Pada perkongsian kali ini, kami bawakan anda 10 Tempat Menarik di Pokok Sena. Sebelum itu, ikuti perkongsian kami dibawah.
Daerah ini merupakan daerah ke-12 yang dibentuk daripada enam buah mukim yang dahulunya di bawah pentadbiran daerah Kota Setar. Daerah ini telah diisytiharkan sebagai sebuah daerah baru oleh Sultan Kedah pada 2009.
Okay, tanpa membuang masa, jom kita lihat beberapa tempat menarik yang anda boleh lawati bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda. Selamat membaca!
Artikel Penting: Passport dan Visa – Cara Mohon & Senarai Dokumen Yang Diperlukan (2024)
10 Tempat Menarik di Pokok Sena
10. Kilim Geoforest Park
Tempat Menarik di Pokok Sena – Taman ini penuh dengan sejarah yang kaya dengan sumber alam. Disini, anda boleh temui tempat untuk ‘hiking’ , menaiki bot ke gua laut tersembunyi, melihat hidupan liar seperti memerang, ikan lumba-lumba dan juga Dolphins.
Pembentukan batu pada bahagian tebing juga sangat mengagumkan untuk dilihat dan diambil gambar. Terdapat juga fosil yang boleh anda temui yang bermula sejak 500 juta tahun dahulu.
Alamat: Kilim River Tourism Jetty, Mukim Kampung Kilim, 07000 Langkawi, Kedah
09. Taman Lagenda
Tempat Menarik di Pokok Sena – Taman legenda ini terletak tidak jauh dari dataran helang gergasi yang terkenal. Taman yang mempunyai tasik dan hutan yang cantik serta pemandangan yang indah ini memang sangat terkenal dikalangan pelancong mahupun penduduk tempatan. Jika anda ingin merasakan pengalaman untuk menginap sambil menikmati alam semula jadi yang best, boleh try untuk check-in resort yang terdapat disini.
08. Roti Canai Terbang Pokok Sena
Tempat Menarik di Pokok Sena – Roti Canai Terbang Pokok Senadi di Pokok Sena adalah gerai roti canai yang terkenal dengan hidangan roti canai yang lembut dan berempah. Roti canai yang disajikan di sini mempunyai lapisan yang tipis dan garing di luar, sementara lembut di dalam. Anda akan menikmati pilihan pelbagai jenis kuah seperti kari ayam, kari daging, atau kuah dhal yang pekat dan lezat.
Keistimewaan Roti Canai Terbang adalah fleksibilitas untuk memilih jenis kuah sesuai dengan selera Anda. Tempat ini menawarkan pengalaman santapan yang enak dan berbaloi dengan harga yang berpatutan. Suasana gerai ini santai dan mesra terhadap pelanggan, menjadikannya destinasi yang populer untuk sarapan pagi atau makan tengah hari bersama rakan-rakan atau keluarga.
Alamat: No 62, Jalan Pekan Lama, 06400 Pokok Sena, Kedah
07. Rafek Roti Canai
Tempat Menarik di Pokok Sena – Rafek Roti Canai di Pokok Sena adalah gerai roti canai yang terkenal dengan hidangan roti canai yang enak dan lezat. Roti canai yang disajikan di sini mempunyai lapisan yang garing di luar dan lembut di dalam, menjadikannya pilihan yang digemari oleh penduduk tempatan. Anda dapat menikmati roti canai ini dengan berbagai jenis kuah seperti kuah kari, kuah dhal, atau kuah ayam yang berempah.
Rafek Roti Canai juga menyediakan hidangan tambahan seperti telur dadar dan sambal pedas. Tempat ini menawarkan suasana yang santai dan ramah terhadap pelanggan, menjadikannya tempat yang cocok untuk sarapan pagi atau makan tengah hari bersama keluarga atau teman-teman. Harga yang berpatutan membuat Rafek Roti Canai menjadi destinasi yang populer di Pokok Sena.
Alamat: Taman Bandar Baru, 06400 Pokok Sena, Kedah
06. Taman Kekal Pengeluaran Makanan – Gajah Mati
Tempat Menarik di Pokok Sena – Taman Kekal Pengeluaran Makanan Gajah Mati ini merupakan kawasan yang dikhaskan untuk menghasilkan tanaman-tanaman seperti jagung, nenas, cili, petola, mas melon, tebu dan mangga.
Kalau anda datang ke sini anda boleh membeli hasil-hasil tanaman yang segar secara runcit mahupun borong dari Gerai Jualan Terus dan Pusat Pengumpulan TKPM Gajah Mati.
Dah puas membeli-belah, bolehlah meneruskan aktiviti percutian anda sekeluarga dengan berkelah pula.
Alamat: Taman Kekal Pengeluaran Makanan, Jalan Naka-Pokok Sena, 06400 Pokok Sena, Kedah
05. Hamsha village
Tempat Menarik di Pokok Sena – Terletak kira-kira 40-45 minit dari susur keluar tol Alor Setar utara, tempat ini menawarkan anda percutian dalam kampung yang sangat best & menenangkan. Sesuai untuk yang ingin rehatkan diri dari hiruk-pikuk kota.
Fasiliti yang disediakan disini juga amat memuaskan dengan adanya tempat letak kenderaan, kolam renang, kolam ikan bagi mereka yang ingin memancing, kedai makan, dan juga tandas awam.
Alamat: batu 17, jalan naka, bendang lanjut, 06400 Pokok Sena, Kedah
04. Nasi Tomato Pokok Sena
Tempat Menarik di Pokok Sena – Nasi Tomato Pokok Sena, sebuah hidangan eksklusif yang tersedia di Pokok Sena di Kedah, Malaysia, adalah sajian yang tidak boleh dilewatkan. Hidangan ini terdiri dari nasi yang dimasak bersama rempah-ratus dan tomato, memberikan sentuhan warna merah yang memikat dan rasa yang mendalam.
Hidangan ini sangat digemari baik oleh penduduk setempat maupun pelancong yang ingin merasai keaslian masakan Melayu di Kedah.
Alamat: Pekan Langgar, 06400 Pokok Sena, Kedah
03. Joul & Sons
Tempat Menarik di Pokok Sena – Joul & Sons merupakan satu gerai santai dan hipster yang baru dibuka di kawasan Pokok Sena BSN, Bank Islam Pokok Sena / Taman Angsana), Kedah. Sebuah kedai yang unik dari segi landskap iaitu dihiasi dengan jerami padi dan juga lokasinya yang strategik telah menarik ramai orang untuk singgah ke kedainya.
Lokasinya hanya berada di pinggir jalan jadi memudahkan pelanggan untuk berhenti dan mencuba pelbagai menu yang terdapat di kedainya. Antara menu yang menjadi tarikan buat para pembeli adalah kerabu maggi,laksa, oden dan juga terdapat aneka minuman frappe. Waktu operasi kedai adalah bermula jam 2.30 petang hingga 11 malam.
Alamat: Sebelah Taman Angsana ,Pokok Sena, Kedah (laluan masuk Bank Islam / BSN)
02. Tarikan Nat Sabtu Di Pokok Sena
Tempat Menarik di Pokok Sena – Istilah “nat” atau pasar sabtu amat sinomim di kalangan warga setempat dan juga pengunjung. Panggilannya sudah menunjukkan keunikannya. Pasar sehari ini adalah pasar tani mingguan yang diadakan di sesuatu lokasi.
Antara tarikan pasar sehari ini adalah memudahkan penduduk berdekatan mendapatkan barangan keperluan yang berkualiti tinggi dengan harga murah dengan pelbagai pilihan. Pengunjung disyorkan untuk mengunjungi nat ini kerana banyak makanan tradisional negeri kedah mudah didapati disini disamping dapat merasai kemeriahannya.
01. Siddiq Satey Sado
Tempat Menarik di Pokok Sena – Siddiq Satey Sado merupakan satu gerai santai yang terletak berhampiran Restoran Awana. Lokasinya yang strategik di Batu 14 jalan menghala ke Kuala Nerang telah menjadi tumpuan buat para pembeli. Di samping itu, gerai yang terletak di pinggir jalan juga menarik perhatian orang ramai untuk singgah membeli satey.
Siddiq Satey Sado juga turut menerima tempahan untuk sebarang majlis. Salah satu daya tarikan gerai adalah pemilik kedai satey yang ramah dan juga servis yang cepat.
Alamat: Kampung Panchor, 06400 Pokok Sena, Kedah