11 Tempat Menarik di Bentong (2023)

Tempat Menarik di Bentong. Salah satu daerah di Pahang yang mempunyai kepelbagaian tarikan untuk para pelancong. Mengambil masa kira-kira 1 jam perjalanan daripada ibu negara, Kuala Lumpur, menjadikan daerah ini sangat strategik dan ideal bagi mereka untuk jalan-jalan makan angin dalam masa sehari.

Bentong merupakan kawasan tanah tinggi di Pahang dan boleh dikatakan mempunyai suhu yang rendah sikit berbanding tempat-tempat lain di Malaysia dan sesuai dijadikan percutian express bagi warga sekitar Kuala Lumpur. Ianya juga merupakan pintu masuk ke negeri belah pantai timur jika melalui jalan darat dan bersempadan dengan negeri Selangor dan Negeri Sembilan.

Jadi boleh dikatakan lengkaplah perjalanan korang mengembara di Semenanjung Malaysia jika singgah sebentar di Bentong untuk menikmati keindahan yang ada di daerah in.

11. Lemang To’Ki

Tempat Menarik di Bentong – Mana nak dapat restoran yang jual juadah hari raya diluar musimnya. Kini, korang boleh rasai juadah hari raya di luar musimnya di Lemang To’Ki. Tempat yang menyajikan anda hidangan yang selalunya kita jumpa hanya pada hari perayaan sahaja. Semestinya hidangan utamanya adalah Lemang. Rasanya yang lembut dan sempurna menjadikan tempat ini famous dikalangan rider-rider yang datang berkonvoi dari seluruh pelusuk negeri di Semenanjung Malaysia.

Tidak kurang hebatnya juga dengan menu yang lain seperti rendang daging, rendang ayam, kerang, nasi lemak, laksam, nasi goreng, kuih muih, dan pelbagai lagi juadah selera tempatan menjadi pilihan utama setiap pelanggan yang hadir.

Jangan lepaskan peluang untuk singgah di restoran ini yang hanya mengambil masa 3 mint perjalanan sahaja dari Bandar Bentong.

Anda Mungkin Meminati:

10. Air Terjun Chamang

Tempat Menarik di Bentong – Pemandangan indah diatas boleh anda dapati jika berkunjung ke Hutan Lipur Sungai Chamang yang terletak di Hutan Simpan Bukit Tinggi. Tempat ini mempunyai jenis hutan yang dilitupi oleh bukit. Air Terjun Chamang adalah nama glamour oleh penduduk setempat yang kemudiannya ditukar nama kepada Hutan Lipur Chamang.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan disini adalah berkhelah, bermandi-manda, dan berkhemah. Bagi mereka yang meminati aktiviti mendaki, disinilah starting point pendakian Gunung Rajah. Terdapat juga beberapa fasiliti yang memudahkan para pengunjung seperti tandas awam, lot parking, taman permainan kanak-kanak, surau, dan peta umum.

09. Ikan Bakar Sri Tanjung

Tempat Menarik di Bentong – Daya tarikan utama di sini ialah ikan bakarnya yang sedap dan mampu menarik ramai pelanggan. Disini juga menyediakan masakan panas ala thai, tomyam, sup ekor, sup tulang dan macam-macam lagi.  Pelbagai minuman yang boleh dipilih antara yang sepecial adalah air kelapa pandan.  Nasi lemak kukus juga terdapat di restoran dan juga keropok lekor untuk permanis mulut yang disediakan dengan sos thai.

Anda jugak boleh menempah meja dan makanan sebelum anda sampai. Jika anda datang bersama keluarga yang ramai, anda boleh melakukan tempahan dengan menghubingi pihak restoran. Makanan dan minuman akan disediakan sebelumm anda sampai. Sampai je trus makan. Best kan?

08. Bilut Extreme Park

Tempat Menarik di Bentong – Diperkenalkan pada Mei 2013, tempat ini menawarkan anda merasai pengalaman yang ekstrem dan mencabar. Dengan mengekalkan landskap semulajadinya disekitar situ, menjadikan tempat ini sangat unik kerana pengunjung dan peserta dan menikmati aktiviti-aktiviti lasak sambil menikmati panorama landskap semulajadi yang indah.

Beberapa aktiviti menarik boleh dilakukan bersama rakan-rakan mahupun keluarga tercinta. Antaranya ialah, ATV, Paintball, Archery Tag, Archery, Target Shooting, Bubble Soccer dan Hiking. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk merasai sendiri keseronokkan bermain beberapa aktiviti lasak yang disediakan.

07. Ina Patin

Tempat Menarik di Bentong – Terletak di tepi jalan utama menghala ke Bandar Bentong. Restoran ini automatik menjadi tarikan pengunjung yang menuju ke Bandar Bentong. Menu famous di restoran ini adalah Ikan Patin Masak Tempoyak, Pais Patin, Masak Lemak Daging Salai, dan juga Kambing Bakar. Bagi mereka yang tak makan sangat ikan patin ni, bolehlah korang try menu daging salai dan kambing bakar dorang. Dijamin takkan menyesal.

Yang best lagi, setiap hidangan akan diberikan minuman percuma. Korang juga boleh try Cendol Sawit yang unik yang jarang ditemui ditempat lain.

06. Suria Hotspring

Tempat Menarik di Bentong – Tempat ini sangat terkenal dikalangan pencinta alam semulajadi. Terletak kira-kira 1 jam perjalanan dari ibu negara, Kuala Lumpur. Suria Hot Spring juga menawarkan penginapan dan restoran yang dikendalikan oleh Suria Resort dan Hotels.  Lokasinya tidak jauh dari bandar adalah kira-kira 69KM dari utara Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Karak. 

Suria Hot Spring Resort adalah tempat di mana anda boleh menikmati kolam penyejukan atau hanya berendam dalam air panas sulfur yang di salurkan terus dari mata air panas ke tab mandi.  Anda juga boleh memilih untuk menikmati air panas awam dan bagi yang mencari masa santai dan lebih tenang, anda boleh memilih kolam renang peribadi untuk keselesaan anda. Pelbagai lagi moment yang menarik anda boleh menikmati di sini.

05. Cucuk Cucuk Batu 1

Tempat Menarik di Bentong – Jika anda mencari hidangan yang santai, berkunjunglah ke gerai Cucuk Cucuk Batu 1. Banyak hidangan yang berkonsepkan cucuk-cucuk yang dihidangkan dengan kuah unik yang pasti menggiurkan para pengunjung. Kuah Yong Tau Foo menjadi signature tempat ini dengan kelazatan rasanya dan anda juga boleh mencuba Yong Tau foo jenis sup dekat sini. Best kan?

04. Taman Rekreasi Hutan Lentang

Tempat Menarik di Bentong – Lokasi yang strategik dimana terletak hanya bersebelahan dengan Lebuhraya Karak, tempat ini sangat ideal untuk anda meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Pemandangan di sekitar Hutan Lipur yang mendamaikan sesuai untuk anda nikmati perkelahan kecil dihujung minggu. Di bahagian bawah air terjunnya, ianya landai dan airnya tidak deras menjadikan ianya sesuai untuk kanak-kanak mandi-manda dan juga untuk keluarga berkelah di tepian tebing sungai tersebut.\

Terdapat juga kawasan khas untuk aktiviti perkhemahan dan beberapa fasiliti awam seperti tandas awam, dan bilik air.

03. Dy & Co Studio Cafe

Tempat Menarik di Bentong – Jika anda mencari menu lain dari yang lain, cuba try ke tempat ni. Cafe yang berada di tingkat 1 sebuah bangunan ni menawarkan hidangan istimewa yang mewah iaitu Lobster dan Tomyam Kung yang sesuai dinikmati bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda.

Dekorasi dalaman cafe juga sangat cantik membolehkan anda untuk selfie ataupun story untuk dimuatnaik ke media sosial.

02. Bentong Walk

Tempat Menarik di Bentong – Diinspirasikan oleh Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Bentong terkenal dengan halia Bentong dan durian Musang King. Pada setiap Sabtu malam dan Pagi Ahad, tempat ini akan dimeriahkan oleh pengunjung yang hadir daripada sekitar Bentong.

Pada Hari Sabtu, pasar malam di Bentong Walk menjadi daya tarikan pengunjung untuk hadir. Pada sebelah pagi hari Ahad pula, akan ada pasar tani yang dibuka yang menjual barangan seperti Halia Bentong dan macam-macam lagi produk tempatan.

01. Bukit Tinggi

Tempat Menarik di Bentong – Tempat ni yang admin rasa paling BEST sekali dekat Bentong. Tempat ni memang aman dan tenteram. Tak banyak kenderaan yang berada dekat sini. Sesiapa yang ingin lari dari kesibukkan kota, boleh lah try tempat ni.

Antara tarikan yang ada dekat Bukit Tinggi ni ialah Adventure Park, Horse Trails, Rabbit Park, Song Yan Organic Farm, Japanase Village, Botanical Garden dan banyak lagi! Dekat bawah antara aktiviti-aktiviti yang menarik yang ada di sekitar Bukit Tinggi ni:

Penutup

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik dekat Bentong ni. Nanti admin akan update semula. Tidak lupa juga beberapa tempat makan yang best-best dekat Bentong. Apa-apa pun jangan lupa jaga keselamatn diri dan insan yang bersama anda ketika bercuti. Nikmati percutian anda di Bentong, Pahang!