Tempat Menarik di Sibu – Sibu merupakan satu bandar yang unik dengan adanya kepelbagaian makanan, tempat bersejarah, dan kaya dengan warisan budaya serta destinasi yang BEST untuk dilawati.
Sibu merupakan bandar pedalaman yang terletak di tengah-tengah wilayah Sarawak. Ditemani dengan indahnya Sungai Rajang, menjadikan tempat ini pesat membangun dengan kepelbagaian aktiviti ekonomi yang berlangsung.
Anda Mungkin Berminat:
Saban tahun, ribuan pelancong tak kira dari dalam mahupun luar negara hadir untuk menerokai ‘Sungai Rajang Atas’ yang banyak menyimpan khazanah alam semula jadi dan rumah panjang Iban serta Orang Ulu di sepanjang tebing sungai.
Senarai Tempat Menarik di Sibu
10. Pusat Warisan Sibu
Tempat Menarik di Sibu – Terletak di bangunan Majlis Perbandaran Sibu, mungkin inilah destinasi yang ideal untuk memulakan percutian anda semua di Sibu. Antara kemudahan dan kelebihan yang boleh anda dapati disini adalah anda akan faham kisah-kisah sejarah Sibu sewaktu dahulu, gambar-gambar lama dan pameran budaya mengenai kumpulan etnik lain yang terdapat di Rejang.
Anda juga akan disajikan dengan pameran yang menakjubkan seperti tengkorak asli dari rumah panjang Iban. Hal ini adalah perkara normal bagi masyarakat Iban kerana ianya adalah budaya normal bagi orang Dayak. Kemudian terdapat juga haiwan teksidermi seperti Tikus Ambang Bulan, Orang Utan atau Kenyalang.
Alamat: 18 2, Jalan Central, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak
09. Rumah Panjang Michael Ancho
Tempat Menarik di Sibu – Jika ini merupakan kali pertama anda menjejakkan kaki di Sarawak, jangan lepaskan peluang untuk melawati keunikkan rumah panjang. Antara rumah panjang yang boleh anda lawati yang berdekatan dengan Sibu ialah Rumah Panjang Michael Ancho yang didiami oleh kaum Iban.
Uniknya, Rumah Panjang Michael Ancho ini telahpun berusia lebih daripada 125 tahun dan kini sedang didiami oleh lebih dari 28 keluarga. Selain menerokai ruangan dalam rumah tersebut, anda juga akan diberikan penerangan dan input yang berguna mengenai budaya kaum Iban seperti menyelami tradisi rumah panjang dan belajar tarian Ngajat.
08. Pasar Besar Sibu
Tempat Menarik di Sibu – Terletak di Jalan Channel dan telahpun beroperasi sejak tahun 1996, pasar ini merupakan pasar yang terbesar dan paling sibuk di Sarawak. Dengan aneka barangan dagangan yang diniagakan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, serta barangan harian yang lain, menjadikan penduduk setempat akan tertumpu di pasar ini untuk membeli-belah.
Apa yang unik tentang pasar ini adalah, anda boleh menjumpai barangan eksotik yang mungkin anda sendiri tak pernah nampak sebelum ini, hasil-hasil hutan, dan kraftangan hasil buatan daripada penduduk setempat.
Alamat: Jln Channel, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak
07. Rajang Esplanade
Tempat Menarik di Sibu – Bagi mereka yang nak santai-santai selepas penat berjalan-jalan di Sibum jom singgah sebentar di Rajang Esplanade. Dihiasi dengan sebuah patung angsa gergasi, dari sinilah gelaran ‘Swan City’ melekat di nama Sibu. Menurut kepercayaan penduduk setempat, angsa itu dipercayai menyelamatkan penduduk Sibu daripada kemiskinan.
Sambil-sambil bersantai tu, boleh lah melihat keseronokkan orang yang tengah memancing kat sini. Ramai kaki pancing yang datng di persisiran sungai ini.
Alamat: 31, Jalan Maju, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak
06. Pasar Malam Sibu
Tempat Menarik di Sibu – Jika padawaktu malam anda tidak mempunyai sebarang aktiviti untuk dilakukan, apa kata datang ke pasar malam ni. Sibu Night Market in berbeza dengan pasar malam yang ada dekat Semenanjung yang kebiasaannya akan dibuka hanya pada hujung minggu sahaja, tetapi di Sibu, kita boleh dapati pasar malam nya dibuka setiap hari.
Perlu diingatkan, terdapat 2 bahagian pasar malam disini iaitu bahagian halal dan bahagian non-halal. Antara makanan yang korang patut cuba dekat sini ialah umai, cucuk-cucuk ayam, apam balik,roti goreng, dan banyak lagi.
Alamat: Jalan Market, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak
05. Taman Jubli Bukit Aup
Tempat Menarik di Sibu – Untuk pengetahuan anda, Taman Rekreasi ini pernah dinobatkan sebagai Pemenang Pertandingan Landskap Kebangsaan Taman Awam pada tahun 1998. Jadi sudah semestinya tempat ini sangat menarik untuk dikunjungi.
Berkeluasan sehingga 24 ekar, terdapat pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan disini termasuklah memasuki menara tinjau untuk menyaksikan keindahan pemandangan ladang, rumah panjang dan Sungai Igan. Yang BEST nya, menara yang tinjau itu sering dikunjungi oleh orang Iban tempatan untuk mengadakan persembahan ‘miring’ bertujuan untuk memohon bantuan daripada roh Naga Bari.
Menurut kepercayaan masyarakat Iban, Naga Bari merupakan seorang puteri Iban yang cantik dan sering menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.Tambahan lagi, di sini turut terdapat Kolam Naga Bari yang mana air nya tidak pernah kering dan dipercayai dapat membantu pasangan yang menginginkan zuriat. Jom singgah ke sini untuk mengetahui lebih banyak sejarahnya.
Alamat: 96000 Sibu, Sarawak
04. Tokon Tiger Emperor
Tempat Menarik di Sibu – Tokong ini berusia 17 Tahun dan hanya terletak 20 minit perjalanan daripada bandar dan boleh dikatakan ‘Hidden Gem’ yang terdapat di Sibu. Walaupun penduduk tempatan jarang yang mengetahui keberadaan tempat ini, naum bagi mereka yang telah menjejakkan kaki ke kawasan menarik ini, suatu pengalaman yang amat menyeronokkan bagi mereka.
Pintu masuk kuil Maharaja Harimau menyerupai mulut harimau, di samping patung harimau yang menjaga bahagian tepi kuil. Kuil itu dikatakan dibina oleh pasangan Cina yang ingin mewujudkan ruang untuk orang ramai menyembah nenek moyang mereka, sama seperti di China.
Alamat: Jalan Trusan, 96000 Sibu, Sarawak
03. Sungai Merah Heritage
Tempat Menarik di Sibu – Tempat ini merupakan bazar lama yang dikatakan pernah menjadi penempatan terawal pendatang Cina di Sibu. Sesuai dengan nama ‘Heritage Walk’, warna merah yang kadang kala muncul di sepanjang tebing sungai disebabkan kandungan besi yang ada di dalam sungai cukup untuk menghadirkan perasaan menakjubkan.
Ini menjadikan tempat menarik di Sibu ini unik untuk bersiar-siar dan tempat yang menarik untuk mengambil gambar, terutamanya semasa matahari terbenam. Tidak jauh dari pasar yang sibuk ini, pengunjung akan mendapati diri mereka berjalan di sepanjang denai tepi sungai, berakhir di Taman Wong Nai Siong – penghormatan daripada pengasas bandar itu sendiri. Berjalan di sini sudah pasti pengalaman yang tidak boleh dilepaskan.
Lorong Sungai Merah 2D4, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak
02. Aiskrim Gula Apong Crispy Shop
Tempat Menarik di Sibu – Sarawak sememangnya terkenal dengan gula Apong. Jadi kalau korang tak merasai aiskrim gula apong, memang rugi la percutian korang. Walaupun banyak cawangan di Semenanjung yang sudah dibuka, namun keunikkan dan kelainan vibes takkan sama dengan negeri asalnya.
Terletak berhampiran dengan Sibu Heritage Centre, Crispy Shop menawarkan anda pengalaman merasai kelazatan aiskrim gula apong yang tiada tandingannya. Selain aiskrim, kedai ini turut menawarkan sajian lain seperti Bubble Milk Tea, Coconut Shake dan aneka Oden.
Alamat: 20, Jalan Central, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak
01. Pulut Panggang Sibu Kak Yam Noor
Tempat Menarik di Sibu – Mana nak cari saiz pulut panggang yang gemuk-gemuk dan melazatkan. Ditemani dengan kuah kari mahupun kuah kacang dan sambal bilis, sudah cukup untuk membuatkan hidangan ini begitu nikmat dan lazat.
Salah satu kedai pulut panggang yang terlajak laris adalah di kedai Pulut Panggang Sibo Kak Yam Noor. Mana tidaknya, baru buka jam 7.30 pagi dah hampir ‘sold out’ lagi-lagi ketika musim perayaan, kalau hari biasa boleh dianggarkan hampir 1,000 biji pulut panggang habis dijual. Fuh! betul-betul rugi kalau anda tak cuba sebab rata-rata pengunjung yang datang dari Kuching & Miri pun sanggup kemari semata-mata nak borong pulut panggang ni!
Alamat: 15, Jln Kampung Hilir, Kampung Hilir, 96000 Sibu, Sarawak