Tempat Menarik di Muar

Tempat Menarik di Muar | Muar merupakan salah satu daerah yang terdapat di dalam negeri Johor, ianya mempunyai keunikan yang tersendiri.

Turut dikenali sebagai Bandar Maharani, bandar yang kaya dengan sejarah ini mempunyai daya tarikan alam semula jadi yang unik seperti Gunung Ledang dan Pantai Leka.

Makanan tempatan yang terdapat di Muar juga boleh tahan sedap tidak kira dari hidangan sarapan sehinggalah ke makan malam, pasti anda yang penggemar makanan tidak akan bosan untuk datang ke Muar.

Untuk menyelami lebih dalam lagi tentang apa yang ada di daerah Muar ini, jom ikuti perkongsian kami dibawah.

Baca Juga:

10. Maharani Mural Lane

Tempat Menarik di Muar | Bagi anda pencinta seni dan budaya lokal, atau sekadar ingin menangkap gambar berlatarkan seni yang istimewa, singgahlah bertandang ke Maharani Mural Lane.

Disepanjang lorong ini, anda akan dihidangkan beberapa hasil seni dan karya yang unik dan sesuai untuk tangkapan gambar anda. Juga terdapat beberapa cafe dan kedai makan yang ada disini.

Apa yang menjadikan tempat ini unik ialah ianya tidak memfokuskan citarasa orang dewasa sahaja, bahkan seni karya ‘cartoon’ juga turut terdapat disini bagi menarik minat kanak-kanak. kebanyakkan lukisan disini menceritakan secara ringkas kisah dan identiti Bandar Muar.

Alamat: Pekan Muar, 84000 Muar, Johor

09. Taman Tanjung Emas

Tempat Menarik di Muar | Jika anda pertama kali datang ke Muar, apa kata mulakan pengembaraan anda dari Taman Tanjung Emas.

Ianya merupakan sebuah taman rekreasi yang terletak di muara sungai Muar dan menghadap laut Selat Melaka. Terdapat sebuah replika durian gergasi yang merupakan simbol ikonik bagi meraikan pengunjung yang datang. Terdapat juga satu medan selera yang menawarkan anda hidangan asam pedas yang sangat lazat.

Aktiviti yang kebiasaannya orang lakukan adalah beriadah kerana fasiliti di taman awam ini serba lengkap. Pasti anda tidak akan menyesal untuk berjalan menikmati panorama dan suasana bersih nyaman apabila berada disini.

Alamat: Taman Sri Tanjung, 84000 Muar

08. Sungai Muar

Tempat Menarik di Muar | Dah puas berkunjung ke Taman Tanjung Emas, apa kata lakukan aktiviti boat cruising di sepanjang Sungai Muar.

Aktiviti yang mengambil masa selama 45 minit hingga 1 jam ini bermula di jeti tersebut dan akan menyusuri Sungai Muar. Tiket boleh didapati di Jeti Tanjung Emas.

Anda juga boleh menempah tour untuk waktu petang apabila matahari hampir terbenam untuk menikmati pemandangan yang cukup indah. Selain itu, bagi yang ingin melihat kelipan kunang-kunang pada waktu malam, anda juga boleh membuat tempahan tiket di tempat yang sama. Namun begitu, anda hanya berpeluang untuk merasai pengalaman ini pada hari Sabtu atau Ahad sahaja.

07. Tomisstan Cafe

Tempat Menarik di Muar | Tomisstan Cafe, Muar, Johor ini memang cukup terkenal oleh orang setempat kerana pernah muncul viral di pelbagai aplikasi media sosial. Cafe ini menjadi tular disebabkan pemandangan disekitar cafe yang unik dan mempunyai makanan yang sedap.

Melihat pemandangan matahari terbenam di tepi pantai yang sangat mempesonakan sambil menjamu selera makanan-makanan yang sedap menjadikan cafe ini pilihan utama penduduk setempat mahupun pelancong luar.

Dari segi masakan pula, pelbagai jenis hidangan ditawarkan antaranya ialah nasi lemak, nasi ayam penyet, asam pedas dan terdapat juga masakan western seperti chicken chop, burger, pelbagai variasi pasta dan lain-lain.

Alamat: Lot 4933, Parit Pechah, Mukim, 84160 Muar, Johor

06. Taman Tanjung Ketapang

Tempat Menarik di Muar | Merupakan sebuah kawasan rekreasi mempunyai kawasan hutan bakau, taman ini menjadi antara pilihan ibu-bapa untuk beriadah bersama anak-anak mereka.

Fasiliti di taman ini cukup lengkap dengan adanya landasan yang disediakan untuk anda berjalan sambil menikmati pemandangan alam yang menyejukkan mata.

Taman ini juga antara lokasi menarik untuk anda menikmati pemandangan matahari terbenam. Selain akitiviti riadah, penduduk tempatan juga selalu melakukan aktiviti memancing di sekitar taman ini.

Alamat: Taman Tanjung Ketapang, Jalan Timbalan, Taman Sri Tanjung, 84000 Muar

05. Ladang Herba Nasuha

Tempat Menarik di Muar | Ladang yang berkeluasan lebih 1500 hektar ini mengandungi sehingga 135 jenis herba berlainan yang datang dari seluruh dunia.

Ladang ini ada menjual produk tempatan seperti minuman herba teh di samping menjual produk rempah ratus yang lain kepada pengunjung. Keunikannya, anda juga boleh membuat aktiviti lain jika anda datang ke sini.

Bagi yang ingin menjalankan aktiviti seminar atau kem motivasi, di sini juga terdapat kemudahan seperti dewan dan bilik seminar di samping pakej aktiviti untuk melawat kawasan sekitar ladang dan aktiviti meredah hutan.

Anda boleh melayari laman web mereka untuk keterangan lebih lanjut.

Alamat: Batu 12, Jalan Muar, Pagoh, 84500 Muar

Tempat Menarik di Muar | Jika anda suka tentang kesenian dan suka untuk berjalan-jalan di galeri seni, anda patut datang ke Muar Art Gallery. Muar Art Gallery adalah platform yang memperkenalkan warisan seni dan budaya Muar tanpa mengira kaum. Galeri seni ini juga ingin memperkasakan komuniti pelbagai rupa dan aset Muar seperti artis dan penghibur, makanan tempatan, seni bina sejarah dan budaya, industri perabot dan tapak semaian. Ianya bertujuan untuk menjadi rujukan orang awam dan mendapat penghargaan penuh di peringkat tempatan, nasional dan antarabangsa.

Alamat: 66-1, Jalan Hang Tuah, Taman Junid Perdana, 84000 Muar, Johor

03. Kolam Air Panas Sungai Gersik

Tempat Menarik di Muar | Terletak dekat dengan Pekan Parit Jawa, tempat ini merupakan sebuah kolam air panas semula jadi yang bersuhu antara 50-70 darjah Celsius dan dipercayai bagus untuk kesihatan para pengunjungnya.

Persekitaran yang bersih dan fasiliti yang lengkap menjadikan kolam ini kawasan yang padat dan penuh dengan orang ramai pada hujung minggu dan musim cuti sekolah. Masuk adalah percuma tau!

Alamat: J142, Kampung Sungai Gersik, Parit Jawa, 84150 Muar

02. Warung Ketupat Air Tangan Ibu

Tempat Menarik di Muar | Selain hari daripada hari raya, memang sangat susah untuk mencari kedai makan yang menjual menu-menu di pagi raya seperti ketupat, kuah kacang, rendang, lontong, kuah lodeh dan lain-lain.

Namun kini anda tidak perlu risau lagi kerana anda boleh dapatkannya di Warung Ketupat Air Tangan Ibu. Nama kedai pun air tangan ibu, pasti rasanya pun sangat sedap dan dimasak dengan penuh kasih sayang. Anda juga tidak perlu tunggu Hari Raya untuk makan menu-menu ini. Selain daripada menu-menu di pagi raya, warung ini juga menyediakan hampir 50 jenis lauk-pauk yang boleh dimakan dengan nasi putih.

Alamat: MRPJ G44 Parit Pinang Seribu, Jalan Abdul Rahman, Parit Jawa, 84150 Muar, Johor

01. Gunung Ledang

Tempat Menarik di Muar | Untuk penggemar aktiviti luar seperti aktiviti berkhemah atau mendaki gunung, anda boleh menuju ke Gunung Ledang.

Berketinggian 1,276m darip aras laut, pendakian biasanya mengambil masa 4 – 6 jam. Kepada yang berminat untuk mendaki Gunung Ledang, disarankan untuk anda membeli permit dan menempah guide terlebih dahulu.

Selain aktiviti mendaki, anda boleh datang ke sini dan menikmati air terjun yang ada di kaki Gunung Ledang.

Di samping itu, anda boleh melakukan aktiviti lain seperti berkhemah (tapak perkhemahan dan kemudahan awam lain disediakan), merentas hutan, dan lain-lain.