10 Tempat Menarik di Pontian, Johor ~ Tempat BEST untuk anda 'Healing'

Tempat Menarik di Pontian, Johor! Beberapa tempat BEST untuk anda healing bersama keluarga & rakan-rakan. Mesti korang terfikir kan apa je yang ada dekat Pontian ni. Macam takda yang best pun..

Tunggu sekejap. Perkongsian kali ini akan membuatkan anda ubah fikiran tentang apa yang ada sebenarnya di Pontian, salah satu daerah di negeri Johor Darul Ta’zim ini. Dari taman haiwan, muzium, hutan paya bakau, kedai kopi viral hinggalah lokasi perkhemahan, semuanya ada di Pontian.

Untuk pengetahuan anda, Daerah Pontian mempunyai sebanyak 14 permukiman iaitu, Mukim Air Masin, Mukim Api-api, Mukim Ayer Baloi, Mukim, Benut, Bandar Benut, Mukim Jeram Batu, Pekan Nenas, Mukim Pengkalan Raja, Mukim Pontian, Pontian Kechil, Mukim Rimba Terjun, Mukim Serkat, Mukim Sungai Karang, dan juga Mukim Sungei Pinggan.

Kesemua permukiman yang dinyatakan diatas mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Nak ketahui tempat-tempat best untuk anda ‘healing’ di Pontian, jom ikuti perkongsian dibawah ini. Kami sertakan sekali beberapa maklumat penting seperti alamat, nombor telfon, dan waktu operasi untuk memudahkan anda merancang percutian dengan lebih lancar.

10. Titik Selatan Benua Asia

Tempat Menarik di Pontian – Berada di tempat ini, anda sebenarnya sedang menikmati pemandangan di hujung selatan Tanah Besar Asia. Ya, Tanah Besar Asia, yang menempatkan puluhan negara dan jutaan manusia seperti China, Pakista, India, dan negara-negara dari Timur Tengah.

Disini, anda akan dapat menyaksikan pemandangan Pulau Karimun, Indonesia dan juga Singapura dengan lebih dekat dari Malaysia. Di samping itu, pengunjung dapat menikmati keindahan alam di taman yang dikelilingi hutan paya bakau ini sambil berkhemah, memancing dan jungle trekking.

9. Taman Negara Pulau Kukup

Tempat Menarik di Pontian – Bagi penggemar flora dan fauna, anda patut pergi kesini. Taman Negara Pulau Kukup menyajikan anda keindahan hutan paya bakau semulajadi. Yang lebih menarik lagi, hutan paya bakau ini merupakan hutan paya nakau yang terbesar di Malaysia. Menarik bukan?

Dalam taman ini, korang akan menyusuri jalan kayu yang membimbing korang melalui hutan bakau yang lebat. Sangat ideal untuk penggemar suasan ‘healing’ korang.

Nikmatilah keindahan pemandangan dan dengarkan suara burung-burung yang menyanyi dengan riang. Jika korang berminat, korang juga boleh menyewa bot untuk menaiki sungai dan melihat lebih dekat kehidupan haiwan-haiwan di kawasan ini.

8. El Dhuha Campsite

Tempat Menarik di Pontian – Boleh lah anda layan lagu “tenang~ Ribut Jiwa~~” hahaha. Satu lagi tempat menarik di Pontian yang anda boleh kunjungi. Terletak berhampiran dengan air terjun Gunung Pulai 2. Dapatlah Mama berkhemah sambil bermandi-manda di air terjun. 

Antara aktiviti menarik yang ditawarkan disini ialah berbasikal, sewaan ATV, motocross, tempat pemanggang (BBQ) dan berkhemah. Jangan risau, jika anda tidak mempunyai khemah sendiri, pihak El Dhuha Campsite ada menawarkan perkhidmatan sewa khemah yang cantik-cantik belaka, sesuai untuk suasana healing anda sekeluarga mahupun rakan-rakan.

7. Muzium Bugis

Tempat Menarik di Pontian – Negeri-negeri seperti Selangor, Pahang dan juga Johor terkenal dengan bangsa Bugis dan sejarahnya tersendiri. Untuk pengetahuan, masyarakat Bugis telahpun menetap di Pontian sejak ratusan tahun dahulu lamanya. Banyak peninggalan sejarah serta catatan-catatan penting awal pendudukan masyarakat Bugis di negara ini terdapat dalam Muzium ini.

Terletak berhampiran dengan Taman Negara Tanjung Piai, rasanya bolehlah anda singgah sebentar di muzium ini untuk mengamati dan memahami serba sedikit tentang sejarah salah satu masyarakat di Malaysia in.

6. Kopi Tenggek, Pontian

Tempat Menarik di Pontian – Terkenal dengan cara penyediaannya yang tersendiri. Penggemar kopi wajib rasa resepi orang Pontian ni. Kopinya tidak ditapis menggunakan mesin sebaliknya air kopi ditenggekkan di atas cawan untuk mendapatkan keunikan rasanya.

Menu-menu makanan yang lain juga sangat sedap dan membuatkan anda rasa nikmatnya berada disini seperti char kuey teow udang, roti dan keropok lekor cheese yang menjadi kegemaran para pengunjung yang hadir ke restoran ini.

5. Pontian Seaside

Tempat Menarik di Pontian – Berhampiran dengan tepi Pantai Kukup, Pontian Seaside menyajikan anda semua pemandangan pantai yang indah dengan pasir putih yang lembut dan air yang jernih. Ia adalah tempat yang sangat ideal untuk anda ‘healing’ di Pontian dan bersantai dan menikmati keindahan laut bersama keluarga dan rakan-rakan tercinta.

Pontian Seaside juga dikenali umu sebagai salah satu tempat yang menarik untuk melakukan aktiviti sukan air seperti jetski, kayak, dan parasailing. Jadi, jika korang ingin mendapatkan sedikit kegembiraan dalam percutian korang, cubalah aktiviti-aktiviti menarik ini di Pontian Seaside.

Pastinya, korang akan membawa pulang kenangan yang tak terlupakan.

4. Lata Seri Pulai

Tempat Menarik di Pontian – Menawarkan anda aktiviti air seperti mandi-manda dan bermain gelongsor air, Lata Seri Pulai adalah destinasi menarik yang sesuai untuk pencinta air terjun dan alam semula jadi disebabkan kedudukannya yang dekat dengan air terjun dan suasana hutan yang mendamaikan.

Tempat menarik ini berlokasi di Kampung Seri Pulai, yang terkenal dengan air terjun yang pasti menawarkan panorama menakjubkan dan pengalaman menyegarkan. Bolehlah anda meniikmati keindahan alam semula jadi dan berenang di kolam air terjun yang sejuk menyegarkan.

3. Selera Tradisi Catering

Tempat Menarik di Pontian – Bagi mereka yang rindukan menu hari raya yang selalunya akan banyak dijual ketika musimnya tiba, kami syorkan untuk bertandang ke Selera Tradisi Catering. Restoran ini menawarkan hidangan menu hari raya dan tradisi yang dijual setiap hari tidak kira musim perayaan ataupun tidak. Boleh lah anda lepaskan ‘craving’ anda dekat sini.

Antara menu yang sangat popular dalam kalangan penduduk tempatan ialah ketupat, burasak, rendang daging, ungkep daging, sambal kacang dan sayur lodeh yang pasti membuatkan anda terkesima dengan keenakan makanan tradisi ini. Tambahan pula, restoran ini telah pun mengeluarkan produknya sendiri iaitu pes ungkep, pes asam pedas dan rendang.

2. Sinar Eco Resort

Tempat Menarik di Pontian – Anda juga pasti mencari tempat penginapan menarik di Pontian kan? Nak aktiviti terbaik yang ada di sekitar tempat penginapan korang juga? Jangan risau, Sinar Eco Resort adalah pilihan yang ideal untuk anda semua.

Resort yang terletak di Gelang Patah ini juga menawarkan para pengunjung beberapa aktiviti yang sangat menarik seperti ‘game room’, ‘indoor pool’, menunggang kuda, menaiki atv, menaiki buggy, memanah, dan juga berakit. Dan yang paling ‘best’ lagi, resort ini hanya menawarkan kepelbagaian aktiviti serta penginapan anda dengan harga serendah RM140!

1. Pulau Pisang

Tempat Menarik di Pontian – Berkedudukan di sebelah selatan Pantai Tanjung Piai, pulau ini pasti akan memukau para pengunjung yang hadir dengan kondisi pantainya yang cantik dan bersih serta airnya yang sangat jernih.

Untuk kesini, korang boleh mendapatkan perkhidmatan sewa bot dari Tanjung Piai untuk datang ke pulau yang kaya dengan hidupan laut yang pelbagai. Di Pulau Pisang, korang boleh merendamkan diri dalam suasana tenang dan mengagumi keindahan alam semula jadi yang menakjubkan.

Pantai pasir putihnya memanggil untuk korang bersantai dan menikmati sinar matahari. Selain itu, pulau ini juga menawarkan aktiviti snorkeling yang menarik, di mana korang boleh meneroka kehidupan bawah laut yang kaya dengan terumbu karang yang indah.

Penutup

Jadi, itulah antara tempat-tempat menarik yang anda boleh lawati jika berada di Pontian, Johor. Pastikan rancang dahulu perjalanan anda untuk bercuti untuk memudahkan perjalanan korang. Dan yang paling penting sekali, pastikan keselamatan diri dan insan yang tersayang sentiasa diutamakan.

Mungkin anda juga berminat untu mengetahui: