Banyak sebenarnya Tempat menarik di Johor Bahru yang wajib anda lawati dan masukkan dalam bucket list korang! Untuk pengenalan ringkas, Johor Bahru merupakan ibu negeri Johor Darul Ta’zim, yang terletak di hujung selatan semenanjung Malaysia dan berhampiran dengan selat Johor.
Johor Bahru juga merupakan bandar Metropolis kedua terbesar di Malaysia. Jadi tidak hairanlah kalau banyak aktiviti dan tempat-tempat menarik yang ditawarkan kepada anda semua. Terletak berhampiran dengan negara jiran kita iaitu Singapura, Johor Bahru menjadi tumpuan pengunjung daripada Singapura untuk percutian mereka.
Tanpa membuang masa, jom ketahui beberapa Tempat menarik di Johor Bahru untuk anda lunaskan craving percutian anda sekeluarga mahupun dengan rakan-rakan tercinta anda. Letsgo!
Tempat Menarik di Johor Bahru
10. Pantai Desaru
Tempat menarik di Johor Bahru – Berada di tangga ke-10, kami bawakan anda tempat percutian bersama seisi sekeluarga. Inilah dia Pantai Desaru!
Bagi mereka yang tak suka naik bot untuk pergi ke pulau-pulau indah dengan pasir dan laut yang cantik yang ada di sekitar Johor Bahru, bertandanglah ke Pantai Desaru yang menawarkan pengalaman yang sama seperti melawati pulau-pulau yang indah. Pantai Desaru merupakan pantai peranginan di Johor yang popular dengan keindahannya dikalangan penduduk tempatan dan pelancong-pelancong daripada Singapura.
Pantai Desaru juga menawarkan beberapa resort yang ideal untuk anda sekeluarga seperti Lotus Desaru Beach Resort & Spa yang mempunyai taman tema airnya yang tersendiri yang pastinya menjadi kegemaran untuk anak-anak anda semua. Terdapat juga beberapa aktiviti air yang menarik untuk dilakukan seperti menaiki jetski, parasailing, banana bot, boat ride dan juga tidak ketinggalan menaiki kereta kuda.
09. Ladang Burung Unta Desaru
Tempat menarik di Johor Bahru – Terletak 26 minit daripada Pantai Desaru, terdapat satu ladang burung yang menawarkan anda pengalaman yang unik sekali. Sesuai untuk mereka yang cintakan flora dan fauna, bolehlah anda bawa bersama anak-anak anda untuk melihat sendiri burung unta dan berinteraksi dengan rapat dengan burung-burung tersebut.
Tempat ini juga menawarkan anda makanan yang mungkin anda sendiri tak pernah rasa, iaitu sate burung unta dan telur dadar burung unta. Unik bukan? Harga tiket untuk masuk ke ladang ini juga sangat murah. Jadi tiada masalah untuk anda singgah sebentar dan merasai pengalaman yang jarang anda rasai dan mungkin mustahil untuk dapat di tempat-tempat lain.
08. Legoland Malaysia
Tempat menarik di Johor Bahru – Negeri Johor sememangnya terkenal dengan Legoland Resort, apatah lagi dalam kalangan kanak-kanak. Apakan tidak, taman tema yang besar dan dihidangkan bermacam-macam jenis permainan yang menjadi idaman setiap kanak-kanak untuk mencubanya. Kalau tidak bertandang ke tempat ini bersama anak-anak, tidak lengkaplah percutian korang dekat Johor.
Terletak kira-kira 21 minit daripada pusat bandaraya Johor Bahru, lokasi ini sememangnya menjadi tumpuan setiap pengunjung yang melawat negeri ini. Taman tema ini menawarkan anda pelbagai aktiviti samada indoor mahupun outdoor yang sesuai untuk semua peringkat peringkat umur termasuk belia remaja.
Kalau nak rasai kepuasan yang maksima apabila berada disini, seeloknya bermalamlah 1 hari di resort yang Legoland sediakan. Pasti anda tidak akan menyesalinya. Harga penginapan dan tiket pun sangat ideal jika anda menggunakan aplikasi seperti Traveloka, Trip.com dan sebagainya.
07. Skyscape Komtar JBCC
Tempat menarik di Johor Bahru – Inginkan hiburan yang unik dari yang lain? Berkunjunglah ke Skyscape Komtar JBCC. Nikmatilah panorama kesibukkan dan kepesatan pembangunan di Johor Bahru dari aras 149 meter dari paras laut.
Salah satu tempat menarik di Johor Bahru ini mula dibuka untuk dikunjungi oleh orang ramai pada tahun 2019. Ia merupakan jambatan melengkung yang menghidangkan pemandangan sekitar Johor Bahru dengan jelas dan Singapura daripada kejauhan. Destinasi ini merupakan yang pertama di Johor Bahru yang menggunakan konsep ruang hiburan di udara!
Terdapat beberapa aktiviti yang menarik untuk dicuba disini antaranya ialah Floor Interactive Games, LED Tunnel, Interactive Wall & 3D Modelling, Visual Reality, Mini Theatre, Observation Deck & Activity Area dan Merchandise Shop untuk mendapatkan cenderamata yang best untuk dijadikan kenang-kenangan.
06. Pasar Karat (Bazar JB)
Tempat menarik di Johor Bahru – Sepadan dengan keunikan nama pasar ini, Pasar Karat ataupun Bazar JB menyajikan anda bermacam-macam barangan antik dan terpakai. Bagi mereka yang suka akan koleksi-koleksi sebegini, inilah tempat yang sangat ideal bagi anda.
Hanya mengambil masa kira-kira 12 minit dari pusat bandar, sememangnya tempat ini menjadi daya tarikan pelancong untuk mencuci mata dan membuka ruang bagi peniaga-peniaga yang ada mencari rezeki mereka.
Kini, bukan setakat barangan antik sahaja, barangan seperti kraftangan tempatan, makanan tempatan, dan banyak lagi benda yang diniagakan di pasar malam ini. Pasti anda tidak akan bosan untuk berjalan-jalan disekitar Pasar Karat ini.
05. Sea Life Malaysia
Tempat menarik di Johor Bahru – Mana nak cari taman tema yang menghidangkan lebih dari 13,000 hidupan laut yang berbeza dan menyajikan anda 11 tema yang unik. Berkunjunglah ke Sea Life Malaysia yang terletak di Johor bahru ini, atau lebih senang, berdekatan dengan Legoland Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, SEA LIFE merupakan jenama yang tersohor dalam kategori pembuatan akuarium dan mempunyai lebih 50 cawangan di seluruh dunia. Hebat bukan? Apa yang uniknya kat sini adalah anda boleh menyaksikan hidupan laut dengan menelusuri terowong kaca yang bersaiz 180 darjah. Dekat sinilah anda boleh lihat ikan jerung, kuda laut, obor-obor dan banyak lagi dengan lebih realistik.
Antara tema-tema yang ada di tempat ini ialah Rockpools, Malaysian Rainforest, Coral Reef, Sunken Shipwreck, Shoaling Ring, Ocean Cave, Stingray Bay, Jellies, Amazing Creation dan banyak lagi. Paling best, anda juga boleh melakukan tempahan untuk makan malam di sini bersama insan tercinta.
04. Bigdaddy’s Family Cafe
Tempat menarik di Johor Bahru – Okay untuk 4 list yang terakhir ini, kami akan kongsikan beberapa tempat makan yang best-best dan pastinya memuaskan kehendak selera anda ketika berada di Johor Bahru. Bigdaddy’s Famly Cafe adalah tempat yang ideal untuk makan setelah penat berjalan menikmati aktiviti menarik di sekitar Johor Bahru.
Kedai ini sangat ideal sekali untuk anda singgah sekiranya perut menggerodak kelaparan, ini kerana anda boleh memilih daripada 10 jenis dulang hidangan yang lebih dari cukup untuk dinikmati oleh 3 – 5 orang. Antara menu favorite di restoran ini adalah dulang western, dulang nasi goreng seafood, dulang nasi kambing bakar dan dulang shell out. Restoran ini juga menyajikan menu-menu ala-carte.
Hidangan lokal seperti ikan patin tempoyak, sotong bakar, masakan ikan siakap, ikan talapia, ikan keli dan banyak lagi turut disediakan disini.
03. Shells N Fins
Tempat menarik di Johor Bahru – Shells N Fins merupakan sebuah restoran seafood yang cukup selesa dan mempunyai penghawa dingin untuk memastikan anda menjamu santapan dengan asyik sekali sambil dihidangkan alunan muzik yang santai. Dekorasi dalaman restoran ini juga sangat menyejukkan pandangan mata yang berkonsepkan mural hidupan lautan.
Jika anda bertandang kesini, kami syorkan untuk try hidangan famous mereka seperti kupang dan kepah masak sambal, kerang blackpepper dan juga lala masak cili padi. Selain hidangan kami nyatakan tadi, banyak lagi menu tempatan lain ditawarkan seperti sotong sambal petai, masakan ketam nipah atau ketam bunga dan udang masak butter.
Sebagai pencuci mulut, Shells N Fins menawarkan koktel ais krim, ais krim goreng dan juga triple sundae. Unik bukan? Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk singgah makan disini jika anda sedang bercuti-cuti di Johor Bahru.
02. Restoran Hijrah Dimsum
Tempat menarik di Johor Bahru – Apa kata anda try dahulu masakan cina muslim yang terletak di Taman Melodies, Johor Bahru ini. Dari luaran sahaja, dekorasinya sangat memukau mata pelanggan yang datang. Dekorasi dalaman jangan ceritalah, memang tiptop!
Restoran ini membawa konsep dekorasi yang minimal dan tema ala-ala modern countryside, sangat sejuk mata memandang dengan keadaan yang kemas, selesa dan mesra. Sangat aesthetic la jika bergambar dekat sini.
Menyajikan pelbagai masakan cina yang halal, tentu sahaja dari namanya, Dim Sum adalah menu utama mereka dekat sini. Antara jenis dim sum di sini termasuk yang paling popular iaitu salted egg custard bun. Selain daripada dim sum, makanan lain seperti beef kuey teow dan nasi goreng seafood juga turut disediakan. Dengar-dengar, ramai orang ternama dan kerabat di-Raja telah makan dekat sini. Anda taknak try?
01. Wadi Hana El Arabi
Tempat menarik di Johor Bahru – Beroperasi di Taman Desa Rahmat, rata-rat penduduk Johor Bahru sudah sinonim dengan restoran yang unik ni. Membawa konsep ala-ala timur tengah, bukan sahaj dari namanya, juga dekorasi dalamannya juga turut memukau mata pelanggan.
Restoran ini membawa inisiatif untuk mengekalkan identiti arabnya dengan menghiasi dinding dan lantai dengan karpet dan tapestry indah. Lampu-lampu yang digunakan juga menambahkan lagi keterampilan pengaruh Timur tengah di restoran ini.
Anda jangan risaulah jika nak makan dekat sini, banyak pilihan makanan yang sedap-sedap belaka yang ditawarkan. Nasi Arabnya sahaja datang dalam pelbagai jenis seperti nasi Mandi, nasi Maqluba, nasi Fatta, dan lain-lain. Hidangan grill juga begitu dengan pilihan kebab, kofta dan macam-macam lagi. Hidangan wrap mereka sangat digemari, terutama sekali shish tawook dan shawarma mereka. Mereka turut menyediakan hidangan pizza dan burger tau. Jangan lupa juga mencuba minuman dari Timur tengah.
Penutup
Banyak lagi yang kami nak kongsikan bersama anda tempat menarik di Johor Bahru ni sebenarnya. Nanti kami akan updatekan untuk anda semua okey? Nikmatilah percutian anda di Tempat menarik di Johor Bahru dan nasihat kami yang paling utama, pastikan keselamatan diri dan insan yang bersama-sama anda bercuti didalam tahap yang paling tinggi. Enjoy your vacation!