13 Tempat Menarik di Petaling, Selangor. Daerah ini merupakan daerah yang terdapat di negeri Selangor. Terdapat 3 bahagian utama di daerah Petaling ni iaitu Shah Alam, Petaling Jaya, dan Subang Jaya. Menelusuri lebih dalam pula, terdapat banyak bandar dan mukim utama yang menjadi tumpuan pusat pembangunan dan pelancongan di dalam 3 kawasan ini iaitu Serdang, Sri Kembangan, Puchong, dan banyak lagi.
Jadi, untuk memudahkan anda mengenali tempat menarik yang ada di Daerah Petaling ni, seeloknya kenali dahulu 3 pentadbiran utama di dalam daerah ni. Secara ringkas, kesemua bandar-bandar utama di Daerah Petaling ditadbir oleh 3 majlis perbandaran yang berbeza iaitu:
- Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) – pentadbiran merangkumi bandaraya Shah Alam dan kawasan Sungai Buloh.
- Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBP) – pentadbiran merangkumi bandar Petaling Jaya.
- Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) – pentadbiran merangkumi seluruh Subang Jaya, Puchong, USJ, Kembangan dan Serdang.
Pada perkongsian kali ini, kami akan share beberapa tempat menarik di Petaling, merangkumi kawasan Shah Alam, Petaling Jaya dan juga Subang Jaya. Letsgo!
Tempat Menarik di Petaling
Tempat Menarik di Petaling (Shah Alam)
1. I-City Shah Alam
Tempat Menarik di Petaling – Bagi anda yang pertama kali menjejakkan kaki ke Shah Alam, apa kata mulakan pengembaraan anda di I-City Shah Alam. Antara destinasi yang paling popular sejak pembukaannya, banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama seisi keluarga mahupun rakan-rakan antaranya seperti SnoWalk, City of Digital Light, The Red Carpet Museum, Trick Art Museum dan Water World I-City.
Aktiviti air ataupun kering, mahupun aktiviti kawasan bertutup, semuanya lengkap disini. Yang paling BEST bagi admin adalah SnoWalk yang mana merupakan sebuah kawasan bertutup dan mempunyai suasana seperti di kawasan yang beriklim sejuk. Apakan tidak, tempat ini menempatkan 100 tan struktur ais yang telah diukir oleh pengukir dari Harbin, China. Dengan suhu sekitar -5 darjah celcius, pasti pengunjung yang datang akan terpukau dan teruja.
2. WetWorld Water Park Shah Alam
Tempat Menarik di Petaling – Sudah dikenali sejak 21 tahun lamanya, Wet World Water Park Shah Alam sememangnya terkenal dan pilihan yang tetap untuk bawa keluarga anda bersuka-ria di taman tema air ini. Rata-rata gelongsor air dan kolam mandi disini adalah mesra kanak-kanak yang berusia dibawah 12 tahun. Jadi anda tidak perlu risau tentang itu.
Tempat ini sesuai untuk pelbagai lapisan umur. Jika anda inginkan sesuatu yang mencabar, terdapat juga gelongsor yang agak tinggi seperti Monsoon Buster dan Super Hurricane. Lokasi Wet World Water Park Shah Alam juga sangat strategik & berdekatan dengan banyak tempat menarik di Shah Alam yang lain seperti Muzium Sultan Alam Shah, Taman Tasik Shah Alam, Kompleks Kesenian Islam Selangor & juga Laman Seni Shah Alam.
3. Skytrex Shah Alam
Tempat Menarik di Petaling – Untuk mereka yang sukakan aktiviti yang mencabar, dan seorang yang berani, apa kata pergi ke Skytrex Shah Alam. Hampir kesemua aktiviti yang ada disini terletak di aras yang sangat tinggi. Jika anda kurang yakin dengan stamina diri anda, usah risau, terdapat 3 laluan yang berbeza cabarannya. Untuk rintangan yang paling mudah, ianya sesuai untul pelbagai peringkat umur, sehingga kanak-kanak pun boleh melakukannya.
Lokasi tempat ini sangat strategik yang terletak di tengah pusat bandar Shah Alam. Bolehlah anda mencubanya bersama rakan-rakan pada hujung minggu. Atau, mungkin boleh dijadikan aktiviti untuk memenuhi agenda hari keluarga syarikat atau pun team building syarikat di Shah Alam. Bagaimanapun, terdapat syarat untuk berat badan & ketinggian fizikal sekiranya anda ingin mencubanya.
4. City Karting Enterprise
Tempat Menarik di Petaling – Bagi anda yang nak feeling-feeling jadi racer dan mempunyai jiwa kelajuan, ini mungkin dapat memberikan anda kepuasan. City Karting Enterprise merupakan sukan permotoran go-kart yang bertapak di Shah Alam. Disediakan dengan litar berturap yang mempunyai sebanyak 15 selekoh, pasti jiwa anda akan gembira melayan setiap lap yang ada.
Amatur mahupun professional, semuanya dialukan untuk ke sini. Terdapat juga go-kart yang mempunyai 2 tempat duduk. Jadi mana-mana yang ada bawa anak tu bolehlah ride santai-santai bersama mereka kat sini. Lokasi yang mudah diakses serta fasiliti yang lengkap menambahkan lagi nilai tarikan tempat ini.
5. Pasar Malam Setia
Tempat Menarik di Petaling – Jika anda bermalam disekitar Setia Inn pada hujung minggu, apa kata pergi jalan-jalan dekat Pasar Malam Setia Shah Alam. Untuk pengetahuan, pasar malam ni merupakan pasar malam yang terpanjang di Malaysia tau. Dengan rekod sebegitu, pastinya terdapat pelbagai jenis makanan dan gerai-gerai yang menarik.
Selain makanan, terdapat juga pelbagai produk jualan lain seperti pakaian, aksesori lelaki & sebagainya. Pada dasarnya, produk-produk jualan di sini adalah sinonim dengan destinasi pasar malam yang pasti anda sudah tahu pilihan kategorinya. Jika pilihan makanan di Pasar Malam Setia Alam ini tidak ada yang berkenan di hati, usah risau, berdekatannya juga terdapat banyak restoran-restoran menarik untuk anda makan malam seperti di Restoran MK Fatimah, Restoran Sri Melur Jaya atau pun fast food restaurant seperti KFC, Mc’Donalds & sebagainya.
Tempat Menarik di Petaling (Petaling Jaya)
1. Muzium Coklat Kota Damansara
Tempat Menarik di Petaling – Tiba sahaja musim cuti persekolahan, tempat ini akan dipenuhi dengan ibu bapa yang membawa anak-anak mereka untuk berjalan-jalan disini. Chocolate Museum by Fidani ini merupakan sebahagian daripada kilang mereka dan mempunyai pelbagai aktiviti menarik deperti pameran dan infografik tentang coklat dan cara pembuatannya.
Yang best nya, pengunjung juga dapat melihat bagaimana mereka bekerja untuk menghasilkan coklat yang digemari ramai. Bukan itu sahaja, para pengunjung juga dapat merasai keenakkan coklat dengan mencubanya atau membeli sebagai buah tangan untuk dibawa pulang ke rumah. Dan yang paling menarik sekali, untuk masuk ke muzium ni, anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk membeli tiket, masuk adalah percuma!
2. Kidzania
Tempat Menarik di Petaling – Tempat ini merupakan taman hiburan yang bertutup yang terletak di Mutiara Damansara dan sangat popular dikalangan ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka bersuka-ria disini. Yang best pada tempat ini, aktiviti-aktiviti yang dilakukan anak-anak bukan setakat aktiviti kosong, mereka akan mempelajari pelbagai ilmu-ilmu yang bermanfaat dalam kehidupan bermasyarakat serta kehidupan seharian.
Memang ramai ibu bapa yang menjadikan destinasi ini sebagai destinasi percutian wajib untuk bawa anak-anak mereka merasai keseronokkan bermain sambil belajar disini. Tiket masuk ke taman permainan ini juga sangat berpatutan. Pasti anda tidak akan menyesal untuk membiarkan anak anda bersuka ria disini.
3. Pasar Karat Amcorp Mall
Tempat Menarik di Petaling – Ipoh? Johor Bahru? Terkenal dengan pasar karat? Jangan lupa, Petaling Jaya juga mempunyai destinasi menarik bagi mereka penggemar barangan antik ni. Singgahlah di Pasar Karat atau Pasar Antik ni yang terletak di Amcorp Mall. Pasti anda akan menyukainya. Dibuka pada setiap hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad, ramai orang yang hadir untuk melihat kepelbagaian barangan yang dijual.
Disini terdapat pelbagai gerai yang menyajikan anda barangan lama atau antik seperti perabot, setem, mesin-mesin lama, peralatan logam, poskad lama, poster-poster lama, strika yang menggunakan arang, novel-novel lama, cd lagu lama, dan banyak lagi.
4. Muzium Petaling Jaya
Tempat Menarik di Petaling – Terletak di Jalan 10/7, Seksyen 10 dan sekiranya anda beriadah di Taman Jaya, jangan lupa untuk singgah di muzium ini yang hanya terletak berdekatan. Muzium kecil ini tidaklah sebesar muzium negeri lain namun di sini anda boleh mendapatkan informasi berguna tentang sejarah, budaya, kemasyarakatan dan pembangunan Petaling Jaya. Tiket masuk ke sini juga adalah percuma.
5. Sunway Lagoon
Tempat Menarik di Petaling – Inilah dia antara taman tema yang terbesar dan sangat popular di Malaysia sehingga ke hari ini. Tempat ini sangat ideal untuk dilawati bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Dengan kepelbagaian aktiviti yang ada disini, pasti anda akan tidak akan menyesal untuk datang ke sini. Mungkin sehari pun tidak mencukupi untuk mencuba kesemua aktiviti yang ada disini.
Sunway Lagoon mempunyai beberapa bahagian antaranya ialah Taman Tema Air (Water Park) , Taman Hiburan (Amusement Park) , Taman Hidupan Liar (Wildlife Park) , Taman Ekstrem (Extreme Park) , dan Taman Menjerit (Scream Park).
Tempat Menarik di Petaling (Subang Jaya)
1. SimFlightKL
Tempat Menarik di Petaling – Sama seperti AVIAX yang terdapat di Shah Alam, tempat ini menawarkan anda pengalaman membawa pesawat Airbus A320 mahupun Boeing 737 secara maya kepada para pengunjung. Anda akan merasai suasana seakan-akan membawa kapar terbang yang sebenar kerana ruangan pilot memang serupa dengan kokpit yang ada di dalam kapal tebang yang sebenar.
Mereka yang mengunjungi tempat ini juga berpeluang membawa pesawat yang sebenar dengan menggunakan Cessna 172 atau Piper PA 28 ataupun mungkin mencuba pengalaman menaiki helikopter dari jenis Robinson R44, EC120 ataupun AS350. Best Kan?!
2. Speedway PLUS Go-Kart
Tempat Menarik di Petaling – Mereka yang tinggal berhampiran Subang Jaya pasti sangat mengenali tempat ini. Salah satu lokasi yang sangat popular di Selangor dan juga KL, tempat ini menawarkan anda aktiviti sukan permotoran go-kart. Samada anda ingin melakukan pertandingan ataupun ingin mencuba merasai pengalaman memandu go-kart, semuanya boleh.
Litar yang berkepanjangan 1KM ini menawarkan anda pengalaman yang mencabar dengan pelbagai jenis selekoh. Untuk anda yang teringin nak mencuba sukan ni, kami sarankan untuk menghubungi mereka terlebih dahulu untuk menyemak tarikh yang available untuk anda bersuka ria dekat sini.
3. Asean Water Sports Village Puchong
Tempat Menarik di Petaling – Bagi mereka yang sukakan aktiviti yang merembes hormon adrenalin pada tahap maksimum, apa kata anda ke sini. Kawasan rekriasi ini menawarkan sukan air yang sangat ektrem yang mana rata-ratanya memerlukan anda ditarik dengan bot laju. Antaranya ialah permainan GX4, Banana Boat, Aqua Fly, Graphic Deck, EvoPro 3, Fly Fish, Fifty Four dan Turbo Blast. Terdapat juga aktiviti santai lain yang sesuai untuk anak-anak seperti berkayak ataupun bermain layang-layang.
Penutup
Daerah Petaling di Selangor memang daerah yang pesat membangun tidak kira dari segi pembangunan mahupun sektor pelancongan di kawasan buatan manusia seperti taman tema, hiburan keluarga tertutup, taman rekreasi buatan dan juga tempat membeli belah. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda merancang perjalanan percutian anda di Daerah Petaling, Selangor kelak.