Tempat Menarik di Kuantan

Terdapat banyak tempat menarik di Kuantan. Kedudukan ibu negeri bagi Pahang Darul Makmur yang berhamoiran dengan laut China Selatan ini membuatkan lokasi ini menjadi lebih istimewa kerana terdapat banyak pantai-pantai yang indah yang menjadi tarikan banyak pengunjung yang bercuti ke negeri ini.

Akan tetapi, ibu negerinya sudah pasti memeiliki kelebihan tersendiri yang membuatkan orang ramai ingin ke sini berbanding dengan 10 daerah lain yang ada di negeri ini.

Dengan itu, entri kami kali ini akan membawa anda menerokai 10 buah tempat menarik yang terdapat di Kuantan.

10. Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan

Tempat Menarik di Kuantan | Masjid yang tersergm indah di tengah-tengah kota Kuantan ini telah direka dan di bina khas menggunakan batu marmar yang bersinar apabila terkena pantulan cahaya matahari dan sudah tentu akan memukau pendangan mata jika melihatnya. Masjid ini merupakan salah satu masjid negeri yang terletak di tengah pusat bandar berhampiran padangMajlis Perbandaran Kuantan. Keluasan masjid Sultan Ahmad Shah ini mampu menampung kira-kira 10,000 orang jemaah dalam satu-satu masa sekaligus menjadikan masjid ini yang terbesar di negeri Pahang.

Diketahui bahawa, nama masjid ini diambil bersempena nama pemerintah Pahang yang pertama iaitu Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah. Seni ukiran khat di sekitar masjid serta reka bentuknya yang bercirikan seni bina zaman Uthmaniah ini menjadikannya sebuah masjid yang sangat indah dan menarik. Pada bulan Ramadan, masjid ini akan bertambah meriah kerana padang MPK yang bersebelahan dengannya akan menjadi tumpuan seluruh pengunjung untuk berbuka puasa secara beramai-ramai.

09. Gambang Water Park

tempat menarik di kuantan

Tempat Menarik di Kuantan | Lokasi yang dapat membuat anak-anak anda teruja jika berkunjung ke sini. Gambang Water Park merupakana taman tema air yang terletak kira-kira 40 kilometer dari pusat bandar. Lokasinya agak luas dan mempunyai dua jenis taman tema utama iaitu Water Park dan Safari Park.

Tamana tema air ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Coco Beach, Wave Pool dan Lagoon. Setiap bahagian menawarkan aktiviti-aktiviti yang sangat menarik dan mengujakan seperti Aqua Play, Giant Piranha, Tree Top Hill, Lane Racer, Canopy Slide, Family Raft Ride, ATV Ride dan banyak lagi. Di safari park pula, anda dapat melihat oelbagai jenis haiwan serta flora dan fauna. Tidak rugi jika membawa anak-anak anda berkunjung ke sini kerana banyak aktiviti yang menyeronokkan di sini.

08. Berkelah Falls

Tempat Menarik di Kuantan | Dikelilingi hutan semulajadi yang mempunyai suasa yang tenang dan aman, Berkelah Falls mempunyai 7 aras air terjun di mana ketinggian bagi aras teratas air terjunnya ialah 50 meter. Lokasi ini sesuai dijadikan tempat untuk bermandi manda atau berpicnic bersama keluarga mahupun sahabat handai. Bagi para hikers, anda juga boleh mendaki di sini. Perjalanan ke puncak akan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Laluan ke puncak akan menjadi lebih mencabar kerana akan ada laluan yang memerlukan perjalan sehingga ke bucu laluan.

Perjalanan untuk sampai ke air terjun berkembar hanya mengambil masa selama 20 minit perjalanan. Di sini adalah antara spot yang ssesuai dan sangat popular untuk berkelah dan berkemah. Jangan lepaskan peluang untuk ke Berkelah Falls. Kami pasti anda mesti teruja.

07. Natural Batik Village

Tempat Menarik di Kuantan | Bagi anda yang baru kali pertama ingin merasai pengalaman mencanting batik, jemputlah ke Natural Batik Village. Di sini, ada banyak kedai yang menjual cenderahati yang berasaskan lukisan corak batik untuk di bawa pulang sebagai buah tangan atau tanda kenag-kenangan. Para pekedai di sini sangat mesra pelanggan dan produk yang dihasilkan di sini amatlah berkualiti.

Selain itu, jika berkunjung ke sini, anda juga dapat merasai sendiri pengalaman mencanting batik mengikut cita rasa dan kreativiti anda sendiri. Hasil batik yang telah siap dapat dibawa pulang sebagai cenderamata. Anda juga dapat melihat sendiri bagaiman penghasilan batik dibuat darimula sehinggalah terhasilnya sehelai batik. Berkunjung ke sini sememangnya dapat memberikan anda pengalaman yang berharga

06. Gua Charas

Tempat Menarik di Kuantan | Gua yang mencecah usia hampir 400 juta tahun. Gua Charas, gua yang terletak di Bukit Charas yang merupakan sebuah bukit batu kapur dan granit menjadi salah satu lokasi tempat menarik yang ada di ibu negeri ini. Ketinggian puncaknya mencecah sehingga 355 meter. Gua ini juga di kelilingi oleh ladang kelapa sawit.

Anda perlu mendaki naik untuk menuju ke laluan masuk ke gua yang ada di sini. Selain itu, gua ini dikatakan unik kerana, di dalam gua ini terdapat patung Buddha dalam keadaan berbaring yang boleh anda temui jika berjalan sehingga ke hujung gua. Anda akan di sediakan dengan lampu yang akan menemani anda sepanjang perjalan di dalam gua ssambil melihat pembentukan batu kapur yang ada di sini. Lantai di dalam gua ini agak basah disebabkan oleh titisan air. Dinasihatkan jika berkunjung ke sini, pengunjung perlu menggunakan pakaian serta kasut yang sesuai untuk keselamatan.

05. Jaman Tory Resepi

tempat menarik di kuantan

Tempat Menarik di Kuantan | Tampat makan yang wajib dikunjungi jika ke Kuantan, jaman Tory Resepi. Masakan makanan yang ada di sini sangat berbeza dengan restoran-restoran yang lain. Seperti namanya, Jaman Tory atau lebih mudah difahami sebagai “zaman tori” yang merujuk kepada zaman dahulu mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu makanan masyarakat tradisionalnya!

Jika berkunjung ke sini, makanan tradisionalnya sudah tentu menjadi pilihan ramai seperti ikan patin bakar tempoyak, daging salai, ulam-ulaman, ayam kampung, masakan tradisi negeri Pahang dan banyak lagi. Pengunjung juga tidak perlu hirau akan kemudahan dan kebersihan di sini kerana bab itu, suda tentu dititik beratkan oleh pemiliknya. Jadi, datanglah ke sini dan nikmati santapan tradisional dengan rasa selesa.

04. Pantai Balok

Tempat Menarik di Kuantan | Pantai yang terletak kira-kira 15 minit dari pusat bandar, sudah pasti memudahkan anda untuk sampai ke lokasi ini. Pantai ini mempunyai pemandangan yang sangat indah dan sudah tentu akan menimbulkan rasa keterujaan jika ke sini. Selain itu, pantai ini juga cukup dikenali dengan aktiviti windsurfing. Pertandingan windsurfing sering diadakan di Pantai ini kerana angin dan arus pantainya sangat sesuai untuk aktiviti tersebut.

Di samping itu, pantai ini juga menarik banyak pengunjung untuk berkhemah di sini. Kemudahan tapak perkemahan ada disediakan kepada pengunjung dan ianya turut mempunyai ciri keselamatan. Lokasinya sentiasa dikawal selia oleh pihak pengurusan pantai bagi mengelakkan sebarang bahaya berlaku. Kemudahan gerai makanan dan minuman juga ada disediakan di sini. Terdapat pelbagai jenis pilihan sajian yang berasaskan makanan laut yang ada di sini! Oleh itu, pengunjung tidak perlu melepaskan peluang untuk datang ke Pantai Balok kerana lokasi ini menawarkan pengalaman yang berbeza kepada pengunjung dengan pantai lain di sekitar Kuantan, Pahang.

03. Kuantan River Tours

Tempat Menarik di Kuantan | Salah satu aktiviti yang wajib mesti dicuba adalah mengikuti Kuantan River Tours jika ingin melihat negeri ini dari sudut pandang yang berbeza. Aktiviti ini membolehkan anda menelusuri sungai Kuantan sambil menikmati pemandangan bangunan-bangunan tinggi dan perkampungan nelayan dari sungai. Anda juga akan dibawa ke kawasan paya bakau dan di situ, bot akan diberhentikan untuk memberi anda peluang berjalan di sepanajang lalauan kayu yang ada disediakan sambil melihat dan menikmati keindahan flora dan fauna.

Antara pakej yang ditawarkan ialah River Mouth Tour, Mangrove Park Tour, Kuantan River Discovery Tour, Kuantan River Night Tour dan Special Kuantan River Discovery Tour.

02. Pantai Batu Hitam

tempat menarik di kuantan
Flickr

Tempat Menarik di Kuantan | Pantai yang sangat popular di kalangan penduduk setempat mahupun pengunjung yang berkunjung ke Kuantan kerana terdapat batuan berwarna hitam yang membuatkannya unik serta berbeza dengan pantai-pantai lain yang ada di negeri ini. Batu batuan hitam yang melitupi pasir putih telah menjadikan pantai ini sangat unik dan sering menjadi tumpuan para kaki DSLR.

Lokasinya terletak kira-kira 10 kilometer pemanduan dari bandar Kuantan. Pantai ini sememangnya sesuai bagi pengunjung yang ingini beriadah dan bersantai bersama keluarga ketika hujung minggu. Terdapat pelabagai kemudahan asas disediakan di pantai ini unutk pengunjung yang ingin melakukan aktiviti seperti mandi laut dan berkelah di sini. Gerai-gerai makanan dan minuman di sini juga banyak menyajikan beraneka juadah setempat.

01. Muzium Sungai Lembing

tempat menarik di kuantan
SHAH’S PHOTOGRAPH

Tempat Menarik di Kuantan | Tempat yang menyimpan pelbagai khazanah bernilai di negara berkaitan dengan perlombongan industri biji timah, Muzium Sungai Lembing. Lokasi ini sebenanrnya merupakan bekas tapak perlombongan biji timah yang paling dalam dan diantara yang terpesar di dunia pada masa dahulu. Tempat yang sangat bersejarah ini diselengarakan oleh Jabatan Muzium dan telah di buka bagi kunjungan para pelancong. Di sini, anda dapat mengenali dan belajar tentang peralatan melombong biji timah dan pakaian yang digunakan oleh pekerja-pekerja lombong pada satu ketika dahulu.

Muzium ini berkeluasan seluas 5.51 hektar dengan reka bentuk muzium serta perabot hiasan yang berkonsepkan era penjajahan Inggeris ataupun zaman kolonial. Muzium ini mempunyai terowong atau lombong bawah tanah. Namun, tempat itu tidak dibuka kepada pengunjung biasa disebabkan oleh faktor keselamatan.

Baca Juga: