Pelancong yang bercadang untuk Melancong ke Thailand perlu memastikan mereka mempunyai sekurang-kurangnya mempunyai RM1,992 tunai.
Menurut sumber media tempatan, Dewi Lestari merangkap Menteri Penasihat Kedutaan Indonesia di Bangkok, menyatakan mengenai peraturan yang baru ini digunapakai terhadap kesemua pelancong asing yang mengunjungi Thailand.
Beliau memberikan kenyataan tersebut selepas pasukan kedutaan mereka menerima banyak aduan tentang pelancong Indonesia yang tidak diterima untuk masuk ke negara tersebut.
Untuk pengetahuan pembaca, polisi ini bukanlah benda yang baharu. Pihak berkuasa Thailand sebenarnya telahpun menerapkan polisi keperluan tunai minimum ini bagi pelawat asing hampir satu dekad yang lalu.
Melancong ke Thailand
Syarat Baru Melancong ke Thailand
- Pelancong perlu mempunyai pasport aktif minimum enam bulan,
- Tiket penerbangan dan bukti tempat penginapan,
- Menunjukkan bukti mereka mampu dari segi kewangan untuk tempoh penginapan mereka di Thailand
“Imigresen Thailand tidak menetapkan jumlah tertentu, tetapi berdasarkan data kami, pengembara solo dikehendaki membawa sekurang-kurangnya 15,000 baht (RM1,992), manakala mereka yang melancong dengan keluarga harus membawa 20,000 baht (RM2,660),” kata Lestari menerusi Kosmo!
Pelancong tidak dibenarkan masuk jika tidak memenuhi syarat di atas
Kegagalan untuk mematuhi syarat-syarat tersebut dianggap sebagai pelanggaran terhadap Akta Imigresen B.E. 2522 (1979), dan pegawai imigresen mempunyai kuasa untuk menghalang pelancong daripada memasuki negara.
7 Perkara Ini Perlu Anda Tahu Sebelum Melancong Ke Thailand
1. Hati-hati dengan makanan di jalanan
Tidak dinafikan bahawa makanan disana memang sangat menggiurkan dan terasa ingin mencuba kesemuanya dengan puas. Tetapi pastikan anda alert dengan tahap kebersihan dan status halal jika anda beragama Islam. Takut-takut lain pula jadinya.
2. Orang tidak akan beratur di Thailand
Ambil maklum bahawa jarang sangat tempat disana untuk beratur untuk mendapatkan sesuatu seperti makanan dan lain-lain. Jadi, jika anda hanya berdiri sahaja kat situ, sampai esok-esok pun anda takkan dapatkan apa yang anda nak. Tapi kena tengok juga, sesetengah premis tu perlu juga beratur.
3. Jangan lupa ke Pasar Terbuka
Thailand memang terkenal dengan polisi tawar-menawar mereka. Jadi jika dah sampai ke Thailand ni, kenalah datang ke Pasar Terbuka mereka yang menempatkan pelbagai barangan dengan harga yang sangat rendah, sehingga kami sendiri pun terkejut dengan harga tersebut.
4. Makan hanya menggunakan sudu
Di Thailand, adalah pantang bagi mereka untuk makan dengan menggunakan garfu. Perbeuatan sedemikian dianggap kurang ajar dan tidak sopan. Jika ada pun disediakan ketika makan, ianya hanya digunakan untuk menolak makanan tersebut kedalam sudu sahaja sebelum makan.
5. Berhati-hati dengan sindiket penipuan
Perlu kami ingatkan, sentiasa peka dan berhati-hati ketika berada disini. Ramai yang dah terkena. Jika orang asing terlalu mesra dengan anda, lebih baik elakkan diri. Oh ya sebelum terlupa, pastikan persetujui harga teksi dahulu sebelum anda menaikinya.
6. Gunakan pengangkutan awam
Untuk pengangkutan awam yang paling murah, kami syorkan naikilah tuk-tuk. Ataupun jika anda berhasrat untuk ke Bangkok, apa kata naiki Kereta Api. Tiketnya pun antara yang paling murah tau kat sana. Peta yang tertera juga sangat memudahkan anda, serta sistem token yang sangat memuaskan.
7. Orang tempatan di sana memang ramah
Walaupun terdapat banyak sindiket penipuan, tetapi ketahuilah orang tempat di sana sangat mesra dan murah dengan senyuman. Apa yang pasti mereka sangat peramah dan mulut manis.