-gerai makanan santai juga ada dibuka pada setiap malam.