11 Tempat Menarik di Melaka dan BEST Tahun 2023

Tempat menarik di Melaka, Bandaraya Bersejarah. Walaupun kecil diatas peta Malaysia, tetapi menjadi pilihan jutaan pelancong setiap tahun untuk dijadikan destinasi pelancongan mereka. Kebanyakkan tempat-tempat di Melaka lebih signifikan terhadap sejarah-sejarah awal pembentukkan Melaka dan bangunan dengan seni bna yang unik & ada sesetengahnya pula berusia sehingga ratusan tahun lamanya.

Untuk pengetahuan anda, Bandaraya Melaka diiktiraf sebagai salah satu bandar-bandar warisan dunia yang mempunyai banyak nilai sejarah oleh UNESCO. Dalam perkongsian kali ini, kita akan selami beberapa tempat yang menarik yang anda boleh kunjungi ketika berada di Bandara Melaka yang sangat bersejarah ini.

Bagi memudahkan anda untuk bergerak menerokai kota Melaka ini, kami akan kongsikan bersama tentang senarai tempat, alamat tempat, nombor telefon, website rasmi, harga tiket, waktu operasi dan banyak lagi didalam perkongsian penulisan kali ini. Selamat membaca!

11. DoubleTree by Hilton Hotel Melaka

Tempat menarik di Melaka – Disajikan dengan pemandangan Laut Selat Melaka yang menakjubkan dan Bandar Melaka yang indah, DoubleTree Hilton adalah tempat yang best untuk dijadikan tempat bermalam. Dengan lokasi yang terletak di tengah bandar Melaka, ianya sangat strategik bagi para pelancong. Hanya beberapa minit sahaja diperlukan untuk pergi ke Tapak Warisan Dunia UNESCO. Hotel ini juga disambungkan secara langsung dengan bangunan Elements Shopping Mall yang pasti membuatkan para tetamu dapat menikmati akses mudah ke tempat pelancongan, tempat makan dan destinasi membeli-belah.

Fasiliti yang sempurna membuatkan lagi percutian anda lebih menyenangkan dengann adanya kolam renang infiniti, kelab kanak-kanak, gym, sauna dan tidak ketinggalan bilik wap. Untuk mereka yang datang dalam kumpulan atau keluarga yang besar, terdapat juga pilihan untuk menyambungkan sehingga empat bilik menjadi satu ruangan penginapan peribadi.

10. Melaka Thousand Tales of Adventure

Tempat menarik di Melaka – Tempat ini menawarkan anda semua aktiviti indoor yang pelbagai dan menarik. Sangat sesuai bagi mereka yang penggemar aktiviti ala-ala treasure hunt ataupun escape room. Tempat ini sangat sesuai bagi mereka yang bercuti bersama keluarga mahupun bersama rakan-rakan anda kerana kesemua aktiviti yang ada disini boleh dimainkan bersama.

Lokasi yang sangat strategik, besebelahan dengan Plaza Mahkota & berdekatan dengan Mahkota Parade Shopping Mall. Dalam menyelesaikan misi di sini, anda perlu melalui 7 zon yang mempunyai halangan & cabaran minda yang berbeza. Jalan penceritaannya bertemakan animasi Sinbad & pengembaraannya mirip seperti filem Jumanji yang pasti menjanjikan satu situasi yang mendebarkan. Antara zon yang paling mengujakan di sini adalah The Final Combat di mana anda akan dibekalkan dengan laser gun untuk berperang dengan musuh.

9. Baba & Nyonya Heritage Musuem

Tempat menarik di Melaka – Dibandingkan saiz dengan negeri Sarawak mahupun Sabah, Melaka sangatlah kecil. Akan tetapi, Melaka tidak ketinggalan dengan varisai budaya setempat. Antaranya ialah Masyarakat Peranakan ataupun orang kita lebih cenderung memanggil Masyarakat Baba & Nyonya. Andai kata anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai masyarakat Baba & Nyonya ini, tempat inilah jawapannya.

Muzium ini merupakan sebuah rumah agam yang terletak di 3 lot bangunan teres & dimiliki oleh keluarga Chan sejak tahun 1861. Selepas 4 generasi telah berlalu, keluarga ini memutuskan untuk menjadikan rumah ini sebagai sebuah muzium dalam misi mengetengahkan sejarah & kebudayaan masyarakat Baba & Nyonya di Melaka. Sampai sekarang, muzium ini masih diuruskan oleh keluarga tersebut & telah menerima ramai pengunjung dari dalam dan luar negara.

Muzium ini mempunyai banyak tarikan & dekorasi dalaman menarik yang mencerminkan kebudayaan Peranakan. Anda boleh lihat dari suduh ukiran perabut, barangan peribadi, kostum pakaian, perabut rumah, perhiasan rumah & banyak lagi. Selain itu, terdapat juga staf bertugas yang akan menerangkan kepada pengunjung cerita di sebalik tarikan yang terdapat di sini.

8. Masjid Cina Melaka

Tempat menarik di Melaka – Pasti anda menyangkan reka bentuk seperti ini adalah rumah agam ataupun kuil milik orang cina bukan? Siapa sangka, bahawa bangunan ini merupakan sebuah masjid. Ya, sebuha masjid yang berunsurkan kebudayaan masyarakat Cina. Masjid ini dinamakan Masjid Cina Al-Muttaqin atau lebih popular dikenali sebagai Masjid Cina Melaka, merupakan salah satu masjid di bawah kerajaan negeri & siap dibina pada tahun 2014.

Tujuan pembinaan masjid bersenibinakan orang Cina ini juga bertujuan untuk mendidik masyarakat yang berlainan agama bahawa senibina & budaya nenek moyang masih boleh diamalkan selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak Islam. Bagi saudara baru kaum Cina yang masuk Islam, rata-rata akan memilih masjid ini untuk melafazkan 2 kalimah shahadah yang kebiasaannya diadakan waktu petang pada hujung minggu.

7. Masjid Tengkera

SAMSUNG CAMERA PICTURES

Tempat menarik di Melaka – Dahulu, Melaka pernah digelar dengan julukan ‘Serambi Mekah’ kerana penyebaran agama Islam di Tanah Melayu yang bermula dari Melaka hasil daripada aktiviti perdagangan utama di Nusantara. Mengikut hasil dapatan, masjid ini dibina pada tahun 1728 dan secara automatik menjadikan masjid ini sebagai bukti kedatangan Islam beratus tahun dahulu di Nusantara ini.

Keunikan masjid ini terletak pada seni bina bumbungnya yang mempunyai 3 lapisan & bentuknya persis sebuah piramid atau rumah limas. Menara masjid ini juga sangat unik kerana bentuknya ada sedikit persaman dengan bangunan Pagoda yang seakan sama seperti Menara Condong di Teluk Intan.

6. Taman Ekstrem Tasik ChinChin

Tempat menarik di Melaka – Tiba sahaj waktu musim cuti sekolah, tempat ini akan dihadiri pengunjung tak kira dari dalam atau luar negeri Melaka. Aktiviti outdoor yang pelbagai menjadi salah satu sebab mengapa ibu bapa sering membawa anak-anak mereka beriadah di Taman Ekstrem ChinChin ini. Taman yang mesra kanak-kanak & mempunyai failiti yang lengkap antara faktor lain taman ini sering dikunjungi oleh pengunjung.

Terdapat taman tema air mini & gelongsor air berliku yang pasti membuatkan anak-anak anda tidak mahu balik apabila mandi manda di sini. Bagi yang remaja & dewasa pula, boleh melakukan aktiviti rekreasi yang ditawarkan di Taman Ekstrem ChinChin seperti flying fox, memanah, water rafting, berkayak di tasik, combat obstacle & macam-macam lagi.

Untuk pengetahuan, taman ini juga menyediakan chalet yang selesa untuk tinggal bermalam sehari dua. Lokasinya yang mendamaikan dikelilingi keindahan alam semulajadi pasti akan memberi satu memori yang terindah untuk peserta yang berkunjung ke Taman Ekstrem Tasik ChinChin ini.

5. Taman Botanikal Melaka

Tempat menarik di Melaka – Taman ini berkeluasan 359 hektar yang terletak di Ayer Keroh, Melaka. Sebelum ini, nama lama bagi taman ini adalah Hutan Rekreasi Ayer Keroh. Taman ini sangat sesuai bagi mereka yang inginkan suasana hutan rimba. Selalunya, pengunjung akan ke sini untuk melakukan aktiviti riadah & rekreasi bersama keluarga seperti berjogging di denai yang mempunyai keindahan hutan hijau.

Di kawasan dataran taman ini juga disdiakan fasilii untuk disewa seperti basikal, buggy & motosikal elektrik untuk bersiar-siar di sekiar taman ini. Waktu hujung minggu memang menjadi pilihan warga setempat untuk beriadah disini dengan melakukan pelbagai aktiviti dengan keluarga tercinta.

Walaupun destinasi ini mesra keluarga namun perlu juga berhati-hati kerana terdapat monyet-monyet liar yang berkeliaran yang suka ‘menyeluk saku’ untuk mendapatkan makanan.

4. Air Panas Jasin Inflatable Water Park

Tempat menarik di Melaka – Bagi mereka yang bercuti-cuti di Melaka bersama anak-anak tercinta, macam mana kalau bawa anak-anak untuk bersuka ria di APJ Inflatable Water Park atau Kolam Air Panas Jasin. Lokasi taman tema air panas ini hanyalah 20KM dari pusat bandar Melaka. Berusia lebih kurang 120 tahun sejak penemuan mata air panas di kawasan ini, menjadikan taman ini sangat terkenal di kalangan pelancong yang singgah bercuti di Melaka.

Kemudahan disini juga sangat memuaskan dengan adanya bangsal, taman tema air mini kanak-kanak & kawasan parkir kereta yang luas. Inflatable water slides yang ada di kolam mandi di sini juga agak besar & pasti membuatkan anak-anak anda teruja. Selain menawarkan bayaran masuk yang sangat berpatutan, pengunjung yang datang ke sini juga boleh membawa makanan dari luar tanpa sebarang halangan.

Terdapat juga tempat untuk BBQ yang boleh disewa untuk memasak. Ya, taman ini memfokuskan konsep taman tema air seperti berkelah di air terjun.

3. Gereja St. Paul

Tempat menarik di Melaka – Dibina semasa pendudukan Portugal pada tahun 1521, untuk tujuan keagamaan. Lokasi gereja ini terletak di atas sebuah bukit bersebelahan dengan Kota A Famosa atau Pintu Gerbang Santiago. Walaupun usia bangunan ini lebih 500 tahun, namun ia tetap utuh sehingga sekarang walaupun berdepan dengan beberapa fasa peperangan semasa zaman dahulu.

Untuk ke tempat ini, anda perlu menaiki tangga yang terletak di belakang Pintu Gerbang Santiago. Sekitar 5-6 minit, anda akan sampai kesini dengan menaiki tangga. Di sepanjang laluan tangga ini, anda boleh menyaksikan keindahan sekeliling yang dihiasi landskap taman yang boleh tahan memukau mata.

Melalui kawasan perkarangan gereja ini, anda boleh menyaksikan beberapa destinasi menarik di Melaka yang terkenal seperti Muzium Samudera, Menara Taming Sari & bahkan, anda juga boleh melihat Selat Melaka yang terbentang luas di hadapan.

2. Zoo Melaka & Night Safari

Tempat menarik di Melaka – Sekiranya anda menginap di hotel sekitar Ayer Keroh, jangan lepaskan peluang untuk membawa anak melihat binatang-binatang liar di Zoo Melaka. Lokasi Zoo Melaka ini juga sangat mudah diakses & bersebelahan dengan beberapa tempat menarik di Ayer Keroh, Melaka seperti Melaka Wonderland, Taman Buaya Melaka, Taman Rama Rama Melaka & juga Skytrex Melaka.

Untuk hiburan yang maksimum, kami syorkan untuk pergi ke sini pada waktu animal feeding / animal show yang berlangsung pada setiap hari. Antara aktiviti yang digemari penonton adalah bird show, sesi memberi makan gajah, dan juga night safari.

Night safari hanya beroperasi setiap malam hujung minggu. Pada waktu ini, pengunjung berpeluang melihat binatang-binatang liar pada waktu malam.

1. Muzium Maritim/ Muzium Samudera

Tempat menarik di Melaka – Kebanyakkan anak-anak akan buat muka tak senang atau tak happy kalau diberitahu yang nak pergi melawat muzium. Tapi berbeza dengan muzium ini, muzium ini bukannya terletak di dalam sebuah bangunan sebaliknya terletak di dalam sebuah replika kapal perang Portugis yang sangat besar. Bolehlah anak-anak anda merasai pengalaman sebenar menaiki kapal perang dulu-dulu seperti dalam cerita Jack Sparrow.

Barang-barang yang ditunjukkan di muzium bersejarah ini memang sangat menarik & rata-ratanya lebih tertumpu kepada sejarah aktiviti perdagangan di laut atau samudera Melaka sewaktu ketika dahulu. Setiap pameran dipaparkan dalam bentuk infografik, susuanan replika kapal kecil, susunan senjata perang lama, diorama & ada juga artifak yang berusia ratusan tahun.

Apa yang paling mencuri tumpuan adalah peti besi pihak penjajah Belanda yang berusia ratusan tahun. Peti besi simpanan sebegini sangat sinonim di dalam filem Hollywood seperti Pirates of the Caribbean yang sering digunakan untuk menyimpan duit syiling emas. Muzium Samudera sebenarnya merupakan sebahagian daripada Muzium Maritim.

Jadi itulah antara tempat-tempat menarik yang anda boleh lawati bersama insan tercinta. Sebenarnya terdapat banyak lagi tempat dan aktiviti yang best anda boleh lakukan di negeri Melaka ini. Apapun, selamat bercuti dan hati-hati semasa bercuti.

Anda mungkin berminat dengan: